Acute Gastroenteritis – “Anak saya cirit & muntah”

vomiting

Q : “Assalamualaikum. Doktor, apa perlu buat jika anak berusia 2 tahun muntah dan cirit birit? Perlukah diberi ubat?Atau beri bnyak minum air sahaja?Confuse sebab bila bawa pergi klinik ada doktor yang x nk bagi ubat. dia cakap akan sembuh sendiri. Minta doktor huraikan dengan lebih jelas ye. Terima Kasih.

( Mamamunie )

A :  Waalaikumsalam Puan Munirah, terima kasih kerana bertanya, penyakit cirit birit atau lebih dikenali acute gastroenteritis adalah salah satu penyebab kematian kanak-kanak bawah 5 tahun di seluruh dunia terutama negara membangun seperti Malaysia.

Penyebab utama berlaku cirit birit adalah jangkitan pada salur pemakanan yang disebabkan oleh virus, bakteria ataupun toksin.

Simptom-simptomnya adalah muntah beserta cirit birit ataupun cirit birit sahaja tanpa muntah. Demam juga boleh menjadi symptom utama dan diakibatkan oleh jangkitan ataupun nyahhidratan (dehydration). Simptom yang ada bertujuan untuk menyingkirkan jangkitan jadi rawatan yg diberi kepada anak-anak bertujuan untuk meredakan simptom (supportive).

Dalam banyak keadaan ubat-ubatan tidak diperlukan. Kebiasaannya muntah akan berhenti kurang dari 12 jam selepas tanda-tanda penyakit bermula, sebaik sahaja muntah berhenti cirit birit akan berlaku. Jumlah kehilangan air dan garam-galian dari badan amat penting digantikan dengan kadar seimbang oleh oral rehydration salt atau pun susu jika masih menyusu.

Untuk meredakan simptom cirit hanya Smecta yang mempunyai peranan. Ubat tahan muntah baik oral atau suppository selalunya tiada fungsi sama sekali. Seandainya anak puan tidak aktif , enggan makan dan minum seperti biasa puan hendaklah membawa terus ke hospital untuk rawatan lanjut.

( answered by Dr Mohd Zaqrul )


Posted

in

by

Comments

6 responses to “Acute Gastroenteritis – “Anak saya cirit & muntah””

  1. Mummy austin Avatar
    Mummy austin

    Slm ptng dokr
    Nak tnyak.
    Anak saya cirit dan muntah2 . Dan sya trus bw prg hosp besar. Dan dokr kata xprlu msuk wad sbb anak saya masih oky. Lpas itu dokr suruk balik bgi ubat fepril dan ors. Smpai kat rumh shja anak sya muntah 6kali cirit dah stop. Prlu kah sya bw anak prg hosp lagi..

  2. ceq tha Avatar
    ceq tha

    Bayi saya kene cirit birit dan muntah melebihi 2ari..dan sekarang sgt lemah dan xnak makan ataupun minum.. sudah dibw ke hospital juz mskkn air n dbenarkan balik. smecta pun sy dh berikan tp bby still lg xsemboh kesian punggung dia melecet. plzzz doc help me.

  3. siti syiken Avatar
    siti syiken

    Hi docs my baby 2 months old, weight 6.1kg, im fully breastfeed at home but at bbsitter’s hse i provide formula milk.Recently i noticed that his stool not all yellow but have some dark choc to black in color.like a small dots. I have tried a few formula milk from dulac to anmum to similac coz he seemed not really like formula milk. Btw i did pump at office. He also have symptom of GER. My friend suggest i bought novalac for anti reflux. He throw up a lot even when i breastfeed him. Do help me doc.im a bit concerned about the stool. (Pn siti.)

  4. dza Avatar
    dza

    my baby is one year and 2 months now, tapi agak kerap kena jangkitan usus/perut.
    Apakah cara or adakah any supplement yg boleh diberi supaya dapat prevent baby dr selalu kena infection.

    another, bile asyik muntah baby pun start hilang appetite, apa yg disyorkan utk boost up the baby appetite.

  5. Firda Avatar
    Firda

    Bayi saya kene cirit birit pada usia 5 bulan. Doktor kata sebab makan benda manis. Saya bagi dia isap kurma sebelum tu. Doktor bagi ubat berhenti berak. Saya bagi anak makan ubat tu sebab kesian punggung dia melecet. Smecta tu apa? Sejenis susu ke? Boleh didapati dari mana?

    1. faz Avatar
      faz

      smecta tu ada dlm bentuk serbuk dan liquid.anak saya minum tu ms kena cirit birit aritu.kat farmasi pun ada.