[Q&A] Suntikan MMR ketika mengambil antibiotik dan selepas dix-ray

Question: Bolehkah anak sy yg berusia setahun 1 bulan mengambil suntikan mmr sedangkan dia sedang mengambil antibiotik dan baru di sahaja di x-ray bbrp hari yg lalu. Bolehkah sy melewatkan suntikan mmr anak sy sebelum umurnya 18 bulan. (Fara Maya)

Answer: X Ray tidak menggangu apa-apa. Suntikan vaksin tidak patut diberi semasa ada demam. Selsema sedikit tidak perlu risau, dan antibiotik tidak dikenalpasti sebagai sebab untuk tidak diberi vaksin. Namun, sekiranya anak belum pulih daripada penyakit yang menyebabkan anak perlu antibiotik, maka lebih baik tunda. Suntikan harus diberikan pada umur 12 bulan. Boleh lewat sedikit. Sila baca artikel ini : https://www.doktorbudak.com/2013/08/29/399/


Posted

in

by

Tags: