Q: ” Hi doc..antra susu kambing, susu lembu dan susu soya yg mana satu paling baik utk bayi 1 thun ke atas..sy pernah terbaca artikel yg menyatakan susu kambing lbh baik drp susu lembu dan susu soya tidak sesuai untuk di berikan kepada bayi..sejauh mana kebenaran tesebut? and i know of course mom’s milk is the best. ” ( Diana )
A: Salam takzim dari saya! Terima kasih kerana bertanya!
Antara susu formula lembu, susu kambing dan susu berasaskan soya; yang mana paling sesuai untuk bayi lingkungan usia 1 tahun?
Soalan yang amat bagus, dan akan saya cuba rungkaikan di sini.
Sepertimana yang puan sedia maklum, susu ibu adalah yang terbaik di dunia ini, tiada tandingan dan hanya ada beberapa keadaan sahaja susu ibu tidak dibenarkan dan tidak digalakkan seperti ibu dengan jangkitan virus HIV atau bayi menghidapi masalah metabolik tertentu.
Justeru itu, persoalan sekarang adalah susu apakah yang sesuai bagi menggantikan susu ibu itu?
Bagi bayi lingkungan satu tahun yang tidak menyusu ibu sepenuhnya.
Artikel ini ditulis dengan memberi fokus pada bayi yang sihat, tidak menghidapi masalah metabolik tertentu dan bukan bayi pra-matang atau bayi malnutrisi dengan berat tidak optimum untuk usia (bayi-bayi ini memerlukan pantauan kesihatan dari doktor dan mungkin memerlukan susu khas untuk mereka).
Ada pelbagai jenis susu dicipta khusus untuk menggantikan susu ibu, seperti susu segar lembu (whole cow’s milk), susu formula lembu diperkaya zat besi (iron fortified infant formula), susu berasaskan soya (soy based formula) dan susu kambing.
Susu formula lembu diperkaya zat besi (iron fortified infant formula) adalah jawapannya bagi menggantikan susu ibu bagi bayi berusia satu tahun kebawah yang tidak menyusu ibu sepenuhnya!
American Academy of Paediatric (AAP) mengesyorkan susu formula lembu diperkaya zat besi (iron fortified infant formula) sebagai susu gantian bagi bayi baru lahir hingga berusia 12 bulan. Ini kerana susu jenis ini yang diperkaya zat besi boleh mengelakkan masalah kekurangan zat besi (iron deficiency) yang boleh menyebabkan masalah kekurangan darah (anemia), masalah kognitif dan perkembangan bayi. Kebanyakkan susu formula di pasaran sekarang sudah diperkaya dengan zat besi sejajar dengan tuntutan dan pengesyoran ini.
(Fakta tentang susu: Kandungan nutrisi setiap jenis susu boleh didapati di laman sesawang USDA National Nutrient Database)
Bagaimana pula dengan jenis susu dan minuman lain-lain:
Susu berasaskan soya (soy based formula)
Secara ilmiahnya, susu ini sebenarnya dicipta khusus untuk bayi yang alergi atau tidak hadam susu formula lembu. Susu ini mengandungi protein soya sebagai sumber protein utama, minyak sayuran sebagai sumber lemak, ditambah unsur karbohidrat, vitamin dan mineral lain. Kebiasaanya susu soya ini turut diperkaya zat besi. Menurut AAP, susu ini selamat dan efektif menggantikan susu lembu formula tetapi tidak mengatasi susu lembu formula dari kandungan zat.
