Anak saya masih belum fasih bercakap

Given a speech toddler with headphones and microphone, closeup

Q: Hi Doc, anak lelaki saya akan masuk 3 tahun bulan Oktober ini. Persoalannya, sampai sekarang dia masih belum fasih lagi bercakap. He still baby talk. Saya berasa kesian dengan dia setiap kali dia ingin bercakap atau menyampaikan sesuatu perkara dengan saya tapi saya tidak dapat memahami apa yang ingin dia sampaikan sebab dia bercakap dengan cara dia sendiri which is baby talk. Tapi apabila saya bercakap dengan dia, dia faham apa yang saya cakap seperti kalau saya ajak dia mandi dia akan memberi response untuk bersedia pergi mandi. Ada setengah-setengah perkataan dia boleh sebut dengan jelas seperti duduk, car, jom, cat, mamam (makan), minum, tv. Bila saya ajar dia bercakap dia refuse. Apabila dia nak susu dia akan menangis dan ajak saya dan tunjuk botol susu dia. Saya risau akan perkembangan anak saya ini berbanding dengan anak sulung perempuan saya yang sekarang ini berumur 5 tahun. Saya harap doc dapat membantu saya apa yang perlu saya buat. Terima Kasih. ( Siti S )

A:  Puan Siti, terima Kasih diatas petanyaan tersebut.

Daripada penerangan puan tentang anak puan, anak puan mungkin mengalami masalah pertuturan. Perkembangan kanak-kanak walaupun setiap mereka itu berbeza namun secara kasarnya akan berkembang mengikut suatu kadar yang tertentu. Ini dinamakan ‘Developmental Milestones’. Dari segi pertuturan, ia bermula sekitar umur 11 -12 bulan dimana setiap anak akan dapat menuturkan satu perkataan yang memberi maksud tertentu. Selalunya perkataan ringkas seperti ‘mak’ ‘pa’ atau ‘nak’. Sekitar umur 2 setengah ke 3 tahun seorang kanak- kanak sepatutnya boleh bertutur dalam satu ayat yang mengandungi 2- 3 patah perkataan serta faham akan arahan ringkas. Berkemungkinan sesetengah kanak-kanak sudah boleh memberitahu nama sendiri, dan membilang 1 – 10 pada umur sekitar 3 tahun.

Tetapi puan jangan khuatir. Ini bukan bermakna anak puan sangat lambat dalam pertuturannya. Terdapat beberapa sebab kenapa seseorang kanak kanak lambat dalam perkembangan pertuturannya. Sebab yang terutama ialah masalah pendengaran. Pertuturan dan bunyi bahasa adalah sangat kompleks yang mempunyai pelbagai intonasi dan gelombang bunyi yang berbeza. Terdapat sesetengah kanak-kanak walaupun mereka boleh mendengar, namun pada gelombang bunyi dan intonasi tertentu kanak-kanak tersebut tidak dapat mendengarnya dengan jelas. Oleh itu sebagai langkah pertama, anak puan perlu diberikan evaluasi terperinci daripada pakar audiologi untuk memastikan tiada masalah pendengaran yang mungkin berlaku.

Jika anak puan mempunyai pendengaran yang normal sebab-sebab lain yang boleh meyebabkan masalah lambat bertutur adalah komunikasi itu sendiri.

Komunikasi dua hala perlu mempunyai kiu-kiu non- verbal seperti memek muka dan gerakan lidah. Jika seseorang kanak-kanak itu tidak dapat melihat pergerakan muka dan bibir ketika bercakap agak sukar baginya untuk meniru gaya percakapan seterusnya bertutur. Untuk itu adalah penting jika kita bercakap dengan kanak-kanak, kita perlu melihat ke wajah mereka supaya mereka dapat meniru dan memahami gerakan lidah bagi mengeluarkan perkataan tersebut, seterunya bertutur dengan jelas.

Tindakan mengajuk cara percakapan secara bayi atau ‘baby talk’ juga tidak sesuai. Ini seolah-olah memberikan dorongan kepada mereka untuk terus bertutur dalam bahasa mereka sendiri tanpa memahami cara sebenar sesuatu perkataan disebut.

Akhir sekali sekiranya evaluasi pendengaran mendapati pendengan seseorang kanak-kanak yang lambat bertutur itu normal, dia akan dirujuk kepada ahli terapi pertuturan (speech therapist). Ahli Terapi Pertuturan boleh menjalankan beberapa terapi untuk merangsan dan memperbetulkan pertuturan kanak-kanak tersebut. Perkhidmatan Ahli Terapi pertuturan pada waktu ini boleh didapati di hampir kesemua hospital besar kerajaan. Namun disebabkan bilangan mereka terlalu kecil, mungkin senarai menuggu agak lama.

Secara kesimpulannya, anak puan memang agak lambat dari segi pertuturan. Anak puan perlu dirujuk ke pakar kanak-kanak. Daripada sana anak puan akan dirujuk kepada Pakar Audiologi untuk pemeriksaan bagi memastikan anak puan tiada masalah pendengaran. Jika tiada masalah pendengaran, anak puan akan dirujuk kepada Ahli Terapi Pertuturan, dimana anak puan akan dilatih dan diberikan terapi untuk merangsang lagi serta memperbetulkan masalah pertuturan yang ada.

