Q: Anak saya hampir 2 bulan kebanyakan kanak-kanak mengalami kembung, begitu juga anak saya. Soalan saya, apakah cara yang betul untuk menghilangkan kembung ?
Jika menggunakan kaedah urutan,dibahagian manakah harus dilakukan urutan itu??
Ada yang mengatakan mengetuk dengan sisi tangan di belakang bayi dapat menghalangkannya, tetapi kaedah ini seperti menyakitkan walaupun bayi saya tdak menangis. ( Ibu Hana )
A: Salam sejahtera Ibu Hana,
Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berumur kurang daripada 6 bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen ( abdominal cavity ) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen ( usus, perut, hati, limpa,pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
Adakah kembung perut normal ?
Biasanya kita mengaitkan kembung perut dengan masalah ‘colic’, iaitu keadaan di mana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan sangat tidak selesa tanpa sebab yang spesifik, dan kemudian akan kembali normal selepas itu. Ini berlaku untuk beberapa kali dalam seminggu dan semakin bayi membesar, kejadian ini semakin kurang, dan bayi membesar dan menyusu dengan baik. Sekiranya demikian, ibu-bapa tidak perlu gelisah mengenai masalah ini.
Sebab-sebab perut kembung:-
1) Cara menyusu dengan botol yang tidak betul – terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai ( terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan menyebabkan perut kembung. Bayi juga seharusnya disendawakan ( burp the baby ) selepas menyusu.
2) Bayi menangis terlalu banyak, terlalu aktif kerana ‘overstimulation’ pada hari tertentu boleh menyebabkan kembung perut
3) Penghadaman susu yang kurang sesuai, menghasilkan banyak gas
Adakah urutan berkesan ?
Ini bergantung kepada sama ada bayi juga menangis dan kurang selesa semasa kembung perut. Urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut (gentle back and tummy rubs) dan teknik urutan seperti ‘infant massaging’ boleh membantu bayi relaks dan kembali selesa.
Masalah serius yang perlu dipertimbangkan
Namun, apabila berhadapan dengan bayi yang kembung perut, kita perlu memastikan ia bukan kerana disebabkan oleh masalah yang serius. Walaupun abdomen(perut) bayi adalah kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut. Sekiranya rasa sangat kembung dan keras, ini kemungkinan besar menunjukkan masalah usus.
Pemeriksaan doktor yang teliti adalah penting untuk mengesan masalah-masalah seperti:-
1. Masalah usus tersumbat/terbelit ( intestinal obstruction ). Bayi juga muntah selalu, dan tidak buang air besar ataupun kentut untuk jangka masa yang lama
2. Masalah usus besar yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana masalah saraf (Hirschprung’s disease) – bayi juga sembelit dalam masalah ini
3. Alahan susu – sekiranya bayi adalah alahan kepada protein susu lembu ataupun laktosa (cow’s milk protein allergy / lactose intolerance), ia boleh menyebabkan kembung perut dan cirit-birit. Berat bayi juga tidak naik dan mengalami dehidrasi. Susu yang berdasarkan formula khas yang sesuai perlu dicari.
4. Masalah organ lain seperti hati yang bengkak, limpa yang bengkak, masalah buah pinggang, dan saluran air kencing boleh menyebabkan abdomen kelihatan kembung.
Cara-cara lain yang membantu semasa ‘colic’
1) Mendukung bayi anda semasa menangis, ataupun membedungkan dia dan diletakkan di dalam kot bayi, dalam suasana bilik yang sunyi dan gelap. Jangan keterlaluan merangsangkan bayi semasa menangis (overstimulate)
2) Ubatan seperti ‘simeticone drops’ dicampurkan dalam susu – menolong untuk membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu
3) Cara alternatif/tradisional – sapu minyak ‘essential oil’. Ada juga yang menggunakan ‘gripe water’ yang mengandungi sodium bikarbonat yang dipercayai boleh melegakan. Namun, ia masih dijual sebagai ubat tradisional yang tidak melalui kajian terperinci untuk membuktikan keberkesanannya. Ia tidak diiktiraf oleh FDA sebagai ubat khusus untuk ‘colic’.
4) Cuba tukar formula susu sekiranya syaki ada alahan susu
Kesimpulan
- Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan terdapat cara-cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar.
- Namun, adalah sangat penting kita tidak terlewat mendapatkan perhatian doktor sekiranya masalah kembung perut adalah disebabkan oleh penyakit yang serius.
- Tanda-tanda yang merisaukan adalah seperti kurang berat badan, muntah-muntah, cirit-birit, najis berdarah, perut kembung sehingga sangat keras dan bayi kelihatan sangat lemah dan tidak sihat.
( answered by Dr Foo Chee Hoe )
Comments
130 responses to “Anak saya kembung perut”
Doktor,anak saya baru 1 bulan lebih . saya bagi susu formula s26 & bf . lepas tu saya bawak anak saya pegi jumpa doktor sebab dye kerap buang angin dan muntah lepas susu mesti dia akan muntah tapi dalam kuantiti yang tak menentu . doktor ada cakap kembung anak saya teruk dan dia ada bagi ubat untuk buat angin tapi anak saya masih sama boleh tak doktor jelas kan sebab dia kerap menangis susah nak tengok dye duduk dalam keadaan yang tenang
Ini mungkin berpunca daripada colic – seperti penerangan yang diberikan di atas (sila baca), ataupun kurang selesa dengan susu formula. Oleh itu, bincangkan dengan doktor anda untuk memilih susu lain seperti yang low lactose, partially hydrolised ataupun yang hipoallergenik, ataupun cuba fully breastfeed.
Ada juga kemungkinan menangis kerap ini tidak berkaitan dengan susu, maka harus diperiksa dengan menyeluruh.
Eyna
Hye doc
Anak saya berusia 2 tahun. Dia mengadu sakit perut di sebelah kanan dan akan menangis apa bila rs tidak selesa atau sakit. Apabila sakit dia akan lemah dan baring secara meniarap dan meminta saya mnegurut dia.sy telah berjumpa pakar kanak kanak. Doc memberi ubat angin dan antibiotik(priobiotic). Dia membuang air besar seperti biasa cuma lepas 2 hari ada sembelit. Tp berapa lama keadaan ini akan berkurangan. Dh 5 hari dia sering menangis
Puan, sekiranya sakit perut ini datang tiba-tiba ( sebelum ini tidak pernah berlaku), perlu lebih waspada. Beri tumpuan kepada tekstur dan warna najisnya, sekiranya berlendir dan berdarah ini tidak normal dan perlu siasat untuk kemungkinan masalah inflammasi usus.
Namun, kebanyakan kes budak sakit perut adalah berkaitan dengan sembelit. Masalah sembelit yang dapat diselesaikan akan menolong mengurangkan sakit perut, pada kebiasaanya.
hye doktor…anak saya baru masuk 5 bulan,dia bf campur susu formula iaitu susu dumex dupro…dalam dua hari ini anak saya selalu buang air besar terlalu kerap dan bercampur dengan darah???adakah itu sembelit???tolong beritahu saya sebab saya sangat risau sekarang nie…
Sekiranya ada darah dalam najis – perlu pastikan sama ada jangkitan kuman dalam usus, ataupun alahan kepada susu lembu.
dapatkan pemeriksaan doktor dan najis perlu dianalisa.
Doc,ank sya skrg usia 3 buln smigu.dri lahir smpai usia 3 buln sya full bgi bb bf.usia dia 1 buln sya bgi susu dia mesti mutah blik,lagi perut kembung.skrg dh usia 3 buln lebih pun tetp sma hisap susu mesti mutah dgn perut sentiasa kembung.bb sentiasa meragam .berat memang stiap buln da naik..sya dah tak thu mhu buat apa ..
Adakah berat bayi naik dengan baik ? Sekiranya tidak, maka ini adalah masalah yang perlu ditangani dengan segera dan dibawa jumpa doktor.
Sekiranya berat bayi naik mengikut kadar yang dijangka, maka nutrisi dan penyerapan khasiat terjamin walaupun seolah-olah sentiasa muntah.
Muntah ini mungkin refluks – dengan guna cara ‘burp’ dan letakkan kepala 30 darjah lebih tinggi boleh mengurangkan kejadian ini. Perut kembung – adakah berkaitan dengan cara penyusuan yang menyebabkan banyak aerophagia? Adakah mungkin diet puan mengandungi bahan yang menjadi alahan kepada bayi ? Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berumur kurang daripada 6 bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen ( abdominal cavity ) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen ( usus, perut, hati, limpa,pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
Sila rujuk kepada artikel di atas untuk keterangan lanjut.
Masalah asyik muntah boleh disebabkan oleh refluks, GERD, alahan makanan, pyloric stenosis, ataupun muntah biasa sahaja(regurgitation, posseting). Sekiranya musykil, dapatkan pemeriksaan doktor.
