Q: Apabila anak demam, apakah yang sepatutnya dilakukan? Saya mendapat banyak nasihat dan ada antaranya bercanggah. Ada yang suruh balut anak dengan tuala basah, ada yang tegah cara ini, kononnya anak akan karam panas. Ada juga yang mencadangkan bagi anak tidur di bilik berhawa dingin atau depan kipas untuk turunkan suhu tapi ada juga yang suruh tutup kipas bagi peluh keluar untuk kebah demam. Jadi, apakah langkah yang doktor syorkan apabila anak demam? Terima kasih. (AE)
A:
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Puan,
Demam merupakan salah satu sebab utama kemasukan kanak-kanak ke wad. Malah, dianggarkan antara 20-40% kanak-kanak mengalami masalah demam setiap tahun.
Biasanya, demam dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, kebarangkalian demam yang disebabkan oleh jangkitan kuman yang serius adalah kecil dan pada kebanyakan masa, demam seringkali disebabkan oleh jangkitan virus. Sistem pertahanan atau antibodi badan kanak-kanak itu sendiri akan cuba melawan jangkitan virus tersebut dan ia biasanya akan baik dengan sendirinya (‘self limiting’). Secara amnya, suhu badan yang melebihi 37.5 °C adalah demam. Perbincangan mengenai cara suhu badan diambil dan definisi demam yang sering dibahaskan adalah dianggap sebagai di luar konteks dan mungkin akan dibincangkan kemudian.
Walaubagaimanapun, sebagai ibubapa, kita pastinya risau apabila melihat anak demam apatah lagi jika suhu badan yang direkodkan sangat tinggi dan anak yang sebelum ini riang-ria dan gembira menjadi letih dan kurang bermaya. Lebih merisaukan sekiranya anak tersebut pernah mendapat penyakit yang serius sebelum ini.
Oleh itu, ibubapa hendaklah mengetahui tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan anak menghadapi penyakit yang serius:
1) Kulit yang pucat, berpetak-petak (‘mottled skin’)
2) Anak menjadi kurang aktif serta menunjukkan gerakbalas yang perlahan apabila dipanggil, menangis dalam keadaan yang lemah ataupun dengan nada tangisan yang tinggi seperti tidak selesa.
3) Kesukaran untuk bernafas, samada nafas yang laju ataupun nafas berbunyi.
4) Tidak makan atau minum seperti biasa.
5) Tanda kekeringan yang serius seperti kurang kencing serta bibir dan lidah yang sangat kering.
6) Demam yang melebihi 5 hari.
7) Suhu badan yang terlalu tinggi ; melebihi 38C untuk bayi kurang dari 3 bulan dan suhu melebihi 39C untuk anak-anak yang berumur antara 3-6 bulan
8) Bengkak sendi dan angggota badan
9) Bengkak ubun-ubun untuk bayi kurang dari umur 1 tahun.
10) Sawan
Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas, segeralah ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan.
Bagi anak-anak yang demam tetapi masih lagi aktif bermain, makan dan minum seperti biasa dan tiada tanda-tanda seperti di atas, penjaga bolehlah memantau anak-anak ini di rumah dengan mengikuti beberapa nasihat seperti :
a) memastikan anak-anak mendapat hidrasi yang mencukupi semasa demam kerana semasa demam badan akan kehilangan banyak air dan tenaga. Jadi sila pastikan anak-anak ini diberi minuman yang mencukupi dan digalakkan untuk memberi susu lebih banyak daripada biasa.
b) penjaga mesti mengetahui tanda-tanda dehidrasi (kekurangan air dalam badan); mata mencengkung, bibir/mulut yang kering, ubun-ubun yang cengkung, menangis tanpa air mata serta anak letih dan kelihatan lembik..
c) Ibubapa mestilah memeriksa keadaan anak dengan kerap dan mereka tidak digalakkan menghadiri kelas di tadika/sekolah seperti biasa.
d) sekiranya naik ruam , segeralah berjumpa doktor.
Tidak dinafikan ada beberapa kaedah yang biasa dilakukan oleh ibubapa terdahulu untuk mengurangkan atau meredakan demam. Kajian menunjukkan kaedah seperti mengelap badan anak-anak yang demam dengan tuala basah, membuka baju dan seluar anak, membungkus anak-anak dan mendedahkan badan anak dengan udara yang sejuk samada dari alat hawa dingin atau kipas adalah tidak berkesan dan mungkin membahayakan lagi anak-anak yang demam itu.
