Bolehkah bayi minum air kosong ?

plain-water

Q: Bolehkah doktor terangkan mengenai kesan memberi air kosong kepada bayi? Mengikut amalan ibu bapa saya bayi perlu diberi air kosong selepas minum susu formula bagi mengelakkan kesan susu pada lidah bayi. Pada umur berapakah bayi boleh diberikan air kosong? (Aishah)

A: Assalamualaikum,

Terima kasih buat Puan Aishah kerana mengutarakan soalan ini.

Selain daripada susu (baik susu badan ataupun susu formula), bayi dari umur 0-6 bulan tidak memerlukan makanan atau minuman tambahan. Ini kerana semua zat dan nutrisi bagi bayi seusia di atas adalah mencukupi sekiranya susu diberikan dengan betul. Maksud betul itu, bagi bayi yang diberikan susu formula, setiap bancuhan susu itu mestilah mengikut sukatan yang telah dinyatakan dalam tin atau kotak susu berkenaan. Sebenarnya banyak kes-kes telah dirujuk ke hospital di mana bayi mengalami kekeringan atau dehidrasi disebabkan kesilapan penjaga/ibubapa dalam penyediaan susu. Dalam kes-kes yang teruk, bayi boleh mengalami sawan dan koma disebabkan gangguan dalam sistem badan bayi di mana bayi mendapat kekurangan zat dan garam galian (elektrolit) seperti Sodium/Potassium/Gula.

Walaupun begitu, sekiranya ibu berkenaan bercadang untuk memberikan susu ibu sepenuhnya, masalah di atas tidak akan berlaku. Dan atas sebab di ataslah, jika boleh, kami mencadangkan semua ibu-ibu memberi susu badan kepada bayi sejajar dengan ajaran Islam.

“ Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan (Surah Al-Baqarah ayat 233)”

Berbalik kepada soalan Puan Aishah tadi, AAP( American Academic Paediatrics) telah mengeluarkan kenyataan bahawa bagi bayi yang berumur kurang daripada 6 bulan, pemberian air kosong adalah tidak digalakkan dan boleh membahayakan kesihatan dan nyawa bayi tersebut, terutamanya jika bayi berumur serendah 4-5 minggu.

Ada beberapa keburukan pemberian air kosong ini, antaranya adalah:

a) Bayi yang diberikan air kosong akan menyebabkan perut bayi penuh dan tiada selera untuk minum susu lagi. Oleh kerana air kosong tiada nilai kalori yang tinggi seperti susu, bayi akan terbantut pembesaran ataupun tiada peningkatan berat badan.

b) Bayi juga akan kerap tidur dan waktu optima penyusuan bayi dengan ibunya akan berkurangan dan ini akan penyebabkan pengeluaran susu badan ibu akan kurang dan ibu terpaksa memberikan susu formula kepada bayi untuk mengantikan susu badan yang semakin kering atau berkurangan.

c) ’oral water intoxication’ adalah satu penyakit di mana badan mengalami kekurangan garam disebabkan bayi minum terlalu banyak air kosong. Ini akan mencairkan darah dan dalam masa yang sama juga akan mengurangkan paras garam ke paras yang kritikal dan menyebabkan bayi mengalami sawan, koma, kecederaan otak dan jika tidak dikesan awal akan menyebabkan kematian.

Walaubagaimanapun, adalah dibenarkan bagi bayi berusia lebih daripada 6 bulan untuk diberikan air kosong sekadarnya (bukan berlebih-lebihan) dalam sudu ataupun cawan kecil untuk membersihkan kesan susu di lidah bayi tersebut.

Diharap jawapan saya ini dapat memberikan ketenangan dan kemudahan bagi Puan Aishah dalam menjaga anak Puan.

Sekian Terima Kasih

( answered by Dr Azhar Mahmud )


Posted

in

,

by

Comments

78 responses to “Bolehkah bayi minum air kosong ?”

  1. Anis Suryanie Avatar
    Anis Suryanie

    Assalamualaikum,

    saya ingin bertanya 2 soalan berkaitan bayi saya yang berusia 11 bulan.

    1. Bayi saya lebih gemarkan nasi yang dilenyek berbanding bubur. Adakah tekstur nasik yang dilenyek itu sesuai untuk proses penghadaman? So far, tiada tanda-tanda yang membimbangkan seperti kembung, cirit-birit ataupun sembelit.

    2. Bayi saya akan minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Lebih kurang 100-150 mls sekali minum. Adakah ianya bagus ataupun sebaliknya? Dalam masa yang sama bayi saya masih breastfeed dan campur dengan susu formula.

    Terima kasih doktor.

  2. Safizah Avatar
    Safizah

    Assalamualaikum Dr. Anak saya berusia 4.5 bulan dan mengalami selsema serta batuk, masih baru dalam 1-2 hari. Masalahnya dia tolak untuk minum susu. Saya campur breastfeeding dan susu formula (S26) tapi banyak menyusu badan. Sejak dia selsema dia tak nak minum susu formula dan hanya minum jika terlalu lapar. Itupon, saya suapkan dia tanpa botol sebab dia tolak minum guna botol. Then, dia start tak nak minum susu badan sebelah kanan dan hanya mahu menyusu di bahagian kiri sahaja dalam kuantiti yang sikit. Oleh sebab dia tak nak susu saya bagi minum air menggunakan botol dan dia mau minum. sedangkan minum susu guna botol dia tak nak.So, saya rasa bukan masalah botol. Susu badan saya agak kurang terutamanya bahagian kiri sedangkan yang banyak susu adalah sebelah kanan. Walaubagaimanapun pengambilan susu seharian sejak dia selsema adalah kurang. Harap Dr boleh bantu. terima kasih

  3. Nor Asma Avatar
    Nor Asma

    Assalamualaikum DR..baby saya berumur 5 bulan dan fully breast feeding. Masalah saya ialah anak saya sukar untuk membuang air besar..Setiap 1 minggu saya bawa dia ke klinik dan DR masukkan atomic enema..perkara ini terjadi sejak 2 bulan lepas..saya harap DR boleh bagi nasihat utk mengatasi masalah anak saya. Terima kasih

  4. hanna Avatar
    hanna

    Salam dr. Baby sy berusia 10bln, menyusu badan sepenuhnya dan suka minum air masak . Masalah sy skrg sy nk bg dia susu formula (dh bermacam2 susu ) tp dia tetap xnk minum susu formula. Susu bdn dh xbrpe byk sperti sblm ni.yg sy hairan baby sy lebih suka minum air msak drpd susu formula. Ade effect x dr? Dy mkn bubur mmg sikit tp kerap. Kdg2 dia berak smbelit. Adakah disebab kn kurang mnyusu bdn? Dan suka minum air masak berbanding susu formula? Mohon penerangan.tq

