Q: Salam..anak lelaki saya berusia setahun 7 bulan dan belum pernah divaksin kecuali BCG dan Hep B selepas dilahirkan. Adakah telah terlambat utk saya mengambil semula vaksin2 tersebut? atau boleh Dr senaraikan vaksin yang sepatutnya di ambil dan boleh diambil di usia 1thn 7bln. ( Amin )
A: Hello En Amin. Kes kelewatan memberi imunisasi atau belum dberi imunisasi lazim dijumpai oleh doktor / jururawat yang memberi rawatan kepada kanak-kanak.
Imunisasi adalah penting untuk kanak-kanak, terutamanya bayi untuk melindungi mereka daripada penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya. Ada sebahagian kanak-kanak yang tidak diberi imunisasi / vaksin di atas sebab-sebab seperti mempunyai salah faham atau kebimbangan tentang kesan sampingan serta komplikasi; kurang pengetahuan tentang jadual imunisasi; ataupun disebabkan kesibukan kerja harian.
Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia (yang dipetik dari Kementerian Kesihatan Malaysia)
BCG: Bacille Calmette-Guerin; Hep B: Hepatitis B; DTaP: Diphtheria, Tetanus, acellular Pertussis; Hib: Haemophilus influenza type b; IPV: Inactivated Polio Vaccine; DT: Diphtheria, Tetanus; T: Tetanus; MMR: Measles, Mumps, Rubella; JE: Japanese Encephalitis; HPV: Human Papilloma Virus; B: booster
Terdapat juga vaksin yang lain yang tidak disenaraikan dalam jadual imunisasi Malaysia, seperti vaksin-vaksin untuk melindungi daripada jangkitan Pneumococcal, Rotavirus, Varicella zoster (chicken pox), Influenza. Sila bincang dengan doktor yang rawat anak anda sekiranya berminat untuk mendapatkannya.
Soalan: adakah telah terlambat utk saya mengambil semula vaksin2 tersebut?
Kebanyakan imunisasi tidak perlu diulangkan dari permulaan, walaupun tempoh antara dos imunisasi telah lama ditundakan. Kanak-kanak hanya perlu sambung imunisasi yang belum diterima. Jadual immunisasi untuk golongan kanak-kanak yang immunisasi ditundakan agak merumitkan. Oleh itu sila bincangkan imunisasi dengan doktor anak anda jika ada sebarang kemusykilan.
Soalan: bolehkah Dr senaraikan vaksin yang sepatutnya diambil dan boleh diambil di usia 1thn 7bln?
Jadual untuk ‘menyusul’ (catch up) imunisasi
* Peraturan-peraturan imunisasi yang lain:
- Bayi yang berumur kurang daripada 6 minggu, imunisasi akan diberi mengikuti Jadual Imunisasi Kebangsaan
- Vaksin Measles hanya diberi selepas umur 9 bulan (kecuali diberi semasa 6 bulan di Sabah)
- Kesemua imunisasi boleh diberi serentak, tetapi pada berlainan anggota badan
Jadi balik kepada soalan anda mengenai anak anda yang berumur 1 tahun 7 bulan yang hanya menerima imunisasi BCG dan Hep B semasa kelahirannya:
Anak anda tidak perlu menerima suntikan semula untuk BCG & Hep B dos 1
* Hep B dos 3 sebenarnya boleh diberi 4 minggu selepas lawatan ke-3, tetapi untuk kesenangan anda, ia boleh diberi pada lawatan ke-4
Imunisasi adalah selamat, dan jarang berlakunya komplikasi. Kesan sampingan yang biasanya berlaku adalah kesan di tempat pemberian suntikan, iaitu bengkak dan kemerahan; serta demam yang sederhana. Kesan sampingan yang disebut boleh dirawat dengan ubat paracetamol (ubat demam / tahan sakit). Sekiranya anda masih mempunyai kebimbangan tentang imunisasi, sila bincang dengan doktor yang biasa merawati anak anda.
Harap saya telah membantu.
(answered by Dr Yap Hsiao Ling )
See also : Immunise4life – Immunisasi sepanjang hayat
Comments
114 responses to “Adakah sudah terlambat ambil vaksin ?”
Dr anak saya berumur 8 thn.adakah masih sesuai untuk anak saya mengambil vaksin pneumococcal.dan ada tak vaksin meningitis untuk kanak2…
Hi Farhana.
Vaksin pneumokokal (Pneumococcal Conjugate Vaccine) disyorkan untuk kanak-kanak berumur 2 bulan sehingga 5 tahun, serta golongan warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas.
Terdapat satu jenis vaksin pneumococcal (Pneumococcal Polysaccharide Vaccine). Vaksin ini hanya diperlukan oleh pesakit yang berisiko tinggi sahaja. Pesakit golongan berisiko tinggi terdiri daripada mereka yang berpenyakit kronik tertentu atau mereka yang mempunyai diagnosis sistem imun (daya tahan) yang lemah.
Anda perlu bincang dengan doktor anak anda, sekiranya anak anda berada dalam golongan berisiko tinggi.
Vaksin-vaksin yang melindungi kanak-kanak daripada jangkitan meningitis:
1. DTaP-Hib-IPV
2. MMR
3. Pneumococcal
4. JE
5. Meningococcal
2 vaksin yang pertama diberi mengikut jadual imunisasi kebangsaan Malaysia.
Vaksin JE hanya diberi kepada kanak-kanak di negeri Sarawak mengikut jadual imunisasi kebangsaan Malaysia.
Vaksin Pneumokokal boleh didapati dari klinik swasta (kanak-kanak).
Vaksin Meningococcal wajib untuk orang yang bakal melawat Mekah. Vaksin ini juga tersenarai dalam jadual imunisasi negara-negara tertentu di mana kes jangkitannya tinggi.
bila suntikan untuk JE mula digunakan di Sarawak?
Hi Razzy. Program vaksin JE telah dimulakan di negeri Sarawak pada tahun 2001. Dos pertama & kedua diberikan pada masing-masing umur 9 bulan dan 10 bulan. Dos tambahan (Booster) diberi pada umur 4 tahun.
Hi doc…
Saya sekarang sudah berumur 29tahun. Dulu semasa remaja saya ade ambil jadual untuk suntikan hepatitis tetapi saya cume ambil suntikan pertama dan kedua sahaja. Adakah ade kesan sampingan? Atau apa yang perlu saya lakukan?
Hi Naim.