Contohnya, dengan menggunakan alat hawa dingin atau ais untuk menurunkan suhu badan, ini sebenarnya akan menyebabkan anak-anak menggigil dan secara langsung menaikkan suhu badan (‘core temperature’) dan menyebabkan demamnya menjadi lebih tinggi dan lebih sukar dirawat.
Penggunaan ubat pelega-demam (‘antipyretic’) adalah dikhususkan untuk anak-anak yang mengalami demam yang tinggi dan dalam keadaan tidak selesa (‘distressed’). Buat masa sekarang, ubat-ubat yang biasa digunakan sebagai agen untuk mengurangkan ataupun menurunkan suhu badan adalah paracetamol dan ibuprofen. Pengunaan ubat-ubat ini memerlukan nasihat daripada doktor kerana ubat-ubat ini jika digunakan terlalu kerap atau dalam dos yang salah boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak.
Diharapkan penjelasan saya ini telah menjawab soalan puan dan dapat membantu puan menghadapi anak-anak Puan sekiranya demam nanti.
( answered by Dr Azhar Mahmud )
Editor’s note: Sekiranya bayi anda masih sangat kecil ( 0 – 6 bulan ) mempunyai demam, harus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor segera.
Comments
51 responses to “Anak saya DEMAM”
Doktor…ank sy 1 tahin 3 bln…hrni hr ke 5 die dmam btuk n selsema..bila bg ubt ok..bila lpas 4 atau 6 jam die akn dmam semula..sy sgt risau ape perlu sy lakukan…
salam dktr ank sy berumur 8 bulan.baby sy kerap demam.dlm sebulan mesti 2/3 kali demam.ank sy di jaga oleh pengasuh.berat badan ank sy pun dah turun kerana kerap demam.mkn nsusu pun kerang apbila demam.kadang2 aktif kadang2 nmpak letih.sy risau keadaan ank sy kerana sy bekerja dan ank tggal dgn pengasuh.apabila malam pula badannya terlalu panas sehigga panasnya terasa di tilam.apakah yg patut sy lakukan?
Asslm doktr.
sy nk tnya..anak sy umur 7 bln bru baik dr demam dan timbul bintik pink ktt
sluruh badan..soaln sy anak sy akn dihntr ke taska..1) adakh roseala
infantum boleh bjajgkit kt baby or kanak2 lain 2). Ada x ubat/penawar utk penyakit ini..
Salam doc, ank sy berumur 7 thn.Ank sy demam batuk dan selsema. Bolehkah sy beri paracetamol 500 mg tab 2bj dimakan 4 Kali sehari spt yg tertulis dbotol ubat. Sy takut kalau klinik tersalah BG ubat SBB sblm ni klinik BG ubat cecair bkn tablet.
salam doctor…
bby sy br berumur 5 bln….mslhnya terlalu kerap demam….dikatan setiap minggu demam…bermcm2 dah sy try….sm ada petua org dulu2 dan ubat klinik…ttp jg x baik…pernah bby sy demam 3 bln lngsung xbaik…boleh doc bg cadangan apa2…sy sngt risau…da pergi check doc…dan doc ckp tiada apa
saya juga mengalami perkara yang sama, anak saya 9 bulan asyik demam. dah sebulan ni sangat kerap demam, demam sehari sihat 2 hari demam balik, sihat sehari demam balik. bermula dengan campak, lepastu roseola infantum, 2x naik merah2 macam tu, lepas tu demam selang dua tiga hari, pergi hosp check darah kata tak de ape, perlu ke saya mintak doctor kat hospital untuk scan anak saya? bila demam dia meragam, kadang2 kesian kat pengasuh dia untuk hadap anak saya bila meragam.
Salam doctor.. usia ank sy 8 bln.. hari ni 18/1/15.. sudah 11 hari demam suhu 38-39.. sudah ke hospital 5x.. doc just bg ubt demam n nasiht kn supaya basah kn bdn bby.. x tahan wad.. n 3x check darah.. apa yg merisaukn panas x turun2.. macam mna doctor.. sy sgt2 risau..