Lahir berat 3.5 kg ,usia 2 bulan 5.85 kg usia 3 bulan 6.65 .adakah normal doc.sekian terima kasih
Kadar kenaikan berat adalah memuaskan
Doktor ank sy baru sebulan tapi asyik colic je. Tgh hari pn colic.adakah di sebbkn susu formula ye.tp berat badan naik.
Ya, ia mungkin disebabkan oleh susu formula di mana bahan substrat dalam susu selepas penghadaman yang kurang sempurnya boleh menyebabkan perut kembung.
Bincang dengan doktor anda tentang pilihan susu yang sesuai untuk mengurangkan kemungkinan ini.
Dr, anak sy berusia 2 tahun setengah fully bf. selepas makan 1 jam atau 2 jam dia akan buang air besar. Najisnya lembik tidak berketul.jika hari ini die makan kerap.maka kerap juga dia akan membuang.saya perasan tabiat ini sudah agak lama. Adakah kemungkinan anak sy ada masalah penghadaman atau lain? Sekian terima.kasih
Ini bukan suatu masalah, sekiranya najisnya adalah normal, tidak berlendir, tidak berair, tidak berdarah. Tiada perut kembung, tiada sakit perut. sekiranya ada tanda-tanda ini, maka ia mungkin adalah masalah usus.
Hi Doc,
My son age baru 3 days susah nak tidur lena. Dia kerap menyusu like every 1 hour once. Tapi dia menangis and we suspected colic sebab perut kembung n keras. Dia kerap buang air besar lepas minum susu. Setiap kali minum mesti buang air. Mula3 najis dia mcm color coklat kehitaman berlendir skit. 2 kali mcm tu dan kali ketiga onwards kekuningan yg i rasa normal for babies. Takde lendir or cair. Perlu ke saya risau dan jumpa Paed? Setiap kali minum buang air tu normal ke? Saya rasa dia kerap nangis tu sebab kembung dan xda sebab lain. My guess true kah doctor?
Tidak perlu risau. Buang air besar/kentut selepas/semasa menyusu adalah gastrocolic reflex. yang penting ialah najisnya nampak cantik, tidak berlendir dan terlalu cair.
Menangis malam boleh disebabkan oleh colic, atapun masih tidak sesuai dengan rutinnya, mahu lampin ditukar, atapun rasa sejuk /panas, atapun lapar.
Puan perlu dengan sabarnya cuba cari sebabnya. Untuk colic, bayi akan menangis berterusan walaupun didukung. Sekiranya bayi diam apabila didukung, ia jarang disebabkan oleh colic.
Hi,doc anak saya ada mamasalah kembung perut kebelakangan ini ,umur anak saya 1tahun 4bulan saya baru tukar susu anmun bagi anak saya, adakah sebab susu anmum ini tidak sesuai dengan anak saya, kerna sebelum ini dari baby anak saya tidak pernah mengalami kembung perut. Saya baru tukar susu dugro ke anmum ,dalam 1mgu lebih ni. Harap doc dpt membantu
Ya, ia boleh berkaitan dengan susu barunya. Sekiranya kembung sedikit tanpa masalah lain, mungkin interaksi substrat susu dengan penghadaman usus menghasilkan banyak gas. Tetapi sekiranya berkaitan dengan muntah, cirit birit dan sakit perut, maka perlu rujuk kepada doktor dan hentikan susu itu dahulu.
Hi doctor.. Anak saya 2thn.. Aktif dan tiada masalah untuk mkn n minom serta poopoo ok. Tpi 2hari nie dia kerap kembung perut.. Tekan2 perut macam sedikit keras. Tpi kerap kentut dan kdg2 angin kerap tolak ke mulut.. Kenapa ye jadi mcm nie doctor.. Saya risau masalah lain.. Tq 🙂
Masalah sebegini tentulah berkaitan dengan usus perutnya. Mungkin kurang sesuai dengan makanan yang diambil baru-baru ini. Sekiranya keadaan asalnya memang tidak masalah makan, minum dan najis maka ia berkaitan sesuatu punca yang akut, iaitu yang terjadi tiba-tiba seperti termakan makanan yang kotor, kurang sesuai. Sekiranya simptom reda dalam beberapa hari, tidak perlu risau. Sekiranya berterusan dan menjadi teruk atapun muntah, kena bawa jumpa doktor.
Sekiranya anak sentiasa muntah, saya tidak dapat memberi nama ubat begitu sahaja. Muntah ini mungkin tidak berkaitan dengan masalah, tetapi juga mungkin disababkan oleh masalah lain seperti masalah perut, alahan makanan, masalah otak, reflux esophagus dsb. Saya nasihatkan dapatkan pemeriksaan doktor sebelum membeli ubat.
salam,anak saya berumur 2 tahun 2 bulan.obat dokter yang paling bagus apa yah…bila anak sering muntah2.karena mungkin masuk angin atau apa yah.setiap di beri susu formula atau minum air putih aja langsung muntah lagi.mohon saran yang terbaik dokter yah.terimakasih
Minta maaf soalan dijawab lewat. Untuk soalan baru,sila tujukan di segmen “Ask Doktorbudak”
Sekiranya ada masalah selalu muntah, harus diperiksa oleh doktor sebelum diberi nasihat untuk pilihan ubat. Kami tidak yakin untuk mengesyorkan ubat untuk menghentikan muntah semata-mata tanpa memastikan sebabnya. Punca-punca seseorang yang muntah ialah – masalah refluks, masalah perut, masalah psikologi, masalah otak, masalah jangkitan kuman, masalah alahan makanan
Hi doc
Nak tanya 1 soalan
Apakah tanda2 susu formula yang tidak sesuai dengan baby
Baby sy umur sebulan..buang air besar 2hari sekali..nafas berbunyi macam ada kahak
Thanx doc
Buang air dua kali sehari adalah normal. Yang penting najis harus nampak normal.
Nafas berbunyi seperti kahak tetapi tidak menyebabkan sesak nafas, senang menyusu dan tidur tidak bermaksud ada masalah. Sekiranya risau, sila dapatkan pemeriksaan doktor.
Tanda susu formula tidak sesuai – biasanya berkaitan dengan alahan protein lembu, iaitu seperti cirit-birit, najis yang berlendir dan berdarah, perut sentiasa kembung dan tidak selesa, muntah-muntah selalu
Hi doc
Nak Tanya 2 soalan
1. Baru2 INi anak admit SBB acute tonsillitis ..keadaan anak masa tu muntah2 hingga muntah kuning , deman 38.3..alhamdulillah muntah itu hanya 8 jam saja..anakkurang mkn disebabkanbengkak tonsil ..kami di beri antibiotik utk 5ari ( betamox granules 125mg ) asal minum ubat ni anak kelihatan sedikitmengantuk namun still aktif sdikit… Dan hari 3 di sana hospital anak punya najis cair tetapi sehari 2 Kali mengapa ya doc?
2. INI soalan yg bermain di pikiran sejak bertukar susu 3-6 thn najis kejap cair ,normal lepastu sembelit lepastu normal balik ..sebelum INI susu brand sama 1-3 cntik je najis dan ada kalanya najis bila cair bercampur dgn ketulan susu spt x hadam …..adaka kerana susu doc?
3. Sejak anak kuar hospital tak nak susu botol nak bf masalahnya susu bdn da kering dah Cuba mcm2 jenis perisa tak nak jug a sbb ubat antibiotik ke rasa x selesa?
Terima kasih doc
1. Najis cair mungkin disebabkan oleh kesan daripada antibiotik.
2. Ada banyak faktor yang menentukan keadaan najis – kesihatan anak, kandungan probiotik dalam usus, sama ada usus ada jangkitan.
3. Anak mungkin perlu masa untuk kembali kepada rutin biasa.
Hi doc
Nak Tanya 2 soalan
1. Baru2 INi anak admit SBB acute tonsillitis ..keadaan anak masa tu muntah2 hingga muntah kuning , deman 38.3..alhamdulillah muntah itu hanya 8 jam saja..anak
Hi Puan, acute tonsillitis akan pulih dengan rawatan yang berpatutan. Saya yakin anak sudah sihat sekarang. Untuk menujukan soalan, sila guna Ask A Question
hi doctor, my baby is in 1month n 8days old.. dari lahir hinga kini dia sering kembung perut adakah dari susu dia?? saya bagi dia mix bf.. dah bnyk kali tukar susu since birth pedician nya bagi susu prematang sebab dia lahir kurang timbangan berat (2.440kg) so his doctor desite to give premature then after that doctor give post discharge then susu biasa sudah. susu enfalac A+ yang dia minum.. tapi setiap kali dia menyusu mesti kembung perut kecuali saya mix d susu dia tu DENTINOX ‘Colic drops’ baru x kembung adakah ia dari susu?? apakah susu yang sesuai ??sy dah tukar susu ISOMIL (soya) tapi ia kembung jgak dan tambah lagi berak2 palak.. timbangan nya sudah naik dan dia kelihatan sihat dan aktif.. cuma masalah sering kembung perut..
