[Q&A] Anak 4 tahun enggan ke taska

Question: Assalamualaikum dn salam sejahtera. Saya ingin bertanya bagaimana untuk menghadapi masalah anak enggan ke taska. Anak perempuan saya berusia 4 tahun. Pada hari pertama dia sangat bersemangat untuk ke taska dan pulang dalam keadaan gembira tetapi hari ke dua dan seterusnya dia enggan kesekolah dengan pelbagai alasan. Saya ingin tahu adakah usia 4 tahun usia yang sesuai ke sekolah. Saya khuatir dia akan ketinggalan didalam pembelajaran dan tumbesaran kerana melihat anak-anak sekarang telah dihantar ke taska pada usia awal lagi. (ahmad syah)

Answer: Salam, Umur yang sesuai untuk ke sekolah bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. Ada juga kanak-kanak yang sudah berminat untuk ke sekolah pada umur 4 tahun dan ada juga yang masih belum bersedia. Mungkin artikel2 ini boleh membantu tuan https://www.doktorbudak.com/2013/12/07/anak-saya-menangis-bila-dihantar-ke-taska/ https://www.doktorbudak.com/2014/02/19/anak-tak-nak-pergi-sekolah/


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “[Q&A] Anak 4 tahun enggan ke taska”

  1. azzalea n arissa Avatar
    azzalea n arissa

    Salam doc,

    Saya seorang ibu kepada 2 anak. seorang berusia 3 tahun 6 bulan dan seorang berusia 1 tahun 5 bulan. Saya ibu yang bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang. Kedua-dua mereka dihantar ke nursery sejak berusia 3 bulan. Baru-baru ini sekitar 2 minggu, sy tukarkan anak saya ke taska yang lebih hampir dgn office saya. anak kedua saya 1 thn 6 bulan dapat menerima persekitaran baru tersebut. anak pertama saya tidak dapat menerima, dia menangis, tidak mahu turun dari kereta, menyorok dibelakang kerusi kereta, jika sy buka pintu depan dia lari ke belakang sambil menangis. anak saya menangis untuk ikut saya ke office dan tidak mahu pergi taska, bila ditanya dia aan menjawab sbb teacher suruh tidur. ada satu hari bila saya sampai ke taska, anak saya rupan-rupanya mengunci diri sendiri dengan adiknya di dalam bilik tanpa ada sesiapa. bila teacher yang selalu memujuknya panggil, baru dia buka pintu. saya perlukan pendapat, adakah perlu diteruskan taska yang baru atau saya perlu berpatah balik ke taska lama. punca saya menukar taska adalah kerana di taska baru lebih sistematik dari segi pembelajaran awal kanak-kanak.

    sekian terima kasih.