Penyakit ini sepatutnya sudah hilang dan dikawal dengan baik kerana program vaksinasi yang berjaya. Sebelum vaksin untuk difteria diperkenalkan, penyakit ini merupakan salah satu punca utama kematian kanak-kanak di seluruh dunia. Selepas vaksin diberikan kepada bayi melalui program immunisasi kebangsaan, masalah ini jarang dilihat. Ramai daripada generasi doktor baru seperti kami sebenarnya tidak pernah merawat kes sebegini kerana dikawal dengan baik melalui vaksin.
Oleh yang demikian, kami amat terkejut dan risau apabila disahkan berlaku kes difteria di Melaka dan Kedah. 2 kanak-kanak berusia 10 bulan dan 2 tahun telah disahkan mati kerana penyakit difteria di Kedah. Beberapa orang lagi masih dirawat di hospital.
Apa itu Difteria ?
Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria yang bernama Corynebacterium Diphteriae.
Apakah tanda-tanda penyakit difteria ?
Bakteria ini akan memasuki dan melekat pada rongga pernafasan. Toksin akan dihasilkan dan boleh menyebabkan demam, lemah badan, sakit tekak dan kelenjar bengkak pada leher.
Toksin ini merosakkan tisu-tisu pada rongga pernafasan (termasuk tekak dan hidung) dan tisu-tisu yang rosak ini akan menjadi suatu lapisan tebal putih kelabu yang boleh menyebabkan kesesakan di hidung, tekak dan peti suara. Ini akan menyebabkan kesesakan nafas dan keadaan ini sangat bahaya.
Toksin ini juga boleh memasuki sistem saluran darah dan menjejaskan organ buah pinggang, jantung dan sistem saraf.
Bagaimana terjangkit ?
Ia dijangkiti daripada seorang individu kepada individu yang lain. Cecair dari rongga pernafasan (respiratory droplet) yang dipindah melalui batuk dan bersin akan membolehkan kuman bakteria ini merebak. Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan objek yang telah dicemar dengan cecair yang mengandungi kuman tersebut.
Penyakit ini boleh dikesan melalui sampel cecair yang diambil di tekak.
Bagaimana difteria boleh menyebabkan kematian ?
Selain daripada menyebabkan kesesakan nafas yang serius, toksin ini boleh diserap ke dalam sistem saluran darah. Ia akan menyebakan kelumpuhan sistem saraf dan serangan otot jantung yang akan membawa maut.
Apakah rawatan untuk difteria ?
Sekiranya pesakit itu mempunyai tanda-tanda penyakit ini, rawatan harus bermula tanpa menunggu keputusan ujian makmal supaya tidak terlambat.
Pesakit dirawat dengan antitoksin untuk menghentikan kerosakan sel oleh toksin kuman ini, dan ubat antibiotik untuk membunuh kuman bakteria ini.
Bagaimana difteria boleh dielakkan ?
Vaksin adalah cara terbaik untuk mengelak penyakit difteria. Kita sebenarnya telahpun berjaya mengawal penyakit ini, dan wabak ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya kita sebagai ibubapa memastikan anak-anak kita mendapat vaksin.
Vaksin ini terkandung dalam Vaksin lima serangkai (5 in 1 -DPT-IPV-Hib) yang juga merangkumi vaksin untuk batuk kokok, polio, tetanus dan kuman Haemophilus Influenza-b.
Vaksin ini diberi percuma untuk semua kanak-kanak di klinik kesihatan kerajaan pada umur 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan dan dos tambahan pada umur 18 bulan. Vaksin ini juga boleh didapati di klinik dan hospital swasta. Sekiranya anda terlupa untuk membawa anak ke klinik, masih belum terlambat dan vaksin boleh diberikan pada masa seawal yang mungkin.
Sekiranya anda mempunyai kemusykilan tentang keselamatan vaksin dan isu-isu agama yang berkaitan dengan vaksin, sila baca artikel seperti di bawah untuk menolong anda mendapatkan pencerahan.
- Adakah Vaksin Merbahaya ?
- Vaksin : Apakah kandungan lain selain bahan utama ?