Susu soya mungkin sesuai bagi bayi yang
- Mengalami masalah galaktosemia (masalah metabolik yang jarang berlaku) atau kekurangan enzim pencernaan tertentu (lactase deficiency)
- Ibubapa atau keluarga vegetarian/vegan
- Bayi mengalami alergi susu lembu yang disahkan oleh doktor (IgE mediated cow’s milk protein allergy)
Menurut kajian saintifik, tiada bukti sahih yang mengesahkan susu soya perlu digunakan untuk keadaan berikut (justeru penggunaannya bagi masalah berikut masih kontroversi!):
- Masalah cirit akut akibat jangkitan kuman usus (Acute Gastroenteritis) tanpa bukti kukuh menyebabkan ketidakhadaman laktosa (lactose intolerance)
- Masalah kembung (colic)
- Sebagai langkah pencegahan mengelakkan alergi susu lembu
Dan dari pengalaman saya, ada bayi yang alergi pada susu formula lembu turut mengalami masalah alergi yang sama dengan susu soya!
Susu kambing
Menurut AAP, susu kambing tidak disyorkan untuk bayi lingkungan umur 1 tahun. Ini kerana unsur nutrisi dalam susu kambing tidak menepati keperluan bayi. Susu kambing kekurangan zat besi, folate, vitamin C/D/B, thiamin, niacin dan pelbagai zat nutrisi lain. Susu kambing turut dikhuatiri akan “membebankan” buah pinggang bayi kerana kandungan nutrisi tertentu yang tidak sesuai (renal solute load). Susu kambing juga dipercayai boleh mengakibatkan keadaan berasid (metabolic acidosis) yang kandangkala boleh membahayakan bagi bayi berusia satu bulan.
Susu segar lembu (whole cow’s milk)(bukan susu formula lembu)
Susu ini turut tidak disyorkan oleh AAP kerana kandungan nutrisi yang tidak sesuai, “bebanan” pada buah pinggang (renal solute load) dan alergi/alahan susu.
Minuman lain
Minuman manis (teh, soda, minuman berkabonat dan sebagainya) juga didapati tidak sesuai dan boleh membawa kepada kerosakan gigi dan masalah obesiti. Minuman ini juga mengandungi nutrisi yang tidak sesuai untuk bayi lingkungan satu tahun.
Susu berasaskan beras, kekacang, susu pekat manis, susu skim (skim cow’s milk) dan susu rendah lemak (low fat) turut didapati tidak sesuai untuk bayi berusia bawah satu tahun kerana kandungan nutrisi yang tidak sesuai.
Susu khusus/khas seperti susu kurang allergi (hypoallergenic infant formula), susu kurang laktosa (lactose-free formula) dan susu khas untuk masalah metabolik hanya digunakan atas keadaan tertentu dan dibawah pengawasan dan nasihat pakar.
Dari perspektif Islam;
Saya bukan orang yang sesuai untuk membicarakan isu ini kerana cetek ilmu agama.Tetapi bagi menghormati Islam dan sensitiviti agama, perlu untuk saya terangkan bahawa “susu kambing” kekal sebagai sebahagian dari makanan “sunnah” Rasulullah SAW. Tidak dinafikan susu kambing mempunyai beberapa kelebihan seperti mudah dihadam, kurang alergi dan beberapa kebaikkan lain; tetapi kajian terkini menunjukkan ianya tidak sesuai untuk bayi hingga umur lingkungan setahun(mungkin lebih sesuai untuk orang dewasa berbanding kanak-kanak). Jika kita memperhalusi sirah sejarah baginda Rasulullah SAW,baginda turut disusu ibu oleh ibu susuan sehingga berusia 2 tahun, lantas menunjukkan kepentingan penyusuan ibu dan segala kebaikkan dari penyusuan ibu (mengatasi segala jenis susu dan formula di dunia).
Kesimpulannya,
Susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi anda dan penyusuan ibu terbaik sepanjang zaman. Namun begitu, jika tidak dapat meyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, maka susu formula lembu yang diperkaya dengan zat besi dibenarkan/disyorkan menggantikan susu ibu. Susu berasaskan soya hanya sesuai bagi keadaan tertentu dan perlu pada nasihat pakar. Susu kambing hingga tahap ini tidak disyorkan untuk bayi berusia bawah satu tahun. Namun begitu, kajian dari aspek penyusuan bayi ini sentiasa berkembang dan pengetahuan tentang penyusuan bayi perlu ditingkatkan dari masa ke semasa.