Salam.. anak saya berusia 9 tahun, perempuan. Dia demam 3 hari dan masih belum surut. Hari ke 4, saya telah pergi ke hospital kerajaan dan keputusan darahnya normal kecuali darah putih kurang iaitu 3. Keesokan harinya saya ke hospital lagi dan keputusan darah sama iaitu darah putih turun lagi dgn bacaan 2 lebih. Doktor nasihatkan banyak minum. Saya terus ke klinik swasta dan menunjukkan keputusan darah. Doktor itu hairan sbb kalau demam darah putih akan tinggi sedikit. Dia bagi cuba antibiotik. Ke esokan harinya, setelah 2 kali bagi ubat antibiotik, anak saya masih demam. Saya risau sebab anak saya sel darah putihnya berkurang. Apa pandangan doktor dan apa perlu saya lakukan?
Salam Dokter.. mohon sedikit penerangan, suhu anak saya masuk kini sudah 3 hari masih statik diatara 36.6 hingga 37.5.. memang ia adalah suhu yang normal dan ada sedikit demam..makan minum, menyusu semuanya buat masa ini ok.. cuma pertanyaan saya adalah:-
(a) mengapa suhu anak saya on off Dan badan anak saya terasa agak panas. Adakah normal??
(b) Berapa lama keadaan ini akan berlarutan??
(c) sekiranya telah lebih 3 hari..perlukah jmpa dokter semula? sedangkan suhu diantara seperti diatas tadi.
ASSALAMUALAIKUM DOKTOR.. ANAK SAYA BERUSIA 2 THN 2BLN, DIA KERAP DEMAM BERULANG PERNAH JADI 2 KALI DALAM SEBULAN DEMAM LEBIH DARI 5HARI DAN YANG LAST SAMPAI MASUK SPECIALIST(PANTAI HSPTL) PEMERIKSAAN DARAH CUME DARAH PUTIH AGAK TINGGI SEDIKT ITU SAHAJE.. MOHON SEDKIT NASIHAT DR TUAN DOKTOR?
Assalamualaikum doc..anak sy berumur 9bln sering demam malam secara tiba2..bulan ni saja sudah masuk 3 kali..setiap Kali demam akan mengambil masa dalam 2..3hari max..perlukah sy membawa anak ke Hosp tuk thorough chx up?
Salam Dr…Anak saya usia 2tahun 1/2 mengalami low grade fever selsema seminggu Dan masih lagi….suhu badannya fluctuate normal ke demam (max 38degree)…anak saya aktif,cuma selera makan kurang Dan disertai dengan batuk berkahak…Saya hanya beri pcm bila malam kerana bimbang suhu dia naik semasa saya tidur…siang kadang-kadang saya beri kerana saya dapat monitor keadaannya….adakah perlu berikan PCM setiap 6jam jika low grade fever?dan perlukah saya membuat blood test? Terima kasih.
Doktor, anak saya demam lebih 3 hari, hari keempat kami bawa dia ke klinik dan Doktor yg memeriksa memberitahu bahawa anak saya mengalami semput dan dia diberi Gas melalui Nebulizer.. Sebelum itu dia bernafas dgn agak laju dan sehingga malam ini dia masih bernafas dgn laju. Doktor tersebut bagi ubat Demam, Allergy, Kahak dan lelah. (Sy xpasti scientific names, myb dr boleh identify from the categorize) soalan saya:
Adakah ubat tersebut secara dasarnya memulihkan penyakit anak saya?
Adakah semput yg dimaklumkan mengenai anak saya akan berpanjangan sehingga besar? Dia baru berusia 1 tahun 8 bulan dan sejak akhir2 ini kerap merengek berbanding sebelumnya krn dia baby yg aktif. Cuma sebelum ini dia pernah mengalami penurunan berat badan masa berumur genap setahun. =(
Tolong sy doktor, perlukah sy bawa dia ke hospital pakar untuk info lanjut atau terus pantau dan beri ubat shj
Tqsm,
Jannah
Hi, doktor. Anak saya umur 1 tahun 18 bulan. Dari bulan May 2014 sampai sekarang, setiap bulan pun demam tinggi suhu sehingga 39C. Setiap bulan pun kena makan ubat dan masuk bullet. Ini akan jadi kerosakan hati?
hi doc, mengapakah bayi menggigil ketika demm? suhu bdn 38.6˚C ..bayi berusia 10bulan
thanks doc
hi doc, mengapakah bayi menggigil ketika demm? suhu bdn 38.6˚C ..
thanks doc
demam ni memang bahaya kalau tak jaga
jemput ke MyBlogFest minggu ni
http://utama.myblogfest.com/2014/11/semua-di-jemput-hadir.html
Doc, anak saya umur 4 tahun demam. Macam mana nak jaga dia masa tue? Selimutkan dia atau tanggalkan pakaian dia masa Tue?
