Question: Salam doktor,
Saya mempunyai 2 org anak lelaki berumur 3 tahun 1 bulan & 1 tahun 6 bulan. Anak sulung saya mempunyai fizikal yang kecil (seperti kanak2 berumur setahun)..hampir menyerupai fizikal adiknya. Anak sulung saya mempunyai tabiat suka kemam makanan di dalam mulut dan menghabiskan masa yang lama untuk menghabiskan setiap suapan makanan. Dia seorang anak yang aktif dengan berat badan hanya 10.5kg. Saya risau dengan perkembangan anak saya. Dulu anak saya pernah ditahan di hospital kerana masalah bronchiolitis dan masih ambil nebulizer sehingga sekarang (tapi bukan selalu). Sejak itu berat & tinggi anak saya tak naik. Adakah masalah ini menyebabkan selera makan anak saya kurang? Perlukah saya berjumpa nutritionist? Harap doktor boleh berikan pandangan. Terima kasih.
Answer: Apabila anak tidak naik berat badan , ada 3 perkara secara asasnya perlu di perhatikan . 1) input – adakah pemakanannya bagus atau tidak ( melalui deskripsi puan , nampaknnya ada masalah di situ) , 2) output – sesetengah kanak-kanak makan bagus tetapi yang keluar juga banyak cthnya kerap muntah dan cirit birit ( saya andaikan tiada ) dan 3) penyakit – sekiranya die kerap batuk malam atau awal pagi , batuk dan mengah disebabkan aktiviti suka atau main , contohnya mungkin menunjukkan dia ada asthma walaupun jarang jarang dapat nebulizer. Maka dalam hal begini, dapatkan surat rujukan ke pakar pediatrik dahulu. doktor akan memeriksa dan menentukan punca berat badan tidak naik.
Comments
2 responses to “[Q&A] Masalah perkembangan anak saya.”
doktor,
saya mempunyai anak berumur 2 thn 4 bln. masalah sekarang dia tidak suka makan dan suka kemam makanan. kadang2 nasi dia akan kemam smpai jd cecair dan luahkan keluar. kuantiti makanan yang dia makan pun tidak lebih dari dari 6 suap untuk 1 hidangan. berat badan dia pula 14.5 kg dan seorang yang sangat aktif. waktu tidur tgh hari dia antara pukul 6ptg-8.30mlm.. dan bgun pagi adalah sekitar pukul 8.30pg hingga 9.30pg.. bagaimana cara untuk atasi masalah pemakanan anak saya?… ikan, daging dan ayam dia akan luahkan balik bila makan.sayur pula hanya carrot sahaja yang dia berminat. dah pelbagai menu saya sediakan untuk anak saya tapi dia masih suka kemam makanan dan luahkan semula.
Aniz, boleh rujuk pada tips tips pada artikel di http://www.doktorbudak.com/2013/07/18/anak-saya-tak-mahu-makan/