Q1: Hi Ms. Yong,
Anak lelaki saya berusia 2 tahun 8 bulan. Dia langsung tidak mahu bercakap dan hanya mengeluarkan bunyi seperti ” ak ak” “uk uk”. Beliau tidak mempunyai masalah pendengaran kerana boleh mendengar arahan dengan baik. Suruh sahaja apa-apa pun dan dia akan buat. Saya tahu dia boleh bercakap kerana kadangkala dia akan mengikut apa yang saya sebut contohnya “papa, mama, ikan,burung, adik” dan bermacam2 perkataaan lagi namun beliau enggan mula bercakap dan sebut dengan sendiri.
Adakah ini faktor genetik kerana abang-abang saya juga mula bercakap 4 tahun ke atas.? Apakah yang saya patut lakukan untuk melatih dia bercakap? (Mamamunie)
Q2: Hi, Im so happy that a speech pathologist has been added to the team recently.
I have a question regarding my child who is now 3 years and 2 months old. Her speech is a bit delayed if compared to other kids her age. Her vocabulary is okay. The thing is, she cant make 3 word sentences. I already brought her to a Speech Language Pathologist (SLP) but the SLP said she’s just a late talker. Definitely not Autistic Spectrum Disorder (ASD) but he offered a few speech classes for her but its very expensive. She can recognised alphabets since she was 2, can count to 100, knows shapes and colours, but she doesn’t not talk much. I’m wondering how she’s going to learn if she didnt ask questions?
Do u think she needs to attend speech class? Or do i need to wait a little bit longer? Is there anything else that I can do? Thank you so much in advance. God bless u guys! (Siti)
A: Terima kasih Siti dan Mamamunie atas soalan-soalan yang dikemukakan.
Ramai orang bertanya sama ada kelambatan bercakap adalah fenomena biasa terutamanya jika dalam sejarah keluarga, ada ahli keluarga yang juga lambat tetapi kemudian tiada masalah pertuturan. Di peringkat awal, adalah sukar untuk kita mengenalpasti kanak-kanak mana adalah Late Talkers (bermasalah pada mulanya dan kemudian dapat mengejar perkembangan i.e catch up ) dan kanak-kanak mana yang akan mempunyai masalah bahasa dan pertuturan untuk jangka masa yang panjang.
Saya akan menjelaskan mengenai ’Late Talker’.
‘Late Talkers‘ adalah kanak-kanak yang berumur antara 18-30 bulan yang mempunyai kefahaman bahasa yang baik. Mereka biasanya mengikut perkembangan normal dalam kemahiran bermain, motor, pemikiran and sosial, tetapi hanya boleh menggunakan perkataan yang terhad untuk tahap umur mereka.
Penyelidik masih belum dapat mengenalpasti punca atau penjelasan untuk kelewatan ini. Walau bagaimanapun, mereka mendapati ‘Late Talkers’ biasanya :
- mempunyai sejarah ahili keluarga lain yang mempunyai kelambatan bahasa,
- adalah lelaki,
- dilahirkan dengan kurang berat badan, atau
- dilahirkan sebelum 37 minggu dalam kandungan (pra-matang)
Sebanyak 13% daripada kanak-kanak yang berusia 2 tahun adalah ’Late Talkers’.
Bagaimanakah ibu bapa dapat mengenalpasti sama ada kosa kata anak anda adalah sesuai untuk tahap umurnya. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda:
1. Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).
2. Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2-patah yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.
3. Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”, dan ”mana?” yang mudah.
Siapa yang akan dapat ’kejar balik’ dalam perkembangan bahasa dan siapa pula tidak dapat? Berikut adalah senarai risiko dan tanda-tanda kanak-kanak yang mungkin akan mempunyai kesukaran dalam perolehan bahasa untuk jangka masa panjang:
- senyap pada waktu bayi, kurang babbling (ba, ma, ga)
- mempunyai sejarah jangkitan telinga
- mempunyai bunyi konsonan yang terhad (p, b, m, t, d, n, y, k,g, dll)
- tidak meniru menyebut perkataan
- hanya menggunakan kata nama (nama orang, barang, tempat) and sangat kurang kata kerja (cth: lompat, minum, dll)
- sukar bermain dengan kanak-kanak yang lain
- sejarah ahli keluarga yang mempunyai kelambatan dalam kemahiran komunikasi, atau masalah pembelajaran
- kelewatan dalam kefahaman bahasa (contoh: tidak faham arahan)
- menggunakan isyarat untuk berkomunikasi
Adakah Late Talkers boleh mengejar bahasa tanpa bantuan atau rawatan? Sebahagian besar daripada mereka nampaknya dapat mengejar perkembangan kanak-kanak lain apabila mereka masuk ke sekolah. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut biasanya mempunyai kesukaran dalam aspek bahasa tertentu seperti tatabahasa, berbanding dengan kanak-kanak lain.
Sekiranya perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda tidak mengikut umur atau disyaki sebagai Late Talkers, anda adalah disyorkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Ini adalah kerana penerimaan rawatan pada usia yang awal akan memberi kesan yang lebih positif.
- Sila jumpa doktor kanak-kanak/pediatrik untuk mendapatkan diagnosa awal
- Sila jumpa Speech-Language Pathologist/Therapist untuk mendapatkan penilaian dan rawatan
- Sila jumpa Audiologist untuk memastikan tiada masalah pendengaran walaupun anda berpendapat bahawa anak anda tiada masalah pendengaran. Ini kerana masalah pendengaran yang ringan (masih boleh mendengar bunyi tetapi kurang jelas) boleh juga memberi kesan kepada perkembangan bahasa dan pertuturan.
(answered by Ms. Yong Ennie )
Comments
72 responses to ““Late Talkers” : Anak saya lambat bercakap”
Hi…my daughter Qaseh Qaisara , age dlm 2 year and 9 mnth still x bercakap (not really xberckp lansung) she got 1 sister age 1 year 6 month nd dh boleh sebut kakak,daddy,mamam(Makan) nak..bila Adik dia sebut kak , dia pun ikut sebut skali..FYI my eldest since baby I bagi dia iPad so dia Akan layan iPad sorang2..she is active if we ask her to do something she wll do…bila dia dengar Lagu frozen dia Akan ikut but only the last word like let it go she will sing
It go…I’m really worried …what shed I do….?
Pn Suraya,
Sila baca penghujung artikel ini. Saya telah menulis langkah yang perlu diambil sekiranya anak mempunyai kelambatan bahasa.
hi doc, my nephew umur 2 tahun 2 bulan. Masih tidak tahu bercakap. Tapi dia suka babbling yang kami tidak tahu maksudnya. Suka gelak tiba2. Tak sensitive bunyi bising. Tapi xsuka jika ada baby lain yang menangis. Bagi arahan dengan menarik tangan dan menangis. Sangat aktif means suka merayau merata-rata jika dibiarkan. Tapi sangat suka bergaul dengan kanak-kanak lain. Mudah demam dan akan diikuti dengan sawan. Kadang-kadang ambil tahu bila dipanggil namanya, kadang-kadang buat endah je. Suka berlari-lari dan memanjat. Tapi faham dan ikut arahan, contohnya, pakai kasut bila disuruh, duduk bila diminta. Kalau ikut sejarah, mak dia boleh bercakap umur 2thn setengah. Tidak mempunyai sejarah sakit telinga. Bila diajar bercakap, tak mahu ikut. Jika diajar ABC, hanya bunyi ci..ci..ci.. jer…
Adakah nephew saya ni late talker or autisme or maslah lain doc?
tq
Cik Hidayu,
Terima kasih atas keprihatinan terhadap nephew. Autisme merupakan masalah perkembangan yang melibatkan kesukaran dalam sosial-komunikasi dan tingkah laku. Adalah sukar mengenalpasti punca kelambatan nephew tanpa pemeriksaan doktor dengan teliti.
Saya syorkan nephew dibawa berjumpa pakar kanak-kanak atau pakar psikiatri kanak-kanak dengan segera. Di samping itu, nephew juga digalakkan mendapatkan penilaian bahasa daripada speech therapist kerana dia telah menunjukkkan ciri-ciri kelambatan dalam perolehan bahasa.
hai,doc,saya rina,anak saya 4 thun,tp masih tdak bleh bercakap dgn sempurna,perkataan ayah,abg,kakak pun die tak boleh sebut,tp yg peliknye huruf abc sampai z die bleh sebut,A-Apple,b-ball,die tau sebut,saya risau,ape perlu saya lakukan…
Pn Reena,
Sila baca penghujung artikel ini. Saya telah menulis langkah yang perlu diambil sekiranya anak mempunyai kelambatan bahasa.
[…] pembacaan akak di doktorbudak.com tiada punca tepat untuk kenalpasti kenapa anak lambat cakap. Berdasarkan kajian yang mereka […]
Puan,
Sya umur 22thun,
Anak sya umur 3 thun msih tdak bleh utk bercakap,,bila di ajar bckap seperti sbut nama dia,dia mjerit dan baling barang tp bila memberi arahan dia ikut, jiran sy anak umur sama tp dah pdai bckap.. sya risau la.. nak buat mcam mne nye Puan..?
Puan Siti,
Sila baca penghujung artikel ini. Saya telah menulis langkah yang perlu diambil sekiranya anak mempunyai kelambatan bahasa.
Puan,
Anak saya 3 tahun 4 bulan..kalu ikut tahun 4 tahun..Tahun depan saya plan nak hantar ke Tabika. Tapi risau boleh ke die nak bergaul dengan kawan2.Sebab ikut tahun 2016 die umur 5 tahun.