  5. hanna Avatar
    hanna

    Salam dr. Baby sy berusia 10bln, menyusu badan sepenuhnya dan suka minum air masak . Masalah sy skrg sy nk bg dia susu formula (dh bermacam2 susu ) tp dia tetap xnk minum susu formula. Susu bdn dh xbrpe byk sperti sblm ni.yg sy hairan baby sy lebih suka minum air msak drpd susu formula. Ade effect x dr? Dy mkn bubur mmg sikit tp kerap. Kdg2 dia berak smbelit. Adakah disebab kn kurang mnyusu bdn? Dan suka minum air masak berbanding susu formula? Mohon penerangan.tq

  6. gia Avatar
    gia

    Saya ingin tahu mengapa bayi. bawah 6 bulan x boleh mengambil susu budak 1 tahun keatas…jenama susu yg sama.adakah kerna kandungan dlm susu x seimbang dgn keperluan bayi..dan apakah kesannya jika diberi pada bayi.. sekian

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Salam Puan Gia,
      Jika diberiKAN SUSUyang tidak sesuai (contohnya susu budak 1 tahun diberikan kepada bayi umur 6 bulan) ada kemungkinan bayi mengalami muntah2, cirit-birit, perut kembong, najis berdarah atapun dalam kes2 yang lebih serius usus bayi boleh pecah dan memerlukan menjalani pembedahan. Jadi adalah bahaya jika kita tersalah memberikan susu kepada bayi. Kandungan bahan2(garam/mineral/protein/carbohydrate/lemak) dalam susu untuk bayi umur kurang 6 bulan dan budak usia lebih 1 tahun adalah sangat berbeza. Diharap Puan berhati2 dalam menyediakan susu kepada anak Puan. Sekian

  7. Pn jaja Avatar
    Pn jaja

    Salam doktor, saya ada masalah, yg mana anak saya sudah berusia 9 bulan tetapi beratnya hanya 6kg shj. Adakah susu formular yg saya berikan tidak sesuai atau faktor keadaan dimana anak saya sukar tidur pada waktu siang ?

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Salam Puan Jaja,
      Puan nampaknya risau dengan berat badan anak yang cuma 6kg pada usia 9 bulan. Sebenarnya, tanpa memeriksa anak Puan, adalah sukar untuk saya menyiasat sebab2 kekurangan berat badan anak Puan ini. Ada beberapa soalan yang perlu Puan jawap, terutamanya berkenaan permakanan anak Puan ini, adakah telah dimulakan dengan solid-food? Adakah anak puan mengalami cirit-birit yang lama? Diharap Puan dapat membawa anak puan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapat pemeriksaan lebih teliti bagi mengenalpasti sebab2 kurangnya berat badan anak Puan ini. Bagi anak2 lebih dari usia 6 bulan, dikehendaki dimulakan dengan pemakanan bubur/puree bagi membantu mendapat lebih zat2 dan nutrisi bagi tumbesaran anakyang sedang membesar ini.

  8. Shafinaz Avatar
    Shafinaz

    Salam Dr. Anak saya berusia 1thm 10 bln. Dia masih lg fully bf. Tetapi skrg susu dh berkurang dan tidak ckup di rumah pengasuh. Jd saya br ja beri susu fm+susu ebm kepada pengasuh. Sejak anak saya minum susu fm (S26). Baru seminggu dan pd hari kedua dia minum susu fm dia kerap batuk2 dan demam. Adakah effect dr susu fm or faktor cuaca skrg? Anak saya jarang demam dan sakit2 tp sejak saya campur susu, demam dia berterusan smpai skrg.
    Shafinaz
    [email protected]

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Salam Puan Shafinaz,
      Biasanya jika anak alah kepada susu formula, anak akan mengalami kembung perut, najis menjadi sembelit ataupun mengalami cirit-birit, najis berdarah atapun mengalami ruam yang teruk. Bayi yang ada alahan ini akan menjadi tidak selesa dan mungkin mengalami penurunan berat badan. Tanda2 seperti kerap batuk2 ataupun demam itu adalah mungkin dia mendapat jangkitan virus daripada persekitaran/faktor cuaca. Walaubagaimanapun Puan ada memberitahu anak Puan mengalami demam yang berterusan, jadi ada kemungkinan anak Puan mengalami jangkitan kuman/virus, jadi diharapkan Puan membawa anak Puan untuk diperiksa oleh doktor yang berdekatan dengan rumah Puan. Mungkin anak Puan memerlukan antibiotik untuk merawat jangkitan kuman itu. Sekian

  9. lisa Avatar
    lisa

    Salam doktor..
    Saya tersalah bg susu formula pd anak sy yg berumur 11 bulan..sy telah memberi susu formula abgnye yg berumur 3 tahun.. anak sy telah muntah2..ada side effect x jika tersalah bg susu? Ini kali pertama slh tersilap ambil susu..apa yg sy perlu lakukan utk memastikan ank sy tidak mengalami ape2 kesakitan?

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Salam Puan lisa,
      selain daripada muntah2, ada masalah lain ker tidak? maksudnya cirit birit, kembung perut ataupun najis menjadi keras? najis berdarah?bayi puan aktif atau tidak? bagaimana pengeluaran air kencing anak Puan? Sekiranya anak Puan tiada masalah diatas, biasanya tiada apa2 yang perlu Puan risaukan. Diharap Puan lebih berhati2 selepas ini dalam menyediakan susu kepada anak Puan. Sekian

  10. khairulafaf Avatar
    khairulafaf

    Salam doktor. Bayi sy baru berusia 13 hari. Susu badan saya seperti tidal mencukupi. Jadi sy berikan dia susu formula. Dalam 30-60 ml per serving. Susu yg sy berikan adalah lactogen 0-6. Saya sgt risau kerana ada yg mengatakan formula milk tidak bagus BG usus bayi. Namun anak sy akan membuang air besar selang 2 hari sekali. Boleh doktor jelaskan kesan susu formula terhadap usus bayi?