Puan,
sekiranya naik timbang berat dan bayi nampak aktif dan sihat, ini adalah tanda positif yang menunjukkan bayi mendapat sumber nutrisi yang baik daripada susu yang diberinya.
Adakah kembung itu hanya pandangan puan sahaja, sudahkah puan confirm dengan doktornya sama-ada dia betul betul kembung? Banyak berak bukan masalah sekiranya warna, tekstur najis adalah normal.
Puan juga boleh pertimbangkan penggunaan probiotik, dan juga susu yang rendah laktosa, partially hydrolysed.
Hi Doctor, 我的儿子3岁4个月, 过去一年里,注意到孩子的肚子涨风,看了很多医生, 都是给祛风肚痛药。直到三个月前,带他去验血,照xray 和ultra-sound , 报告出来说他的肚子gassy 和有很多大便在大肠。(但他每天都有排便的,为什么还有这么多大便留在大肠,?)给他吃paraffin liquid, duphalac syurup, cuplaton,吃两个星期。吃了后有明显的改善,我也有买prunes 给他吃。可是最近两个星期,涨风问题又回来了。(其实paraffin 一直都在服用)请问医生,可以帮帮我吗?? 看到孩子肚子胀胀的,心里也好难过。都不知道为什么会这样/有什么方法可以改善吗?? 谢谢
Sorry I am not good in chinese character, so I translated from Google: Hi Doctor, my son is 3 years, 4 months, over the past year, noting that the child’s belly up wind, saw many doctors, chills and abdominal pain are given drugs. Until three months ago, took him to a blood test, according to the xray and ultra-sound, the report came out that he had a lot of stomach gassy and stool in the large intestine. (But he has a bowel movement every day, why are so many stools remain in the large intestine,?) For him to eat paraffin liquid, duphalac syurup, cuplaton, eat two weeks. After eating a significant improvement, I also have to buy prunes for him. Recently, however, two weeks, back up the wind problem. (In fact, have been taking paraffin) ask a doctor, you can help me? ? See children bloated belly, heart Ye sad. Do not know why this / Is there any way to improve it? ? Thank you
Answer : It seems that your child has bad constipation.
Please read this article from us also : http://www.doktorbudak.com/2013/07/20/constipation-anak-saya-sembelit/
You need to maintain the syrup lactulose (duphalac) for some time even after the stools are good again in order to prevent the problem.
I suggest you bring your child for a reassessment by the doctor to make sure there is no other problems in the bowels.
To cure constipation – it is more than just using medication, also involve dietary and toilet habit improvement.
HI,anak i berumur 6thn..ada masalah bile popo cirit stiap pagi..kekadang sampai muntah..dh pegi klinik doc ckp angin..die bg ubat angin zellox..dh ok about 2month..now start balik..ada supplement yg boleh mengelakkankn die angin ke??
Apakah tekstur cirit itu? Adakah ia mucus melekit-lekit dan berdarah?
Masalah sembelit boleh menyebabkan masalah spurious diarrhoea tetapi sebenarnya banyak najis keras yang menyebabkan sakit perut. Sekiranya masalah ini – cirit dan muntah berterusan, perlu jumpa doktor sekali lagi untuk memastikan tiada masalah lain -seperti jangkitan kuman, masalah usus meradang (inflamaatory bowel) dan lain-lain.
Hi doc, maaf sy dh cuba klik link’ask question’ tp tak ada ruangan yg kluar utk isikn pertnyaan. ank sy 5bln, baru2 ni setiap hr dia buang air besar 3x sehari. Dia tak meragam n tak ada problm tdo di siang hr, ttp waktu mlm sgt2 ssh tdo, kerap mnangis..setiap hr, sy prasan dia kerap kntut&kmbung perut agak teruk pd waktu mlm? Mmndangkn dia sudh 5bln kami agk risau, sbb brdasarkn explanation doc, kmbung akn berkurng bila umur mningkt, apa ptt kami buat? Minyak dh sapu, dh bedung, barut d perut setiap masa.setiap mlm msti mnangis&ssh tdo, adakah norml, bayi kmbung agk teruk di waktu mlm shj? Hrap doc dpt bntu
Puan, untuk mula tanya soalah dengan klik “Ask a question”, anda akan lihat banyak kategori, maka perlu klik seterusnya pada kategori yang puan ingin bertanya. Seperti jikalau mahu tanya tentang masalah buang air besar, boleh klik pada kategori Common Illness.
Kejadian kembung perut dan menangis malam – adakah puan tukar jenis susu baru-baru ini, botol dan puting susu yang tidak sesuai di mana anak hisap terlalu banyak udara menyebabkan kembung, ataupun rutin anak kurang tidur masa waktu malam dan meragam seolah-olah masalah sakit perut yang sebenarnya tidak. Cuba gunakan infant massage untuk menenangkan bayi ketika meragam pada waktu malam.
Saya juga nasihatkan gunakan susu yang sesuai yang tidak menyebabkan alahan dan kurangkan gas, serta probiotik mungkin akan membantu masalah ini. Akhir sekali, bawa anak ke klinik pediatrik untuk pemeriksaan yang teliti.
Hi doc… Anak saya baru 40 hari ..dia muntah air bukan susu… Tapi saya hanya bagi susu formula.. N saya bancuh 3 ounce 3 scoop .. Dia minum setiap 2-3 jam…dan dia poop selang 1 hari sekarang..baby akan teran n muntah air… Is it normal?Tolong bantu saya…
Perbuatan teran kadang-kadang adalah perbuatan yang normal, namun hanya boleh pasti dengan melihat pergerakan itu sendiri. Buang air besar selang hari, dengan tekstur dan warna najis yang normal tidak perlu risau. Sekiranya bayi menyusu dengan baik, dan bertambah besar dan panjang dengan kadar yang normal, maka tidak perlu risau.
pastikan tidak berikan air kosong.
Kadang-kadang bayi akan muntah, tetapi tidak seharusnya sentiasa selepas setiap kali menyusu dan tidak harus secara memancut. Pastikan burp selalu, dan letakkan pada posisi kepala 30 darjah lebih tinggi supaya mengelakkan muntah. Cecair macam air itu mungkin adalah air liur. Pastikan tidak diberikan air.
Untuk kepastian, perlu diperiksa oleh doktor.
doc… anak sy berusia 2 tahun. masaalahnya kembung perut yang di alami anak sy sudah berterusan selama lebih kurang setahun. sebagai ibu, sy amatrisau. bermacam2 petua dan ubat sudah diberi, tetapi kembungnya masih ada dan berterusan. walaupun begitu secara fizikal, anak sy berselera makan, minum susu seperti biasa, aktif, buang air besar seperti biasa. cuma sesekali sembelit. saya dah bawa jumpa doctor tp masih keadaan yg sama. apa yg perlu sy lakukan utk hilangkan kembung ya doctor? terima kasih
Puan, daripada gambaran ini : berselera makan, minum susu seperti biasa, aktif, buang air besar seperti biasa. cuma sesekali sembelit: , ia menandakan anak adalah sihat dan tidak mempunyai simptom yang menunjukkan ada masalah dalam sistem abdomen.
Perut boleh kelihatan buncit tetapi adalah normal, kerana ruang abdomen yang kecil berbanding dengan organ-organ yang terkandung dalamnya. Sekiranya doktor pakar kanak-kanak sudah periksa dan puas hati bahawa ia adalah normal, puan tidak perlu risau. Sekiranya doktor tidak yakin ia adalah nomal, langkah seterusnya termaksud analisa najis, ultrasound, dan sebagainya;.
Doc…anak saya usia 5tahun..tiba2 sakit perut bahagian pusat yg agak teruk.refer pd surgical suspected apendiks..tp ujian drh dan urine normal. Bila dr xray nmpk usus yg agak bengkak..dr sangkakan sembelit…selepas di beri ubat sembelit,dia pulih.tp selepas 2 hari sakitnya menyerang lg..sehingga demam dan tidak boleh bjalan.mukanya pucat,dmam dan tidak boleh mkn..bika dr periksa saluran najisnya clear…hrp dr boleh pendapat…tq
Untuk kes ini, dengan demam dan sakit perut -> kemungkinannya ialah acute gastroenteritis ( ada juga cirit birit dan muntah), mesenteric adenitis ataupun penyakit lain.
Sekiranya puan tidak puas hati dengan penjelasan doktor yang pertama, saya nasihatkan dapatkan pendapat daripada doktor lain.
Tanda penyakit adalah dinamik dan walaupun diagnosis dan keputusan telah dibuat pada hari pertama, keadaan mungkin berubah. Kemungkinan penyakit serius seperti appedicitis, atapun colitis harus dikaji semula.