Diharap saya menjawab segala persoalan puan! Yang buruk datang dari saya, dan yang baik dari Allah! Wallahualam!
(Saya menghargai komen anda, diskusi lanjut dan perbincangan ilmiah tentang isu penyusuan ini)
Rujukan: AAP Guideline. USDA National Nutrient database.
( answered by Dr Rashdan Zaki bin Mohamed )
Comments
49 responses to “Susu lembu, susu kambing atau susu soya ?”
[…] 1. Kebaikan dan khasiat susu kambing. 2. Perbandingan susu kambing dan susu lembu. 3. Susu lembu, susu kambing atau susu kacang soya? […]
Salam dr anak sy berusia masuk 3 bln stgh . Sejak dlam kandungan lg sy memberi isteri sy susu kambing sehinggah sekaranag.. Ank sy hanya minum susu ibu shja full bf lah kan .. Sy nak tya ada kah apa2 kesan sampingan kepada ank yg menyusu jika ibu mengamalkan meminum susu kambing terima kasih..
aslaikum…dktr ank sy bru 1 minggu tukar susu…dr enfalac a+ ke enfagrow.first dy mnm enfagrow dy asyik berak aje,hr kedua dy berak tp keras.n setiap kali dy berak mesti dy nangis…n skrg dh 2 hr dy x berak.sy tengok dy mengeran nk berak tp najisnye x kuar2.sy dh x thu nk buat mcmne lg…so i nk tye boley x sy nk bg ank sy mnm susu karihome.ank sy ni dy lahir x ckup bln.so skrg umr dy 1 thun 1bln…mcmane dktr please…..
Blh ke bg baby yg berusia 14hari dgn susu kambing segar cuma sehari sesudu kecil sebanyak 2x sehari?
Salam doc..anak sy berumur 2bln alahan kepada ssu y mngandungi laktosa sy bru ingin mencuba ssu isomil..adakah ia ssuai krna kbykkan komen2 y sy bc..xmggalakkan ssu isomil krna kmgkinan nt bsar akan ade msalah gg..kkurgan zat xspt ssu lmbu..mcmna doc apekah saranan doc
salam dr sy ingign bertanya
anak saya berusia 2 tahun,lelaki
berat sekarang 12kg
dia sangat suka minum susu formula (dupro) sekali minum 90z,7-8x sehari (sebelum ni exclusive breast feeding up to 8monyh,then started on formula milk till now,initially dia xsuka susu formula hanya minum 3-4oz ~5x per day ,tapi lepas tukar susu dia sangat selera).
saya risau akan berat badannya yang naik serta giginya yang semakin buruk (suka minum susu ketika tidur.
soalan:
1.Bagaimanakah saya perlu mengawal kekerapan minuman susu formulanya supaya beratnya naik dengain baik
(adakah boleh menurangkan kepekatan susu eg:sepatutnya 1ox 1 scoop,sy kurangkn bil scoopnya..)
2.apakah cara terbaik untuk membantu penjagaan giginya?
terima kasih
Assalammualaikum, Dr..anak saya kini berumur 6 bulan ke atas. Masalahnya saya tidak tahu susu formula yang mana yang sesuai dengan anak saya sebab dah bermacam jenis susu yang saya beri pada anak saya dari yang murah kepada yang mahal. untuk pengetahuan doktor saya dah stop bf sebab anak saya menolak susu badan sehingga saya mengalami bengkak susu yang teruk event saya pam susu masuk botol pun dia tak nak. yang membimbangkan saya beri susu formula berasaskan lembu dia nak menyusu tapi
tak lama lepas tu dia akan cirit atau muntah
*comment notification ON*
*comment notification*
Sgt setuju dgn doctor, nk tekan like tp trtekan dislike n xtau nk undo balik cmne.. sunnah mmg elok tp kne ikut kesesuaian umur baby..
salam..cmna sya nk daptkan produk karihome nie…sya dri kedai mom @ kids..