Selamat pagi doc, anak saya telah demam selama 3hr. Umur 2thn 3bln. Suhu sehingga 40°c. Mata jadi bengkak. Tapi jarang suhu mencecah tahap tersebut. Biasanya hanya dlm 37-38.7°c. Apa harus dilakukan doc? Haruskah bwa pergi ke hospital? Saya dh bawa pg ke klinik dan telah diberi ubat. Salah satunya ubat yg dimasukan melalui dubur. Selepas masukan ubat tersebut suhu badan anak saya akan turun. Tapi lepas kesan ubat tersebut hilang suhu akan naik balik. Apakah yg harus dilakukan? Minta info doc
Salam doc,anak saya mengalami batuk sudah lama.ubat batuk dan cair kahak tak menjadi,bolehkah saya memberinya salbutamol? Umur anak saya 4 tahun.dan berapakah sukatannya?
Jika sudah lama batuk, perkara yang perlu anda lakukan ialah berjumpa doktor untuk pemeriksaan agar punca kepada batuk tersebut boleh dikenalpasti. Tidak boleh untuk merawat sesuatu yang tidak diketahui dengan menggunakan ubat tanpa pemeriksaan doktor, apatah lagi apabila ia berlarutan.
salam doc..
ank saya 1 tahun..trlalu aktif..mlm susah tidor sampai kul 4 pg bru tidor n siang bgun lwat kul 3 ptg…bla kejutkn mengamuk..tetapi merisaukan dia x lalu mkn siang n ubunya bergerak laju.adakah tidak normal?
Siti Nadiah , mohon letakkan soalan anda di ‘ask a question’ section child health and common illness kerana ini adalah section comment untuk article demam . Malah anda juga boleh search ‘ tidur’ di button sebelah kanan tentang artikel mengenai tidur. Terima kasih.
Salam doktor…
ank sy berumur 15 bln.. Pada bulan 9, ank sy telah admit ke hospital disebabkan viral fever.. Seminggu ank sy di hospital.. Kemudian selang seminggu, demamnya dtg blk.. Dn didapati merah2 tanda campak.. Alhamdulillah selepas itu dia kembali sihat.. Tetapi pada bln 10 dia kembali demam.. Ujian darah mnunjukkn dia menghidapi pnuemonia.. 4 hari di hospital.. Kemudian kembali sihat.. Pada 31/10, saya mndapatkn injection pnuemococal utk dos ke 2.. Pd mlmnya dia demam blk.. Berlarutan selama 3 hari.. Ujian darah mnunjukkn darah putih tggi sedikit 15.3.. (Normal 14)..adakah normal? Dia tak batuk, selsema, muntah atau cirit birit.. Selera mkn semua ok..
Idzzaty, adalah sesuatu yang dijangka bagi darah putih untuk meningkat sedikit ketika demam. Jika aktif , berselera dan simptom tidak merisaukan , tidak perlu risau.
*comment notification system*
salam doctor, apakah penyebab baby seperti sukar bernafas.
Gjat, ada pelbagai sebab. Antaranya masalah dengan paru-paru, salur pernafasan, jantung , kurang darah dan sebagainya. Tanpa maklumat penuh dan pemeriksaan tidak mungkin dapat diketahui puncanya.