- Menjawab Isu Vaksin dari kacamata Islam
(ditulis oleh Dr Foo Chee Hoe)
Rujukan:
http://www.cdc.gov/diphtheria/about/causes-transmission.html
Comments
8 responses to “Difteria : Apa anda perlu tahu”
i ask on behalf of my friend. she has 1child and never sending her daughter to get vaccines, now she realised on how important the vaccines after i ask her to read few article on vaccines .. it is possible if she want to get vaccines for her 3 years old daughter ? where she can go?
Assalamualaikum Doktor,
Anak saya berumur 4 tahun. Dia kerap mengalami bengkak tonsil. Tahun 2016 sahaja sudah hampir 4 kali tonsilnya bengkak. Awal tahun ini 2017 dia demam panas dan bengkak tonsil agk kelihatan.
Soalan saya apa perbezaan difteria & bengkak tonsil? Ini kerana saya dapati simptoms nya sama. Spt : waktu tidur yg tidak selesa, berdengkur, tidak mahu makan & minum, demam yg melarat.
Salam Doc. hai. Saya Rinie, 25 thun dan mempunyai bayi berumur 10 bulan. Sewaktu baby saya berumur 9 bulan, saya telah mengambil vaccin phenococcal di Klinik SWasta An Nur di Bangi. Dose kedua sepatutnya dijadualkan sewaktu baby berumur 10 bulan. tetapi disebabkan kekangan kerja dan kekangan masa, kami sudah trlambat untuk dose kedua. adakah bahaya doctor kalau terlambat? mohon pencerahan
hi doc, anak saya telah berusia 9 tahun tetapi tidak mengambil vaksin tambahan pada usia 1 tahun setengah kerana pada usia tersebut anak saya selalu sakit. Memandangkan sekarang ini wabak difteria sedang berlaku di malayasia, saya amat runsing. Masih bolehkah anak saya dapatkan suntikan tersebut. Akan adakah kesan sekiranya dia mengambil vaksin tersebut sekarang ini. Mohon doc jelaskan secara terperinci
They have a muhpitle-lour long, very involved infomercial on before noon on sundays on the Food Network (yes, some sundays I have no life), it sure looked powerful and easy! I liked how they made omelets with it.
Hye doktor, saya nak tanya. Anak saya akan mencapai usia 1 tahun pada 29/08/2016 nanti. Sepatutnya jururawat Klinik Kesihatan memberi tarikh tersebut untuk vaksin MMR dos 2. Tetapi jururawat memberi tarikh 18/08/2016. Maknanya sebelum usia anak saya mencapai 1 tahun. Bolehkah vaksin itu diambil awal dari tarikh sepatutnya? Atau saya kena hubungi klinik semula untuk ambil tarikh baru? terima kasih.
Hi doktor,
Anak saya sepatutnya mengambil suntikan booster DTap pada bulan ini tetapi menurut jururawat, suntikan itu ditangguhkan sehinggalah dia berumur 24 bulan. Dengan kes Diptheria yang semakin meningkat sekarang, boleh tak saya request supaya suntikan itu diberikan dengan lebih awal?
TQ
assalamualaikum doktor.
saya seorang ibu beranak 2. anak pertama saya sudah berumur 12 tahun dan yang kedua berumur 10 tahun. soalan saya ialah, pada umur anak saya 6 bulan dia telah diberikan suntikan di bahagian peha. selepas suntikan itu, anak saya mengalami demam selama 2 hari. pada saya mungkin itu normal dan saya hanya memberikan ubat demam yang dibekalkan oleh jururawat yang memberikan suntikan tersebut. yang menjadi pertanyaan saya ialah kenapa bahagian yang disuntik itu menjadi bengkak dan keras. seperti ada benjolan sebesar guli. benjolan tersebut masih ada sehingga kini setelah usianya mencecah 10 tahun. saya pernah tanya kepada anak saya adakah sakit benjolan itu. dia memberitahu bahawa dulu memang sakit semasa kecil. sekarang sudah tidak sakit. tetapi saya sangat hairan apabila saya bertanya kepada jururawat yang menyuntik anak saya pada ketika itu dan beliau hanya mengatakan itu perkara biasa selepas vaksin. tapi kenapa sehingga kini masih ada lump itu? boleh doktor terangkan? terima kasih