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      waalaikumusalam,
      Sebenarnya, jika Puan mengikut sukatan susu yang telah diberikan pada tin/kotak susu berkenaan, adalah selamat bagi Puan untuk memberikan susu formula tersebut,Diharap jawapan saya dapat menjawap soalan Puan. Sekian

  11. izwan Avatar
    izwan

    Hai doktor,
    Mohon penjelasan dari doktor.Anak sayay baru berusia seminggu dan ditahan dihospital kerana kekurangan garam dlm badan.boleh doktor jelaskan kenapa ia boleh berlaku kpd bayi yg baru lahir.tq

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Hai Tuan Izwan,
      Banyak penyakit yang menyebabkan kekurangan garam dalam badan bagi bayi kecil ini. Antaranya disebabkan oleh cirit birit yang teruk, dehidrasi ataupun penyakit yang dinamakan sebagai Congenital Adrenal Hyperplasia. Diharap Tuan bertanya terus kepada pakar yang merawat penyakit anak Tuan. Adalah merbahaya kepada kesihatan anak jika paras garam terlalu rendah didalam badan antaranya ialah ia boleh menyebabkan sawan ataupun gangguan ritma jantung. Sukar untuk saya menjawap soalan Tuan dengan terperinci tanpa memeriksa dan elihat sendiri keputusan darah anak Tuan

  12. Zuzi Avatar
    Zuzi

    Salam Doc

    Anak saya berumur 8 tahun & 5 tahun masih kerap meminum susu formula (Dutchlady). Baru2 ini ada seorg doc menegur saya kerana masih memberi susu formula pada anak yg sudah berumur 2 tahun keatas kerana dikatakan bole mendatangkan kesan jangka panjang yang negative kepada kesihatan (penyakit sepeerti leukimia) & kecerdasan mental anak (e.g. IQ menurun). Adakan ini benar, minta penjelasan doc.

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Salam Zuzi,
      Buat masa ini,tiada kes leukemia ataupun rendah IQ disebabkan pemberian susu formula kepada anak yang lebih usia 2 tahun setakat yang saya ketahui. Tetapi anak2 yang sedang membesar, susu semata2 adalah tidak mencukupi untuk membantu pembesaran anak2, Puan kenalah mempelbagaikan menu makanan untuk memberi zat2 yang seimbang bagi anak2 yang sedang membesar ini. Sekian

  13. Wan Chik Avatar
    Wan Chik

    Anak saya yg berumur 3 bulan kerap bersin, sehari dalam 8-10 kali bersin. Adakah ini normal atau perlu dirujuk kpd doktor? Keduanya tentang kesukaran mengeluarkan kotoran dlm hidungnya walaupun cuba mengguna penyedut hidung. Sejak lahir hingga sekarang saya tidak dapat mengeluarkan kotoran dlm hidung kerana ianya akan tersedut semula. Apa patut saya buat?

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      assalamualaiakum Puan Wan Chik
      berkenaan soalan Puan, sukar untuk saya menjawap soalan Puan tanpa melihat sendiri dan memeriksa anak Puan. Adakah anak puan sukar bernafas?Demam? Batuk berkahak? Dengan ini, dinasihatkan Puan membawa anak Puan untuk diperiksa oleh doktor yang berdekatan dengan rumah Puan. Sekian

  14. eiyna Avatar
    eiyna

    Salam. Anak sy minum susu formula langkah 1 dsebabkn payudara sy kurang mengeluarkn air. Bayi masih lapar selepas sy susukan bdan. Adakh ini memudaratkn. Kesihatan bayi sy?

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      salam Puan eiyna,
      bayi mendapat nutrisi daripada susu(susu badan ataupun formula) yang diberikan kepada bayi berkenaan. walaubagaimana pun, jika Puan masih bercadang untuk memberikan susu badan kepada anak Puan, diharap puan berjumpa dengan doktor kerana ada ubat yang dapat membantu Puan menghasilkan semula susu badan. Sekian

  15. nur razian samad Avatar
    nur razian samad

    hai doktor..
    anak sy sekarang berumur 1 tahun 3 bulan..masalahnya adalah anak saya tidak mahu minum susu..kejadian ini berlaku sejak dia dimasukkan kedalam hospital kerana mengalami cirit birit yg melampau sejak sebulan yang lalu.sebelum kejadian ini pengambilan susu setiap 3-4 jam sekali (8-9 kali sehari jumlah penyusuan), sekarang sehari dalam 3-4 kali penyusuan.semakin sedikit.adakah kejadian ini normal bg budak berumur 1- 2tahun kurang penyusuan? apakah kesannya.harap doktor bantu.

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Assalamualaikum,
      Nutrisi ataupun zat2 bagi anak2 yang telah lebih umur 1 tahun datangnya daripada makanan yang diambil olehnya. Biasanya bagi anak yang lebih umur 1 tahun pengambilan susu adalah jauh berkurangan berbanding anak yang kurang dari 1 tahun disebabkan susu tidak lagik mampu untuk menampung keperluan harian bagi anak yang sedang membesar. Diharap Puan Nur razian berpuas hati dengan jawapan saya ini.

  16. Nina Aman Avatar
    Nina Aman

    Hai Doktor,

    Saya perlukan penjelasan adakah benar bayi bawah 1 tahun tidak boleh minum air mineral? Ini kerana ginjalnya masih belum berfungsi dgn baik.
    Mohon penjelasan. T/kasih.

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Hai Nina Aman,
      secara amnya, tiada masalah bagi bayi untuk minum air mineral, tetapi sumber air dan nutrisi bagi bayi adalah dengan memberikan susu kepada anak dan bila telah meningkat lebih usia 6 bulan hendaklah diperkenalkan makanan pejal sepetu bubur ataupun puree.
      Sekian terima kasih

  17. wan ridhuan Avatar
    wan ridhuan

    assalammualaikum doktor.anak sy bru berumur 2bulan.mlm ne anak sy menangis shaja.susu ibu oun dh bagi tetap menangis.akhirnya sy memberi dia airsuam dlm botol kecil…dia mnum smoi hbs..akhirnya tertido..sy risau effect air suam yg sy bg tu..adakah disebabkn ne ank sy akn dpt effect apa2 diatas tindkn sy tu?mohon pencerahan doktor.

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      waalaikumussalam,
      ada beberapa faktor yang menyebabkan bayi tidak mahu menyusu dan asyik menangis. Adalah sukar untuk saya memberi pendapat tanpa melihat sendiri dan memeriksa anak Tuan. Diharap Tuan dapat membawa anak Tuan untuk diperiksa oleh doktor yang berdekatan. Sedikit air suam yang diberikan biasanya tiada memberi apa2 mudarat kepada bayi. Sekian

  18. puan Ain Avatar
    puan Ain

    salam doktor. anak saya kini masuk 10bulan.start dr 9.1.14 hingga hari ni didapati kurang minum susu dan makan. bila nk minum susu je dia seperti nak muntah (loya) kl minum pun hanya sedikit sedikit shj tdk seperti normal, anak saya juga demam. sekejap panas sekejap sejuk. kl sebelum ni dia demam cmne pn akn minum jgk susu. adakah perlu di tukarkn susu nya?? skrng minum susu Anmum.alhamdullilah anak saya mahu bf. minta beri pandangan . terima kasih