Soalan anda tidak jelas. Apabila anda sebut suntikan Hepatitis, adakah anda bermaksud Hepatitis A atau B?
Untuk pengetahuan anda, vaksin Hepatitis B sahaja yang diberi kepada golongan bayi yang terdiri daripada 3 dos yang diberi dari masa lahir sehingga umur 6 bulan.
Anda perlu mendapat kepastian tentang jenis vaksin yang didapati serta jumlah dos yang diperlukan. Saya tidak dapat memberi komen di atas kekurangan informasi dari anda.
Blog Doktorbudak adalah khas untuk menjawab soalan berkenaan dengan masalah kanak-kanak. Sekiranya anda ada pertanyaan mengenai kesihatan anda sendiri, sila bincang dengan doktor anda.
Hi doc..sy ingin bertanya mengenai vaksin ATT,sebagaimana yg kita tahu,kbnykan org faham apabila terkena paku karat perlu ke klinik untuk cucuk kancing gigi..ibu hamil selalunya mmg akan diberikan ATT,soalan sy..berapa lama tempoh utk satu suntikan Att bertahan jika selepas beberapa bulan terpijak paku karat lagi or ada luka trkena bnda tajam..dan umur berapa perlu dicucuk att,adakah umur 3 tahun terpijak paku,perlu juga diberi Att?,,umur 11 tahun?..ada pendapat mengatakan bwh 12 thub tdk perlu..mohon bantuan..tq
Hi Maxliner. Mengikut jadual imunisasi kebangsaan di Malaysia, semua kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia akan menerima 3 dos suntikan DTaP-Hib-IPV dari umur 2-5 bulan serta 1 dos tambahan (Booster) pada umur 18 bulan dan semasa 7 tahun (Darjah 1). 1 dos suntikan “Booster” Tetanus akan diberi pada umur 15 tahun.
Jadi kesimpulannya, seseorang kanak-kanak yang telah menerima semua suntikan sehingga 7 tahun akan mempunyai perlindungan terhadap jangkitan tetanus.
Tambahan pula, suntikan ATT (yang mengandungi Tetanus Toxoid sahaja) hanya selamat diberi kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari 7 tahun dan telah menerima kelima-lima suntikan vaksin kombinasi DTaP.
Soalan tempoh suntikan ATT bertahan:
a)luka yang kotor -> vaksin tetanus perlu diberi jika dos terakhir lebih dari 5 tahun
b)semua jenis luka yang lain-> vaksin tetanus perlu diberi jika dos terakhir lebih dari 10 tahun
Oleh itu, kanak-kanak yang telah menerima kesemua vaksin sehingga umur 7 tahun hanya memerlukan suntikan ATT jika umur 12 tahun dan ke atas (lebih dari 5 tahun dari vaksin yang terakhir) apabila mendapatkan luka yang kotor.
doc, saya nk tahu apakah yg menyebabkan tmpt suntikan pd peha bayi menjadi bengkak dan kebiruan.ank saya berusia 5 bulan.bru lps mdpt suntikan dtap ivp/hib. bayi saya juga asyik menangis
Hi Maryana. Kesan sampingan yang biasanya berlaku adalah kesan di tempat pemberian suntikan, iaitu bengkak dan kemerahan; serta demam yang sederhana. Kadang-kadang bayi boleh menangis selama beberapa jam selepas suntikan. Bengkak di tempat suntikan adalah satu kesan sampingan yang sementara.
Kesan sampingan yang disebut boleh dirawat dengan ubat paracetamol (ubat demam / tahan sakit).
Saya harap kebengkakan di tempat suntikan anak anda telah surut. Sekiranya anda masih mempunyai kebimbangan atau bengkak masih tidak berkurangan, sila bincang dengan doktor yang biasa merawati anak anda untuk pastikan tiada kesan sampingan yang lain.
Hi doc…sya nak tanya..ape perbezaan vaksin dtap.hib dan ipv dengan att?
Hi. Memang vaksin yang berlainan. Setiap vaksin melindungi penerima vaksin daripada kuman yang berlainan. Vaksin DTaP-Hib-IPV mengandungi 5 jenis vaksin dalam satu suntikan, di mana salah satunya adalah Tetanus Toxoid. Vaksin ATT pula hanya mengandungi 1 jenis vaksin sahaja, iaitu Tetanus Toxoid.
Good Afternoon Dr,
My son was diagnosed with Fragile X Syndrome when he was 4. Since then we did not follow thru his immunisation schedule. He is now 9. Even during 7 years old and in school, the KKM visiting the school also did not give him any injection. Please tell me what to do. Should I still get immunisation for him from KKM or private hospitals. He’s not allergic to any medicines but has quiet acute eczema as well.
Hi Aina. You can bring your son to either the government or private clinics for his catch up immunizations. Just remember to bring his immunization records along so that the doctor can plan on the catch up immunizations.
Selamat sejahtera Dr… anak saya sudah berumur 6 bulan minggu ini. Anak saya belum dapat vaksin masa 5 bulan. Nurse di kkia beri satu tarikh hujung bulan ini untuk terima vaksin 5 dan 6 bulan serentak. Bahaya x dr kalau amik serentak.. kata dia, akan suntik sebelah kiri dan kanan.
Hi Emy. Vaksin untuk bulan ke-5 dan ke-6 adalah berlainan. Tiada masalah dari sudut kesihatan untuk diberi serentak pada peha yang berlainan.
salam sejahtera dr. anak saya berumur 5 bln dan sepatutnya mendapat suntikan pada 9 April 2015 akan tetapi dr tidak mahu memberikan suntikan kepada anak sy kerana anak saya mengalami demam panas. sy ingin betanya adakah bahaya jika saya melewat kan tarikh suntikan anak sy dan dlm tempoh berapa lama kah ianya bleh mendatangkan risiko kepada anak saya jika anak saya masih lagi tidak mendapat kan suntikan bagi usia 5 blan..
Hi Puan Mastura. Sekiranya anak anda sudah tiada demam, vaksin yang tertunda boleh disambung sebaik saja demam pulih. Secara am, tiada kesan yang bahaya jika vaksin tersebut ditundakan untuk masa yang singkat.