salam doktor. saya telah memberi bayi saya berumur 9 blan suppository voren 12.5 kerana demam nye mencecah sehingga suhu 39°c. beberapa saat kemudian dia mengalami cirit. adakah suppository itu berkesan atau saya kene memberi ubat lagi kerana khuatir ia tidak berkesan disebabkan kemungkinan keluar sekali bersama najisnye. terima kasih
slm dr..anak sy selalu on off demam sejak umur die 7bulan..tp semasa demam,die masih aktif,minum susu sepeti biasa cm kurang selera mkn.ade pndpt yg menyaran.n spy anak kerap dimandikan dengan air sejuk n sy persan die ggil setiap kali lepas mndi(sy tidak merendamnya kedlm baldi cme basah.n dgn air tersebut)..mgu ni,anak sy baru sje demam pd sabtu (18/10/2014) dimn pd khamis (16/10) matanya berair dan bertahi..bila ditanya pd doktor katenye panas dlm,n yes,ade sikit bengkak pd tonsilnye..soalan sy,lepas petang smlm (20./10),tbe2 badan anak sy sejuk..sy ingt mungkin sbb cuaca hujan,tp smpai ke mlm dan pg ni bdn die msih sejuk..kenapa ya doc? untuk makluman ank sy berumur 1thn dan mengidap hypothrot dan msih mengambil ubat
Slm dr.ank sy demam mlm sudah seminggu & tp skrg dh ok..tp selepas demam, dia muntah & cirit mlm pulak..tahun lepas,simptom yg sama berlaku,dan ank sy disahkan kena rotavirus..apa yg perlu sy lakukan?
Jawapan pada soalan tersebut boleh didapati pada artikel ini. Paling penting , pastikan anak tidak mengalami dehidrasi. Berikan Oral rehydration salt / smecta dan banyakkan minum air. Sekiranya ada tanda-tanda dehidrasi – kepenatan , kurang kencing, kurang minum , muntah dan cirit yang banyak dan melebihi dari kadar anak boleh minum, bawa berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.
http://www.doktorbudak.com/2013/07/17/qa-cara-untuk-merawat-muntah-dan-cirit-birit/
Doktor…nafas anak sy laju…td pg dh amik gas kt klinik….kalau kita bg ubat n pam biru je boleh x?
Ubat tersebut boleh digunakan di rumah setiap 4 jam 2pam , namun jika keadaan tidak baik dengan dos tersebut dan masih nafas laju, maka perlu bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
salam doktor…anak saya baru berumur 5 bulan ,dia selalu batuk.bila dia batuk dia akan kurang minum susu.untuk pengtahuan doktor anak saya kerap jugak demam.masa umur 1 bulan dia masuk wad sbb suhu badan tinggi…doktor cakap dia tak ada masalah lain selain suhu badan sahaja.masa umur 3 bulan dia pun demam.bdn panas selama 1 hari je…cuma sekarang sy nak tanya kenepa dia selalu batuk…dari kecik dia sentiasa batuk cuma tak teruk sangat.kali ni je kerap sangat batuknya….mcm mana saya nak atasinya?
Assalamualaikum Doktor,
Anak saya berusia 11 bulan mengalami demam on and off sejak berusia 6 bulan. Dia telah di bawa berjumpa doktor dan telah di berikan ubat paracetamol. Baru-baru ini anak saya telah di tahan di ward kanak-kanak lebih 2 minggu untuk permerhatian dan mendapati dia mengalami kenaikan suhu badan antara 37.5 – 38.0 darjah celcius. Sebagai ibu perhatin saya telah bertanya setiap keputusan darah kepada dotor yang merawat seperti blood C&S, FBC, UFEME,urine C&S, ujian CXR, ultrasound abdomen dan mendapati hanya jangkitan viral pada ujian darah dan terdapat ‘mild crept’ pada paru-paru kanan dan hepatomegaly semasa pemeriksaan fizikal dan tidak membahayakan. Selepas hari ke 3 di hospital suhu badan masih turun naik dan doktor telah memulakan rawatan antibiotik amoxilin dan antibiotik EES dimulakan selepas hari ke 6 selepas tiada menunjukan perubahan suhu badan.Berikutan dengan itu anak saya mengalami diarea.
Pengambilan vital sign menunjukan suhu badan 36.5 hingga ke 38.3 Celcius, tekanan darah dalam lingkungan normal,Denyutan jantung 150 ke 170 seminit. Spo2 98-99%.Anak saya lebih selesa berbaring terlentang dan kelihatan penat apabila didirikan atau didudukan.
Untuk pengetahuan doktor anak saya menghidapi syndrome hypotonia, masih tidak memgikuti jadual perkembangan kanak-kanak. Pada awal kelahirannya pakar kanak-kanak mengesahkan tiada abnormaliti pada bayi saya sehingga berusia 5 bulan.