Salam doktor, terima kasih atas perkongsian ini
Salam dr..anak saya berusia 1thn 4bln, minum susu ibu samada direct bf atau yang dipam. Cuma baru2 ini saya dapat tahu yg ank saya ketika di babysitter tidak mahu minum susu yang dibekalkan(susu badan)yang dimasukkan didalam botol.Saya juga memberi susu formula kepada baby sitter tetapi tak juga diminumnya.Anak saya hanya akn minum jika direct bf ketika ibunya pulang dr kerja.Apakah kesannya kepada tumbuseran bayi saya?untuk makluman anak saya agak kuat makan dan lebih suka air mineral berbanding susu.
[…] Diharap saya menjawab segala persoalan puan! Yang buruk datang dari saya, dan yang baik dari Allah! Wallahualam! Artikel ini juga boleh dibaca di DoktorBudak. […]
Thank you so much for the info sharing. Really appreciate it. I been search thru website for the comparison and this is the best article that compare all 3 type of milk with details explanation. Glad to have this platform to grow our knowledge! Thanks!
Salam doc…ank sy brusia 5bln mgalami alahan susu lembu..jd sy tukar kpd susu kambing..pd bln prtma bayi sy serasi..namun msuk bln kedua..bayi sy mule mengalami muntah susu slps di sendawakn..hal ini sudah 2mggu berlarutan…de doc mgatakn plu tukar ke susu soya..tp dh try beri susu soya..ank x mahu minum…apa yg perlu sy lakukan..mohon nasihat doc.
Salam doc..sy nk tnya..susu lembu harus di beri oleh kanak2 sehingga umor berapa….benarkah susu lembu boleh merosakan tulang manusia…adakah susu lembu penyumbang utama kalsium untk kanak2 dan manusia…
slamat pagi doktor, saya nak tanya. anak saya umur 2,5tahun, dia biasa minum salah satu jenama susu smilac dan skrng saya nak tukar enfagrow pasal suami ada suruh tukar supaya sama jenama dengan anak number 2. masalah skrng anak saya tak nak susu dia ditukar padahal saya sudah beli susu dengan tin besar. boleh tak saya campur susu enfagrow dengan campuran milo supaya dia nak minum susu itu. mohon advise doktor. thanks
Assalam Dr.
Saya ibu kpd 5 orang anak. Kesemua anak2 sya hanya dpt menikmati susu ibu selama 1 bulan shj kerana saya memang kekurangan susu & mempunyai ekzema. Saya tahu kebaikan susu ibu ttp masalah saya tadi menyebabkan anak2 tidak ada rezeki utk menikmatinya. Sya telah mencuba pelbagai cara utk menambahkan susu badan. Utk pengetahuan Dr. saya telah memberikan anak saya susu kambing kerana ianya hampir sama nutrien dgn susu ibu. Alhamdullilah anak sihat sehingga sekarang. Saya sarankan Dr agar tidak terlalu mengikut AAP sebab mereka tu orang barat yang sememangnya mahu kita tidak mengikut cara-cara dan sunnah Rasul/Islam. Saya harap sebagai seorang Dr yg beragama islam, Dr seharusnya yakin dengan apa yang disuruh oleh Rasul dan Agama kita. Memang Rasullullah disusukan oleh ibu susuan tetapi bagi kes spt saya apa pilihan yang kita ada dengan zaman skrg. Dlm apa jua ilmu yang kita belajar hendaklah berpegang kpd al quran dan sunnah. Lebih2 belajar di negara barat.
Wallahualam bissawab.
