Question: Cara untuk merawat muntah dan cirit-birit.
Answer: Penyakit cirit birit atau lebih dikenali acute gastroenteritis adalah salah satu penyebab kematian kanak-kanak bawah 5 tahun di seluruh dunia terutama negara membangun seperti Malaysia.
Penyebab utama berlaku cirit birit adalah jangkitan pada salur pemakanan yang disebabkan oleh virus, bakteria ataupun toksin.
Simptom-simptomnya adalah muntah beserta cirit birit ataupun cirit birit sahaja tanpa muntah. Demam juga boleh menjadi symptom utama dan diakibatkan oleh jangkitan ataupun nyahhidratan (dehydration). Simptom yang ada bertujuan untuk menyingkirkan jangkitan jadi rawatan yg diberi kepada anak-anak bertujuan untuk meredakan simptom (supportive).
Dalam banyak keadaan ubat-ubatan tidak diperlukan. Kebiasaannya muntah akan berhenti kurang dari 12 jam selepas tanda-tanda penyakit bermula, sebaik sahaja muntah berhenti cirit birit akan berlaku. Jumlah kehilangan air dan garam-galian dari badan amat penting digantikan dengan kadar seimbang oleh oral rehydration salt atau pun susu jika masih menyusu.
Untuk meredakan simptom cirit hanya Smecta yang mempunyai peranan. Ubat tahan muntah baik oral atau suppository selalunya tiada fungsi sama sekali. Seandainya anak puan tidak aktif , enggan makan dan minum seperti biasa puan hendaklah membawa terus ke hospital untuk rawatan lanjut.
Comments
One response to “[Q&A] Cara untuk merawat muntah dan cirit-birit.”
Assalammua’alaikum… Hi doktor..anak saya berusia 5 tahun 5 bulan mengalami masalah demam,sakit kepala,muntah2 dan kurang selera makn dan kurg minum..sebelem ni anak saya sakit gigi sebelah kiri geraham..pastu suami saya beri makN ubat panahan sakit yang di belinya di kedai runcit..anak saya tak tahan sangat sakit..saya tak berani bagi ubat tanpa arahan doktor tapi suami saya dah beri ubat penahan sakit 2 biji pda anak saya.pada hari yg sama ank saya muntah ,demam dan sakit kepala sangat selepas 2 jam makan ubat penahan sakit tu…saya dah jumpa doktor tapi doktor hanya check perut anak saya dan suhu badan jika muntah lagi esok atau demam berulang kena tolak ke hospital untuk rawatan lanjut..pada hari yg sama anak saya kena muntah tu anak saya ada makan umah kenduri kahwin juga.saya tak tau apa kemungkinan jadi anak saya macam tu..
Soalan saya..
Apa makanan atau minuman yang sesuai untukk diberikan semasa anak saya kena muntah dan selepas muntah stop?hanya air masak sahaja anak saya tak muntah bila minum..
No 2. Adakah ubat sakit gigi yg dijual boleh beri kanak2 walaupun setengah biji?
No.3 ubat antibiotik klau ambil minum tak ikut masa ada kesan tak atas kanak2
Berapa lama antibiotik boleh di simpan?
Jika demam dah baik boleh tak saya stopkan beri ubat antibitik pada anak saya?