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Assalamualaikum
      Mengenai anak Puan yang kurang minum susu, macam loya dan sekejap panas sekejap sejuk itu, doharap Puan dapat membawa anak Puan pergi berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Sukar untuk saya memberi pandangan tanpa melihat dan memeriksa sendiri anak Puan. Buat pengetahuan puan, antara tanda2 anak Puan alahan kepada susu yang diberikan adalah seperti mengeluarkan ruam2 yang banyak, najis terlalu cair atau keras dan kembung perut yang berulang2. Tetapi dalam kes anak Puan, diharap Puan membawa anak Puan berjuma dengan doktor bagi tujuan pemeriksaan yang lebih teliti.
      Sekian terima kasih

  19. wen Avatar
    wen

    Hi doc…

    Anak saya berumur 6 bulan lebih (lahir 27.6.14)..saya dah mula berikan dia solid food… saya ada beebrapa soalan:

    1. adakah saya silap memulakan pemberian bubur nasi (rice brown) yang di masak sehingga lembut.. di blend dan kemudian dia tapis. Saya pastikan bubur tersebut mengalir (kecairan) baru bagi bayi makan… dia makan d3ngan sangat berselera… selepas 5 hari makan bubur sy berikan pula dia puree apple tapi babyi saya luahkan semula puree tu. Saya cuba berikan puree sweet potato pun dia tak makan.Dia hanya makan bubur sahaja.

    2.pola berak nirmal bayi yang sudah mula makan.

    Bayi saya sudah tak buang air besar selama 4 hari. Last dia buang adalah 2.1.15. Saya x pernah liht bayi sy meneran. Dia juga x meragm
    Tapi perut dia buncit… pun begitu dia masih aktif. Dia masih makan dengan berselera. Normalkah keadaan nya ini?

    Anak saya menyus bdan secara exlusif. Dan sy bercadang hendak meneruskn pwnyusuan segingga dia berusia Hi doc…

    Anak saya berumur 6 bulan lebih (lahir 27.6.14)..saya dah mula berikan dia solid food… saya ada beebrapa soalan:

    1. adakah saya silap memulakan pemberian bubur nasi (rice brown) yang di masak sehingga lembut.. di blend dan kemudian dia tapis. Saya pastikan bubur tersebut mengalir (kecairan) baru bagi bayi makan… dia makan d3ngan sangat berselera… selepas 5 hari makan bubur sy berikan pula dia puree apple tapi babyi saya luahkan semula puree tu. Saya cuba berikan puree sweet potato pun dia tak makan.Dia hanya makan bubur sahaja.

    2.pola berak nirmal bayi yang sudah mula makan.

    Bayi saya sudah tak buang air besar selama 4 hari. Last dia buang adalah 2.1.15. Saya x pernah liht bayi sy meneran. Dia juga x meragm
    Tapi perut dia buncit… pun begitu dia masih aktif. Dia masih makan dengan berselera. Normalkah keadaan nya ini?

    Anak saya menyus bdan secara exlusif. Dan sy bercadang hendak meneruskn pwnyusuan segingga dia berusia 2 tahun…

    Yerima kasih doc.

    Wen.2 tahun…

    Yerima kasih doc.

    Wen.

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Hai Wen,
      Tahniah kepada Puan Wen kerana masoh menyusu badan sepenuhnya dan bercadang untuk meneruskan susu badan hingga usia bayi Puan 2 tahun. Ini adalah kerana susu badan adalah susu yang paling sesuai dan paling senang dihadamkan berbanding susu formula.
      Bagi menjawapa soalan Puan;
      1) Berkenaan member solid food kepada bay usia 6 bulan. Sememangnya bayi usia melebihi 6 bulan ke-atas memerlukan lebih zat2 daripada makanan selain dari susu yang diberikan. Setiap bayi mempunyai citarasa masing2 terhadap solid food yang diberikan kepadanya, ada pelbagai makanan yang boleh diberikan kepada anak2 pada usia 6 bulan ke atas ini, Ada artikal mengenai pemakanan dalam website doktorbudak ini, Puan Boleh merujuk kepada artikal berkenaan.
      2)Sekiranya Puan menyusu badan sepenuhnya, dan tiada tanda2 seperti bayi kembung perut,kurang aktif ataupun mengeluarkan najis yang berdarah dan berat badan bayi meningkat dengan jayanya, tiada apa yang perlu Puan risaukan.

  20. Zue Avatar
    Zue

    Slam doct.nk tnya.sya brri ssu bdn spnuhnya.ttpi hnya sebelah kanan.kerana bayi saya tidak mahu sebelah kiri.adakah ini disebabkan bayi sya tidak membuang air besar seperti biasa.bayi sya membuang 5 atau 7 hari sekali.

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Waalaikumussalam Puan Zue
      Saya mebgucapkan tahniah kepada Puan disebabkan berjaya memberi susu badan sepenuhnya kepada anak Puan. Untuk pengetahuan Puan, masalah Puan ini adalah biasa terjadi kepada mana2 bayi yang menyusu badan sepenuhnya ataupun mixed feeding(dengan susu formula). Jika berat badan anak Puan meningkat dengan biasa, dan tiada tanda2 seperti perut kembung/ mengeluarkan najis berdarah dan mengalami ruam yang teruk, rasanya tiada apa yang Puan perlu risaukan. Walaubagaimanapun jika terjadi seperti yang saya nyatakan diatas, Puan hendaklah berjumpa dengan doktor seberapa segera untuk menjalankan pemeriksaan dengan lebih menyeluruh.

  21. Emsue Emsue Avatar
    Emsue Emsue

    Assalammualaikum Dr, saya mohon bantuan pandangan dan nasihat.Anak saya sudah pun berumur 6bulan.Saya sudah mula memberi makan avocado+ susu ibu selama 3 hari dan dia membuang air besar seperti biasa.Selepas saya mula memberinya puri nasi+susu ibu, dia tidak membuang hampir 5 hari dan saya telah bawa ke klinik.doc telah beri ubat untuk lawas dan dia membuang air besar.Doktor, saya berasa sangat bimbang untuk memberinya makan kerana bimbang dia mengalami masalah yang sama.Harap doktor dapat berikan panduan untuk saya mengenai perkara ini.Terima kasih di atas maklumbalas.

