Anak saya menangis bila dihantar ke taska

anxiety

Q: Doktor, anak saya berusia 1 tahun 11 bulan dan sudah 2 minggu saya menghantarnya ke nursery/taska. Untuk pengetahuan doktor anak saya dihantar kepada pengasuh sejak berusia 2 bulan. Namun sejak akhir-akhir ini pengasuhnya kerap tidak sihat dan mencadangkan kepada saya untuk menghantar anak saya ke nursery. Walaupun sudah 2 minggu, anak saya masih menangis tiap kali dihantar dan diambil dari nursery. Apabila ditanya, dia akan menjawab ‘takut sekolah’. Kebelakangan ini juga dia sering mengamuk sekiranya membantah apa yang dikehendakinya. Pada pendapat doktor, adakah ini akan menggangu perkembangan emosi anak saya dan apakah kesannya kepada perkembangan emosi anak saya. Terima Kasih (Siti)

A: Salam sejahtera Puan Siti,

Adalah normal bagi kanak-kanak yang berumur antara 7 bulan dan keatas untuk mempunyai stranger anxiety.  ‘Stranger anxiety’ adalah salah satu pencapaian tumbesaran (milestone) dari segi pertumbuhan sosial seorang kanak-kanak. ‘Stranger anxiety’ atau dengan bahasa mudahnya ialah ‘takut orang’, atau takutkan seseorang yang mereka tidak kenali.

Mereka juga mula mengalami ‘separation anxiety’ atau takut/ gentar untuk berpisah dengan ibubapa. ‘Separation anxiety’ juga adalah sesuatu yang normal bagi kanak-kanak yang berumur sedemikian.

Pekerja-pekerja di nurseri adalah orang-orang yang anak puan tidak kenali, dan memang wajar beliau merasa takut dan menangis. Anak puan mungkin akan mengambil masa berminggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan yang baru.

Namun, sekiranya ‘separation anxiety’ berlaku dengan tiba-tiba atau berpanjangan, ada kemungkinan ada perkara lain yang berlaku. Perkara seperti penderaan atau buli boleh menyebabkan anak mengalami  ‘separation anxiety’ yang berpanjangan.

Setiap kelakuan kanak-kanak ada makna di sebaliknya. Setiap kelakuan yang negatif selalunya ada mesej yang mereka cuba sampaikan kepada kita. Setiap kelakuan adalah hasil dari satu keperluan yang tidak dipenuhi (a need not being met).

Di dalam keadaan ini, anak Puan Siti mengamuk menandakan ada sesuatu keperluan yang tidak dipenuhi. Bincanglah dengan pengasuh di nurseri mengenai masalah ini. Dapatkan laporan yang terperinci mengenai kelakuan anak di nurseri.

Adakah dia menangis sepanjang hari? Atau dia menangis hanya beberapa minit semasa dihantar? Adakah dia menangis hanya pada orang-orang tertentu? Pastikan tiada penderaan yang berlaku. Periksa sekiranya terdapat ada kesan-kesan penderaan.

Sekiranya anak puan telah boleh bercakap, berceritalah dengan dia mengenai nurseri itu dan cuba kenalpasti apakah yang menyebabkannya ‘takut sekolah’ dari cerita beliau.

Secara amnya, sekiranya kita ingin menghantar anak ke suatu tempat yang baru seperti pengasuh atau sekolah yang baru, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kerunsingan atau ‘anxiety’ anak, dan mencepatkan proses penyesuaian diri.

Antaranya:

Bercerita dan berbual dengan anak mengenai sekolah baru eg ‘nanti adik akan ke sekolah baru, nama sekolah tu ABC, nama cikgu….’. Janganlah menghantar anak secara tiba-tiba tanpa sempat membuat persediaan emosi yang secukupnya untuk anak.

Kenalkan kepada pengasuh yang baru, sebelum tinggalkan anak di tempat baru.

• Sekiranya boleh, cuba tinggalkan secara berkala e.g. hanya 10 minit di hari pertama, 30 minit di hari kedua dan seterusnya (bergantung dan sesuaikan dengan umur anak).

• Bekalkan barang/ permainan kesayangan anak seperti selimut, bantal yang anak suka.