Puan Miza, saya rasa puan harus meneliti penulisan DR. Rashdan sebelum membuat andaian tentang saranan tersebut. Para doktor Islam tidak menolak malah menyokong pemakanan sunnah kerana kami juga mempercayainya. Tetapi , ia perlu diambil dalam konteks sunnah. Air zam zam, madu, habatussauda’, kurma , buah tin juga makanan sunnah . Saya berikan contoh. Seorang ibu ingin memberikan anaknya yang berusia 1 bulan dengan semua makanan di atas atas alasan sunnah, adakah wajar pada usia 1 bulan. dan kita semestinya tahu bahawa bayi 6 bulan ke bawah hanya minuum susu, tetapi ibu ini bertegas kerana ia makanan sunnah . Rasulullah juga disusukan bukan . Saya hanya beri contoh bagaimana sunnah selalu digunakan dalam konteks yang tidak tepat. Akhirnya bila tidak dibenarkan , kami pula yang dilabel pro barat. Artikel di atas tidak mengatakan tidak boleh beri susu kambing tetapi selepas setahun . dan seperti kata dr rashdan , ilmu perubatan adalah ilmu yang berkembang. Alhamdulillah , puan berjaya menyusukan anak anak semua dengan susu kambing dan tiada masalah. Penulisan dilakukan berdasarkan kajian . Jangan lah memisahkan ilmu perubatan moden dengan perubatan Islam kerana kalau begitu setiap doktor Islam dibidas hanya kerana mempraktikkan apa yang dipelajari.
Salam. Dr. Anak sy sudah berumur 2 thn dan masih menyusu badan. Masalah sy skrg anak sy menolak semua jenis susu formula dan susu segar. Sy beri susu badam sebagai backup. Adakah cukup dengan memberi susu badam? (Air kosong + badam + kurma diblend dan ditapis halus). Anak sy hnya mahu susu sy dan susu badam shja
Anak yang berumur 2 tahun lebih bergantung pada pemakanan yang seimbang untuk nutrisi berbanding susu. Susu bukan sumber utama, walaupun digalakkan .maka jika pemakanan yang lain seimbang , maka tiada masalah
Assalam. Mmg pilihan yg terbaik ibu2 yg mmbuat pilihan mmberi ank susu kmbing berbnding susu lembu. Mknn kegemaran nabi kita sudah tentu byk kebaikannye lg2 susu kmbing yg dicampur dgn mknn sunnah. Utk tahu kebaikan dan khasiat susu kmbing+ mknn sunnah yg lain jemput singgah blog sy ye..nk dptkan susu kambing Lennoza+7mknn sunnah pun boleh kt situ..http://manja-anakku.blogspot.com/?m=0
[…] satu link yang disyorkan untuk maklumat yang lebih lanjut bagi pemilihan susu formula untuk anak. http://doktorbudak.com/2013/08/07/susu-lembu-susu-kambing-atau-susu-soya/ Link ini merujuk kepada susu manakah yang terbaik antara susu lembu, kambing dan soya… Untuk […]
Slm Doc. susu alternatif lain bg ibu yg bermasalah menyusui anaknya ialah mencari ibu susuan atau memohon sumbangan EBM. itu cdgn saya.sbelum kita bertukar kepada susu serbuk
Saranan yang bagus
Terima kasih dokter atas informasinya. Saya merasa beruntung bisa menemukan artikel yang bermanfaat ini. Salam dari kami di Indonesia.
salam doc.anak sy berumur 2tahun 6 bulan payah makan.dlm bulan ini dia banyak makan (bukan minum sbb tidak dibancuh) milo.sehari dlm 3 sudu besar.sy telah dinasihatkan oleh doc supya memberikan susu formula ttpi anak saya tidak mahu langsung.sudah pelbagai jenama saya cuba.akhirnya saya berikan tablet susu kambing.lbh krg 3 bulan dia mkn tablet tu tp skrg dia suka milo.beratnya 10kg,masih menyusu badan.soalan saya bolehkah sy berikan susu formula tanpa dibancuh dgn air?memandangkan anak saya suka makan milo, saya terpikir untuk mencampurkan susu formula di dalamnya.adakah ia selamat?