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Waalaikumussalam Puan Emsue,
      Aadalah biasa terjadi bagi kanak2 yang mula diperkenalkan makanan tambahan pada usia 6 bulan untuk mengalami tidak lawas dalam membuang air besar. Diharap Puan mempelbagaikan lagi jenis2 makanan yang diberikan keoada anak Puan. Dalam website doktorbudak ada diceritakan mengenai makanan yang baik untuk melawaskan dan membantu anak membuang air besar secara biasa. Secara amnya, adalah normal untuk setiap anak kecil untuk membuang air besar antara 3 kali sehari sehingga 3 kali seminggu. Sekiranya disertai dengan kembung perut dan/atau mengeluarkan darah dalam najis anak Puan, diharap puan dapat merujuk kepada doktor kanak2 dengan seberapa segera

  22. izzati Avatar
    izzati

    Assalamualaikum wbt. Doc, bayi saya baru 2 minggu usianya. Pada awal kelahiran susu badan tidak keluar sehinggalah hari yang kelima dan dalam tempoh tersebut saga telah memberikannya susu formula. Kini bayi menyusu badan namun seperti tidak kenyang walaupun hampir 2 jam menyusu sehingga perlu diberikan 2oz susu formula. Persoalan saya, bolehkah saya teruskan memberi susu formula selepas bayi menyusu badan? Adakah situasi ini memudaratkan bayi saya?

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Waalaikumussalam Puan izzati,
      Adalah digalakkan Puan untuk meneruskan memberi susu badan kepada anak Puan.
      Berkenaan anak tidak puas untuk menyusu badan itu, diharap Puan berjumpa dengan doktor untuk menyiasat apakah faktor2 yang menyebabkan bayi tidak puas menyusu badan, adalah sukar untuk saya member jawapan yang tepat atas soalan Puan ini. Secara amnya, apabila bayi telah diberikan susu formula secara berterusan, lama-kelamaan susu ibu akan berkurangan disebabkan kekurangan stimulasi dalam penghasilan susu badan.

  23. nurhoneyfa Avatar
    nurhoneyfa

    Waalaikumsalam dr.. Sy pernah bawa anak sy ke klinik pakar baby dr tersebut mnyuruh sy pergi hospital untuk mendapatkan rawatan sbab pada mulanya anak sy memang kekurangan air, anak sy ditahan wad 4hari tp masih tiada perubahan malah anak sy mengalami trauma bila melihat doct dan misi,doct tak benarkan anak makan ubat cirit..sy meminta kbenaran ingin pulang kerumah dan diizinkan sebab anak sy makan dan minum seperti biasa, kencing pun sgt byk.. Alhamdulillah ada perubahan cirit semakin kurang shari 3x walaupun dah 2minggu.. Cuma kurang aktif saja.anak sy masih memerlukan rawatan lagi ke doct?

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Puan Nurhoneyfa
      Kenyataan Pn mengenai anak masih kurang aktif itu agak merisaukan. Sekiranya anak puan semakin sembuh dari ciritbirit, sepatutnya dia sudah semakin aktif ataupun kembali kepada aktiviti yang biasa dia buat sebelum dia mendapat ciritbirit itu. Lebih-lebih lagi bila anak Pn menghadapi ciriitbirit yang agak lama iaitu dalam 2 minggu ni. Diharap Pn berjumpa semula dengan pakar baby berkenaan. Sekian terima kasih

  24. Dr Azhar Mahmud Avatar
    Dr Azhar Mahmud

    Assalamualaikum Pn Norhoneyfa
    Merujuk kepada kenyataan awal Puan berkenaan Anak Puan yang cirit yang lama, iaitu 2 minggu. Adalah Lebih Baik Puan membawa Anak Puan berjumpa Dengan doktor, Lebih lagi Puan memberitahu yang Anak Puan kurang aktif Dan lemah itu, lagilah dia memerlukan rawatan Dengan segera.
    Sekian Terima kasih.

  25. nurhoneyfa Avatar
    nurhoneyfa

    As salam dr.. Sy eyfa.. Anak sy usia 11bulan.. Cirit birit dah 2minggu.. Kalau awal2 cirit shari smpai 10x tp skrg shari 3x..keadaan dea lemah sgt,tak aktif sperti biasa,tp minum air kosong byk2,mkn pun okey..cuma dea tak brapa nak minum susu badan sgt.. Sblum neh anak sy kuat mnyusu…sy tak pernah bg anak sy susu formula.. Disebabkan risau dgn keadaan anak,sy nak tnya boleh ke anak sy minum air glukolin utk tambahkan tnaga? Sy takut ada kesan sampingan sbab stengah org kata boleh dan ada kata tak boleh..mohon penjelasan dr.. Trima kasih

  26. raihan Avatar
    raihan

    Salam doktor, saya raihan. Anak sy baru berusia 4bulan1mgu. Pada awalnya saya fully bf, tapi susu xcukop dirumah pengasuh, jd pengasuh beri ank saya air kosong lebih kurg 3oz..adakah saya masih dikira fully breastfeed?atau xlagi?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Raihan, adakah anda telah membaca artikel di atas? Memberi air kosong pada bayi adalah tidak dibenarkan maka perlu diberitahu kepada pengasuh bahawa ia sama sekali tidak boleh diberikan kerana akan memberikan kesan terhadap garam galian dalam darah bayi. Teruskan menyusu susu badan dan berhenti memberi air kosong. Jika atas sesuatu sebab tidak boleh memberikan susu badan maka beri susu formula yang dibancuh mengikut sukatan yang telah diberitahu pada tin susu. ya, masih dikira fully breastfeed sekiranya teruskan menyusu dan tidak lagi memberi air kosong. Sila baca artikel di atas agar dapat memahami maksud yang disampaikan dalam artikel tersebut ya.

  27. noramiraarwin Avatar
    noramiraarwin

    Assalamualaikum dr.. bantu saya yg sangat buntu ni.. anak saya baru nak masuk 2 bulan dan minum formula milk.. sangat suka susu, 4-5 oz selang 2-2jam 30min.. klau malam dia boleh minum hingga 6 oz tp tidur nyenyak selama 3-4 jam.. tp mslh sy anak sy akan muntah selepas sendawa.. kadang 1 jam lps susu pun dia muntah lagi lg2 waktu siang.. kakak sy ckp lubang puting terlalu besar, sy dh tukar dr avent, skrg pakai pigeon size ss pn masih jd mslh sama.. ada pula yg berpendapat salah beri susu, sblm ni sy beri s-26 gold, muntah mmg banyak dan pekat, skrg tukar enfalac a+ muntah xpekat mcm sblm ni tp masih sama.. hal ini buat baby sy xselesa perut di siang hari.. sy perlu tepuk belakangnya n beri dia muntah baru dia boleh senyum.. bb sy juga kalau siang dia aktif, semasa menyusu dia akan bersuara a a a seperti terlalu haus, tp bila mlm dia susu dgn mata terpejam dia xbunyi dan mlm mmg dia lena n muntah banyak.. adakah muntah disebabkan dia bersuara semasa menyusu dan berlaku colic lalu jadikan dia kerap muntah? Semua paed yg sy jumpa ckp perkara ini normal ): (berat lahir 3.72kg, selepas 1 bulan 4.97kg)

    1. noramiraarwin Avatar
      noramiraarwin

      Silap, anak sy nk masuk 3 bulan, harini dia 57 hari..