Hai dok
saya mau tanya kalau bisa jawabnya di web jg tidak apa,
dok bila ada anak bayi terkena hisprung, kira-kira makanan yang baik untuk penderita hisprung yang belum di operasi apa ya dok?
Untuk Hirshprung, perlu dibuat stoma. Makanan yang tidak menyebabkan sembelit (constipation), pelawas, dan makanan yang berkhasiat supaya pesakit lebih tersedia untuk menhadapi pembedahan.
Hai dok
saya mau tanya kalau bisa jawabnya diemail,,
dok bila ada anak bayi terkena hisprung, kira-kira makanan yang baik untuk penderita hisprung yang belum di operasi apa ya dok?
Untuk Hirshprung, perlu dibuat stoma. Makanan yang tidak menyebabkan sembelit (constipation), pelawas, dan makanan yang berkhasiat supaya pesakit lebih tersedia untuk menhadapi pembedahan.
terima kasih doktor
hi doc,
sy ada masalah. Bayi saya berusia 10bulan, mengalami demam, cirit birit dan muntah. Bahagian abdomen kawasan perut kelihatan kembung dan apabila saya menepuk belakang bayi, bayi kelihatan seperti mahu muntah dan akan muntah air sekiranya termuntah.Bayi saya masih menyusu badan sepenuhnya dan sudah mula diperkenalkan dengan makanan pejal pada usia 6bulan. Bayi saya masih kuat menyusu. Doc, apakah punca masalah bayi saya ini? Apakah yang perlu saya lakukan?
Puan Siti, daripada simptom yang diberikan – anak anda mempunyai Acute Gastroenteritis. Harus dibawa jumpa doktor untuk memastikan tiada dehidrasi. Sekiranya anak masih mahu menyusu , ini adalah tanda baik. Punca ialah jangkitan kuman pada sistem usus/perut -> daripada makanan, ataupun sentuhan pada benda kotor dan termasuk mulut. Tolong baca artikel ini http://www.doktorbudak.com/2013/07/17/acute-gastroenteritis-anak-saya-cirit-muntah/
Hai doc
Nak Tanya sy ada anak buah umur genap sebulan lahir normal 2.95kg girl .
Soalan sy
1. Kerap menangis 3 , 4 jam tiap2 hari ..tidur sekejap menangis lagi .
2. Berak kdg2 selepas 3 hari baru berak itupun sedikit2.
3. Perutnya agak kembung besar Dan keras sedikit.
4 . Bf sepenuhnya Dan kerap jeluak susu.
Kenapa ya doc
1. Kerap menangis – ada beberapa sebab utama yang perlu dipastikan tidak ada. Rutin tidur bayi masih tidak teratur dan mengambil masa, maka mungkin lebih terjaga pada waktu malam dan banyak tidur siang. Untuk masalah menangis sila rujuk begin :-
Babies cry all the time
Crying is a normal developmental behavior for babies and this includes prolonged bouts of crying. Most babies who cry a great deal are healthy. Studies have shown that there will be increased crying around the age of 2 -3 weeks, it will be the most frequent at the peak age of 6 – 8 weeks and then taper off after 4 months.
Why do babies cry ?
Crying is the ONLY way they can communicate !They would cry when:-
hungry
needs to burp
wants to suck (on a pacifier or a clean finger)
needs a diaper change
feeling too hot or too cold
getting sick and is cranky
has diaper rash
teething
tired
over-stimulated
Do not blame yourself that the baby is crying so much. It is likely that it is not because you are doing a bad job but actually normal babies cry like that. Have you heard of the term PURPLE crying ?
P – crying Peak at 2 months
U – Unpredictable, suddenly crying for no apparent reason
R – Resistant to soothing, cannot console
P – Pain like look in the face
L – Long bouts of cough, crying for hours
E – crying more in the Evening
Even normal healthy babies can cry in a manner as mentioned above.
What to do if a baby cry ?
Reassure yourself that you are not a bad parent
Gently rub his/her back
Gently rocking
Offering a pacifier
Singing, talking to him/her
Taking a walk on a stroller, go for a drive
It is however, very important to make sure that the baby is not ill or injured. Make sure you have done the following:-
Check for signs of illness
Check fo diaper rash, tight clothing
Check if the baby is hungry, or needs to be burped
Consult a doctor if you suspect baby is ill or injured
Soalan 2: Bayi yang Breastfeeding sepenuhnya mungkin tidak akan berak setiaap hari, kerana serabut najis yang lembut.
3. Sekiranya puan risau sudah baca artikel di atas dan masih risau tentang perut kembung, perlu bawa jumpa doktor untuk periksa.
4. Jelak susu? Perlu pastikan sama ada penyusuan mencukupi, anak akan membuang air kencing dengan banyak , dan membesar. Bayi yang sihat akan menyusu bila perlu ( on demand ) tidak perlu paksa. Sekiranya kemusykilan , sila jumpa doktor. Apabila bayi tidak mahu susu, harus pastikan sama ada bayi ada demam, bau dan rasa susu berubah kerana diet ibu, cara penyusuan, puting yang digunakan dan faktor faktor lain.
Dr Foo,
Bagaimana saya nak pastikan anak saya ada masalah sembelit yang teruk? Adakah kalau saya masukkan secair Anema yang dijual di farmasi akan membantu beliau? Dia bukan jenis fobia ke tandas tetapi saya perasan setiap kali mencuci duburnya,najisnya masih keluar sikit-sikit,adakah ini bermakna dia memang ada masalah usus atau hanya tabiat nya sahaja disebabkan oleh masalah sembelitnya? saya betul-betul tertekan dengan keadaan ini? Terima kasih
Puan, Cecari enema bukan pilihan pertama tetapi pilihan last resort apabila anak ada impacted stools yang teruk. Puan patut dapatkan pemeriksaan daripada doktor kerana puan begitu tertekan. Anak perlukan diet yang high fibre, dan ubat seperti lactulose/macrogol untuk untuk suatu jangka masa untuk melembutkan dan menambahkan serabut najis.
Pemeriksaan doktor termasuk abdominal palpation, pemeriksaan dubur, dan kemungkinan Xray.
Hi Dr Foo,
Anak saya sudah 5 tahun tetapi masih lagi memakai pampers. Saya amat risau dengan masalah buang air besar beliau. Dia tidak mahu buang air besar secara normal seperti kanak-kanak lain…dia akan silang kaki dan berdiri sambil buang air besar…hari ini saya dapati ada ketulan di usus nya. Adakah usunya tersumbat atau memang tabiat buruknya yang menyebabkan keadaannya seperti ini…Haruskan saya berjumpa dengan doktor pakar atau apa yang perlu saya buat untuk pastikan samada masalah tabiat dia atau pun memang dia ada masalah usus? Saya amat bimbang tentang keadaan nya memandangkan dia sudah 5 tahun.
Puan June,
Jikalau pasti ada ketulan najis di usus – ini adalah masalah sembelit. Adakah anak ini fobia kepada tandas, bolehkah anak memberitahu anda apabila dia mahu buang air besar ataupun akan keluar tetiba tanpa amaran?
Ada beberapa kemungkinan di sini – yang pertama, masalah sembelit yang teruk di mana dia akan rasa sakit semasa buang air besar maka dia akan cuba tahan, sakit akan menyebabkan rasa tahan maka silang kaki dan berdiri. Ini akan memburukkan keadaan dan sembelit bertambah teruk dan rasa sakit berterusan.
Kemungkinan kedua – masalah kawalan dubur – berkaitan dengan saraf tunjang, sistem saraf
Kemungkinan ketiga – tabiat, belum terlatih untuk menggunakan tandas
Oleh itu, memang puan harus dapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar untuk masalah ini.
Dr,my daughter having reflux/regurgitation.so i’ve tried to feed her fm frisolac comfort.then she’s seem ok and less muntah susu, but turns out that her stool be like a yellowish gold liquid and it’s too much until her pampers usually leaking.and she poo like 5-6 times per day.
day.is this normal or not?
Yellowish gold is a nice colour for the stool. If the consistency is normal, as in not mucousy, not too watery – this is acceptable.
Hi dr foo,
My baby is 27 days now. Sy beri dia susu ibu dan fm. Memang baby sy kuat minum sampaikan sehari dia berak 3, kali. A few days back, ada darah dlm najis dia sedangkn najisnya seperti biasa. Adakah dia alah pada susu formula sedangkn b4 this dia minum ok je? Warna najis pon seperti biasa.
Dear ayu, adakah bayi menangis sewaktu membuang air besar? Sekiranya najis nampak normal dengan setompok darah atas najis itu, ia kemungkinan berkaitan dengan pendarahan dari dubur, rektum atau usus besar. Sekiranya ini berterusan, harus dapatkan pemeriksaan daripada doktor dari pediatrik/ pedatrik surgery. Juga perlu periksa bahagian dubur sama ada rekahan kulit/ anal fissure.
