Anak saya tak mahu MAKAN

pickyeater

Q: ” Dok saya ada 2 soalan..harap doktor boleh tlg saye…anak saya berumo 1 thn 4 bulan, skrg ni dia susah sangat nak makan, kalau dia lapar sangat baru dia nak makan tu pun 2 3 suap je..saya dah cube bagi vitamin selere mkn tp kurang berkesan..mcm mn saya nak buat…saya nak juga tgk anak saya berisi.” ( Iema )

A: Puan Iema, terima kasih atas soalan anda.  “Anak saya tak mau makan” adalah aduan yang agak biasa didengar dari kalangan ibubapa. Saya ingin mengesyorkan beberapa strategi yang boleh membantu anda.

1. Anak anda mungkin jenis yang pilih makan (picky eater). Beri pelbagai pilihan jenis makanan yang mungkin anak anda suka. Kanak-kanak pada kebiasaannya hanya menumpu pada beberapa jenis makanan sahaja. Oleh itu, jangan paksa anak anda cuba makanan baru tetapi sentiasa menyediakan makanan kegemarannya.

2. Jangan cuba ‘rasuah’ anak anda untuk habiskan makanan dengan menawarkan snek atau gula-gula/coklat selepas selesai makan kerana ini menjadikan suatu tabiat yang kurang baik dan menyebabkan anak anda terlalu makan yang tidak sihat.

3. Sediakanlah makanan yang nampak sedap dan juga rasa enak 

picky2

4. Kalau anak minta lagi, boleh beri lagi. Sekiranya tidak habiskan, jangan paksa/ancam. Jangan berikan wajah yang marah dan risau apabila anak tidak dapat habiskan makanan atau tidak mahu makan. Anak anda mungkin akan sengaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian anda sekiranya begitu.

5. Kanak-kanak patut makan tiga kali sehari dengan dua kali snek. Makanan yang boleh dijadikan snek adalah seperti keju, biskut ‘whole-grain’,yogurt, epal, strawberi dan sebagainya.

6. Sekiranya anak anda tidak mahu makan, jangan paksa dan berikan snek yang lebih banyak dan berkhasiat beberapa jam kemudian.

7. Beritahu anak 15 minit lebih awal bahawa masa makan akan datang, kerana kanak-kanak mengambil masa untuk membina selera, terutama sekali sekiranya mereka tengah asyik bermain.

8. Jadikan masa makan sesuatu yang rutin dan tetap masa kerana kanak-kanak lebih biasa dengan aktiviti yang rutin. Ini membantu anak anda bersedia untuk menjamu selera.

9. Jadikan masa makan suatu aktiviti yang ceria dan bersama seisi keluarga. Tak best makan sendiri.

10. Elakkan bergaduh dan marah-marah di meja makan supaya kanak-kanak tidak mengaitkan masa makan dengan stres dan perkara yang tidak selesa.

( answered by Dr Foo Chee Hoe )

Comments

24 responses to “Anak saya tak mahu MAKAN”

  1. puteri Avatar
    puteri

    hai..Dok Foo, bb sya umur nak masuk 11 bulan. brt bdn 7.4kg, tpi BMI dia rendah. mslah sekarang bb kurang makan, tetapi sgt aktif. seawal usia sebegini sudah bolehkah saya memberi dia apa2 suplemen untuk meningkatkan selera makan dia?

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      Supplemen untuk budak yang ‘picky eater’ boleh diberikan – vitamin dan mineral yang penting
      sila baca artikel ini:- http://www.doktorbudak.com/2015/03/23/vitamins-and-minerals-for-children/

  2. Nadwa Avatar
    Nadwa

    Hi Doc,

    Anak saya dah 20 months dan dia tiada selera makan.. Berat bdn pun dah susut sikit. Dan masalah paling besar saya adalah anak saya hanya mkn bubur nasi & mushroom soup sahaja. Makanan lain termasuk buah-buahan suma dia tolak walaupun kami cuba sedaya yg boleh.. Dan dia x suka mengunyah! Sebagai ibu saya risau dgn cara pemakanan dia.. Baby2 yg lain saya tgk mudah dan mkn ape sahaja yg d’beri.. Doc boleh bantu saya? Tq

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      Hi Puan Nadwa, picky eater memang susah. Saya cuba memberi panduan sedikit melalui artikel ini. Sekiranya kandungan artikel ini masih kurang membantu, nasihat daripada dietitian/pakar pemakanan bolen membantu