Salam Sejahtera DR.. Saya ingin bertanya mengenai suntikan/vaksin pneumokokal. Anak saya sekarang berumur 4 tahun 4 bulan dan boleh dikatakan kerap kali demam on/off. Saya pernah merujuk kepada DR pakar kanak-kanak mengenai simptom demam anak saya dan beliau mengatakan ia adalah ‘common case’ kerana anak saya baru melalui alam persekolahan (pra-sekolah) dan terdedah kepada suasana & persekitaran yang berisiko terkena jangkitan kuman. Pada pendapat/nasihat DR adakah disyorkan untuk anak saya menerima suntikan/vaksin pneumokokal?. Terima Kasih
Salam sejahtera En Megat. Kanak-kanak prasekolah memang kerap mendapat jangkitan demam selsema dan batuk. Adalah dijangkakan seseorang yang bersekolah untuk mendapatkan jangkitan demam selsema dan batuk sekerap 3-8 kali dalam setahun. Kebanyakan jangkitan ini tidak serius, di mana ia pulih tanpa rawatan dalam purata tempoh 10 hari. Kebanyakannya, punca jangkitan adalah jangkitan virus.
Vaksin pneumokokal boleh melindungi anak anda daripada komplikasi serius jangkitan pneumokokus, iaitu pneumonia (jangkitan peparu), meningitis (jangkitan selaput otak), dan septisemia (jangkitan bakteria dalam darah).
Walaupun Vaksin pneumokokal tidak akan mengurangkan kekerapan jangkitan akibat kuman virus atau bakteria yang lain; ia masih disyorkan untuk anak anda supaya dia dapat dilindungi daripada komplikasi jangkitan pneumokokus
Hi Noor, tiada masalah untuk anak Puan menerima vaksin pneumokokal. Dos pertama vaksin pneumokokal boleh diberi sehingga kanak-kanak berumur sebelum 5 tahun.
Manakala vaksin Rotavirus pula tidak sesuai untuk diberi kepada anak puan sebab dos pertama vaksin rotavirus seharusnya diberi kepada bayi yang kurang dari umur 15 minggu. Ketetapan umur maksima suntikan vaksin Rotavirus telah ditetapkan selepas kajian. Jadi, tiada maklumat yang cukup untuk menjamin keselamatan sekiranya vaksin ini diberi kepada bayi yang berumur lebih dari 15 minggu.
Seboleh-bolehnya, semua vaksin yang diperlukan diberi pada masa yang sama. Contohnya, anak anda perlu vaksin-vaksin Hep B & Measles, dan puan berniat untuk memberinya vaksin pneumokokal; semuanya diberi serentak pada hari yang sama. Tujuan diberi vaksin berlainan serentak adalah untuk menjamin kejayaan sistem imun kanak-kanak terhadap kesemua vaksin.
Hi Doc,
Anak saya berusia 6 bulan pada 19-3-2015 tetapi vaksin utk bayi usia 6 bulan hanya akan diberikan pada 5-4-2015 (lewat 2 minggu).
Soalan saya, bolehkah anak saya diberikan vaksin Pneumococcal & Rotavirus pada 23-3-2015 (minggu depan) daripada klinik Swasta kerana pada 5-4-2015 pula suntikan untuk bayi 6 bulan (Hep. B (dos 3) & Measle) drpd Kliniki Kerajaan.
Bolehkah bayi berusia 6 bulan lebih hari diberi PENUMOCOCCAL dan ROTAVIRUS.
Saya telah pergi ke hospital swasta tapi dinasihatkan tidak diberikan kerana katanya sudah lewat. Katanya sepatutnya bayi diberi vaksin Penumococcal dan Rotavirus pada usia 5, 6 & 7 bulan. Bayi saya sudah 6 bulan jadi katanya sudah tak boleh bagi vaksin tersebut.
Tetapi bila saya pergi ke klinik swasta doc di situ pula menyatakan boleh diberi kedua2 vaksin tersebut. Jadi saya surf web dan jumpa link doctorbudak untuk mendapat nasihat.
Saya benar2 harap nasihat dari doc. Thank you in advance.
hi doc,
anak saya sekarang 6 bulan. Dia terlepas vaccination 5 bulan kerana tidak sihat lama. Jadi bolehkah saya ambil vaccination untuk 5 bulan sekarang semasa dia 6 bulan then ambil vaccination untuk 6 bulan next month semasa dia 7 bulan ATAU adalah lebih baik saya combinekan sahaja vaccination 5+6 bulan bersama pada bulan ini di hosp swasta? saya risau seandainya dicombine ubatnya terlalu kuat utk anak & mungkin ada reaksi sebab saya dimaklumkan vacs 5 bulan selalunya baby akan demam. Tapi jika tak combine, schedule vacs pulak lari. pls advice. tq
Hi Jasmine,
Tiada masalah untuk memberi kedua-dua vaksin pada lawatan klinik yang sama. Kesan sampingan yang biasa dijumpai iaitu demam boleh berlaku semasa mana-mana vaksin.
Hi doc.. anak sy baru di diagnose mghidapi atypical pneumonia.. boleh kah sy mgmbil sntikan pneumoccocal slps dia bnr2 sembuh.. dptkn vaksin tsbut membantu megurangkn risiko pneumonia pd ms akan dtg. tq doc.
Hi Farra, vaksin pneumococcal akan melindungi terhadap jangkitan akibat kuman bakteria pneumokokus. Kuman ini merupakan salah satu penyebab jangkitan peparu, iaitu pneumonia.
Terdapat pelbagai jenis kuman bakteria dan virus yang lain yang boleh menyebabkan jangkitan peparu. Ada yang boleh dilindungi oleh vaksin lain yang terdapat dalam jadual imunisasi kebangsaan, seperti Diphteria, Pertussis (batuk kokol), Haemophilus influenzae Type B, campak, rubella, mumps.
Jadi adalah digalakkan untuk me dapat imunisasi pneumokokal.
hi doc,
saya ada masalah, anak saya 1tahun 4bulan hanya ambil vaksin sehingga umur 2bulan…kerana masalah yg tertentu…pernah cuba ke klinik kerajaan tetapi dimaki kerana melambatkan vaksin & tlalu byk protocol perlu saya lalui…saya jdi takut hendak keklinik kerajaan lagi..boleh ke saya ambil vaksin semula diklinik swasta?
Hi Juliana, semua vaksin dalam jadual imunisasi kebangsaan boleh didapati di klinik kerajaan dan klinik kanak-kanak swasta. Saya rasa sedih apabila dengar pengalaman puan semasa di klinik. Sekiranya, puan tidak keberatan untuk memberi maklumat yang lebih tentang masalah semasa di klinik tersebut, puan boleh e-mel kepada saya di [email protected]
hi doc…
anak sy semase umur 11bulan pernah kena sawan(high fever)now anak saye 15bulan..pernah didiagnosis menigitis..air tulang belakang diambil dan result is clear
soalan saye adakah anak saya boleh diberikan vaksin pneumokokal?