Semoga berjaya!

harlina ( answered by Dr Norharlina Bahar )


Posted

in

by

Comments

32 responses to “Anak saya menangis bila dihantar ke taska”

  1. azzalea n arissa Avatar
    azzalea n arissa

    Salam doc,

    Saya seorang ibu kepada 2 anak. seorang berusia 3 tahun 6 bulan dan seorang berusia 1 tahun 5 bulan. Saya ibu yang bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang. Kedua-dua mereka dihantar ke nursery sejak berusia 3 bulan. Baru-baru ini sekitar 2 minggu, sy tukarkan anak saya ke taska yang lebih hampir dgn office saya. anak kedua saya 1 thn 6 bulan dapat menerima persekitaran baru tersebut. anak pertama saya tidak dapat menerima, dia menangis, tidak mahu turun dari kereta, menyorok dibelakang kerusi kereta, jika sy buka pintu depan dia lari ke belakang sambil menangis. anak saya menangis untuk ikut saya ke office dan tidak mahu pergi taska, bila ditanya dia aan menjawab sbb teacher suruh tidur. ada satu hari bila saya sampai ke taska, anak saya rupan-rupanya mengunci diri sendiri dengan adiknya di dalam bilik tanpa ada sesiapa. bila teacher yang selalu memujuknya panggil, baru dia buka pintu. saya perlukan pendapat, adakah perlu diteruskan taska yang baru atau saya perlu berpatah balik ke taska lama. punca saya menukar taska adalah kerana di taska baru lebih sistematik dari segi pembelajaran awal kanak-kanak.

    sekian terima kasih.

  2. Lee Avatar
    Lee

    Anak perempuan saya berumur 7 tahun. Pada minggu pertama dihantar kesekolah dia amat gembira. Tapi masuk minggu ke-2 dia mula menanggis. Dia belajar di sebalh petang tapi pagi pagi saya akan hantar dia pergi nursery. setiap pagi bila ditinggalkan di nursery dia akan menanggis. Tidak kuat tapi perlahanlah. TApi mengambil masa sejam lebuh baru diam. Bila ditanya dia cakap tak suka pergi sekolah rendah. Tak suka pergi Dewan sekolah sebelum masuk kelas. krn di dewan tak boleh cakap dan mesti ikut guru baca dan belajar. Dia ada mention dia suka belajar di kelas tapi tidak suka belajar di dewan. Mayb dewan banyak org? krn dewan ada darjah 1 – 3 dikumpul bersama. Jam 12.00-1.00. Nursery cikgu ada kata dia ok bila masuk kelas tapi sebelum masuk kelas dia akan menanggis. dan bila tak ada apa apa buat dia terfikir akan menanggis lagi. Apa patut saya buat? sudah dejelaskan pada dia walaupun menanggis saya tetap akan meninggalkan dia di nursery jadi mengapa tidak mahu gembira ucap bye bye dhn mummy? Patut kah dimarah atau dihukum kalau selalu macam ini?

    1. Dr. Norharlina Bahar Avatar
      Dr. Norharlina Bahar

      Hi Lee,
      Tidak, anak Lee tidak patut dimarahi atau dihukum. Anak sedang cuba menyesuaikan diri dengan rutin yang baru.
      Saya cadangkan untuk gunakan konsep ‘positive reinforcement’ menggunakan carta bintang. Mungkin artikel ini boleh membantu
      http://www.doktorbudak.com/2014/02/19/anak-tak-nak-pergi-sekolah/

  3. hamidah Avatar
    hamidah

    Assalam Dr. Norharlina Bahar, saya mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 tahun. Saya mula menghantarnya ke taska pada tahun ini. Dia seorang yang suka berkawan. Masa mula2 hantar dia mengambil masa 2 hari untuk menyesuaikan diri dan tidak hiraukan saya apabila diberikan mainan. Kemudian, saya tidak menghantar dia kerana bapa mertua masuk ke hosptal. Saya hantar sehari kemudian cuti seminggu kerana dia demam dan cirit birit manakala taska tidak menerima kanak-kanak yang kurang sihat. Dia biasanya happy jika dihantar ke rumah pengasuh sebelum ini dan jarang menimbulkan masalah. Bermula minggu lepas, anak saya mula tak nak ke taska. Setiap kali sampai ke taska dia akan menangis. Tapi saya still hantar walaupun terpaksa memaksa dia turun. Bila ditanya adakah cikgu2 marah atau pukul, dia tidak jawab. Bila ditanya adakah kawan2 buli pun tidak jawab. Dia mahu ikut saya ke pejabat tetapi tidak mahu ke taska. Hari2 saya beritahu, esok kena pergi sekolah, sekolah beast, ramai kawan, banyak mainan. Dia akan jawab tak nak pergi sekolah. Saya takut emosinya terganggu kerana adakalanya dia mengigau ketika tidur seperti ketakutan. Mohon bantuan daripada Dr untuk memberikan pendapat kepada saya.

    1. Dr. Norharlina Bahar Avatar
      Dr. Norharlina Bahar

      Salam Pn Hamidah,
      Saya cadangkan puan berbincang dengan guru/ pengasuh taska tersebut untuk mendapat lebih penjelasan lanjut mengenai masalah anak. Then, you decide from there. Good luck

      1. hamidah Avatar
        hamidah

        saya dah berbincang dengan guru/pengasuh taska daripada minggu lepas. Jawapan yang diberikan sama sahaja, budak baru nak menyesuaikan diri. Sekejap sahaja dia menangis. Saya cuba alternatif lain nak bagi anak tidak menangis dengan meminta suami menghantar anak menaiki motor kerana anak lebih suka menaiki motor daripada kereta. Namun, anak tetap menangis. Bila ditinggalkan di taska, dia akan baring sambil menyusu dengan muka yang murung. Tiada senyuman atau lambaian malah salam pun tidak seperti di rumah pengasuh dahulu. Saya agak stress memandangkan sekarang ini sedang hamil 9 bulan dan akan bercuti tidak berapa lama lg.

  4. Puan Nor Avatar
    Puan Nor

    salam puan<sy nk tny..sy ade ank lelaki n perempuan..y lelaki berumur 5 tahun dan sering menangis bila sy hantar ke rumah pengasuh..sampai dia berlari mengejar kereta kerana tak nak masuk rumah pengasuh..saya n suami buntu nak menangani malsh ini..suami sy jenis y kurang sabar..sy risau jika dia hantar anak ke kg..tlg bg sy cara nak tangani mslh ini..

    1. Dr. Norharlina Bahar Avatar
      Dr. Norharlina Bahar

      Salam Puan Nor,
      Terlebih dahulu Pn Nor perlu membuat sedikit penyiasatan kenapa anak tidak mahu ke sekolah, seperti yang disarankan dalam artikel yang diatas.

  5. […] Adakah anda mempunyai masalah ini? Anak menangis bila dihantar ke taska untuk pertama kali? Berasa kasihan tetapi akhirnya terpaksa berbuat demikian keranan tuntutan pekerjaan? Semoga tips yang dikongsi ini membantu. Artikel ini juga boleh dibaca di DoktorBudak. […]

  6. Dr Norharlina Avatar
    Dr Norharlina

    comment notification

  7. nazura Avatar
    nazura

    salam doc,

    anak saya berusia 8 bulan dan dari usia 2 bulan ke taska yg sama. sjak dua minggu terakhir dia dah mula menangis bila hntr ke taska. yang memeranjatkan saya bila dia menangis dr rumah lagi sebelum masuk kereta untuk hantar ke taska. masuk dalam kereta menangis nonstop smpai ke tangan teachrnya.

    berapa lama nangis yang berpnjangan yg patut saya risau?

    1. Dr. Norharlina Bahar Avatar
      Dr. Norharlina Bahar

      sekiranya tangisan hanya sebentar dan sepanjang hari beliau tiada masalah di taska, itu adalah sesuatu yang normal. Saya cadangkan supaya puan berbincang dengan guru untuk memahami keadaan anak sepanjang hari.

  8. nur..abdul Avatar
    nur..abdul

    salam Dr…

    saya ibu kpd seorng anak lelaki b’umur 2 thn 9 bln..sy kematian suami sejak ank sy ni usianya 7 buln..sy hntar ank ke taska sjak setahun lalu, sbb pengasuh (yg duduk sbelah rumah sy) yg jga anak sjak usia nya 3 bulan dh x boleh jga anak lgi… mslahnya sjak dri hari pertama hntar anak msti menangis..klu dlu2 stakat menangis sja tp still lgi bleh bjln sndiri masuk dlm taska (sy hntar smpai depan pintu) tp minggu ni dia menjerit x nk turun kereta smpai kena sy dukung utk masuk ke dlm taska…bila sy ambil dri taskawktu petang dia dh mula cakap x nk pergi sekolah smpai klu terjaga semasa tidur malam pun still ckp x nk pergi sekolah..klu bangun pagi lagi teruk smpai menangis smbil ckp x nk g sekolah…dia jdi murung sekarang ni, klu sya bckp tntg sekolah dia akn jdi sedih….prnah satu hari dia ckp ‘kesian alif sbb xde ayah…kwn alif smua ada ayah’…sy jdi x tau nk buat ape dh…sy takut ada kesan buruk nnti pd anak sy

    1. Dr. Norharlina Bahar Avatar
      Dr. Norharlina Bahar

      Salam Pn Nur,
      Saya berharap puan telah membantu anak dan memberi beliau masa untuk proses ‘grieving’ disebabkan kehilangan ayahnya. Saya ucapkan takziah diatas kehilangan suami puan. Semoga segala urusan puan dipermudahkan.

  9. liza Avatar
    liza

    As Salam Doc..

    Saya ibu kepada seorang anak berusia 2tahun 8bulan. Januari 2014 saya start hantar ke nursery. Sebelum ni, dia di jaga oleh neneknya. Saya telah melakukan kesemua cadangan doc yang di atas.
    Saya start bercerita mengenai keseronokan dinursery dari tahun lepas.. di awal penceritaan, dia begitu teruja & seronok.
    Untuk permulaan saya start kenalkan anak dengan cikgu & kwn2x pada hujung bln disember 2013. Mula2x dia nampak suka & teruja. Saya duduk di nursery bersamanya selama 2jam untuk biarkan dia leka bermain. bila dia leka bermain saya senyap2x keluar dari nursery & menyorok. 2minit kemudian saya dengar suara dia menangis dan cikgu memujuknya. Akhirnya dia tidur dalam tangisan. untuk sesi perkenalan saya hanya tinggalkan 4jam sahaja.
    Namun keadaan masih sama sehingga sekarang, anak masih menangis apabila di hantar ke nursery. Dah hampir 2bulan, setiap pagi pasti menangis. Tetapi sekejap je, kemudian dia ok sepanjang hari.
    dari segi pergaulan, dia susah sikit nak mix dengan kawan2x lain, tapi apabila cikgu suruh dia akan buat. Setiap hari bila ditanya seronok tak main dengan kawan2x, dia akan anggukkan kepala. Dia kenal semua kawan2x di nursery, ini kerana bila terjumpa di luar dia akan tunjuk pada kami. Bila di tanya adakah itu kawan, dia anggukkan kepala.
    Saya memang sentiasa bertanya dengan pihak nursery, mereka mengatakan anak saya ok, menangis sekejap masa dihantar. Tapi saya tidak sanggup tengok anak pagi2x menangis. nak buat kerja pun tidak tenteram.Untuk makluman Doc, anak saya masih belum bercakap (late talker). Dan memang sedang sesi terapi bersama pakar di hospital.
    Saya & suami bercadang untuk menghantar anak ke pengasuh (rumah). sebab kami merasakan mungkin anak tidak biasa dengan persekitaran nursery. Adakah tindakan kami betul atau beri peluang pada anak untuk sesuaikan diri.
    Mohon cadangan & pendapat dr Doc

    1. Dr. Norharlina Bahar Avatar
      Dr. Norharlina Bahar

      Salam Pn Liza,
      Saya mohon puan rujuk kepada jawapan kepada seolan Pn Rose, seperti yang diatas. Harapkan ianya dapat membantu.