  3. Nadwa Avatar
    Nadwa

    Hi Doc,

    Anak saya dah 20 months dan dia tiada selera makan.. Berat bdn pun dah susut sikit. Dan masalah paling besar saya adalah anak saya hanya mkn bubur nasi & mushroom soup sahaja. Makanan lain termasuk buah-buahan suma dia tolak walaupun kami cuba sedaya yg boleh.. Sebagai ibu saya risau dgn cara pemakanan dia.. Baby2 yg lain saya tgk mudah dan mkn ape sahaja yg d’beri.. Doc boleh bantu saya? Tq

  4. julia Avatar
    julia

    Hi doc,

    Anak sy berumur setahun tidak ada selera mkn & hnya mkn 2 3 suap..dia xnk minun susu selain susu ibu..sy makin buntu sbb dh cuba plbagai jenis mknn..berat dia skrg 7.6 kg dan masa lahir 3.5 kg..apa supplement yg doc boleh cadangkan utk tambah selera mkn dan mknn yg boleh tmbh berat?tq doc

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      Puan – vitamin A, C, D dan Zat besi dan calclum adalah penting. Sila baca artikel ini http://www.doktorbudak.com/2015/03/23/vitamins-and-minerals-for-children/

  5. ADIB Avatar
    ADIB

    hi doc,

    anak sy berumur 1 tahun 3 bulan dan sy dan isteri juga mengalami masalah yg sama iaitu anak tidak mahu makan.
    sudah pelbagai kaedah dan jenis makanan kami sediakan…
    dia akan makan jika benar2 lapar tp hanya MAHU makan biskut oat tp hanya 2 keping shj,kalau buah2an pula hanya makan anggur dan pisang…
    vitamin juga kami berikan..sy sudah buntu dengan keadaan anak yg agak kurus ( 6.25kg)..harap doc boleh bagi pencerahan..

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Berat badan 6.25kg pada umur 1 tahun adalah agak kurang.
      Mereka yang kurang makan harus pastikan mendapat nutrisi daripada susu, dan supplement.
      Walaupun betul, susu perlu secara perlahan-lahan tidak dijadikan sumber utama, tetapi untuk berat badan yang rendah dan mereka yang masih kurang makan solids – perlu pastikan susu diberikan dalam jumlah yang sesuai.

      Selain daripada nutrisi, kita harus pastikan tiada masalah hormon, dan penyakit lain. Maka, saya nasihatkan anda jumpa dengan pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan yang teliti.

      Selain daripada itu, nasihat dietitian juga adalah berguna.

  6. shedah Avatar
    shedah

    Hye dr 😉

    Anak saya laki umur 9 bulan. Latest berat masa 8 bulan 8kg. Dia susah nak makan. Puas pujuk. Nak main je keja. Dia fully breastfeeding. Mcm mn ya sy nk pujuk anak saya makan. Apa patut sy buat ya 🙁

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Hi Puan Shedah, minta maaf lewat reply kerana biasanya kami mengesan soalan daripada Ask A Question.
      Beratnya tidaklah begitu kurang baik.
      Anak harus selesa dan biasa dengan ada makanan dalam mulut, jikalau tidak akan menolaknya. Tidak harus dipaksa kerana akan menimbulkan rasa negatif dan takut.
      Baby led weaning , bagi peluang untuk ‘explore’ tekstur dan rasa dalam mulut.
      Sila baca artikel ini : http://www.doktorbudak.com/2013/07/21/should-i-try-baby-led-weaning/

  7. Dr Foo Avatar
    Dr Foo

    *Comment notification trial*

  8. Dr Foo Avatar
    Dr Foo

    *Comment notification ON*

  9. pae Avatar
    pae

    Doktor adakah anak sy rendah..skrng berat anak sya 8.6..dn tinggi dia 70kg

    1. Dr Foo Avatar
      Dr Foo

      Hi Puan, saya perlu umur anak untuk kepastian, dan puan maksudkan ketinggiannya adalah 70cm, betul ?