Hi Syuhada, vaksin pneumokokal adalah untuk melindungi jangkitan akibat bakteria pneumokokal, yang merupakan salah satu penyebab meningitis.
Penyakit meningitis, iaitu jangkitan selaput otak, boleh disebabkan oleh pelbagai jenis kuman bakteria dan virus yang lain. Pneumokokus meningitis adalah salah satu jenis kuman yang boleh membawa komplikasi yang serius malah kadang-kadang meragut nyawa.
Buat masa sekarang, terdapat beberapa vaksin yang dapat melindungi daripada jangkitan kuman penyebab meningitis, antaranya adalah vaksin pneumokokal, HiB dan measles (campak).
Jadi, balik kepada persoalan puan, anak anda boleh menerima vaksin pneumokokal walaupun dia pernah menerima rawatan untuk meningitis kerana keputusan ujian dari air tulang belakang (cerebrospinal fluid – CSF)adalah negative untuk jangkitan pneumokokal.
Hello Doc Yap,anak perempuan saya sudah mengambil suntikan yang dos ke-1 dan dos ke-2( tetapi semua not on schedule ada delay). Hari ini, saya nak bawa anak saya untuk suntikan dos ke-3 tetapi klinik doktor memberitahu bahawa ubat imunisasi Infanrix Hexa sudah tiada stok dan tak tahu bila ada stok. Adakah ia sesuai saya menukar ubat imunisasi untuk dos ke-3 kepada hexaxim ????.
Adakah ia akan bawa apa-apa kesan sampingan???.
Hi Tee, adalah digalakkan menggunakan produk vaksin yang sama untuk imunisasi tiga dos pertama (primary immunization). Oleh itu, samada tunggu untuk mendapatkan stok baru dari klinik yang sama, atau pun minta doktor klinik untuk mencari gantian dari rakan doktornya.
Hi doc, anak sy skrg berumur setahun tujuh bulan.. kerap demam panas, batuk & selesema. sgt susah utk makan antibiotik yg diberi doc. Pada umur skrg adakah pengambilan vaksin pneumokokal dpt membantu mgurangkn jgkitan urti & demam yg berulang. tq.
Hi Farra, kebanyakan jangkitan kanak-kanak batuk & selsema adalah daripada jangiktan kuman virus. Antibiotik hanya berkesan untuk jangkitan yang merupakan jangkitan bakteria, ia langsung tidak berkesan pada jangkitan virus.
Vaksin pneumokokal adalah untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan bakteria pneumokokal. Bakteria pneumokokal biasanya menyebabkan jangkitan serius seperti jangkitan paru paru (pneumonia), jangkitan telinga, jangkitan selaput otak(meningitis), dan jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia). Jangkitan pneumokokal adalah sangat serius yang boleh menyebabkan banyak komplikase kesihatan, malah meragut nyawa pesakit.
Walaupun vaksin pneumokokal tidak akan melindungi anak anda dari jangkitan virus atau bakteria yang lain, fungsi utama adalah untuk melindungi daripada jangkitan pneumokokal. oleh itu, vaksin ini tidak akan mengurangkan kekerapan jangkitan selsema dan demam akibat jangkitan virus.
Hi doc. Anak sy lagi sebulan genap berumur 5 tahun.tapi masih belum ambil suntikan MMR (Booster) ketika berumur 4 tahun.Adakah sy masih boleh ambil suntikan ini wlpun umur ank sy sudah hampir 5 thn.Mohon penjelasan dari doc.tq
Hi Nana, suntikan tambahan MMR (booster) boleh diberi kepada kanak-kanak berumur 4-6 tahun.
Hi Zasasa, tiada masalah untuk anak puan mendapat vaksin MMRV sebagai dos ke-2. Mengikut CDC, vaksin MMRV adalah digalakkan sebagai dos ke-2 pada umur 4-6 tahun.
hi doc, saye nak tanya saya telah ambikkan vaksin utk chicken pox semasa anak saya berumur 2 thn utk first dose, then anak saya dah berumur 6 thn ,so saya bercadang utk ambikkan dia dos kedua ,saya telah membawa anak saya ke klinik pakar kanank-kanak , so the doctor sarankan ambikkan terus vaksin MMRV dos kedua terus sebab vaksin yg khusus utk chicken pox tiada disediakan di hospital itu, so kena ambik MMRV dos kedua terus, is it ok ? I just need some opinion from other doctor memandangkan semasa dos pertama tu anak saye ambik vaksin chicken pox only bukan MMRV so saya ade sedikit bimbang and a bit confuse.Anak saye hanya ambik imunisasi mengikut jadual diklinik kerajaan, cuma saya ade ambik extra imunisasi for chicken pox and pneumococcal.
Hi doc,
Saya bawa anak saya pergi ambil suntikan DTaP/IPV/Hib ke 5 bulan..tp doc klinik swasta ni beri suntikan yg booster (DTaP/IPV) dia kata ubat yg ada Hib tiada stok…hmmm pening kepala saya…so mcm mane yer doc nk ambil vaccin yg ada Hib tu?pls rply doc.
Hi Sarah, saya bercadang untuk puan mendapatkan vaksin di klinik kerajaan. Sebolehnya, vaksin DTaP/IPV/Hib perlu jenama yang sama untuk mendapatkan keberkesanan vaksin yang maksima.
apakah kesan sampingan jika vaksin chicken pox diberi?
Hi Uma, seperti semua vaksin yang lain; kebanyakan orang yang menerima imunisasi tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Sekiranya berlaku kesan sampingan, ianya adalah yang ringan. Kesan sampingan yang teruk adalah sangat jarang berlaku. Kesan sampingan yang ringan dan biasa ditemui adalah: demam, berlakunay merah / bengkak di kawasan suntikan, ruam.
hiii,doc sy mempunyai 2 org anak yg berumur 5thn dan 8thn…mereka blm lg kena chicken pox,bolehkah mereka mendapatkan vaksin utk mencegah chicken pox di klinik swasta? dan ank sy yg berumur 5thn adalah penghidap G6PD blhkah dia mengambil vaksin chicken pox?