Disebabkan bilangan Ahli Terapi Pertuturan tidak ramai dan senarai menuggu yang panjang, puan boleh mengambil langkah-langkah tertentu untuk merangsang pertuturan nak puan. Setiap kali puan atau sesiapa yang bertutur dengannya pastikan anak puan dapat melihat memek muka dan pergerakan lidah semasa bercakap. Jangan menggalakkan penggunaan ‘baby talk’ di rumah. yang penting, anak puan tidak merasa tertekan seolah-olah beliau dipaksa untuk bertutur betul.

Harap puan dapat bersabar. Insya-Allah, anak puan mungkin dapat bertutur dengan normal, walaupun mungkin mengambil masa yang agak lama.

( answered by Dr Aznor Fadly )


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

13 responses to “Anak saya masih belum fasih bercakap”

  1. norain Avatar
    norain

    Hi doc.. anak lelaki saya berumur 23 bulan masih belum pandai bercakap atau menyebut perkataan yang bermaksud.. dia hanya brcakap bahasa bayi yang langsung tidak difahami.. apa yang harus saya lakukan?

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      Puan , jawapan pada persoalan puan ada di artikel ini
      http://www.doktorbudak.com/2013/12/26/late-talkers-anak-saya-lambat-bercakap/

      Puan juga boleh merujuk pada di section articles – speech and language : ada pelbagai artikel yg ditulis oleh pakar petuturan kami.

  2. Dr Aznor Avatar
    Dr Aznor

    *comment notification***

  3. hanis Avatar
    hanis

    Hi doc, my boy, 2 yrs 5, month, mmg suka membebel dlm bhs baby. Klu ckp bhs bby, ayat dia mmg panjang. Tp bhs btol dlm 2-3 word/sentence. Tp ayat dia terbalik. Cnth nk minum dia akan sebut “minum nak”.
    Normal @ perlu diberi perhatian lbh?
    Tq.

    1. Yong Ennie Avatar
      Yong Ennie

      Pn Hanis,

      Bukan masalah besar sekiranya anak dah lebih banyak menggunakan ayat daripada sepatah-patah. Puan boleh cuba mengajar anak membuat ayat dengan banyak menyebut ayat yang sama dalam konteks yang sesuai.

      Puan boleh membaca artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

      http://www.doktorbudak.com/2014/10/10/when-should-i-seek-speech-therapy-for-my-child/

  4. yatee Avatar
    yatee

    hi doc,ank saya 2thn5bulan,seusia 1yr++ dia boleh menyebut ayat yang kita cakap,tapi sekali tu je la skrg dia hanya mampu menyebut beberapa perkataan yg betul sekiranya dia terdesak untuk bercakap selebihnya dia akan menjerit atau menarik tangan untuk menunjukkan sesuatu.

    1. Yong Ennie Avatar
      Yong Ennie
  5. Yong Ennie Avatar
    Yong Ennie

    Pn Wawa,

    Sila baca artikel Pronunciation Difficulties
    http://www.doktorbudak.com/2013/12/31/pronunciation-difficulties-in-children/

    Pelajar ini harus mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pediatrik dan speech therapist untuk mengenalpasti punce pelat sebelum rawatan boleh dijalankan.

  6. Yong Ennie Avatar
    Yong Ennie

    Pn Julieta patut membawa anak untuk berjumpa dengan doktor pediatrik untuk mendapatkan pemeriksaan yang teliti. Dapatkan juga rujukan kepada speech therapist untuk penilaian bahasa dan pertuturan anak.

  7. wawa Avatar
    wawa

    mcm mana nak hilangkan pelat bagi umur 16..

  8. julieta Avatar
    julieta

    Salam sejahtera…
    Anak saya sudah mencapai umur 19 bulan tapi masih belum boleh menyebut sekarang perkataan mudah. Saya bimbang ada masa lah pertuturan.
    Apa yang perlu saya buat?

  9. Nur bazlin Avatar

    anak saya mempuyai masalah yg sama.. only a few words yg kluar … selebih nya baby talk… tapi arahan almost semua dia paham..
    adakah too much exposure on gadget (ipad/ipod) menyebbkan speech delay? untuk pengetahuan doktor, quite a while dah kami limitkan penggunaan gadget kepada sekali seminggu, lebih kurang 1 jam… kalau tak sebelum ni… almost all the time..

    1. Suzziana Avatar
      Suzziana

      As salam Doc, saya mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 11 bulan. Saya bimbang kerana anak saya selalu jatuh dan kepalanya akan terhantuk pada lantai. Kejadian ini kerap berlaku pada anak saya walaupun saya sentiasa memerhatinya. Kalau dia menangis dia akan menghantuk hantuk kan kepalanya ke lantai. Saya ingin tahu apakah bahayanya pada otak bayi? adakah ianya memberi kesan yang teruk pada perkembangan otak anak saya?