Pn Wahida,
Saya tidak faham soalan puan. Anak ada masalah pertuturan? Tiada masalah untuk hantar anak ke Tabika pada tahun depan kalau ada masalah pertuturan pun. Kita menggalakkan semua kanak-kanak untuk masuk tabika/tadika.
Hai doktor. Saya ada ank 2 tahun 1 bulan boy..tapi dia masih blum boleh sebut perkataaan yg jelas..hnya sebut yg hujung2 je..contoh buka,dia sebut ‘kak’ ..klau berak ‘yak’.. Normal ke ye doktor ?? Dia boleh dgr arahan..klu sy sruh buat dia faham dan buat..contoh klu dia berak dia akn ambik tuala dan bg pada saya then said yak..klu mndi pn dia akn tau ambik tuala dlu..sy risau jgk..adakah ank sy ada masalah ye doktor..
Pn Liana,
Adalah biasa bagi kanak-kanak berumur 2 tahun untuk mempunyai sebutan kurang jelas supertitlesmenyebut menyebut hujung-hujung. Sebutan akan menjadi lebih jelas menjelang 3 tahun.
Sila baca article berikut untuk maklumat lanjut.
http://www.doktorbudak.com/2013/12/31/pronunciation-difficulties-in-children/
Pn Veronica boleh memberi masa dan memerhati jika anak mempunyai perkembangan bahasa dan pertuturan. Sekiranya tiada perkembangan atau perkembangan yang sangat sedikit apabila anak mendekati umur 2 tahun, puan boleh membawa anak berjumpa doktor pakar kanak-kanak untuk penilaian yang teliti.
Hi doc,ank saya berusia 1tahun5bulan dan lelaki. Dia boleh menyebut baba,bau,itupun bila dia mahu saja.Bila saya ajar dia sebut mama dia tak mahu tapi beberapa bulan lepas dia pandai sebut mama,baba,hi,adis(sakit). Bila panggil nama dia,nya seolah tak dengar tapi nya senyum diam2,kalau rancangan cartoon diminat dari jauh nya dapat dengar dan berlari untuk menonton rancangan itu tapi bila dipanggil nama nya ignore jak…nya mudah ketawa dan nangis kalau suka atau tidak rancangan tersebut. Adakah itu normal doc sebab dia belum menunjukkan minat hendak bercakap dan mendengar arahan dari kita tapi gerak geri cartoon nya pandai ikut semua…saya risau sebab dia anak pertama saya dan cousin seusia dengan dia dh boleh menyebut banyak perkataan dan boleh ikut arahan sedangkan lahir pramatang tapi dia belum lagi
Hye..ank sy 3yr+ ..bg sy dia late talker sbb dlm 1 ayt ada Words yg sy fhm n ada yg xfhm. Cth: umi, pocoyo lompat nitani lepa.. 2last words ni mmg dia suka ltk in evry sentence..sounds funny rite..die blh sebut terms in dwibhs even i cuma ajr bm shj..blh mgenal semua huruf but doesnt like singing abc..can pronounce shapes in bm n bi..tp skill mlukis mmg xok..hnya tahu lukis circle.. adakh ini normal…
Pn Heizy,
Perkembangan anak yang lain nampaknya normal.
Sila baca http://www.doktorbudak.com/2013/12/31/pronunciation-difficulties-in-children/untuk maklumat lanjut mengenai masalah pertuturan.
Hai doctor…. anak sy berumur 26 bulan dan masih tidak pandai bercakap, hanya menyebut perkataan y mudah sahaja berulang kali. Tetapi dia dapat megecam dan mengeja ABC & 123 dengan betul, selalu mengeja no flat pada kereta, juga hafal ABC & 123 dengan betul. bunyi dan nama haiwan juga die boleh kenal. Adakah anak sy diketegorikan sebagai ‘late talkers’?…
Pn IEm dinasihatkan untuk membawa anak berjumpa pakar kanak-kanak dan speech therapist seawal yang mungkin.
hi doktor,
Anak saya merupakan anak pramatang yang dilahirkan pada usia 29 minggu.Beliau telah dilahirkan pada akhir bulan December 2008.Anak saya kini mengikuti tahun 1 di sebuah sekolah kebangsaan.Anak saya pernah mengikuti speech therapy di swasta selama setahun.Saya tidak dapat sambung speech therapy lagi disebabkan sesi persekolahannya menggangu waktu speech therapy.Tahap pertuturan beliau sekarang adalah empat tahun.Anak saya ini hanya boleh berbual dalam bahasa inggeris menyebabkan beliau menghadapi masalah komunikasi di sekolah kebangsaan.Dia tidak beberapa memahami arahan dalam bahasa melayu.Menurut Doktor pakar kanak-kanak anak saya boleh belajar di sekolah normal kerana anak saya ini fasih membaca dalam bahasa inggeris(buku lady bird-tahap 5c) dan bahasa melayu.Dia juga boleh membuat operasi tolak ,tambah ,mengenali nombor sehingga 200,menghafal dengan pantas,menyebut kali-kali 2 hingga 4 dan tidak ada masalah lain selain daripada masalah pertuturan.Saya seorang guru di sekolah tamil.Rakan-rakan saya menasihatkan saya agar membawa anak saya bersama saya ke sekolah tamil kerana beliau mempunyai masalah komunikasi.Saya amat risau dan keliru kerana semua subjek di SJKT dalam bahasa tamil(kecuali bm & bi) dan beliau langsung tidak faham bahasa tamil dan ia merupakan bahasa baru untuknya.Saya memerlukan nasihat doktor dalam masalah ini.terima kasih.