Hi Uma, tiada halangan untuk anak-anak anda mendapatkan vaksin Chicken pox walau pun orang yang mempunyai kekurangan enzim G6PD. Vaksin ini tiada dalam program imunisasi kebangsaan Malaysia, hanya klinik swasta mempunyai perkhidmatan memberi vaksin ini.
Hi Dr.Yap, untuk pengetahuan, boleh saya tahu ubat imunisasi Infanrix Hexa (from GSK) masih boleh disuntik bagi kanak sampai umur berapa ya?
Hi S.C. Tee, mengikut GSK, pengeluar vaksin Infanrix Hexa, vaksin ini tidak boleh diberi kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari 7 tahun. Vaksin ini sepatutnya diberi untuk kanak-kanak yang berumur 6 minggu hingga 2 tahun.
Thx. Doctor Yap
Hi Pn Noor, vaksin yang diwajibkan adalah vaksin Meningococcal untuk kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas. Terdapat 2 vaksin pilihan (optional) adalah influenza trivalent untuk kanak-kanak berumur 6 bulan dan ke atas, dan vaksin “pneumococcal conjugate” yang boleh diberi kepada bayi berumur 2 bulan dan ke atas.
doktor, saya akan berangkat ke mekah dlm masa 4 minggu dr sekarang. anak saya berumur 1 tahun 6 bulan. adakah perlu anak saya mengambil vaksin H1N1 atau vaksin lain untuk mengelakkan penyakit? jika perlu,apakah vaksin yang sepatutnya dan adakah masih sempat untuk mendapatkan vaksin tersebut? harap dapat maklumbalas segera dari pihak doktor.
x ada kesan ke kalo baby saya x terima suntikan hep B 1?
Hi Ayu, kedua-dua vaksin yang diberikan kepada bayi selepas kelahiran merangkumi BCG dan dos pertama Hep B. Sekiranya bayi anda dilahirkan di hospital kerajaan dan tiada catatan tentang pemberiannya dalam buku rekod bayi, sila megemukakan persoalan ini kepada jururawat klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran. Kakitangan klink boleh mendapatan rekod dari pihak hospital.
Sekiranya masalah timbul di hospital swasta, puan perlu jumpa doktor di hospital swasta untuk mendapatkan rekod.
Sekiranya tiada suntikan diberi, doktor bayi anda boleh merancangkan imunisasi secara “catch up” supaya lengkap 3 dos Hep B.
doktor sya nak tanya. anak saya dah terima suntikan bcg tetapi x pasti sama ada aa tak pihak hospital bagi suntikan hepB 1 utk anak saya pd hari lahir. sbb tiada catatan ditulis dlm buku rekod bayi. bcg confirm ada sbb ada tanda suntikan. mcm mana sy nak pastikan anak sata ada terima suntikan yg dos pertama atau tidak? sekiranya belum tidak mhejaskan imunisasi anak saya ke?
Hi dr,
Anak saya berusia 4bulan dan masih belum dpt apa2 vaksin kecuali hep B selepas lahir kerana ada masalah jantung berlubang, dan masalah kuman yang masih belum pulih.Apa kesannya nanti jika dia dpt vaksin lambat hanya selepas dia sembuh sepenuhnya?
Hi Rahimah, harap masalah anak anda telah terkawal. Oleh kerana anak anda mempunyai masalah kesihatan, doktor anak anda akan membuat keputusan sama ada anak anda boleh diberi imunisasi. Tiada masalah untuk anak anda mendapatkan vaksin sebaik sahaja doktornya membuat keputusan bahawa anak anda selamat diberi imunisasi.
Hi Dr, berapa jarakmasa penangguhan yang dibenarkan untuk pengambilan vaksin boster DTaP-Hib_IPV merujuk kepada kes Puan Aida yang tertangguh selama 12 bulan.Sedikit pencerahan.Terima kasih.
Hi Nizam, seboleh-bolehnya jangan menangguhkan sekiranya tiada sebab kukuh untuk penangguhan. Sebenarnya, tiada jangka masa yang terhad, sebaik sahaja masalah kesihatan yang menyebabkan penangguhan telah disahkan pulih (ataupun doktor mengesahkan tiada halangan dari sudut kesihatan untuk imunisasi, sila baca artikel selanjut di http://www.doktorbudak.com/2013/09/21/aefi/), sila mendapatkan imunisasi yang telah tertinggal.
Dr, Anak saya dijangkiti chicken pox dan tidak diberi vaksin tersebut pada umurny 1 1/2 yg lepas..adakah sebarang komplikasi yg dikhuatiri berlaku? Umurnya sekarang 2 1/2 tahun..terima kasih
Hi Pn Aida, vaksin yang dijadualkan pada umur 1 1/12 tahun adalah vaksin “booster” DTaP-Hib-IPV. Ianya berfungsi untuk memastikan anak anda betul-betul membina daya tahan (imuniti) untuk melindungi anak anda dari penyakit-penyakit yang berjangkit yang merangkumi Diphteria, Tetanus, Pertussis, Haemophilus influenzae Type B dan Polio. Nasihat dari saya adalah untuk mendapatkan suntikan tersebut untuk melindungi anak anda serta untuk kelegaan minda puan.
Hi doc..
Ank sy ambil vaksin utk 3 bln pd usia 11 bln iaitu pd 3/12/14. Nurse syorkan agr vaksin utk 5 bln diambil pd 30/12/14. Boleh ke jarak pgmbiln vaksin kurang dr 1 bln? Dan blh x vaksin utk 6bln diambil sebulan slps itu?
Hi Lida, kalau saya faham dengan betul kenyataan puan: anak puan telah menerima vaksin dos ke-2 DTaP-Hib-IPV (yang biasanya disuntik semasa bayi berumur 3 bulan) pada 3/12/14. Jadi, dos ke-3 DTaP-Hib-IPV boleh disuntik 4 minggu dari dos ke-2, iaitu paling awal 30/12/14.
Dos ke-3 Hep B (yang biasanya disuntik semasa bayi berumur 6 bulan) pula boleh diberi 8 minggu dari dos ke-2 Hep B.
Setiap tempoh antara suntikan adalah 4 minggu jaraknya, jadi tak ada masalah jika suntikan diberi 4 minggu kemudian.
hi doc…klu anak sya tdk mengambil vaksin 1 thn 6 bulan ada kesan sampingan ke doc?
Hi ibuimran, vaksin 1 tahun 6 bulan adalah “booster” vaksin. Ia berfungsi untuk memastikan anak anda betul-betul membina daya tahan (imuniti) untuk melindungi anak anda dari penyakit-penyakit yang berjangkit.