    2. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Sekiranya anak telah diperiksa oleh doktor dan tiada masalah yang serius , kemungkinan besar anak diberikan terlalu banyak susu. 4-5 oz untuk bayi 2 bulan adalah banyak dan terlalu banyak minum juga boleh menyebabkan anak muntah. Namun begitu , jika dia berkehendakan susu , berikan dan burp selepas menyusu. Susu dengan kepala ditinggikan dan bukan dalam keadaan baring. Kemudian , jangan dibaringkan terus tetapi didukung dengan kepala tinggi dari badan untuk 10-15 minit.

  28. Dr Azhar Avatar
    Dr Azhar

    *comment notification*

  29. azlina Avatar
    azlina

    Assalamualaikum doc,
    saya mempunyai seorang anak perempuan berumur 2 tahun 9 bulan. dia seorang yang sihat,aktif dan kurang demam tapi masalahnya dia kurang berat badan. beratnya skrg hanya 10.5kg…dia banyak minum susu dan air masak tapi kurang berminat untuk makan. Kuantiti dia makan sangat sedikit dan tidak kerap. puas saya cuba pelbagaikan makanan tapi semua dia tidak berminat. saya telah memberi dia beberapa jenis multivitamin tapi tidak memberi kesan yang ketara.macamana caranya untuk tarik minat dia untuk makan dengan lebih dan kerap supaya berat badan dia naik dan tidak underweight lagi…

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Azlina, kurang berat badan ada pelbagai punca. Nutrisi adalah salah satu daripadanya namun ada punca lain seperti penyakit kronik. Memandangkan maklumat yang diberikan tidak lengkap , kami tidak boleh merumuskan bahawa berat badan yang rendah dalam anak Puan adalah disebabkan faktor pemakanan sahaja. Namun begitu , sekiranya puncanya adalah pemakanan, boleh rujuk kepada artikel anak saya tidak mahu makan . http://www.doktorbudak.com/2013/07/18/anak-saya-tak-mahu-makan/

      Seperkara lagi , adakah dia kuat minum susu atau milo dan sebagainya yang mungkin menyebabkannya kurang makan .

  30. Hamba Allah Avatar
    Hamba Allah

    Assalamualaikum doc, saya ada soalan, anak saya baru lahir 2 minggu lepas, anak saya kerap bf sampai 12am-6am(6hrs),pagi hingga malam tidur,tengahmalam hingga pagi bf kerap lapar,isteri saya tidak banyak mengluarkan air susu sehingga anak kerap lapar di subuh hari. apa saya harus membuatkan anak saya mengikuti penysusuan normal 2jam.

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      waalaikumussalam,

      Bayi kebiasaannya menyusu setiap 2-3 jam. Tidak semua bayi menyusu setiap 2 jam. Tanda-tanda bayi mendapat susu yang mencukupi ialah berat badan bayi bertambah (namun pada awal kelahiran bayi hilang berat badan , dan pada umur 2 minggu perlu mendapat balik berat lahir sekurang-kurangnya), kencing banyak lebih kurang 6 kali sehari, buang air besar 2-3 kali setiap hari ( ada yang buang setiap kali lepas menyusu), bayi kelihatan kenyang dan boleh tidur selepas menyusu. Jika berat badannya berkurang dan anak tidak kencing dengan banyak , maka ia tidak mendapat susu yang mencukupi dan jika tidak aktif perlu berjumpa doktor.

      Ada beberapa jenis makanan yang boleh diambil untuk menambahkan susu:
      halba,kurma merah , oats, ulam jantung pisang, pegaga, betik muda tapi ini semua perlu dibuat dengan penyusuan kerap atau pemerahan susu. Ini kerana jika susu sebenarnya banyak didalam dada dan tidak dikeluarkan , hormon tidak dikeluarkan untuk menambah susu. Juga penting untuk tidak stress. Alternatif lain ialah mendapatkan ubat menambah susu oleh doktor.

  31. Lin Avatar
    Lin

    As salam doc,
    Minggu depan anak sy akan msk 7bln. Seawal 6 bulan aritu, sy sudah perkenalkan puri buah & puri sayur..
    Masalah skrg,sudah hampir seminggu anak sy sembelit.Makanan terakhir sebelum sembelit ialah puri labu dan dalam tempoh semgu ini sy dah gantikan dgn puri pir& puri prune…Walaubagaimanapun,die masih mengalami sembelit. Adakah disebabkan kurang air kosong?adakah sesuai bayi 7bulan dimasukkan ubat utk membuang?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Wsalam,
      Apakah maksud puan apabila mengatakan anak sembelit – adakah jarang berak dan najisnya keras? adakah dia perlu meneran? Ini perlu ditentukan dahulu kerana jika najisnya lembut , berak banyak tetapi bukan setiap hari ini, ini bukanlah dipanggil sembelit. Namun jika dia memang sembelit , banyakkan serat dalam makanannya. Buah-buahan dan sayuran. Adakah dia siberi susu badan atau susu formula? ubat melalui bontot bukanlah jawapan pada permasalahan ini walaupun ia diberikan jika perlu. Kalau keadaan berlanjutan , berjumpa doktor .

      1. Lin Avatar
        Lin

        terima kadih doc atas respon yg diberi. anak saya diberikan susu badan sepenuhnye.. yes, anak terpaksa meneran dan menangis kesakitan.. kadang2 najis nya sedikit sahaja sebesar ibu jari..saya cuba untuk menggelak dari ubat melalui bontot tapi sedih melihat keadaan anak ketika meneran.

        1. doktorbudak Avatar
          doktorbudak

          Lin boleh berjumpa doktor untuk diberikan ubat makan untuk melembutkan najis. Ubat bontot digunakan apabila sangat perlu tetapi bukanlah jawapan kepada rawatan sembelit. Adalah wajar untuk dapatkan rawatan pakar di klinik kesihatan ( Family medicine specialist) atau pakar pediatrik jika ini satu masalah yang berlarutan.

  32. mum r&r Avatar
    mum r&r

    assalam doktor,
    sy ada persoalan, anak sy skrg berumur 11bln tetapi sy bcadang nak mberikan susu formula yg dikhaskan utk kanak2 yg berusia 1th ke atas (cht sustagen junior 1+) adakah tindakan saya ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak saya… utk pengetahuan doktor, sekarang ini anak saya minum susu dutch lady langkah 2 – lepas shj menyusu dia akan buang air… kdg2 najis xla cair sgt.
    harap doktor dpt bantu….
    makasih….