  10. Rose Avatar
    Rose

    A’kum Doc…

    Saya ibu kepada seorang anak tunggal lelaki yang berusia 4 tahun 2 bulan. Tahun ini saya mula hantar anak saya ke tadika. Seminggu ke tadika dia excited sangat. Masuk minggu kedua hingga sekarang, waktu pagi mesti menangis. Tapi bile waktu petang saya ambil dari tadika dia happy… Macam2 cerita dia akan bagi tau kepada saya dan husband. Berserabut juga kepala saya memikirkan masalah nie. Bila saya berbual dengan teacher and owner tadika dia cakap anak saya ok jer. Menangis time saya hantar je. Lepas tu bila saya sudah pergi dia akan ok sampai petang.
    Tapi naluri ibu, sedih tengok anak pagi2 menangis… Jadi ape perlu saya buat doc…

    1. Dr. Norharlina Bahar Avatar
      Dr. Norharlina Bahar

      Sebagai ibu, memanglah kita merasa sedih bila anak2 sedih. Nampaknya anak puan serasi dan ‘adapting well’ dengan tadika tersebut. Normal jika mereka merasa sedikit ‘anxious’ untuk berpisah dengan ibubapa setiap pagi. Jika menangis itu hanya sekejap dan anak nampak gembira di tadika selepas itu, saya rasa tiada apa yang perlu dirisaukan, insyallah. Mungkin puan yang kena tabahkan hati dan kawal perasaan ‘anxious’ puan untuk perpisah sementara dengan anak semasa menghantarnya ke tadika.

  11. susilawati binti zainal Avatar
    susilawati binti zainal

    As salam Doc,

    Saya ingin meminta bantuan nasihat dari doc iaitu berkenaan anak perempuan saya yang berusia 5 tahun …saya telah menghantar nya ke sekolah tadika kemas mulai tahun ini. Balik dari sekolah tadika, tengaharinya saya akan menghantarnya ke taska pula. Taska ini berada dalam bangunan saya bekerja sahaja. Untuk makluman doc, anak saya ini telah dihantar ke taska’ sejak berusia 3 tahun lagi.
    Masalah saya ialah anak saya akan menangis setiap kali dihantar ke tadika mahupun taska. (sewaktu berusia 3 dan 4 tahun juga begitu) Akan menangis setiap kali dihantar. Guru-guru di tadika dan taska akan memujuknya dengan bermacam alasan barulah dia akan berhenti menangis. Pernah dia menangis hingga tertido dan sanggup tidak mahu mkn… di tadika/taska dia hanya akan rapat dengan rakan tertentu sahaja. Apabila rakannya itu tidak hadir ke tadika @ taska dia akan buat perangai menangis dan kurang ambil perhatian bila belajar..

    Walaupun begitu, guru-guru mengatakan anak saya sebenarnya seorang anak yg bijak..cepat dapat bila diajar.

    Cuma saya merasa tertekan kerana anak sering menangis..dan rasa segan dengan guru-guru kerana menyusahkan mereka utk memujuk anak saya..Bila ditanya kenapa menangis setiap kali ke sekolah…anak saya akan memberikan bermcm alasan yang direkanya…saya risau dia mula bercakap bohong …kadanga-kadanga kata nak dekat dengan ibu ..dan kadang-kadang dia hanya mendiamkan dirinya..saya risau akan keadaan dia..risau ade masalah tertentu dengan anak saya..adakah ini normal bagi usia anak saya ? tapi anak lelaki saya yang berusia 8 thn Alhamdulillah tidak berperangai begini….saya harap doc dapat membantu…

    1. Dr. Norharlina Bahar Avatar
      Dr. Norharlina Bahar

      Setiap anak lain keperluannya, dan janganlah kita membuat perbandingan terutamanya didepan mereka. Anak puan mesti merasa sangat risau dan takut, dan menyebabkan beliau memberikan alasan yang pelbagai. Dia bukan berbohong. Tidak perlu merasa segan dengan guru-guru kerana mereka telah biasa dengan kelakuan anak-anak, dan itu adalah sebahagian dari tugas mereka.
      Artikel ini mungkin boleh membantu
      http://www.doktorbudak.com/2014/02/19/anak-tak-nak-pergi-sekolah/