Pn Valli,
Disebabkan anak mempunyai masalah kelambatan bahasa kerana dilahirkan pramatang, anak memerlukan masa untuk mempelajari bahasa baru, terutamanya jika BM tidak pernah/kurang diperkenalkan kepada anak sebelum memasuki Darjah 1.
Beri anak puan masa untuk menguasai bahasa kedua (BM). Sekiranya beliau tiada masalah lain selain dari masalah komunikasi, beliau layak kekal di aliran perdana. BM menggunakan sistem abjad yang sama dengan BI dan lebih mudah dipelajari oleh anak yang lebih mahir dalam BI jika dibandingkan dengan pembelajaran Bahasa Tamil buat masa kini.
Puan boleh cuba menggunakan kedua-dua BI dan BM dalam komunikasi harian untuk membantu anak lebih memahami BM. Tetapi ini tidak bermaksud puan langsung tidak boleh menggunakan bahasa Tamil dengan anak.
Untuk maklumat lanjut dalam penggunaan dua atau lebih bahasa, sila baca artikel
http://www.doktorbudak.com/2014/09/15/should-my-child-learn-multiple-languages/
Hai..
khusyuk saya baca komen dari ibu2 yang kerisauan.. saya pon nk ambil peluang ingin bertanya.. anak saya lelaki 1 tahun 11 bulan masih xpandai cakap.. dia cuma pandai cakap ‘nyiau’ (meow) bila nmpak kucing dan ‘mam’ bila saya ajak makan.. saya selalu ajak die sebut one,two,three tapi die cuma dengar dan sebut yang three sahaja tapi dengan sebutan die.. masalah pergaulan so far ok.. die memang suka berkawan.. tapi bile saya panggil name die pulak die suka buat x tahu.. atau buat-buat x dengar pon sy kurang pasti.. bila saya cakap atau suruh buat sesuatu contoh ‘bukak kasut’ kadang die ikut. Kadang2 die cume buat x tahu.. adakah keadaan anak saya membimbangkan dan apa yg patut saya buat?
Sekiranya anak mempunyai kesukaran untuk mempelajari pertuturan selepas umur 18 bulan, adalah dinasihatkan supaya puan membawa anak berjumpa pakar pediatrik dan speech therapist.
Hai.ank saya 1y6m.still tak boleh cakap lagi.ust boleh sebut mama papa..mulut dia selalu membebel,tapi dalam bahasa baby yg kita xfaham ‘baby talk’.kalau kita ajar dia sebut sesuatu dia hanya senyum sahaja.bila jumpa paed,dia kata normal.tapi saya risau takut dia tak nak bercakap.
Sekiranya anak mempunyai kesukaran untuk mempelajari pertuturan selepas umur 18 bulan, adalah dinasihatkan supaya puan membawa anak berjumpa pakar pediatrik dan speech therapist.
Anak lelaki saya berusia 19 Bulan.. Masalahnya dia belum dapat bercakap sebarang perkataan cuma bahasa baby sahaja. Apabila dipanggil dia buat tak tahu seolah-olah dia tak dengar. Dia suka bermain sendiri dan suka menonton TV (Bahasa Inglish). Namun bahasa yang saya pakai untuk berkomunikasi dengan anak saya adalah BM.
Pn MJ,
Sekiranya anak masih belumg mempunyai sebarang perkataan dan mempunyai kesukaran untuk mempelajari pertuturan selepas umur 18 bulan, adalah dinasihatkan supaya puan membawa anak berjumpa pakar pediatrik.
Thank you ms yong and dr harlina. Really appreciate your reply. I will monitor his development closely. Apart from all the above, he also shakes his head without any reason. All these are the things that worries me and lead toy question earlier. He understands instruction but cannot tolerate loud sounds like blender machine. He will cry. Is this normal too at his age?
Pn Nurul,
It is still normal for a young child such as your son to be startled by loud sounds. To diagnose autism, we need to look into different aspects together ie social interaction, social communication and restrictive/repetitive behaviour. Hpwever, if you are still concern about your child, you cen bring your child to see a paediatrician for evaluation.
Anak buah saya dah 2 tahun lebih. Terapi bertutur dimulakan seawal 2 tahun sebab dia berisiko lewat cakap. So far… ada progress. Masih pelat-pelat. Target diperingkat awal adalah untuk tambah vocabs. Saya kongsikan sedikit pengalaman terapi bersama anak buah. http://firstdominan.com/sesi-speech-therapy-aufa/.
Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu sekalian.
Terima kasih atas perkongsian anda. Semoga ibu bapa lain memahami pentingya mendapatkan rawatan awal seperti anak buah anda, sekiranya anak mempunyai risiko kelambatan bahasa.
Dr, saya mempunyai seorg anak lelaki berusia 17 bulan… Kosa kata dia lebih kurang 52 words, tapi pelat, kekadang sebutan dia betul sometimes x betul… Contoh: atok kekadang dia sebut atak or adak, duduk kekadang dia sebut dodok or dadak. Tapi kalau words dlm bahasa Inggeris lebih mudah untuknya menyebut berbanding Bahasa Melayu. Hairan. Tapi bahasa seharian saya bercakap dlm Bahasa Melayu walaupun bukan bahasa baku. Saya teringin nak mengajar kedua bahasa tersebut kepada anak saya. Apa tips utk mengajar bilingual? & kira2 usia berapakah anak mula menyebut perkataan secara clear? Perlukah drilling?
Pn Natacia,
Pertuturan kanak-kanak hanya akan menjadi jelas antara umur 3-4 tahun. Maka anak puan adalah normal jika masih pelat kerana dia sedang belajar menyebut bunyi. Bahasa Inggeris mungkin mudah untuk anak sekarang kerana BI mempunyai lebih banyak perkataan satu suku kata berbanding Bahasa Malaysia. Cth: car vs kereta, eat vs makan, shoe vs kasut.
Sila baca http://www.doktorbudak.com/2013/12/31/pronunciation-difficulties-in-children/
untuk maklumat lanjut.
Puan boleh mengajar anak bahasa lain. Gunakan bahasa lain sebagaimana puan guna bila bercakap dengan orang lain supaya anak boleh belajar berinteraksi dengan natural.
Sola baca http://www.doktorbudak.com/2014/09/15/should-my-child-learn-multiple-languages/
untuk maklumat lanjut.
Anak sy lelaki.sulung & belum ada adik
Pn Sydia,
Bagus tindakan puan membawa anak berjumpa dengan speech therapist. Anak memerlukan masa untuk belajar bahasa, terutamanya anak telah menunjukkan tanda-tanda speech delay. Cuba puan berbincang dengan speech therapist anak untuk mengetahui tahap bahasa anak terkini dan cara untuk membantu anak menambahkan kosa kata supaya dia boleh membuat ayat.
Semoga berjaya!
Anak sy 3y9m..hafal & kenal huruf.blh mengeja & mengira.menyanyi pun pandai tp perkataan kurang difahami.kalau dia nyanyi sy blh tahu lagu apa yg dia nyanyi..tp x pandai nk buat ayat..dh bwa g jmpa speech teraphy.skrg ni dlm proses terapi.ada sedikit perkembangan contohnya nk minta sesuatu dia sebut nama benda tu…tp still x pandai bt ayat…risau gak.thn dpn masuk tadika..
Hi doctor. My son is 13 months old. Flaps his arm most of the time especially when he is happy, angry and excited. He started doing that since 7 months old. Started walking at 11 months but not able to talk yet. Babbling ma baba mamam. But he sometimes respond to us when we call his name and if he is busy with toys or tv, he wont respond. Not focused if we are teaching ‘hand leg mouth’ etc.Love other children and always wants to mix. Love cuddling. Is he showing any early signs of autism? What should I do as the next step.
Looks like your son is having normal developmental milestones appropriate to his age. What about eye contact, communications and reactions to others? Flapping can be normal at that age. From what you wrote – he sounds like a normal toddler. It is very difficult to diagnose Autism in children below the age of two.
In terms of speech and interaction, your child appears to be developing normally. It is too soon to say that your child has speech difficulties at 13 months old.
The best thing to do now is to monitor your child’s development. If his development appears to be stagnant or very much delayed as compared to peers after the age of 1 1/2 years old, you should bring your child to see a paediatrician.
Answered together with Dr Harlina (Child Psychiatrist)
Anak saya berusia 14 bulan ( 1 tahun 2 bulan ), seorang lelaki, xbercakap, babbling agak jarang..
Ada eye contact, facial expression yg bagus bila kita senyum serta panggil dia menoleh senyum kembali, suka bermain dengan anak2 orang di taman, bila main dengab toys dia suka main bersama2, agak pandai kendali toys bila diajar, makan tiada masalah, sedang cuba2 nak berjalan, suka buku
Tapi sebagai bayi dia agak senyap, sebab babbling sekali sekala, bila kita ajar bercakap dia tidak immitate kata2 kita, diam & senyum aje.. untuk pengetahuan pada usia 12 bulan dia agak pandai panggil mama, papa, baba, dada, tata.. entah apa silapnya menjejaki usia 13 bukan dia tak lagi menyebut semua perkataan tu.. saya cuba juga compare kan dgn list autism, tapi anak saya suka dipeluk, dicium, berekspresi, pandai bermain, suka orang ramai, kalau ke restaurant suka menjerit ahh ahh ahh menarik perhatian org.. anak sy juga bukan seorang yg suka menyusun object, bukan juga membuat perbuatan berulang, dia buat semua perkara macam biasa..