Assalam doctor, dalam pemerhatian saya susu kambing adalah lebih baik dari susu lembu, susu kambing membuatkan anak saya dah tak sembelit, dan sunnah nabi adalah lebih baik berbanding kajian2 omputih, i trust that no matter what, n alhamdulillah dgn izin allah since amalkan susu kambing, anak sy sgt ssh nk demam.. boleh dikatakan sejak amalkan susu kambing ni.. sekadar perkongsian, bukan hendak menidakkan ilmu doktor..
“Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.”
Terima kasih atas pandangan tersebut!
Saya pun bersetuju dgn konsep sunnah Rasulullah dan saya tekankan dlm artikel tersebut (harap puan ada membacanya). Namun begitu, kalau puan amati dlm cadangan, artikel dan komen saya seterusnya, puan akan dapati kami mempromosikan penyusuan susu ibu lebih dari segalanya, sejajar dlm tuntutan Islam (sehinggakan Baginda Rasulullah turut disusukan oleh ibu susuan sehingga 2 tahun). Kami tidak menggalakkan penyusuan susu formula lembu kecuali terpaksa atau tidak susu ibu sepenuhnya (sejajar dgn soalan yg diajukan). Dan saya memberi komen berdasarkan kajian semasa, dan tidak menolak pengesyoran akan berubah di masa hadapan. Dan artikel ini ditulis utk bayi bawah satu tahun.
Terima kasih atas pandangan puan!
Ilmu Allah yg luas, buruk dari saya, baik hanya dari Allah.
Maaf atas segala kekurangan diri.
RZ
As salam,..Alhamdulillah, Allah beri rezeki kepada anak saya untuk menikmati susu ibu sehingga sekarang ( iyyad pada hari ini berusi 2 tahun 5 hari).
Iyyad ada alahan kepada susu lembu dan kacang soya ( hasil dari ujian darah). Soalan saya, susu apa yang patut saya beri kepada anak saya untuk mendapatkan sumber kalsium selain daripada memberi sayuran dan buah?
Doktor,,,anak saya disahkan alah susu lembu…sekarang ni dr suruh minum susu berasakan beras jenama novalac novarice..sebab sblm ni saya bagi susu berasakan soya anak saya tak nak menyusu..anak sy br berumur 2 bulan,,adakah merbahaya bagi susu berasaskan beras?
Hi Misrul!
Saya cadangkan bawa anak utk rawatan pakar.
Ada artikel menarik tentang alergi susu lembu, dan laktose-intolerance. Boleh baca di blog ini.
Secara teorinya, cow’s milk protein allergy CMPA perlu pada diagnosis khusus oleh pakar.
Ada pelbagai susu seperti formula soya, formula lembu hypoallergenic HA yg boleh dicuba.
Cadangan saya bawa berjumpa pakar utk penilaian rapi sebelum kita “label” anak ini sbg CMPA dan berbincang tentang nutrisi lanjut.
Dan, mengapa tidak susu ibu??!! Baru usia 2 bulan. Percayalah InSyaAllah dgn izinNya susu ibu akan selesaikan semua masalah.
RZ
Dr,,,sy dh bw jumpa pakar…seorang Dr pakar ckp xda masalah..seorang lagi ckp anak saya alah susu lembu..untuk pengetahuan Dr, anak saya tak nak hisap susu ibu dia…oleh kerana tak nak dia menangis lama, kami decide bagi terus susu botol..sekarang ni anak saya lambat buang air besar iaitu 2 hari sekali..adakah itu normal bg bayi?yg positif sekarang anak saya x menangis tanpa henti mcm sebulan lepas.
Anak umur berapa dan adakah najisnya lembut atau keras.