Sekiranya alahan kepada susu – maka selain daripada berdarah, najis juga kurang elok iaitu lebih berair, berlendir kerana ada inflammasi pada usus,
Hampir terlupa doc anak sy sering hiccups tetapi tidakla berterusan …cuma sehari bole 2 Kali 5 minit dah OK selepas minum air …sejak beberapa bulan kebelakangan ini …ttg skit perut anak sy tunjuk d area pusat …skit yg tidak sampai 5 minit tq doc
Hi As,
“tiada muntah2, x deman, najis OK , mkn minum susu OK” – ini semua adalah tanda baik yang menunjukkan tiada masalah usus yang menyebabkan sakit perut. Terdapat suatu istilah yang dipanggil “Functional Abdominal Pain” dimana sakit perut bukan disebabkan oleh masalah organ tetapi mungkin berkaitan dengan cara intepretasi deria sakit dalam reseptor kesakitan, juga berkaitan dengan mental-emosi. Sekiranya anak kini semakin baik, tidak perlu risau. Fokus kepada kualiti najisnya, sama ada berkaitan dengan sembelit atau cirit, susut berat badan, selera makan. Sekiranya tiada masalah dalam aspek ini, anda tidak ada terlepas pandang. Sekiranya ada kaitan, perlu pemantauan.
Penggunaan botol susu dengan cara betul, dengan puting yang tidak terlalu kecil tidak akan menyebabkan perut kembung, Tetapi sekiranya sentiasa menghisap botol kosong – boleh menyebabkan banyak udara yang masuk.
Stress boleh jadi pada mana-mana usia. Memang baik sekiranya dapat membuat suasana yang sesuai dan selamat untuknya.
Cuba baca lebih mengenai functional abdominal pain.
Berkenaan dengan hiccups – sekiranya tidak berpanjangan, asyik berulang tak henti-henti – memanglah kurang normal. Tetapi untuk kes anak anda, nampak ia adalah disebabkan oleh perkara yang tidak serius – mungkin kerana minum atau makan terlalu laju, emosi atau excited. Hiccup disebabkan oleh bahagian diaphragm dan esophagus. Tidak berkaitan dengan usus besar/kecil.
Hai doc tq 4 info
Nak tanya doc anak sy dah berusia 3 tahun PD 9hb102014…Persoalannya skrg ketika umurnya 2 thn 8 bulan sering mengeluh skit perut yg kurang jelas …skit yg tidak lebih 5minit / 10 minit…selepas sy bg attention bg minyak angin dah ok ..anak suka memberontak , sensitif , sukakan perhatian , suka bergaul., sangat aktif..sy had kan kdg2 keinginannya sbb takut jatuh or any things SBB lasak ..jika sy tinggikan suara dia sperti hilang arah , ketakutan, emosi x stabil.
Sy pernah g hospital swasta buat ultrasound perut semuanya OK ..hospital kerjaaan pun dah kerana keluhannya yg kurang jelas sy sangat risau ..tiada muntah2, x deman, najis OK , mkn minum susu OK…keluhan ini sehinga sehari 3,4 Kali sehinggala usianya 3 tahun INI agak berkurangan keluhan….
1. Adakah sy terlepas pandang ttg perkara yg sy tidak tahu ttg keluhan sakit perut?
2. Anak bf dah lama umur 2 tahun 7 bulan dah pandai hisap botol susu sebelum ni guna picagari ubat adkah d sebabkan penggunaan botol susu kembung perutke.
3. Adkah kerana stress d sebabkan itu ini x boleh / kerana sy agak bertegas dgnya..usia begini bolehka anak stress …
Keluhan sakit perut yang berulang adakah ni bahaya doc tq
hai doc,
ingin bertanya. anak saya lelaki berumur 2 tahun. premature on 35weeks with 2.1kg weight on the day of delivered. now dalam usia 2 tahun berat badan dan ketinggian tidak sesuai dengan umur dia. badan sgt kurus dan kecil. aktif tp tak nak makan. selera on off. jika makan hanya dlm kuantiti yg sikit. buah,sayur semua tak nak makan. hanya bgantung pada susu dutch lady… please advise me what should i do untuk menaikkan berat badan dia. i mmg jarang bagi instant or processing food. please need your help.tq
Hi Puan, untuk mendapatkan nasihat menolong anak lebih banyak makan :- sila baca artikel ini:- http://www.doktorbudak.com/2013/07/18/anak-saya-tak-mahu-makan/
Prinsip ialah jangan paksa tetapi selalu galakkan makan, biar kerap walaupun kuantiti yang sedikit. Perlu pilih makanan yang tinggi kalori seperti keju, mentega, susu untuk picky eater.
Dok anak syah berumur 1thn awalnya mengalami muntah2 dan mencret sy sudah coba periksa ke rumah sakit katanya cuma masuk angin biasa ternyata setelah satu mnggu anak syal blm pula membaik kembung nya tak kunjung reda malah dia makin lemas muntah dan mencret Nya masih jg tolong dokter kasih saya masukaan
Minta maaf Alin, saya kurang faham soalan puan. Yang saya faham ialah keadaannya selepas satu minggu masih lagi belum pulih dan semakin lemah, masih muntah dan cirit.
Bagi saya – langkah yang perlu dibuat ialah pergi ke hospital/rumah sakit untuk dapatkan rawatan dan pemeriksaan segera !
Anak mungkin mengalami gastroenteritis (jangkitan kuman dalam usus ) yang serius. Perlu pastikan anak tidak kehilangan air dan garam dalam badan yang berlebihan ( dehydrated ), najis perlu diperiksa untuk bukti jangkitan kuman. Juga perlu pastikan tiada kuman lain pada sistem lain seperti meningitis, dan sepsis. Jumpa doktor sekarang juga
Anak aktif , tiada deman , mkn OK Dan susu coma tekstur najisnya yg seperti bubur
Ada dua kemungkinan: Pertama, anak anda mungkin kebetulan juga mendapat mild AGE (gastroenteritis) yang menyebabkan usus meradang akibat jangkitan kuman yang menyebabkan sakit perut dan najis cair dan berlendir. Ini akan pulih tanpa menukar susu.
Kedua, usus masih belum lagi serasi dengan susu baru ini, dan menyebabkan penghadaman dan penyerapan yang tidak sempurna. Ini kemungkinan kecil sahaja. Saya kurang pasti perbezaan kandungan susu itu. Saya juga boleh cadangkan kepada puan untuk mencuba susu biasa sahaja untuk anak anda, tidak semestinya mesti guna susu khas untuk umur tersebut Susu segar yang orang dewasa minum juga boleh digunakan.
Sekiranya anak tidak perut kembung, sakit perut dan selera seperti biasa, berikan masa untuk tunggu dan lihat. sekiranya ini berpanjangan, cuba susu lain.
Doc nak tanya anak sy usia 3 tahun sebelum ni guna susu 1-3 dugro asli najisnya OK, selepas bertukar ke 3-6 asli dugro
27/10 najisnya agak lembut dr biasa..sejak 4 hari ini najisnya seperti bubur dan berlendir kenape ye…sehari sekali @ 2 Kali berak …sukatan susu 3 sudu susu tepung Dan 6 air ..sebelum ni anak bf sehingga usia 2 tahun 8 bulan…Hari nie mengadu skit selepas itu kentut Dan berak seperti bubur Dan berlendir
Ada dua kemungkinan: Pertama, anak anda mungkin kebetulan juga mendapat mild AGE (gastroenteritis) yang menyebabkan usus meradang akibat jangkitan kuman yang menyebabkan sakit perut dan najis cair dan berlendir. Ini akan pulih tanpa menukar susu.
Kedua, usus masih belum lagi serasi dengan susu baru ini, dan menyebabkan penghadaman dan penyerapan yang tidak sempurna. Ini kemungkinan kecil sahaja. Saya kurang pasti perbezaan kandungan susu itu. Saya juga boleh cadangkan kepada puan untuk mencuba susu biasa sahaja untuk anak anda, tidak semestinya mesti guna susu khas untuk umur tersebut Susu segar yang orang dewasa minum juga boleh digunakan.
Sekiranya anak tidak perut kembung, sakit perut dan selera seperti biasa, berikan masa untuk tunggu dan lihat. sekiranya ini berpanjangan, cuba susu lain.
*comment notification system*
Puan, Ruangan tanya soalan boleh dimasuki apabila klik pada “Ask DoktorBudak” di panel atas.
Untuk bayi yang muntah sedikit – meleleh dari mulut atapun lubang hidung – beberapa kali dalam sehari, ia adalah normal tetapi harus diberi perhatian sekiranya bayi tidak bertambah berat, muntah setiap kali selepas menyusu, cara muntah yang teruk, banyak dan ‘memancut’ /projectile. Muntah juga tidak patut mengandungi hempedu, warna hijau-kuning
Puan harus pastikan ‘burping’ dilakukan. Ada bayi yang lebih kerap muntah kerana pintu antara esophagus dan perut masih lemah menyebabkan reflux. Cara-cara yang membantu ialah menegakkan kedudukan bayi, dengan kepala berada 30 darjah lebih tinggi , menggunakan milk thickener.