Doktor, saya ingin bertanya adakah anak saya mungkin mengalami simptom ‘Heart Failure’jika kadar denyutan 150 ke 170 deyutan seminit dalam keadaan rehat jika keadaan ini berpanjangan
Ada pelbagai sebab mengapa seseorang kanak-kanak mengalami degupan nadi yang laju. Deman yang tinggi adalah salah satu daripadanya, Selain daripada itu, penggunaan sesetengah jenis ubat contohnya salbutamol (ubat membuka ruang salur pernafasan) juga boleh menyebabkan nadi lebih laju. Masalah jangkitan kuman /sirkulasi darah juga boleh menyebabkan keadaan tersebut.
Samada ada heart failure atau tidak , kami tidak dapat menasihati tanpa pemeriksaan . Heart failure adalah keadaan di mana jantung semakin lemah dan tandanya termasuklah jantung yang semakin membengkak ( dan bukan sahaja nafas laju, nadi laju dan hati bengkak sebab masalah paru paru juga menyebabkan keadaan ini). Adalah lebih wajar untuk berbincang dengan doktor atau pakar yang merawat kerana mereka dapat memberi maklumat dengan lebih tepat. Apatah lagi anak juga ada masalah perkembangan.
Kami doakan anak Malina cepat sembuh. Take care.
Salam doc,
Anak sy berumur 2 tahun 2 bulan.sejak akhir2 ni suhu badannya berubah2 sekejap panas dan sekejap ok.dia sgt aktif dan tiada masalah lain yg merisaukan.apa yg mnyebabkan perubahan suhu tersebut doc?Adakah suatu yg membimbangkan?
Adalah elok untuk ibu bapa mempunyai thermometer di rumah. Dengan ini penyukatan suhu lebih tepat. Artikel di atas ‘Anak saya demam’ telah menghuraikan keadaan di mana demam membimbangkan dan bila ia merisaukan dan perlu berjumpa doktor.
Found this blog while bw..info yg sangat berguna..tq 🙂
http://Www.adaa-inspiration.com
salam doktor, saya inginkan kepastian. adakah penggunaan cool fever (gel pelekat di dahi) tidak digalakkan? sebab ada di kalangan kawan saya beritahu bahawa gel itu menyebabkan kesan terhadap otak bayi akibat pemanasan di kawasan itu sahaja.
Berita yang viral di sosial media tentang cool fever tidak tepat. Cara cara untuk menangani demam dihuraikan di artikel dan juga pada jawapan komen yang pertama.
salam doc,
anak saya berusia 11 bulan sekarang… dari usianya 4 bulan anak saya akan demam setiap bulan sehingga sekarang.. 5 hari adalah yang paling lama iaitu ketika dia berusia 10 bulan..adakah ini normal?
doc. anak saya telah demam dua hari. suhunya mencapai 38.9 c. dia enggan makan dan menyusu. hanya minum air sedikit. apakah yang perlu saya lakukan.?
Doktor saya ingin bertanya apakah kesannya kepada anak sekiranya terlebih antibiotik. Adakah berbahaya kepada anak tersebut. Untuk pengetahuan doktor anak saya baru berumur 1 tahun.
Boleh rujuk pada jawapan pada artikel di bawah
http://www.doktorbudak.com/2014/02/24/perlukah-diberi-antibiotik-untuk-jangkitan-demam-batuk-dan-selsema/
Salam. Doktor, anak saya diserang asthma yang teruk ketika berumur 2 thn sehingga terpaksa dimasukkan di ICU. Ketika berumur 3 thn dia dijangkiti pneumonia. Selepas itu doktor prescribed, anak saya ventolin & flixotide utk penyakit asthma dia. Alhamdulillah selepas mengambil ventolin & flixotide selama 2 bulan. Anak saya tidak diserang asthma(last attack Februari 2013).
Tetapi sekarang anak saya sering kali demam. Sebulan atau 2 bulan sekali dia akan demam. Setiap kai demam, dia akan diberi antibiotik(zinnat). Doktor yg merawat mengesahkan anak saya demam disebabkan tonsilnya yang bengkak. Saya telah merujuk anak saya pada doktor pakar dan dia juga mengesahkan tonsil anak saya bengkak dan mencadangkan tonsilnya itu dibuang.