Hi Doctor..adakah ia masih sesuai dan selamat untuk anak perempuan saya ambil suntikan dose ke-3 (DPT/polio/Hep b+ Hib) infanrix hexa selepas umur 12 bulan?. Dose yang ke-1 pada 18/6 dan dose Ke-2 pada 12 November 2014. Bagi dose ke-4 (DPT/polio+hib booster) bila masa boleh bagi suntikan selepas suntikan dose ke-3?
Hi S.C Tee, suntikan dos ke-3 memang diperlukan untuk melengkapkan imunisasi DTaP/Hib/IPV (polio)/HepB. Tempoh minima untuk suntikan “booster” adalah 6 bulan seleaps suntikan dos ke-3.
Hi Dr.Yap, untuk pengetahuan, boleh saya tahu ubat imunisasi Infanrix Hexa (from GSK) masih boleh disuntik bagi kanak sampai umur berapa ya?
Hi doktor.. saya ingin bertanya. anak saya tidak mendapat suntikan sejak dia berumur 8-9 bulan ke atas. sekarang anak sudah berumur 2 tahun. masih bolehkah anak saya mendapat suntikan hep B kerana khuatir anak mendapat penyakit di kemudian hari.. dahulu sy tidak dapat membawa anak ke klinik untuk suntikan kerana anak tinggal di kampung untuk dijaga oleh emak dan ayah saya. Sekarang saya telah mengambil semula anak dan bercadang untuk membawa anak ke klinik untuk mendapatkan suntikan.. boleh ke jika saya bawa anak ke klinik swasta? atau jika doktor boleh memberi suntikan, saya boleh bawa anak ke klinik doktor?
Sham
Hi Sham, suntikan vaksin yang disenaraikan dalam jadual imunisasi kebangsaan Malaysia boleh didapati di klinik kerajaan dan swasta. Sekiranya, Sham ingin meberikan suntikan imunisasi tambahan seperti vaksin Pneumococcal, anda perlu membawa anak ke klink swasta (klinik kerajaan tidak simpan vaksin yang tidak disenaraikan dalam jadual imunisasi Malaysia). Maaf ya, saya bertugas di hospital kerajaan (imunisasi hanya diberi di klinik kerajaan).
doktor, anak saya berumur 1 tahun 3bulan dan telah disahkan terkena pneumonia pada bulan lepas tetapi tidak serius dan telah diberikan antibiotik oleh pihak hospital. Dalam masa seminggu semuanya pulih seperti biasa. Tetapi pada minggu ni, anak saya terkena batuk dan sesak nafas sekali lagi tetapi tidak demam. Bolehkah saya mengambil suntikan pneumococcal dalam keadaan dia sekarang? saya takut pneumonia akan kembali.
Pn Lily, sekiranya anak anda masih mengalami sesak nafas sekarang, nasihat saya adalah membawa anaknya anda untuk pemeriksaan dan rawatan masalah pernafasannya dahulu. Suntikan pneumococcal atau vaksin yang lain hanya akan diberikan kepada kanak-kanak semasa berada dalam keadaan kesihatan yang tidak serius.
Doktor..anak saya baru masuk 2 tahun. Kami belum dapatkan suntikan utk 1thn 6bln kerana dia kerapa kali demam. Kami bercadang utk dapatkan suntikan pneumococcal utk dia. so, saya masih perlu dapatkan suntikan 1thn6bln utk dia ataupun boleh skip utk dapatkan suntikan pneumococcal?
Salam Yantee,suntikan pada umur 1 tahun 6 bulan adalah suntikan “booster” (dos tambahan) untuk vaksin DTaP-IPV. Kandungan vaksin ini tidak sama langaung dengan vaksin “pneumococcal”. Jadi a nak anda perlu disuntik untuk kedua-dua vaksin tersebut.
Anak sy telah mendapat suntikan hep B ketika lahir dan semasa berusia 1 bulan. Pada bulan ke-2, ke-3 dan ke-5 bayi sy mendapat suntikan hexaxim. Perlukah anak sy mendapatkan hep B pada usia 6 bulan?
Pn Nurul, a nak anda tidak memerlukan suntikan Hep B pada umur 6 bulan. 3 dos Hexaxim adalah memadai. Jangan lupakan “booster” (dos tambahan) seperti yang disyorkan untuk DTaP-IPV.
Saya berusia 29 tahun belum berkhawin.saya baru saja mengambil suntikan vaksin HPV di klinik swasta.TIDAKAH SAYA TERLAMBAT MENGAMBIL SUNTIKAN HPV DIUSIA 29 TAHUN?APAKAH KESANYA TERHADAP PENGAMBILAN VAKSIN DIUSIA BAWAH 25 tahun?adakah merbahaya kepada kesihatan?
Tiada masalah..
This is for the purpose of notification
Hai doc.. saya ingin bertanya ttg bayi saya yg berumur 4 bulan.. semasa usianya 3 bulan bayi saya tidak disuntik, apabila bayi saya berusia 5 bulan nanti, boleh kah saya meminta nurse untuk menyuntik vaksin yg sepatutnya desuntik semasa berusia 3 bulan.. tq doc
Bob, bawa buku imunisasi apabila ke klinik kesihatan. Nurse/doctor akan menjadualkan balik imunisasi agar vaksin yang tertinggal boleh diberikan .
Dr sy nk tny ank sy dh terlewat cucuk, wktu umur die 3 bln 1 hari sy pg bwk die untuk cucuk 2 bulan tp dr klinik swasta tu cucuk untuk 3 bulan , xper ke klu baby xcucuk untuk 2 bulan sbb ank 1st sy lwat mcm mne pn akn cmplete imunisasi die
Adakah boleh utk sy cucuk ank sy vaksi. Yg 2 bln smsa umur die 3 bulan lbh nk mcpai 4bulan? Mhon pmcerahan
Syikin, boleh rujuk pada jadual imunisasi pada artikel di atas. Imunisasi pada bulan 2, 3, dan 5 adalah sama, Boleh rujuk pada buku imunisasi anak dan perlu cukupkan imunisasi.
saya nk tnya doc, if saya terambil MMR dua kali, ada kesan x? sy berumur 25thn (2014)
Missyz, tiada masalah.