Sekiranya bayi membesar, dengan penambahan berat yang setimpal, puan tidak perlu risau. Dapatkan nasihat daripada jururawat, doktor semasa medapatkan suntikan Hep B pada bulan pertama.
Terima kasih utk jwpn yg telah dberikan….
Assalammuallaikum & Salam sejahtera..
Baby sy baru berusia 30hr…fully bf tp sering muntah walaupun telah disendawakan.adakah otu perkara biasa @ perlu berjumpa dgn doc?
*maaf bertanya disini sy xjmpe ruangan utk ask a question.
Puan, Ruangan tanya soalan boleh dimasuki apabila klik pada “Ask DoktorBudak” di panel atas.
Untuk bayi yang muntah sedikit – meleleh dari mulut atapun lubang hidung – beberapa kali dalam sehari, ia adalah normal tetapi harus diberi perhatian sekiranya bayi tidak bertambah berat, muntah setiap kali selepas menyusu, cara muntah yang teruk, banyak dan ‘memancut’ /projectile. Muntah juga tidak patut mengandungi hempedu, warna hijau-kuning
Puan harus pastikan ‘burping’ dilakukan. Ada bayi yang lebih kerap muntah kerana pintu antara esophagus dan perut masih lemah menyebabkan reflux. Cara-cara yang membantu ialah menegakkan kedudukan bayi, dengan kepala berada 30 darjah lebih tinggi , menggunakan milk thickener.
Sekiranya bayi membesar, dengan penambahan berat yang setimpal, puan tidak perlu risau. Dapatkan nasihat daripada jururawat, doktor semasa medapatkan suntikan Hep B pada bulan pertama.
Dr. Bayi saya nk masuk 3bln.baru ni kena selsema tp xtruk.baru 1mggu tukar susu enfalac sblum ni dutch baby 0-12bln.dia cirit birit n setitis darah bersama najis tapi baru sekali.dia x menangis atau meragam.tapi saya susah hati takut ada mslh usus.apa pndpt dr
Darah dalam najis mungkin disebabkan oleh alahan pada susu seperti cow’s milk allergy.
Menagapa puan tukar susu, adakah sebelum ini pun ada masalah ? Saya nasihatkan puan tunjukkan gambar najis ataupun najis sebenar kepada doktor, dapatkan pemeriksaan, analisa sejarah susu dan bincang dengan doktor kanak-kanak untuk memilih susu yang sesuai untuknya.
Hi doc.
Recently my baby having diarrhea and fever. I already seek medical advice on this. After taking necessary meds, my baby seems getting better. No more fever. And his poop already back to normal. No watery.
However, currently his having a frequent (especially after feeding time) pooping with only little poop on the diaper. His poop is normal, no watery and yellow in colour but he will strain hardly everytime his pooping. Is he having constipation?
Btw. He is fully bf baby and 5mnth. Thanks doc.
Pooping immediately after feeding time could be due a reflex called gastrocolic reflex in which upon filling of the stomach leading to relaxation of the large bowel thus causing passing motion. This is not a sign of disease. If his stools are of normal texture which does not indicate constipation, the straining could be a harmless reaction.
One of our readers Pn Uswatun Hasanah has this to share :-
Ramai ibubapa yg risau jika bayi kesakitan bila bayi meneran ketika membuang air tetapi sebenarnya ia bukan masalah besar kerana ramai bayi tidak mempunyai skil membuang air dimana kerapkali accidentally, mereka mengetatkan (clench) perut dan anus pada masa yg sama, dan try to force their poop through a closed anus.
Bayi saya umur 2bln..bt masa ni bayi saya minum susu dada.tpi knp bayi saya menanggis kuat..dia cpt kembung..saya ada Cuba kasi susu snow..tpi mcm dia x suka.Saya tukar Dumex pula..pun kembung juga…dia mcm suka susu formula ni….dia selalu kentut…ada org ckp susu ibu ni kena tgk atas pemakanan…Angin melalui susu dada pun blh kembung jugak ke doc..saya pun pening bila tgk dia menanggis kuat…kasi gripe water utk umur 2 bln blh kebdoc
Puan, ada beberapa kemungkinan di sini. Saya tidak dapat menjawab sepenuhnya tanpa memeriksa bayi anda, maka saya nasihatkan puan dapatkan pemeriksaan oleh doktor kanak-kanak.
Sekiranya bayi selalu menangis semasa penyusuan, kita risau ia mungkin berkaitan dengan asid reflux dan mungkin memerlukan ubat. Kita juga perlu pastikan suhu susu, puting adalah sesuai.
Susu ibu adalah pilihan terbaik, dan sekiranya dia kembung dan menangis juga, saya setuju puan boleh elakkan makanan yang mungkin menimbulkan allergi seperti susu lembu dan makanan laut, puan juga boleh makan probiotik supaya susu ibu mengandungi probiotik yang boleh membantu anak yang kembung dan kerap menangis.
Pada pendapat saya, tukar brand susu tetapi asasnya mereka susu yang sama iaitu susu formula lembu. Sekiranya kita bimbang masalah intolerant atau allergi, mereka perlu guna susu special formula seperti low-lactose, partially hydrolysed ataupun susu soya.
Gripe water bukanlah pilihan utama.
Dok..ank saya burusia kurang dari
44 hari.diya minum susu asi dan susu permula.yg mau saya tanya.ank sya sering kembung.
Puan, ada beberapa kemungkinan di sini. Saya tidak dapat menjawab sepenuhnya tanpa memeriksa bayi anda, maka saya nasihatkan puan dapatkan pemeriksaan oleh doktor kanak-kanak.
Sekiranya bayi selalu menangis semasa penyusuan, kita risau ia mungkin berkaitan dengan asid reflux dan mungkin memerlukan ubat. Kita juga perlu pastikan suhu susu, puting adalah sesuai.
Susu ibu adalah pilihan terbaik, dan sekiranya dia kembung dan menangis juga, saya setuju puan boleh elakkan makanan yang mungkin menimbulkan allergi seperti susu lembu dan makanan laut, puan juga boleh makan probiotik supaya susu ibu mengandungi probiotik yang boleh membantu anak yang kembung dan kerap menangis.
Pada pendapat saya, tukar brand susu tetapi asasnya mereka susu yang sama iaitu susu formula lembu. Sekiranya kita bimbang masalah intolerant atau allergi, mereka perlu guna susu special formula seperti low-lactose, partially hydrolysed ataupun susu soya.
Gripe water bukanlah pilihan utama.
Encik Alif, sila baca artikel kami di atas untuk penerangan.
doc…, saya berumur 6tahun, dia tersilap Makan, dia Makan sejenis sayur yng masam lepas tu terminum susu lembu, dia mengadu pada saya sakit perut, dia muntah dan jugak cirit birit. Saya telah bawak dia berjumpa dengan doctor, selepas esok harinya dia demam dan perutnya kembung… Apa yang saya harus lakukan doc?
Puan Hamidah,
Daripada cerita ini, anak anda mempunyai simptom untuk Acute Gastroenteritis. Puncanya mungkin daripada virus/toksin daripada makanan tersebut. Keadaan penyakit boleh berubah-ubah, daripada hari pertama jumpa doktor memang boleh jadi lebih teruk pada hari seterusnya, maka saya nasihatkan pergi jumpa balik doktor sekiranya anak semakin lemah. Perut kembung boleh disebabkan oleh gas-gas yang dihasilkan daripada kuman, pergerakan usus yang lambat dan kekurangan zat potassium yang boleh mengurangkan pergerakan usus. Demam juga disebabkan oleh jangkitan tersebut.
Prinsip utama dalam rawatan keadaan ini bukanlah kurangkan cirit tetapi pastikan gantian balik air dan garam yang mencukupi, di samping memastikan tiada jangkitan kuman yang serius, dan tiada masalah peradangan usus yang teruk. Pemeriksaan semula oleh doktor adalah penting.
Sekiranya Tuan2 dan Puan2 ada soalan baru, sila nyatakan soalan anda di ASK A QUESTION, bukan dalam komen section ini.
doc..anak saya berumur setahun.sebelum ni pernah admid hosp disebabkan bronchiolitis.setiap kali terjadinya kaedaan penat dia akan kembung perut..baru-baru ini dia demam dan perutnya juga kembung..adakah biasa jika budak demam atau penat dalam masa yang sama perut juga akan kembung..harap penjelasan..terima kasih
Definisi perut kembung mungkin terlalu longgar. kembung yang bahaya adalah yang berkaitan dengan sakit perut, susah berak dan muntah, ataupun cirit birit. Sekiranya tiada masalah itu, ia mungkin disebabkan oleh angin/udara dalam usus yang akan hilang perlahan-lahan. Apabila kena jangkitan kuman, sistem penghadaman mungkin terjejas dan menyebabakan seolah-olah perut kembung.