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Waalaikumussalam
      Berkenaan soalan Puan di atas, sebelum menjawap soalan tersebut, bolehkah saya mengetahui kenapa Puan ingin mencepatkan pemberian susu formula berkenaan? Adakah anak Puan menghadapi apa2 masalah ngan susu yang sekarang dia minum? Bagaimana dengan berat badan anak tuan? Jadi ada banyak persoalan2 yang perlu saya ketahui.
      Secara amnya, bayi selepas usia 6 bulan memerlukan makanan tambahan selain daripada susu semata2 kerana perkembangan fizikal dan mental semakin meningkat setelah usia 6 bulan. Sekiranya berat badan anak Puan adalah normal dan aktif dan menampakkan perkembangan yang baik, tiada apa yang perlu Puan risaukan.

      1. mum r&r Avatar
        mum r&r

        terima kasih atas feedback dr doktor.
        berat anak sy sekarang ni 8.4kg buat masa ni anak sy mmg xmo mkn bubur or nasi… da pelbagai cara n jenis mknan yg sy cuba berikan ttp juga tidak mberi kesan. dia akan makan sekiranya dia nak. itupun 4/5 kali suap shj. susu formula yg sy berikan setakat ni dutch lady langkah 2 – akan tetapi setelah menyusu anak sy mesti/selalunya akan buang air besar (samada cair / x). anak sy ni kuat menyusu, dlm sehari 7/8 kali (botol 4oz).
        itulah sebabnya sy nak tukar susu tersebut. sy nak tanya juga, anak sy masih belum tumbuh gigi… adakah ianya normal…. harap doktor dpt beri penjelasan…

        makasih…. wassalam….

        1. doktorbudak Avatar
          doktorbudak

          Puan boleh rujuk pada artikel oleh pakar gigi kanak kanak kami

          http://www.doktorbudak.com/2013/11/11/anak-saya-setahun-masih-belum-tumbuh-gigi/

  33. Dr Azhar Mahmud Avatar
    Dr Azhar Mahmud

    Assalamualaikum Puan Arini
    Jika merujuk kepada soalan Puan, berat bayi Puan semasa lahir adalah 3.22kg dab sekarang semasa usia 4 bulan, berat sudah mencapai 5 kg. Jika menurut pengiraan biasa dalam perubatan kanak2, sifirnya adalah bayi sepatutnya mencapai 2 kali ganda berat lahirnya semasa mencapai usia 6 bulan dan 3 kali ganda berat lahirnya semasa usia 12 bulan. Jadi berat bayi Puan adalah mencukupi bagi usia bayi yang berusia 4 bulan.
    Walaubagaimana pun, bayi biasanya ada lawatan di klinik-klinik kerajaan(ataupun swasta) untuk menimbang berat dan untuk suntikan imunisasi, dan ada pemantauan berat badan/tinggi/ukuran lilit kepala dijalankan, sebarang masalah disegi perkembangan akan dipantau oleh doktor atau jururawat terlatih diklinik tersebut dan akan dimaklumkan kepada Puan bagi tindakan lebih lanjut.
    Untuk menambahkan berat badan, bayi setelah usia 6 bulan, keperluan badanya adalah lebih meningkat dimana bayi perlukan lebih banyak protien/karbohidrate/lemak dan zat2 galian dan susu semata2 adalah tidak mencukupi, jadi diharapkan Puan dapat memperkenalkan makanan tambahan (bubur) bila usia bayi meningkat 6 bulan nanti.
    Di harap Puan arini berpuas hati dengan jawapan saya ini.
    Sekian

  34. arini Avatar
    arini

    hello dr,
    anak saya berumur 4 bulan, semasa lahir berat baby 3.22 kg,tp dh 4 bulan berat br naik 5 kg. dia minum susu agak banyak juga dan buang air besar 2 kali sehari. yang merisaukan saya berat badan naik tapi sgt sedikit..tlg bg nasihat apa yg patut sy lakukan.

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Assalamualaikum Puan Arini
      Jika merujuk kepada soalan Puan, berat bayi Puan semasa lahir adalah 3.22kg dab sekarang semasa usia 4 bulan, berat sudah mencapai 5 kg. Jika menurut pengiraan biasa dalam perubatan kanak2, sifirnya adalah bayi sepatutnya mencapai 2 kali ganda berat lahirnya semasa mencapai usia 6 bulan dan 3 kali ganda berat lahirnya semasa usia 12 bulan. Jadi berat bayi Puan adalah mencukupi bagi usia bayi yang berusia 4 bulan.
      Walaubagaimana pun, bayi biasanya ada lawatan di klinik-klinik kerajaan(ataupun swasta) untuk menimbang berat dan untuk suntikan imunisasi, dan ada pemantauan berat badan/tinggi/ukuran lilit kepala dijalankan, sebarang masalah disegi perkembangan akan dipantau oleh doktor atau jururawat terlatih diklinik tersebut dan akan dimaklumkan kepada Puan bagi tindakan lebih lanjut.
      Untuk menambahkan berat badan, bayi setelah usia 6 bulan, keperluan badanya adalah lebih meningkat dimana bayi perlukan lebih banyak protien/karbohidrate/lemak dan zat2 galian dan susu semata2 adalah tidak mencukupi, jadi diharapkan Puan dapat memperkenalkan makanan tambahan (bubur) bila usia bayi meningkat 6 bulan nanti.
      Di harap Puan arini berpuas hati dengan jawapan saya ini.
      Sekian

  35. Dina Avatar
    Dina

    As salam Doc

    Saya nak tanya apa yang menyebabkan bacaan potasium pada bayi tinggi sedangkan mereka cuma minum susu ibu dan susu formula sahaja. Apa kesan daripada potasium tinggi untuk bayi. Umur bayi 22 hari.

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Waalaikumussalam Puan Dina
      Sebelum saya menjawap soalan Puan, ingin diketahui mengapa anak Puan diambil darah? Sebab2 kenapa paras Potasium tinggi ada banyak, dan untuk mengetahui puncanya, kita kenalah mengetahui kenapa darah perlu diambil dan untuk tujuan apa, hinggakan jika berlaku kesukaran ketika mengambil darah pun boleh menyebabkan paras Potasium darah menjadi tinggi. Diharapkan Puan dapat merujuk semula kepada doktor yang mengambil darah anak Puan itu, untuk mendapat lebih maklumat berkenaan bayi Puan.

  36. moon Avatar
    moon

    salam doc.. bolehkah bg minum baby air kosong sedikit (10 ml) selepas baby minum ubat? baby umur 4bln.

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Waalaikumusalam Puan moon,
      Berkenaan soalan Puan, setakat member sedikit air kosong selepas minum ubat atau minum susu, rasanya tiada memberi apa2 mudarat kepada bayi Puan.
      Sekian

      1. raihan Avatar
        raihan

        Assalam doktor, adakah ini masih dikira fully breastfeed?