  10. siti Avatar

    Doc,anak sy umur 2thn 9bln juga tak mahu mkn dan lebih bnyk minum susu. Sblm ni dia kuat mkn tp masa dia umur 2thn 5bln dia pernah demam hmpir 2 mggu dan lepas tu dia jadi tak nak makan, selalu demam n tidak aktif berbanding sblm. Saya sgt bimbang akan kesihatan dan takut dia ada penyakit lain. Mcm mana dan apa pemeriksaan yg sy boleh dapatkan di hospital utk saya tahu tahap kesihatan anak sy skrg. Mohon penjelasan doktor. Tq

    1. Dr Foo Avatar
      Dr Foo

      Selepas jatuh sakit, tabiat pemakanan mungkin sudah berubah.
      Tetapi, sekiranya selepas itu dia selalu demam dan tidak aktif, memang ini suatu indikasi untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. Ada banyak maklumat yang boleh diperoleh melalui pemeriksaan, siasatan dan analisa doktor. Pemeriksaan fizikal oleh doktor pediatrik, ujian darah mungkin juga perlu.
      (Semua soalan baru sila tanya melalui ‘Ask A Question’)

  11. Nurul Afifah Binti Azlan Avatar

    salam doktor, anak sy sekarang berusia 9 bulan 3 minggu, skrg dia sgt susah nk makan berbanding sebelum ni, bermacam jenis makanan sy cuba bg dia makan, tp susah jugak dia nk terima. kalau makan pun 2-3 suap shaja, skrg saya masih fully breastfeed.
    jadi sy ingin bertanya perlukah saya mula memberi dia vitamin sprt scott emulsion, atau apa2 jenis vitamin?

    adakah ia akan mengganggu tumbesaran dia jika kurang makan?

    terima kasih doktor.

    1. Dr Foo Avatar
      Dr Foo

      Anak masih 9 bulan, berapakah berat badannya? Instead of vitamin scott emulsion, mungkin puan boleh cuba resipi lain seperti blend sendiri pumpkin, avocado, blend epal puree, dsb.
      Sesetengah bayi lambat untuk mendapat citarasa baru.
      Option untuk beri supplement boleh dipertimbangkan lagi kemudia, mungkin selepas setahun dan masih kurang makan.

  12. ekeen Avatar
    ekeen

    salam doc sy nak tanya kenapa anak sy susah nak naik berat badan,skarang anak sy brumur 1thn 10bln.berat badan skarang 7.5kg. ketika lahir 1.5kg anak sy tak cukup bulan.32 week

    1. Dr Foo Avatar
      Dr Foo

      Bayi pramatang dengan low birth weight iaitu 1.5kg memang dijangka untuk kurang berat badan tetapi seharusnya agak bagus dalam ‘catching up’ dan tidak patut terlalu jauh di belakang selepas 2 tahun. 7.5kg adalah di bawah centil yang normal. Apa yang penting sekarang adalah puan perlu membawa anak untuk pemeriksaan. Keupayaan mental fizikalnya penting di samping pertumbuhan berat badan Mungkin masalah nutrisi, hormon, penyakit, dan sebagainya yang harus diperiksa.
      (soalan harus ditanya melalui Ask A Question)

  13. Hana Avatar
    Hana

    Salam Doc,

    Anak saya kerap ruam pada badannya. Bila hari panas je, badan dia cepat tumbuh ruam sehingga kulitnya nampak seperti mengerutu. Kadang2 anak saya menangis dan mengadu sakit akibat ruam tersebut. Kebiasaannya ruam akan tumbuh disekitar leher, belakang badan, lengan dan kaki. Saya tidak menggunakan apa2 lotion untuk anak dan itu mengakibatkan kulitnya menjadi kering dan apabila tumbuh ruam anak saya mengadu sakit. Macamana nak kurangkan ruam anak? Kesian sangat tengok dia..thanks in advance

    1. doktorbudak Avatar

      Kemungkinan anak ada masalah eczema. Pastikan sabun mandinya tidak mengandungi warna, pewangi dan alkohol. Boleh cari di farmasi sabun mandi yg diformulasi khas untuk eczema spt Ezerra atau boleh pakai Cetaphil. Lotion spt aqueous cream perlu disapu selalu untuk melembapkan kulit dan mengelak dari kering. Boleh baca artikel mengenai eczema dengan menggunakan search button blog kami

  14. home remedies for seasonal allergies Avatar

    Impressive publications and type of posting. It looks like I’ll come back here at a later time to see precisely what else you could have in store 🙂 !!! I am intending to view if I truly could possibly find some thing involving allergy mattress covers allergens!!