Sekarang ank sy dmam
Tolong bg pencerahan ye dr
Hi, tanpa maklumat lengkap doktorbudak tidak dapat menjawab soalan puan, ye.. demam sebab suntikan vaksin atau persoalan boleh teruskan dengan suntikan vaksin semasa demam?
Dr.budak..
Sy nk tnye..
Sy bwa ank sy pergi klinik swasta cucuk 3bulan..tpy masa nk cucuk tu ank sy selsema..dr klinik cucuk juga..ada kesan sampingan tak dekat ank sy? Sy bru dpt tahu kalau anak tak sihat tak boleh terima sebarang suntikan..
Help me
Selsema bukan halangan untuk menerima vaksinasi melainkan demam yang teruk dan lemah.
Dr… anak saya telah masuk umur setahun, saya pernah jamahkan secubit kecil roti telur ketika dia berumur 7 bulan. (Saje2) bagi rasa.. kemudian naik bengkak selruh badan memandangkan dlm masa yang sama dia demam campak… adakah anak saya allergi telur?
Saya diberitahu jika anak allergi telur akan ada masalah semasa vaksinMMR.
bolehkah saya skip vaksin mmr?
Apa kesannya jika saya skip krn tidak mahu kesan slps disuntik..takut risiko lain..
Zil, kanak -kanak yang ada alahan terhadap telur tiada masalah diberikan vaksin MMR melainkan jika ia mengalami anaphylaxis terhadap telur iaitu alahan yang menyebabkan tekanan darah turun , susah nafas apabila makan telur.
Kenapa vaksin MMR penting? Zil perlu baca artikel ini http://www.doktorbudak.com/2013/09/15/adakah-vaksin-mmr-selamat/
Penyakit measles , mumps dan rubella lebih merbahaya dan risiko tidak wajar diambil.
Salam sejahtera.Untuk pengetahuan puan, pneumococcal vaksin boleh diberi dari umur 2 bulan ke 6 tahun ( atau sehingga 18 tahun untuk kumpulan berisiko tinggi). Vaksin pneumococcal berfungsi untuk melindungi badan dari penyakit yang disebabkan oleh sejenis bakteria bernama Streptococcus pneumoniae yang biasanya menyerang paru- paru (pneumonia), otak (meningitis) ,telinga dan sistem darah (septicaemia).
Jika dos pertama diberi sebelum 6 bulan: jumlah dos ialah 4 ( jarakan antara dose ialah 2 bulan)
Jika dos pertama diberi selepas 7 bulan tetapi sebelum 1 tahun: jumlah dos ialah 3 ( dose ketiga ialah booster atau dos tambahan adalah pada umur 12 bulan- 15 bulan)
Jika dos pertama diberi selepas 1 tahun tetapi di bawah 2 tahun: jumlah dos ialah 2
Untuk umur lebih 2 tahun: 1 dos sahaja
Pneumococcal vaksin conjugate 13 adalah sangat disyorkan untuk kanak-kanak berusia 2-6 tahun yang mengalami keadaan/ penyakit seperti di bawah (no 1-9)
Untuk kanak-kanak 6-18 tahun, ia disyorkan untuk mereka yang mengalami keadaan/penyakit (no 4-9):
1) Penyakit jantung kronik : contoh: lemah jantung
2) Penyakit paru-paru kronik : contoh: asma
3) Kencing manis
4) Calon untuk pemindahan organ koklea ( telinga dalam)
5) cerebrospinal fluid (CSF) leak
6) Kegagalan fungsi limpa : contoh: pesakit yang di mana limpanya telah dikeluarkan (spelenectomy)
7) Sistem imun badan yang lemah: contoh: leukaemia (barah darah), jangkitan HIV
8) Pemindahan organ atau tulang sum sum
9) Penyakit kronik buah pinggang
Harap jawapan di atas boleh merungkai kemusykilan puan.
Terima kasih kerana membaca doktorbudak.com
anak berumur 2 tahun boleh lagi ke ambil pneumococcal???
Salam sejahtera.Untuk pengetahuan puan, pneumococcal vaksin boleh diberi dari umur 2 bulan ke 6 tahun ( atau sehingga 18 tahun untuk kumpulan berisiko tinggi). Vaksin pneumococcal berfungsi untuk melindungi badan dari penyakit yang disebabkan oleh sejenis bakteria bernama Streptococcus pneumoniae yang biasanya menyerang paru- paru (pneumonia), otak (meningitis) ,telinga dan sistem darah (septicaemia).
Jika dos pertama diberi sebelum 6 bulan: jumlah dos ialah 4 ( jarakan antara dose ialah 2 bulan)
Jika dos pertama diberi selepas 7 bulan tetapi sebelum 1 tahun: jumlah dos ialah 3 ( dose ketiga ialah booster atau dos tambahan adalah pada umur 12 bulan- 15 bulan)
Jika dos pertama diberi selepas 1 tahun tetapi di bawah 2 tahun: jumlah dos ialah 2
Untuk umur lebih 2 tahun: 1 dos sahaja
Pneumococcal vaksin conjugate 13 adalah sangat disyorkan untuk kanak-kanak berusia 2-6 tahun yang mengalami keadaan/ penyakit seperti di bawah (no 1-9)
Untuk kanak-kanak 6-18 tahun, ia disyorkan untuk mereka yang mengalami keadaan/penyakit (no 4-9):
1) Penyakit jantung kronik : contoh: lemah jantung
2) Penyakit paru-paru kronik : contoh: asma
3) Kencing manis
4) Calon untuk pemindahan organ koklea ( telinga dalam)
5) cerebrospinal fluid (CSF) leak
6) Kegagalan fungsi limpa : contoh: pesakit yang di mana limpanya telah dikeluarkan (spelenectomy)
7) Sistem imun badan yang lemah: contoh: leukaemia (barah darah), jangkitan HIV
8) Pemindahan organ atau tulang sum sum
9) Penyakit kronik buah pinggang
Harap jawapan di atas boleh merungkai kemusykilan puan.
Terima kasih kerana membaca doktorbudak.com
anak berumur 2 tahun bokeh lagi ke ambil pneumococcal
Boleh Emun . Vaksin yang sangat digalakkan tapi perlu ambil di klinik atau hospital swasta
Dr,anak saya mengambil vaksin hepatitis b pada 18/8.kemudian vaksin pnemoucoccal pada 23/8.saya tak tau sepatutnya kena ambil pada hari yang sama atau sebulan kemudian.sebab sebelum ni saya dah bertanya pada nurse gov.mereka kata boleh diambil dalam bulan yang sama.apakah kesannya mengambil 2 vaksin berbeza dalam masa seminggu?