      Semoga segala urusan puan dipermudahkan…

  12. Jamilah A. Razali Avatar
    Jamilah A. Razali

    Salam Doc,

    Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 tahun. Saya mula menghantarnya ke taska pada usia 2 tahun. Dia seorang yang suka berkawan. Masa mula2 hantar dia mengambil masa seminggu shj untuk menyesuaikan diri dan selalu happy bila dihantar ke taska. Start Disember tahun lalu dia tukar dari kelas 2y ke kelas 3y. Dia mula pandai bercerita mengenai aktivitinya di taska. Dia juga pernah cerita teacher marah dan pukul kawannya. Saya biasanya akan beri reaksi positif dan explain kenapa teacher marah dan pukul tapi saya tak pasti samaada dia faham atau tidak. Dia biasanya happy jika dihantar ke taska dan jarang menimbulkan masalah. Baru2 ni anak saya mula tak nak ke taska. Setiap kali sampai ke taska dia akan menangis dan tak nak turun kereta. Tapi saya still hantar walaupun terpaksa memaksa dia turun. Hari kedua saya berjumpa dgn penyelia taska dan discuss mengenai perkara tersebut. Penyelia taska tersebut berjanji untuk memantau anak saya. Pada hari ketiga baru anak saya memberitahu kenapa dia tak mahu ke taska. Katanya teacher pukul dan ada kawan yang suka tolak dia hingga jatuh bila bermain. Sehingga hari keempat anak saya masih tak mahu ke taska. Bila mengetahui keadaan tersebut saya merasa sangat bersalah untik memaksa anak saya ke taska. Saya takut emosinya terganggu kerana adakalanya dia mengigau ketika tidur seperti dimarah. Persoalannya, perlukan saya mengasingkan seketika sehingga dia ok baru hantar semula or ada apa2 cadangan lain. Saya sangat dalam dilemma skrg kerana saya rasa itu taska yang paling secure dan saya tidak terfikir untuk menghantarnya ke tempat lain.

    1. Riena Avatar
      Riena

      Salam..saya pun ada masalah yg sama..ank saya berumur 2 tahun 2bulan dan saya menghantarnye ke Taska since December 2013 dan dia adalah seorang kanak2 yg suke berkawan. 1st day saya hantar dia sgt teruja dan seronok dan tidak menangis langsung padahal sudah setahun die duduk dgn saya kebetulan saya tidak bekerja selama setahun kerana saya Hamil anak ke2.. Sebulan lebih die pergi ke Taska dengan gembira.. Senang bangun pg..mandi..sampai Taska selalu tak sabar2 nk masuk dan dia pandai bwk diri dan dekat sekolah teacher dia dan owner Taska pun ckp anak saya tak ada apa2 masalah..sume senang dan bila belajar dan ada aktiviti concentrated dan nak ikut tp sejak akhir2 ni dia tiba2 berubah perangai tak nak pegi Taska..jadi baran kuat marah..memberontak..kuat menangis..asal lalu jalan nk pegi Taska die jadi takut dan akan peluk saya atau baring atas riba saya tanda tak nak pergi Taska..die jadi sebak atau pun berair mata ckp x nk school..walaupun kadang2 saya ikut jalan yg sama tp ke arah tempat lain walaupun waktu mlm dia nampak je laluan ke Taska die akan berubah jadi takut..saya jadi sgt pelik dan mushkil..kenapa dgn ank saya doctor? Blh tlg bg pendapat dan nasihat?

    2. Dr. Norharlina Bahar Avatar
      Dr. Norharlina Bahar

      Salam Pn Jamilah & Pn Riena,
      Apakah ‘feedback’ dari penyelia taska? Adakah apa-apa perubahan mendadak di taska? Seperti guru baru?

      Saya berpendapat sekiranya anak terlalu ‘distress’ untuk dihantar ke taska, cuba cari punca dan sebabnya. Pastikan tiada unsur buli atau ‘abuse’.

  13. shaza bt baharuddin Avatar
    shaza bt baharuddin

    Salam doc,

    Anak sulung lelaki saya berumur 5 tahun dan saya ada menghantarnya ke tadika. Sebagai surirumah sepenuh masa, dia dijaga oleh saya sepanjang masa, 24 jam bersama saya. Sebelum ini dia memang begitu teruja untuk ke tadika. Oleh kerana dia pemalu dan susah untuk bergaul saya menghantarnya ke tadika pd bulan Dec bertujuan untuk dia mengenali sekolah, cikgu dan aktiviti2 di sekolah. Hari pertama dia memang ok, hari kedua dia mengadu bosan dan tiada kawan. (Dalam bulan Dec cuma ada 5 pelajar sahaja). Cikgu beritahu, apa yang disuruh oleh cikgu dia tidak mahu ikut, dan cuma tiga hari sahaja dia ke kelas pd bulan Dec.