Assalamualaikum wbt..
saya menghormati semua pndgn berdasarkan pengetahuan, kajian phk tertentu atau pengalaman semua. saya cuma ingin berkongsi pengalaman cetek dlm menyusukan ank. sblm artikel ni keluar saya tdk tahu menahu tentang apa yg sesuai utk bayi bwh usia 1 thn. saya sekadar cuba2 test susu utk bayi saya(based on pembacaan). saya susukan dgn breastmilk tp oleh sbb kekangan msa dan faktor2 sampingan trmasuk bersalin cara cset dan keada sekeliling yg tdk sesuai utk breast feeding, kdg2 saya top up dgn fm, bkn krna bm x cukup.
mula2 saya try susu formula lembu satu persatu. ank saya tdk menunjukkan sbrg penolakan atau alergi dgn susu lembu trsebut tp saya keep on testing dgn susu lain2. akhirnya dlm bln ke dua lps bersalin, saya terbaca pengalaman ibu2 yg bg susu karihome. saya pon test lg ank dgn susu tu. smpai skrg stick dgn karihome kalo stok ebm x smpt pam. ade juga stamby dgn susu lembu enfalac tp babysitter bgtahu bayi saya mcm x suka dah susu tu.
so far perkembangan bayi saya sgt baik..dah capai usia 6 bulan dan tak pernah demam dgn izin Allah SWT. berat dia skrg lbh kurg 8.1kg, nurse ckp brt dah ‘cantik’ dah tubuh dia kemas tdk menggeleber. bru start solid food. saya x risau sgt sbb hanya bg susu fm sekali sekala, kdg2 sekali sehari atau smggu sekali.
sekadar berkongsi ya.
firda,
wsalam
same goes with me
saya sedaya upaya cuba bekalkan ebm setiap hari
tapi during last ramadhan susu saya sgt drop
so, saya top up with karihome step 1 since they claim it suitable for infant to 6mths bila ebm xmencukupi
selalunya hanya sekali sehari
saya baru top up goat milk this week
so far baby ok (bayi saya baru berusia 5bulan)
poo poo pon ok
bila da baca artikel ni saya rasa was2 nak continue standby goat milk atau susu formula lembu
AsSalam Firda!
Terima kasih kerana perkongsian anda. Amat menghargainya.
Juga tahniah kerana meneruskan penyusuan ibu! Masyarakat perlu ramai ibu seperti anda.
Saya percaya ibu bapa mahukan terbaik utk anak. Pelbagai persepsi dan pandangan. Kajian dlm perubatan sentiasa berkembang. Sebagai Pakar Pediatrik tugas kami utk memberi maklumat tepat dan terkini supaya ibu bapa boleh buat keputusan berdasarkan pengetahuan semasa.
Saya 100% menggalakkan penyusuan ibu.
Terima kasih! RZ
Puan Siti!
Teruskan penyusuan ibu please!!!
Susu formula menurut artikel diatas merujuk pada susu formula lembu yg diperkaya zat besi, sebagai pengganti susu ibu jika tidak dpt meneruskan penyusuan ibu sepenuhnya.
Susu kambing dan susu segar lembu, dan beberapa jenis susu lain turut tidak sesuai utk bayi.
Begitu sukar utk saya komen susu formula kambing kerana kurangnya kajian semasa yg tidak “bias”, tidak disyorkan oleh AAP dan juga asas susu itu sendiri yg kurang sesuai utk bayi. Ini kerana ada sesetengah “brand” susu kambing yg diperkaya dgn khasiat tertentu dan ada yg lainnya tidak diperkaya dgn khasiat khusus ini lantas kandungan nutrisi menjadi tidak sesuai dan boleh membahayakan.
Teruskan penyusuan ibu! Itu yg terbaik! Kita berusaha bersama agar anak puan mendapat segala kebaikan penyusuan ibu ini. InSyaAllah, mesti ada jalan penyusuan ini dpt diteruskan.
RZ
Terbaik Doktor! Terima Kasih atas Penjelasan ini.