Nurul, tiada masalah sebab hepatitis dan pneumococcal adalah killed/inactivated vaccine. Dalam konteks perlu diberi pada hari yang sama /lebih dari 28 hari sekiranya berasingan ; adalah untuk live vaccine contohnya MMR dan chicken pox
Dr., tolong explain lebih detail kenapa bcg anak saya membengkak dan bernanah…
Hi Fish,
Reaksi tempatan di tempat suntikan BCG adalah satu petanda berjayanya imunisasi BCG. Reaksi yang memang dijangkakan adalah: bengkak dan kemerahan di tempat suntikan, yang selepas itu mejadi ulser yang bernanah sebelum ia sembuh dalam lingkungan masa minggu hingga bulan.
Hi Doc. Saya telah memvaksinkan anak saya di hospital swasta pada umurnya 2 bulan. Selain daripada vaksin yang biasa, saya tambah Pneumococcal dan Rotavirus. Saya baru terbaca beberapa blog dan article bahawa Rotavirus mengandungi sumber babi. (Kami Muslim). Jadi boleh ke sekiranya saya tidak mengambil suntikan susulan Rotavirus itu? adakah kesan sampingan pula nanti? Terima kasih. Suffia
Pn Suffia boleh baca artikel yang ditulis oleh Dr Masa, pakar perunding kanak – kanak yang disanjungi di: mpaweb.org.my/file_dir/179008857550d43d216977b.pdf
Atau
Mpaweb.org.my/article.php?aid=456
untuk membuat keputusan yang terbaik untuk anak anda.
Hi, sorry for disturbing. Here’s a question to interrupt. I’m going to study abroad in USA soon and they need the proof of taking
1) Two Measles (Rubella), Mumps, and Rubella (MMR) vaccines, the first one after 15 months of age and the second after your fifth birthday.
2) One Diphtheria/Tetanus (TD) within the past ten years.
I was born in 1992 and I have the yellow immunization record booklet that shows that I had been taken my first MMR vaccination in 13/7/93 but there’s no proof for the second MMR vaccine that was taken in primary school. Same thing happens to the vaccination of TD, which I already taken in my secondary school. Sorry to ask that where shall I get the proof that I have been taken those vaccinations ? Or shall I just approached to the hospital to retake both MMR and TD ? Looking forward to your reply. Thanks alot 🙂
Unfortunately, most clinic records of patients’ details would have been destroyed after a certain number of years. So I think it would be difficult for you to track the records of your past immunizations. It would be best to get yourself re-immunized. It is safe to repeat vaccinations and some immunity would have waned with time.
Dr, anak saya dah masuk 5 bulan pada 20.12.13. Pada 24hb anak saya juga telah diberi vaksin. Adakah sudah terlambat untuk anak saya menerima suntikan pneumococcal vaccine? Saya nak bawa anak saya pergi vaccine di hospital swasta. Tapi menurut nurse tempat anak saya check up, tidak digalakkan mengambil vaksin pneumococcal dalam bulan yang sama. So, ada kesan ke dr. n bila masa yang sesuai untuk saya buat suntikan pneumococcal untuk baby saya?
Pn Sue, vaksin berlainan seharusnya diberi pada hari yang sama pada peha /punggung yang berlainan supaya kesemua vaksin be kesan. Sekiranya vaksin tambahan diperlukan dan anak telah diberi vaksin dalam lingkungan 28 hari sebelumnya, maka perlu tunggu 28 hari daripada suntikan vaksin sebelum diberi vaksin tambahan.
DR, bagaimana jika anak saya sudah berumur 6 tahun dan belun mengambil vaksin kecuali vaksin semasa dilahirkan. Apakah nasihat Doktor?
Hi Pn Erda , sila bawa anaknya anda ke klinik kesihatan ibu dan anaknya / klinik kanak kanak yang berdekatan untuk mendapatkan vaksin yang belum diterima serta sambung mengikuti jadual imunisasi.
Saya ingin bertanya tentang vaksin MMR yg diambil ketika usia 12bulan. Ada 2-3 org kenalan yg ada bad experience dengan vaksin ini. Jadi saya ingin tahu tentang:
anda tahu vaksin itu untuk apa
– isi kandungannya
– kesan jika divaksin atau tidak divaksin.
– jika vaksinkan anak, apa kesannya
Saya ada terbaca di timeline seorang teman tentang kandungan MMR. Antara kandungannya adalah sel MRC-5, WISTAR-RA 27/3.
sel MRC-5? Ia adalah sel janin (fetus) yang digugurkan pada tahun 1960.
sel WISTAR-RA 27/3? Ia adalah virus rubella yang diekstrak dari janin yang digugurkan.
juga beberapa testimoni yg diberikan oleh kenalan tersebut
http://www.whale.to/vaccine/testimonies4.html
Boleh jelaskan secara terperinci tentang vaksin ini memandangkan bayi saya akan divaksin tidak lama lagi.
Hi Pn Siti Hajar, sila rujuk artikel berikut: http://doktorbudak.com/2013/09/21/aefi/
dan http://doktorbudak.com/2013/09/15/adakah-vaksin-mmr-selamat/
DOKTOR ANAK SAYA MENGIDAP BRONCHIAL ASTHMA..BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL VAKSIN Pneumococcal UTK ANAK SAYA?APAKAH KEPENTINGAN VAKSIN..ANAK SAYA BERUMUR 2 TAHUN SEKRG DAN TELAH 8 KALI DIMASUKKAN KE WAD
https:/ /doktorbudak.wordpress.com/2013/07/17/do-i-need-additional-vaccines-for-my-child/
Puan boleh baca artikel di atas.Asthma bagaimanapun tidak boleh dihindari dengan vaksin. Puan boleh membaca lanjut ttg asthma dengan menaip asthma di search button do blog kami
ooo ini kalau kes terlambat.. kalau kes yang teramik 2 kali utk dos yang sama ada apa2 kesan jangka panjang tak? anak saya cucuk yang 3bulan tu teramik 2 kali… haihhhh… skang umur dia dah 22 bulan.
Terambil dua kali, secara asasnya tidak membawa kesan jangka panjang.
(lega….) terima kasih doktor…
mohon utk share boleh doctor??tq
Memang boleh, sila tolong kami share. Please help us to recommend doktorbudak to your friends/relatives who wants to know more about child healthcare