Anak saya setahun masih belum tumbuh gigi

gigi2

Q: Anak saya baru sudah genap setahun. Tapi sampai sekarang giginya belum tumbuh lagi. Beliau mempunyai selera makan tetapi mengalami kesukaran untuk mengunyah makanan kerana tiada gigi. Tapi beliau tidak mahukan makanan yang lembut. Adakah saya perlu risau? Apakah langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan pertumbuhan gigi beliau? Terima kasih (Siti)

A:

Puan Siti,

Secara umumnya, gigi susu tumbuh (erupsi) semasa anak berusia 6 bulan. Ianya diawali dengan siri gigi bawah (6-10 bulan) dan siri gigi atas (8-12 bulan). Walaupun demikian, pertumbuhan gigi di antara kanak-kanak berbeza, dan untuk segelintar kanak-kanak, pertumbuhan gigi hanya berlaku semasa usianya mencapai 1 tahun. Ini adalah variasi biasa (normal variation).

Erupsi gigi dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti genetik, kaum, jantina dan faktor setempat (local factor). Di antara faktor yang sering dikaitkan dengan gigi susu lambat tumbuh adalah tulang rahang atau gusi yang tebal sehingga melambatkan gerakan gigi untuk menembus keluar. Keadaan ini akan lebih teruk sekiranya kanak-kanak menggunakan gusi untuk mengunyah makanan yang keras.

Namun, jika gigi susu masih tidak tumbuh selepas anak berusia 18 bulan, puan perlu membawa anak untuk diperiksa oleh doktor gigi. Jika perlu, pemeriksaan radiografi boleh dilakukan untuk mengenali faktor yang melambatkan erupsi gigi.

( answered by Dr Kalaiarasu Peariasamy )


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

One response to “Anak saya setahun masih belum tumbuh gigi”

  1. Nisa Avatar
    Nisa

    Doktor, adakah kurang kalsium dianggap sebagai salah satu faktor lambat tumbuh gigi?