Warning signs :- Demam, sakit perut yang teramat, tidak mahu makan, muntah berterusan, cirit-birit, berak darah, kurang berat badan.
Dr,
Saya seorang Certified Educator dari The Happiest Baby Education Association, California, iaitu sebuah pertubuhan yang di asaskan Dr. Harvey Karp, an assistant professor of pediatrics at the UCLA School of Medice , berdasarkan buku best seller beliau iaitu The Happiest Baby on the Block, yang mengajar parents teknik mententeramkan bayi yang di gelar Cuddle Cure, yang berkesan membantu masalah unexplained cry atau colic. Saya ingin dapatkan pengesahan tentang perkara di bawah;
1. Bayi yang menangis shortly after feeding started, its usually just an overreaction to a normal intestinal reflex yang di panggil gastro colic reflex atau dalam bahasa mudahnya, sensasi pergerakan stomach content menuju ke colon untuk dibuang sebagai najis, bg memberi ruang kepada makanan baru,yang mana sensasi ini kdngkala membuat bayi yg sensitif ‘terkejut’
2. Ramai ibubapa yg risau jika bayi kesakitan bila bayi meneran ketika membuang air tetapi sebenarnya ia bukan masalah besar kerana ramai bayi tidak mempunyai skil membuang air dimana kerapkali accidentally, mereka mengetatkan (clench) perut dan anus pada masa yg sama, dan try to force their poop through a closed anus. Tambah menyukarkan, bila bayi berbaring flat on their backs.
3. Bayi yang kerap menangis sering di kait dgn kembung. In other words, ramai parents salah faham bahawa colic adalah kembung.sedangkan persistance, long, unexplained cry episode yang benar-benar disebabkan kembung hnyalah sekitar 10-15% dari keseluruhan bayi colic di mana selebihnya hanya mengalami ‘The Missing 4th Trimester’.
Harap Dr boleh memberi ulasan terhadap pemahaman saya berkaitan perkara di atas.
USWATUN HASANAH
[email protected]
Terima kasih Puan kerana berkongsi ilmu ini.
1 dan 2, setuju bahawa ibubapa tidak perlu terlalu risau bila bayi nampak seolah-olah meneran semasa buang air besar. Yang penting yang boleh memberi lebih banyak info adalah jenis najis yang dikeluarkan. Sekiranya adalah normal dan cantik, maka menandakan sistem GI yang berfungsi dengan baik dan interaksi dengan susu adalah normal.
3. Memang dalam artikel kami on Shaken Baby Syndrome ada diterangkan bahawa apabila semua faktor telah disiasat dan masih tiada sebab apa bayi menangis.
“Crying is a normal developmental behavior for babies and this includes prolonged bouts of crying. Most babies who cry a great deal are healthy. Studies have shown that there will be increased crying around the age of 2 -3 weeks, it will be the most frequent at the peak age of 6 – 8 weeks and then taper off after 4 months.”
Saya percaya Puan belajar jauh lebih banyak daripada profesor anda. Kami masih belajar dan kami tahu banyak lagi maklumat yang berguna tidak sempat dimasukkan dalam artikel ini.
Anak sy 3bln besok,7hari dah xberak,hari ke6 mcm dia meneran tp xberak…merengek,mcm susahnya nak kentut…ok ke xberak?sy ada buat senamandan urutan setiap hari dan stimulate kat bontot dia,tp still xberak…kentut pun busuk sgt…
doc anak saya 3bulan…hisap susu badan n susu formula..adakah normal jika ank sy berak 2 or 3 ari sekali..dia selalu kentut n aktif..mcm2 da sy tuka susu sekarng baru tuka s26 p stil berak2 mcm ni…
Perlu lihat tekstur dan kualiti najisnya. Sekiranya anak adalah ‘happy’, tidak selalu kembung perut dan tidak menangis, ia adalah ok.
Doc anak saya brusia 4 bulan yang membuat saya risau adalah die tidak mahu minum susu tepat pade wktu nye kalau bagi dia akan keluar kan semula susu yang di beri.anak saye aktif die sering kentut. . Saya juga ada memberi grp water tp tetap same.. .
Saya kurang faham masalah yang sebenarnya. Maksud puan, anak akan muntah keluar apabila diberi susu pada waktu yang sepatutnya menyusu, tetapi ok sekiranya diberi lewat sedikit? Sekiranya anak seolah-olah tidak mahu minum susu, kita cuba fikirkan adakah sebab sudah cukup susu diberikan, masalah puting, masalah suhu susu. sekiranya anak kelihatan ‘fussy’ dan muntah, menangis semasa menyusu, fikirkan kemungkinan reflux ataupun susu kurang sesuai. saya nasihatkan jumpa doktor.
Gripe water tidak begitu berguna.
Doc ank saya 1 tahun , ada masaalah buang air besar (bab) ,dia selalu bab sedikit dan keras , kekadang hanya keluar lendir dan seperti darah..perut baby saya macam kembug.. makan banyak tp bab sedikit.. minta penjelasan..
Sila rujuk kepada artikel di atas. Anak juga mungkin mempunyai masalah constipation yang boleh menyebabkan perut kembung, perut sakit dan spurious diarrhoea yang seolah-olah anak ada berak cair. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih kronik sekiranya najis sentiasa lendir dan berdarah. Ini memerlukan pemeriksaan dan analisa yang terperinci.
Sila baca artikel ini :- http://www.doktorbudak.com/2013/07/20/constipation-anak-saya-sembelit/
doktor.anak sy berusia 2 thn.sudah 2 hari die mengalami berak cair.perutnye agak kembung.sehari 4 kali die berak cair.dia masih aktif bermain.kenape ye [email protected]
Berak cair tiba-tiba tanpa demam dan muntah? Sekiranya anak adalah sihat seperti biasa, masalah ini tidak patut berpanjangan. Mungkin disebabkan oleh makanannya, dan mild irritation of the intestinal system. Sekiranya berterusan, harus diperiksa untuk memastikan tiada masalah kronik yang memnyebabkan prolonged diarrhoea.
1) Dia susah nak membuang air besar..selalunya dalam 2 hari sekali sahaja. lepas itu jika dia nak membuang air besar lagi, dia akan meneran sampai muka merah tetapi najis tidak juga keluar. kebiasaan dia akan menangis dengan kuat.
2) dia ada sakit mata which on the left eye berair dan bertukar menjadi tahi mata. menerusi google, banyak yang berpendapat bahawa susu ibu yang paling mujarab dengan menitiskan ke dalam mata anak.. adakah saya perlu teruskan atau perlu ke klinik?
Bayi yang menyusu susu ibu tidak semestinya berak tiap tiap hari, tetapi tidak patut sampai perut kembung, Sekiranya najisnya adalah cantik dan tidak keras, maka tidak perlu. Meneran semasa berak boleh adalah fenomena biasa. Sekiranya najis keras, bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan dan perbincangan sama ada perlu
Sila baca artikel kami on Constipation.
Air mata boleh disebabkan oleh lacrimal duct obstruction. Perlu urut bahagian tepi mata, tidak tahu bahawa susu ibu boleh bantu
( SOALAN BARU SILA TUJUKAN DI ASK A QUESTION )
Doc, anak saya baru berusia 26 hari and dia menyusu campur (bf+fm s26). Sbg ibu baru, saya agak confuse mengetahui samada sakit anak saya ini normal atau tak.
1) Dia
Skarang bayi 8 bulan sya cirit birit…masalahnya bleh ke bayi makan ubat cirit (30g HIDRASEC nama ubat Di bahagi 3 kali per pack) . Dia tak muntah2 Dan tak meragam…Cuma tu la berak cirit warna kuning Dan Ada sedikit cair…1 hari bleh cirit 10 kali…kadang2 sikit kadang2 banyak, paling kerap sikit2 dia cirit…pernah dengar bayi tak di galakkan mkn ubat cirit sebenarnya…susah hati ni…Nak ke tak Nak bagi mkn ubat cirit…klu family smua yg dah beranak pinak dorang kata bb Nak tumbuh gigi pun pandai cirit birit…thn dorang kasi biar jer…yg penting bagi air yg cukup…tolong bagi pandangan doktor…plssss
Hi Aprille, minta maaf tidak jawab soalan dengan serta merta kerana ruang ini sebenarnya untuk komen dan bukan untuk soalan,maka kami tidak sedar bahawa ada soalan penting disini. Sekiranya puan ada soalan, sila klik pada ASK A QUESTION di bar utama.