        1. Dr Azhar Mahmud Avatar
          Dr Azhar Mahmud

          Waalaikumussalam
          yer Puan Raihan, anak masih dikira breast feeding.

  37. akmar Avatar
    akmar

    as salam doktor.sy akma.sy mempunyai bayi 7 bulan.baru-baru ini baby menghidapi mslh cirit birit kerap dan agak cair.ini menyebabkan dia kerap berak-berak 5-8 kali.sy telah bawa ke klinik.dan telah diberi air garam dan ubat air kaopec.walaupun cirit birit tapi baby masih lg hendak mkn dan minum seperti biasa serta aktif.dia juga telah bf dan minum susu formula.sy tidak tahu faktor yg mnyebabkan cirit kerana pada hari kejadian sy hanya beri bubur dan epal merah.dan esoknya baby terkena cirit.adakah sy mkn akan menyababkn lg baby cirit seperti yg sy beritahu baby masih bf.

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      waalaikumussalam Puan Asma
      berkenaan masalah cirit birit tersebut,
      adalah penting bagi ibu/bapa atau penjaga untuk memerhatikan apa jenis makanan yang diberikan kepada bayi sebelum kejadian cirit/birit itu berlaku, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan bayi mengalami cirit/birit dan ini adalah disebabkan bayi alah kepada kandungan protein ataupun karbohidrate dalam makanan itu.. dan biasanya cirit birit itu disusuli dengan najis yang berdarah dan kulit tumbuh ruam2 yang banyak, walaubagaimanapun kejadian seperti ini jarang2 terjadi. Di harap Puan akmar lebih berhati2 semasa memperkenalkan makanan baru kepada bayi Puan.
      Selain daripada itu, ada juga penyakit seperti ACUTE GASTROENTERITIS dimana bayi mengalami cirit birit dan/atau muntah yang teruk disebabkan jangkitan virus di dalam saluran makanan, dan biasanya doktor akan memberi minum air garam bagi mengganti air dan garam galian yang telah hilang selepas bayi muntah/cirit. Jika cirit/muntah berterusan bayi boleh mengalami dehidrasi yang teruk dan perlulah dimasukkan ke hospital untuk dimasukkan air untuk membantu atau mempercepatkan proses pemulihan dari sakit tersebut(jika bayi langsung tidak boleh minum).
      Bagi soalan Puan, ada kemungkinan bayi puan mengalami tanda2 awal sakit ACUTE GASTROENTERITIS, tapi tidaklah terlalu teruk sampa perlu dimasukkan ke hospital, cukuplah untuk Puan memastikan bayi puan mendapat minum yang secukupnya di rumah.
      Di harap jawapan ini dapat menjawap persoalan Puan, sekian terima kasih.

  38. Michelle Eves Avatar
    Michelle Eves

    Hi doctors,
    My baby is just 1 month old.
    She hungry very fast.
    I’m on mix feeding, I gave breastmilk and formula. She is drinking s-26 formula milk.
    Each feeding (formula/breast milk) she drink 120-130 ml.
    When she drink formula, it suppose can last for 3 hr, but she get hungry after 1 1/2 – 2 hr feeding, while if she drink breastmilk, she will get hungry after 1 hr feeding.

    Is that normal to have baby hungry that fast?
    Anyway I could prolong her hunger, so she won’t be hungry that fast?

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      thanks for the question…
      there are many reasons why baby gets hungry very fast, but Madam Eves, i would like to know, whats her current weight? good weight gain? if good weight gain, its okey with your current feeding. Other thing is about, how do you do the milk dilutions? some parent likes to dilute their baby’s milk as baby get constipated, hard stool if she feed the baby with normal dilution.
      If not, just continue with your current feeding, and allow baby to have demand feeding, especially while on breast feeding…

  39. ira Avatar
    ira

    As salam Doc, Saya mempunyai seorang anak lelaki yang telah berusia 2 tahun 2 bulan. Sejak lahir anak saya memang full fb sehingga genap umurnya 2 Tahun bulan November lepas. Sejak itu, saya cuba campurkan susu formula dengan susu badan yang diperah. Lama kelamaan anak saya tak nak susu langsung selain direct bf. Saya jadi tak sampai hati nk stop susukan anak saya kerana sejak masuk awal tahun ni, anak saya langsung tak nk minum susu di taska. Tetapi akan minum banyak air selain susu. Ini menimbulkan kerisauan kepada saya sedangkan saya nk berusaha untuk putuskan susu badan. Soalan saya, adakah mudaratkan anak sekiranya usia semuda itu tidak mahu susu formula lagi. Apa yang harus/doctor boleh cadangkan. Untuk makluman doctor, anak saya tiada masalah bab makan, dia memang seorang pemakan dan kuat minum air.

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Waalaikumussalam,
      tahniah buat Puan Ira sebab dapat memberikan ‘exclusive breast feeding’ buat anak Puan sehinggalah umur anak sampai 2 tahun. Untuk bayi yang ‘exclusive breast feeding’ adalah digalakkan untuk memberi susu badan yang diperah semasa waktu bekerja. Ini kerana bayi Puan sudah biasa dengan susu Puan itu. Sekiranya bayi mendapat nutrisi yang secukupnya, berat badan bayi akan meningkat dan diharap Puan dapat memantau kenaikan berat badan bayi puan. Semakin meningkat umur bayi, semakin banyak zat2 lain yang diperlukan untuk tumbesaran anak-anak dan susu semata2 adalah tidak cukup untuk mendapatkan tumbesaran bayi yang sedang membesar ini. Jika anak Puan tidak ada masalah dalam bab makanan, jadik secara amnya tiada apa yang perlu Puan risaukan, cuma Puan perlulah memantau perkembangan dan berat badan anak Puan dari masa ke semasa.

  40. Irene Moo Avatar
    Irene Moo

    Bolehkah budak berumur 10 tahun mengambil Vitamin E-250 I.U disebabkan budak ini mengalami penyakit kulit Ezyma yang teruk.Harap tuan/puan dapat memberi tunjuk kepada saya untuk menjaga budak yang berpenyakit kulit kering ini.Terima kasih.

    1. Dr Azhar Mahmud Avatar
      Dr Azhar Mahmud

      Terima kasih buat Puan Irene Moo atas soalan di atas,
      secara amnya, bagi budak yang mengalami penyakit kulit kering yang teruk,
      adalah digalakkan untuk mengunakan bahan pelembab(contohnya aqeous cream) setiap kali lepas mandi, dan jangan kerap sangat sabun yang mana akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Walaubagaimanapun, untuk kes-kes yang mempunya ekzema yang teruk, adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor kulit untuk mendapat rawatan yang lebih jelas dan baik.