Soalan saya
1. Apa pendapat doktor tentang kekerapan demam yang disebabkan tonsil yang bengkak?
2. Adakah tonsil yang sering kali bengkak itu disebabkan kesan daripada pengambilan ventolin & flixotide yg lama(2bln)? Patutkah dibuang?
3. Kekerapan mengambil antibiotik, tidak ada apa2 kesan buruk kah pada anak saya?
Saya harap doktor dapat menjawab soalan & kekusutan saya. Terima Kasih
Nini, kami akan mengeluarkan artikel tentang masalah tonsil dalam minggu depan . nantikan ya.
Tonsil yang bengkak tiada kena mengena dengan penggunaan flixotide dan salbutamol dan tiada komplikasi dari penggunaan 2 ubat tersebut ke atas tonsils.
Adakah setiap kali demam puncanya adalah tonsils yang radang dan bengkak? Kebanyakan masa kanak kanak demam kerana jangkitan virus – batuk selsema dan tidak memerlukan antibiotik. Namun kami tidak dapat komen tentang pemberian antibiotik dalam anak puan memandangkan kami tidak memeriksanya. Penggunaan antibiotik jika memang perlu tidak membawa masalah tetapi seperti semua ubat antibiotik ada kesan sampingan tetapi biasanya ringan. Masalah berlaku jika penggunaan kerap tetapi tidak diperlukan sebenarnya .
Puan boleh baca artikel ini untuk pemahamam lanjut
http://www.doktorbudak.com/2014/02/24/perlukah-diberi-antibiotik-untuk-jangkitan-demam-batuk-dan-selsema/
Assalam Doc.
Anak saya pernah demam sehingga 39C semasa berumur kira-kira satu tahun. Pihak hospital segera menyuruh kami membuka pakaiannya dan mengelap tubuh anak dengan tuala lembab. Kami juga dinasihatkan untuk memakaikan pakaian nipis pada anak. Sehingga sekarang, setiap kali demam kami menggunakan kaedah yang sama dan Alhamdulillah berkesan.
Adakah kaedah ini menampakkan kesan berbeza bagi setiap kanak-kanak?
Waalaikumussalam
Untuk makluman Puan, kaedah mengelap badan dengan tuala lembab, membuka baju atau pun memakai baju yang nipis adalah antara kaedah-kaedah yang biasa digunakan untuk menurunkan suhu badan bagi kanak-kanak yang sedang demam.
Sehinggalah pada tahun 2007 dan kemudiannya pada 2013, NICE-UK ( National Institute for Health and Care Excellence) telah mengeluarkan garis-panduan baru mengenai kaedah-kaedah bagi menangani masalah demam di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Menurut garis panduan tersebut dan beberapa garis panduan yang berikutnya, mengenai kaedah-kaedah yang disebut diatas:
a) Tiada data-data yang menyokong kaedah-kaedah tersebut yang dapat menurunkan suhu badan dengan efektif kanak-kanak yang sedang demam
b) Kaedah-kaedah tersebut akan menyebabkan “vasoconstriction” iaitu salur2 darah mengecut dan menyebabkan suhu badan yang tinggi itu tidak dapat di keluarkan dari badan dan seterusnya akan menyebabkan suhu badan meningkat dengan lebih tinggi
c)Ada kemungkinan kaedah-kaedah tersebut akan menurunkan suhu badan pusat (core body temperature) dengan cepat dan badan akan mengaktifkan “reflex shivering”@ menggigil yang mana akan menaikkan suhu badan semula.
Kembali semula kepada soalan Puan itu, jika kaedah tersebut dapat menurunkan suhu badan anak Puan, saya cuma menasihati Puan supaya berhati-hati semasa menggunakan kaedah tersebut dan sentiasa memantau keadaan Puan dan bawalah segera Anak Puan jika masih demam dan menunjukkan tanda-tanda bahaya yang telah disebut di dalam artikal yang telah di tulis di atas.
Sekian terima kasih.
p/s: Selamat Hari Raya Idul Adha dan Selamat Bercuti
Thank you very much for your reply doc.
Really appreciate it and tentu akan lebih membantu saya in future events 🙂