Hidrasec untuk bayi adalah dos 10mg maka jika dibahagi 3 kali pun kira boleh. Sememangnya rawatan untuk ciritbirit bukan tahan cirit tetapi untuk memastikan tidak kehilangan air. Sebenarnya ubat seperti hidrasec dan smecta tidak menghentikan cirit tetapi mengurangkan kandungan air dalam najis cair supaya dapat mengekalkan hidrasi dalam badan
Hi Doc, sy ibu kepada bayi berumur 2bln. Bayi sy refuse untuk menyusu susu formula. Sy pula menghadapi masalah susu badan yg semakin mengering. Sblm ini bayi sy tiada masalah untuk menyusu susu formula tetapi selepas diberi suntikan sebulan, semasa pemerhatian, bayi selalu menjelirkan lidah seperti merasa dan kemudian dia akan menolak puting botol dan tidak mahu menyusu. Dy terpaksa memaksa sehingga dia menyusu.. Buat pengetshuan dr sy dah membawa anak saya berjumpa pakar pead, tp bayi tiada masalah. Pakar memberikan vitamin utk membuka selera bayi, tp nmpaknya tetap sama. Bayi saya tetap refuse untuk menyusu susu formula. Dan sekarang bayi saya demam. Dr sy betul binggung. Doharap Dr dapat membantu dan memberi pandangan.
Dr Foo…Nak tanya, anak saya umur 8 bulan..masalahnya dia skarang perut kembung Dan selsema sikit…time bagi mkn memang tak bleh banyak sebab kalau banyak dia Akan muntah klu sikit dia tak muntah. Adakah ini Di sbab kan perut kembung? Kentut hari2, berak pun hari2… Tahi licak tak keras tak cair…kelmarin bawa jumpa dokter, dok bagi ubat selsema je..n tukar susu Tampa lactose …bleh tak klu sya minta ubat buang angin lg 1 ? If can I Nak balik pi klinik tu…
Notification of comment
Doc, sy mempunyai anak berumur 2bln, masalahnya dia tidak mahu menyusu. Kalau menyusu sedikit sangat. Setiap kali menyusu dia akan meluahkan susu tersebut.. Sblm ni tiada masalah. Sy telah mencuba dgn menukar susu,sebelum itu susu NAN Pro, bertukar kepada Snow tapi badan dia naik ruam. Bertukar kepada Mamex Cherish, tetap juga dia meluahkn susu,tidak mahu susu tersebut. Adakah perlu saya menukar susu lagi?
Soalan telah dijawab melalui email puan
Doc…ank sy 1 bln skrg. dia krap menangis.stiap kali menyusu dia seperti meneran dan lpas tu mnngis. tp dia x berak.knp yer?
Dapatkan pemeriksaan doktor. Mungkin dia ada reflux, susu tidak sesuai kerana ada alahan susu.
Doc, anak sy berusia 6 bln, dia mngalami masalah muntah2 yg berterusan dlm tempoh 1jam slps makan makanan tambahan selain susu. Baru2 ni anak sy kerap poo dan najis berwarna hijau cair. Apakah yang perlu sy lakukan
Nampaknya ada jangkitan kuman pada sistem usus perut. Acute gastroenteritis. Dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin
Doc,anak sy berumur 8thn.dy selalu mengadu sakit dada.
doctor mengesahkan yg anak sy,
kembung perut n usus da mengembang.apakah yang perlu Saya lakukan?
Puan, kembung perut dan usus mengembang – tidak cukup maklumat. Saya harap puan dapat penjelasan dan pemeriksaan daripada pakar pediatrik ataupun pakar bedah mengenai hal ini. Sakit dada boleh disebabkan oleh reflux esophagitis
Doktor, saya terbaca kisah bahaya minyak angin di http://hasnidaomar.blogspot.com/2010/06/bahaya-minyak-angin-pada-kanak-kanak.html Mohon pencerahan ,
1. Benarkah minyak angin ini berbahaya? Bagaimana pula dengan minyak telon,minyak yuyi dan juga baby Vicks?
2. Apakah kuantiti yang disarankan?
3. Kondisi yang disarankan dan perlu dielakkan?
4. Bila keadaan yang dilarang memakai minyak tersebut?
5. Mitos mengenai minyak angin
Mungkin dengan pemahaman dan penggunaan yang betul, sebarang perkara yang tidak diingin boleh dielakkan. Mohon komen.
Tidak dapat komen sepenuhnya tanpa mengetahui laporan perubatan yang terperinci.
Semua ubat yang dijual di pasaran seharusnya mempunyai lulusan daripada kementerian kesihatan.
Minyak angin – kegunaanya tidak terbukti dan ada potensi untuk menjadi bahaya. Jumlah yang perlu untuk menyebabkan resapan yang sehingga paras ubat yang toksik kepada organ tidak pasti.
Doktor anak saya berumur 3 tahun dan dia sihat cuma saya risau akan perutnya yang besar mcm kembung,kadang-kadang dia buang air besar hari-hari,kadang-kadang sampai 3 hari tak buang air besar.Minta penjelasan dari Doktor terima kasih..
Doktor anak sy 1thn 3bln dan fully bf..masalahnya pada awalnye ank sy muntah2 lalu sy bawa ke wad kecemasan..kena warded sebab ank sy dh cm letih. Ms di hospital kena msuk air & doktor bg antibiotik.alhamdulillah muntah dh tkde tp ank sy demam lak lepas tu. Lepas dh elok demam dia cirit lak.sy minta balik sebab bdn sy xsedap.saya just monitor ank sy dirumah. Doktor yg merawat ank sy kta dia cirit ni akan slowly berkurang. Tp skng ni dh msuk 3 hri ank sy masih lg cirit+kembung perut..sy sgt risau.adakah ianya normal? apa yg patut sy lakukan ye doktor?
Doktor, anak sy berusia 3 bln dan fully bf..masalahnye anak sy x buang air besar setiap hari…3,4 hari sekali baru buang air besar…tp die aktif dan kerap kentut…perutnye lembut, x kembung dan die x meragam atau menangis…harap doktor boleh bantu
Fully breastfed babies may either buang air besar setiap hari ataupun selang-selang hari. Adalah normal sekiranya tidak melebihi 5-7 hari. Sekiranya anak aktif dan sihat, tidak perlu risau langsung. Breastmilk sangat lembut, cair dan senang dihadam.
Doctor, anak sy baru berusia 2 bulan..problem skrg anak sy sembelit..dh byk kali tukar susu still sama..skrg try susu s26 nmpk ok la..tp, ada jgk baby sy kentut2…but dia x menangis..dia menyusu skrg 3-4 jam bru dia terasa lapar blk..adakah normal? Kentut pun x byk kali..sy konfius..
Menyusu setiap 3-4 jam adalah normal sekiranya jumlah keseluruhan susu yang diminum adalah normal ( sebanyak 150 ml per kg dalam satu hari).
Apakah yang dimaksudkan sembelit ? oleh kerana tidak berak setiap hari bukan bermaksud sembelit. Sekiranya najisnya sempurna, tekstur yang lembut dan bayi adalah selesa, sebanyak tiga kali buang najis dalam seminggu, ini adalah normal.
Doctor,anak sy berusia 8 bulan.Minggu lepas,anak sy mengalami kembung perut 2 hari berturut turut.Cirit birit..Bawa ke klinik doctor kata anak ada masalah penghadaman.Balik klinik, sy bagi ubat yg doctor bg, sy tepuk belakang ank supaya sendawa.Lps sendawa terus ok.Tapi semlm,kembung lagi.Anak menyusu seperti biasa.Tp,anak sy nie,ada masalah untuk sendawa.Lama tepuk baru sendawa.Kadang2 mmg xkan sendawa.Semalam sy bg ‘grape water’..Pg tadi pun sy bagi.Tapi,wpun lepas sendawa,perut tu tetap keras sedikit.Adakah itu normal?Sebab saya perasan anak kurang kentut.Tapi hari2 akan buang air besar.Sy saya aktif seperti biasa.Cuma sy risau kalau kembung tu berkaitan dengan masalah lain.
Perasaan keras itu, mungkin subjektif. Sekiranya risau, bagi seorang doktor/jururawat yang berpengelaman dalam jagaan bayi untuk kenalpasti. Daripada deskripsi ibu yang menyatakan bahawa bayi adalah aktif, buang air besar setiap hari adalah tanda-tanda yang baik. Sila rujuk artikel di atas untuk maklumat lanjut
Doktor, anak saya 4 bulan tapi dah 3 kali tukar susu sebab selalu kembung. susu apa yang sesuai untuk bayi yang selalu kembung?
Hi puan Nurul, terlebih dahulu ada kemungkinan anak anda perut kembung bukan kerana susu. Kalau puan baca artikel ini, ada sebab-sebab lain. Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.
Jika puan masih risau, susu yang boleh dicuba adalah untuk mengelakkan alahan susu seperti susu hipoalergen (HA )