Apakah anak saya normal? Apa perlu saya buat? Dia enggan lagi bercakap seperti dulu, cuma babbling sesekali.
Pn Zisma,
Adalah amat baik puan memberikan pemerhatian kepada perkembangan anak. Puan boleh cuba memberi masa kepada anak untuk mempelajari bahasa. Teruskan bercakap dengan anak dan juga bermain babbling dengan anak.
Sekiranya anak tidak mempunyai sebarang pertambahan perkataan sehingga mencapai usia satu tahun 6 bulan ke atas, anak perlu diperiksa doktor pakar kanak-kanak dan speech therapist pada masa itu.
Anak perempuan saya 1 tahun 9 bulan tapi masih belum boleh bercakap cuma bercakap bahasa yg tak difahami puas saya ajar.Dia memahami arahan dan suka bersosial. Bagaimana caranya saya nak mengajarnya doktor?
Sila bawa anak berjumpa speech therapist untuk mendapatkan penilaian yang teliti. Selepas penilaian, speech therapist tersebut boleh memberikan cadangan untuk mengajar anak.
Salam doc,
Anak berusia 1 tahun 1 bulan.. seorang yg mesra, ramah, pandai interact, suka menonton tv, pandai bermain permainan, menoleh jika dipanggil, suka berkawan, suka orang, suka ketawa, suka bergurau, ada eye contact yg sgt baik, tapi bila teruja apabila menonton tv suka hand flapping.. anak saya tidak sensitive pada cahaya (tiada masalah pergi shopping mall dia sukakannya, tidak sensitive pada bunyi (tidak pernah menutup telinga jika bising, erti kata lain tak takut kepada buhyi).. hampir pandai jalan.. cuma suka hand flapping sambil senyum jika ada tv program menarik, atau sesuatu yg mengujakan.. adakah anak saya normal?
Pn Soraya,
Mengikut apa yang puan laporkan, anak tidak menunjukkan masalah dalam perkembangan.
Oh terlupa, usia anak baru setahun sebulan, dia agak malas nak bercakap, pandai sebut baba, tapi tak selalu sebut, sebut bila ada mood saje, kalau sengaja suruh untuk sebut dia tak mau.. sebut mama cuma ketika menangis aje, lain waktu jika suruh dia tak mau.. ada hand flapping jika ada sesuatu yg mengujakan atau cartoon yg best.. lain2 dpd itu seperti yg dinyatakan diatas
Pn Soraya,
Anak baru berusia 1 tahun sebulan dan pada tahap ini, anak tidak menunjukkan masalah dalam pembelajaran bahasa lagi. Kanak-kanak pada usia ini masih belajar untuk menghasilkan bunyi untuk menyebut perkataan dan tidak semestinya dapat mengikut sebut setiap perkataan yang diajar. Tetapi pentingya puan terus bagi anak dengar pelbagai perkataan dan apabila anak dah bersedia, dia akan menyebut perkataan-perkataan tersebut.
Sekiranya anak tidak mempunyai sebarang pertambahan perkataan sehingga mencapai usia satu tahun 6 bulan ke atas, anak mungkin perlu pemeriksaan doktor pakar kanak-kanak pada masa itu.
Hye doc. Sy ada anak lelaki berusia setahun lapan bulan, buat masa ni die hanya bole menyebut baba, kakak, mama & dah sahaja. Dia masih lagi bercakap bahasa bayi. Adakah ini normal?
Pn Sara,
Ini terpulang kepada umur perkataan pertama anak. Sekiranya anak mula menggunakan perkataan bermakna selepas 1 tahun 6 bulan, ini masih dikira perkembangan yang sesuai. Sekiranya anak mula bercakap pada umur 1 tahun, tahap perolehan perkataan baru dikira dalam kadar yang perlahan. Puan boleh memberi masa dan memerhatikan perkembangan anak buat masa sekarang. Sekiranya anak sukar untuk bertambah perkataan (kurang daripada 20 perkataan), puan digalakkan untuk berjumpa dengan speech therapist. Kanak-kanak biasanya akan mempunyai pertambahan perkataan baru setiap minggu.