Terima kasih melor!
Harap artikel dan jawapan di atas memberi penjelasan tentang nutrisi bayi dan kanak-kanak. Jika ada kelapangan, InSyaAllah artikel tentang nutrisi dan pemakanan utk kanak-kanak atas satu tahun akan diterbitkan akan datang.
Terima kasih! RZ
Assalamualaikum doktor, berkenaan dengan susu kambing, di pasaran kini sudah ada susu kambing yang telah di formula dan dikhususkam untuk peringkat bawah 1 tahun. Adakah masih tidak sesuai dengan bayi di bawah umur 1 tahun? Terima kasih..
AsSalam Masturah! Salam Aidilfitri!
Formula susu kambing; maaf tidak dapat beri komen kerana tidak disyorkan oleh AAP dan kurang kajian saintifik.
Kami faham ibubapa mahukan yg terbaik utk anak mereka; yg terbaik ialah susu ibu.
Utk susu formula kambing mungkin puan boleh buat sedikit penyelidikan membandingkan kandungan nutrisi susu tersebut dgn susu ibu.
Perbandingan boleh dibuat di laman sesawang spt di artikel.
Maaf kerana tidak dpt membantu. Terima kasih.
Dear Parents!
Since this article creats interest on nutrition and feeding, for infant, toddlers and older children, maybe we should write another more comprehensive article on these issues, discussing appropriate nutrition and diet for each age group.
Thanks! RZ
yes please! I have a picky toddler as well (1y 8m) and a guideline on the nutrition based on age would be so helpful. Still fully bf but I am currently preparing to weaning her off. Thank you for the article and effort your team put in Dr Budak. totally helpful to all mother out there.
Thanks for this explanation, doc! I’ve been asking around and most people don’t have a definite answer for this. I’ve started my 1 y 4m baby with anmum step 3, and still breastfeeding her anyhow. But darah merah dia still rendah, and she’s not eating on time as well (picky eater, eating on her own whim). Would u suggest changing in formula for this? Very active though, hardly fall sick. Weigh only 9kg but doesnt look sick. Thanks!
Hi Yasmin!
Poor weight gain may related to many factors; nutritional, genetic, underlying chronic illness, psychosocial factors etc. Judging from your description I believe your child’s underweight issue maybe due to nutritional insufficiency from picky eating habit, hence, complicated w iron deficiency anemia. I believe we have published few articles on that issue that may benefit you a lot. Having said that I would like to suggest that you bring your child to your Paediatrician for thorough evaluation, examination and if necessary investigations. Establishing diagnosis followed by treating underlying problem is mandatory. Dietary advice to optimize calories intake, balancing solid diet and high energy milk maybe beneficial. Proper advice on feeding technique and habit also will be helpful.
Hi Doktor,
Mengenai susu kambing, adakah okay jika beri susu kambing formula kepada kanak-kanak berumur lebih dari setahun? Jenama yang digunakan adalah Karihome.
Terima kasih.
Hi Nur! Salam Syawal!
Jenis pemakanan dan minuman/susu utk kanak-kanak berusia atas 1 tahun (terutamanya atas 2 tahun) agak berbeza dgn bawah satu tahun. Utk umur atas 1 tahun AAP menitikberatkan pemakanan berkhasiat, seimbang, lengkap nutrisi melalui diet sesuai spt karbohidrat, sayuran, dan buah. Susu dan produk tenusu masih penting utk kalsium dan nutrisi lain tapi kuantitinya tidak sebanyak bawah setahun.
Berkenaan susu formula kambing, walaupun sudah lama di pasaran, kajian saintifik tanpa bias masih kurang. Saya nasihatkan utk usia kanak-kanak 1-2 tahun, puan boleh cuba selidik kandungan nutrisi formula tersebut dan bandingkan dengan susu ibu utk kepastian. Secara etika, kami tidak syorkan sebarang jenama susu.
Terima kasih