Hai doc ,anak sy 2 tahun 8 bulan..masih belum pndai brcakap,bila d ajar brckp dgn prkataan yg mudah seperti “mama” “papa” ,mngira 123..pun masih belum pndai..bila d ajak brcakap,dia seolah2 tak nak brckp..malah hanya diam.ank sy lelaki n merupakn ank pertama kami.risau dgn dia msih blum pndai brckp..sekurang2nya nak dgr dia sebut satu perkataan tp kecwa gak.apa yg perlu sy lakukan?perlukah sy htr ank sy jumpa pakar?ank sy takut nak brgaul dgn org,kalau mkn dia masih tak dpt guna tgn sendiri,sy yg suapkn dia mkn..malah dia masih tak dpt kunyah mknan sendiri..kami trpksa hancurkn mknan lumat2 utk dia mkn sebab dia tak reti nak gigit mknan.pernah bagi dia pegang biskut or coklat utk dia mkn sendiri,tp dia geleng kepala tanda tak nak pegang.
Puan Ziiyla,
Anak puan menunjukkan tanda-tanda kesukaran dalam pembelajaran bahasa dan pemakanan. Sila bawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak dan speech therapist secepat mungkin. Pakar kanak-kanak boleh membantu mengesan masalah perkembangan yang mungkin dihadapi anak manakala speech therapist boleh membuat penilaian masalah pertuturan dan pemakanan.
Diharap puan boleh mengambil tindakan segera.
*notification email*
Ada recommendation for mana mana speech therapist tak?
Pn Intan,
Saya minta maaf kerana Doktorbudak tidak akan recommend mana-mana speech therapist. Puan boleh berjumpa speech therapist di mana-mana hospital besar, sebahagian hospital swasta atau private centres.
Anak saya 4 tahun.. tapi belum mampu berbual.. menyebut ..minum air..makan nasi.. mama papa.. menyanyi.. mudah mengingat bila diajar…
Tpi dri segi perbualan sgt kurang dan x di fahami…
Sebutan bila di suruh sgt lancar…apa perlu saya buat.. tahun depan masuk tadika.
puan cornelia…same kes dgn anak sy.bulan depan genap 4 tahun.tp xpandai berbual.bile tanye dia paham n boleh jwb walaupun kdg2 tanye lain jawabnye lain.tp bile ajak berbual tak boleh karang ayat panjang.a bit talkative juga in his way. dh masuk tadika pun.risau juge kalau ikut perkembangan tu mcam lambat je
Pn Sha , sila baca artikel ini untuk mendapatkan maklumat lanjut
http://www.doktorbudak.com/2014/10/10/when-should-i-seek-speech-therapy-for-my-child/
Sekiranya risaukan, lebih baik bawakan anak berjumpa dengan speech therapist.
Pn Cornelia dinasihakkan untuk membawa anak berjumpa doktor pediatrik dan speech therapist untuk penilaian yang teliti.
Very nice article..anak saya umur 3 tahun..nak kata late talkers tak juga tapi pelat..but tgk pergaulan dia semua takda masalah..so I guess he’s completely alright 🙂
Nway nice entry
http://Www.adaa-inspiration.com
Pn Adaa,
Thank you for your support! =)
Hai,
Ank lelaki saya berusia 3thn 8bln…masa baby ada bcakap..abah..abah…masa umur 2thn lebih ada ckp yeay gol,ball,no,nak,nah,jom tarik tgn kita ajak pegi jln…nyannyi lagu sudirman..balik kg.,(alik ampung ati iyang..)balik kg hati girang…nk coco..nk coco… nk susu…nk susu…smbil nangis..icki maus(mickey mouse) tp dia ckp bila dia rasa nk je
…tk pndai bcerita lg…crita pon dlm bahasa dia yg kita tk faham…dulu minat sgt robot..skrg saya sorok..dan dia makin happy..sy lebihkn xtvt bsama kluarga..ke tman..playground..dia suka ke sekolah kakak dia..kwn dgn sesiapa saja..suka xtvt berkumpulan..
Dia sllu demam sbb tonsil…lps baik dmam…ulang2..skrg dh kurang dmam..tp kdang2 ckp sambil pegang tekak…1st appintmet hospital selayang 25 hb ni..
hai ila,
anak lelaki saya pun lambat bercakap.. masih belum boleh bertutur/bercakap dengan betul… setakat ni perkembangan pertuturan dia boleh dikatakan ada improvement, cumanya lebih kepada pelat dia, humming, lagi2 bila dia nyanyi ikut nasyid kat ch oasis, astro tu… pada mulanya, saya risau jugak dia senyap dan tak banyak cakap… bila diajar macam mana nak sebut sesuatu word tu, dia boleh pulak senyum2 then tengok tempat lain.. macam x concentrate dan main2… tapi bila teringatkan balik kepada anak lelaki sulung saya dulu masa umurnya 3 tahun, dia pun kurang bercakap sebabnya setiap kali balik dari taska saya pasti akan bertanya dia makan apa, buat apa, main dgn siapa, teacher ajar apa, dia boleh senyap jer, cam wat dunno jer kita tanya dia… masa tu saya sabarkan ajer… walaupun macam tu, alhamdulillah dia boleh juga bercakap tanpa pelat macam anak orang lain and non-stop talking… hahaha…
Saya mempunyai masalah yg sama seperti puan cornelia.. anak masih belum berbual. Dia baru mula bercakap dalam bahasa yg saya x faham. Sebutan jelas untuk satu perkataan dan belum pandai membina ayat. Boleh suggestkan Speech Therapy
Pn Liza,
Saya tidak mempunyai maklumat yang lengkap tentang anak untuk komen sama ada perkembangannya merisaukan atau tidak. Saya tidak boleh membandingkan anak dengan abangnya kerana tiada dua orang kanak-kanak yang sama. Sekiranya, puan ingin mendapatkan maklumat lanjut, mungkin puan boleh membawa anak untuk berjumpa dengan speech therapist supaya case history dan penilaian bahasa dapat dijalankan untuk menentukan tahap perkembangan anak.
anak saye berusia 26 bulan
“Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2-patah yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.”
dia juz boleh cakap “bye” “apa?” “meh” “cantik?” itu adalah cara2 dia berhubung hanya menggunakan sepatah perkataan bukan 2 patah. walaubagaimanapun dia boleh memanggil kami ahli kluarganya dengan sebutan panggilan yang jelas contoh: ibu, ayah, akak, abang, nenek. kalau dia bertengkar dengan abangnya dia boleh jelas menyebut “sakitlah” sesekali “oooo sakit”. Untuk pengetahuan abangnya yang ke2 adalah lambat bercakap umur 3 tahun baru jelas perkataannya. Tetapi perkembangannya sangat bagus. Dan kini dia adalah pelajar terbaik di sekolah rendahnya dan 2 subjek BM semasa peperiksaan UPSR mendapat A. Berbeza dengan abang ke3 dan kakak yang sulong boleh bertutur semasa umur setahun lagi.
Adakah perkembangan anak saya dikategorikan sebagai membimbangkan?
Hi ms yong,
Boleh doc cadangkan therapist.kalau boleh hosp mampu byr spt hukm atau pn gov hosp.
Semua hospital besar kerajaan ada ‘speech therapist’. Sebaiknya pergi yang berdekatan dengan rumah kerana ini lebih mudah memandangkan mungkin ada temujanji berulang kali.
Hi Ms Yong,
Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai ‘autisme’. Bagaimana doktor mengesahkan seseorang anak itu mengidap autisme. Anak lelaki saya berusia 3tahun sehingga kini belum lagi tahu bercakap. Ciri-ciri autisme yang ada pada dia seperti tiada ‘eye-contact’ bila kita bercakap, tidak mengendahkan sekiranya dipanggil nama, kadang-kadang menoleh tapi selalunya tidak. Suka bermain sendirian dengan benda-benda yang bukan alat permainan kanak-kanak. Kadang-kadang menangis atau ketawa tiba-tiba. Tidak suka bunyi yang besar contohnya orang teriak dan banyak lagi. Saya bercadang untuk membawa dia ke child specialist. Sebelum itu saya ingin tahu apakah ujian yang doktor akan buat untuk mengesahkan dia mengidap autisme selain ciri-ciri yang dapat kita lihat. Untuk pengetahuan doktor dia dilahirkan pramatang iaitu 35 minggu.
Pn Juane boleh merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Dr Soong Eileen untuk mendapatkan maklumat lanjut.
http://doktorbudak.com/2013/07/25/my-child-has-speech-delay-is-he-autistic/
[…] is a late talkers? I guess it’s too early to assume that he is, because as what i read from Doctor Budak, i found points late talkers adalah kanak2 yg berumur antara 18-30 bulan and kebanyakan nya adalah […]
Anak lelaki saya umur 2 tahun dan dia sepatah ayat pn tak keluar lagi. Bila saya arah dia buang pampers dia tau pulak bawa pampers g tong sampah, bila nak g jalan2, saya suruh dia duduk pakai kasut, dia boleh duduk bw kasut tunggu saya pakaikan. Tapi dia sepatah ayat pn tak pernah cakap, saya risau sgt2.
Saya di rumah cakap bahasa mandarin dengan anak2 saya, bila anak2 di taska ataupn dengan bapa adalah cakap bahasa melayu. Dulu anak sulung perempuan saya pn dekat 2 tahun baru dia bercakap.
Apa saya perlu buat sekarang? ataupun saya kena berubah bercakap bahasa melayu sama2?
Pn Aishah,
Sekiranya anak tidak mengikut perkembangan bahasa dan pertuturan, adalah disyorkan untuk membawa anak berjumpa dengan doktor pediatrik dan speech therapist. Sukar untuk membandingkan anak ini dengan kakak dia kerana setiap kanak-kanak adalah berbeza. Pn Aishah boleh teruskan guna bahasa yang biasa digunakan dengan anak, sama ada Mandarin atau BM atau kedua-dia sekali. Mungkin pada masa akan datang, saya akan tuliskan artikel berkenaan penggunaan dia atau lebih bahasa di rumah.
Sorry, ralat dalam ejaan.
*kedua-dua bahasa
*dua atau lebih bahasa