    Bulan januari saya menghantarnya ke tadika, setiap kali sampai ke tadika dia akan memegang erat tangan saya. Tidak mahu melepaskan saya, sentiasa cakap…hendak dekat umi, hendak duduk dgn umi di rumah, hendak main-main di rumah, bosan duduk di sekolah. Cikgu menyuruh saya balik dan meninggalkannya dlm keadaan menangis teresak-esak di pintu. Luluhnya hati saya mendengar tangisannya tetapi cikgu mengatakn itu hanyalah sementara.

    Menurut cikgu, dia hanya menangis sekejap tetapi adakalanya tiba-tiba dia menangis. Ada waktunya, apa yang disuruh oleh cikgu dia enggan melakukannya. Bila cikgu suruh dia bermain-main dia agak susah untuk ‘mix’ dgn kawan2nya.

    Persenolitinya… dia pendiam dan pemalu. Kalau saya suruh dia menari ikut rentak di TV pun dia malu mengikutnya. Dia tiada kawan bermain, sewaktu dia lahir kami tinggal di perumahan yg baru, tiada jiran2…dan kemudiannya tinggal di apartment, tiada juga kawan bermain. Dia cuma ada adik lelakinya yg berumur 4 tahun. Mungkinkah persekitaran sebelumnya yg menyebabkan dia tidak pandai bergaul? Dia hanay bermain dgn sepupu2 lelakinya (kesemua sepupu lelaki).

    SEkarang setiap kali bila dia bangun pagi dan saya menyuruhnya ke sekolah, wajahnya terus muram, tidak ceria…seolah-olah pergi ke sekolah baginya sesuatu yang menyeksakan!!! Saya buntu bagaimana lagi untuk memujuk hatinya…

    Sudah dua hari dia tidak bersekolah, kejutkan bangun pagi dan menangis serta merayu …. Dia mengharapkan saya mengajarnya di rumah. Dia hendap menjadi pandai tetapi hendak dengan saya yg mengajarnya.

    Tolonglah saya doctor, bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

    1. Dr. Norharlina Bahar Avatar
      Dr. Norharlina Bahar

      Salam,
      Adakah puan telah berbincang dengan guru? Apa pendapat guru tentang sebab dia tidak mahu ke sekolah.
      Apakah syllabus tadika tersebut? Sesuaikah untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun? Adakah syllabus itu ‘fun’ atau lebih berorientasikan akademik?

      Sukar untuk saya memberi pendapat kerana ada banyak faktor yang mungkin menyebabkan anak tidak mahu ke taska. Mungkin artikel ini boleh membantu http://www.doktorbudak.com/2014/02/19/anak-tak-nak-pergi-sekolah/

      Diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu puan.

  14. Ina Avatar
    Ina

    Salam doc,
    anak saya umur 4 tahun baru masuk taska,mula2 menangis,2 hr leps 2 ok,saya selalu ckp sekolah best boleh belajar, bermain, anak saya pun ok suke je,tp bila waktu pagi saya hantar dlm kereta tiba2 dia ckp x nak sekolah,bla Tanya kenapa dia x jwb,cm he doc?

  15. raihan Avatar
    raihan

    Assalam doktor…anak saya berusia 3 thun….saya telah menghantar ke taska. pada hari pertama dia sangat teruja. tetapi semasa saya menjemputnya pada jam 4 ptg saya dapati dia sedang menangis. Dan mulai dari hari tersebut sehingga kini sudah seminggu dia kerap menangis di tadika Dan tidak mahu bergaul dengan kawan2 lain. setiap hari dia merayu tidak mahu ke sekolah. saya tetap menghantarnya kerana merasakan mungkin permulaan sahaja. tetapi semakin hari kerap menangis Dan pada hari ini dia menangis sehingga jam 12 tghari. dia hanya berhenti menangis semasa aktiviti outdoor shj. apabila masuk ke dlm kelas dia menangis semula. saya tergerak untuk mengambilnya paga jam 12tgh, Dan mendengar dia sedang dimarahi guru. apa yg perlu dilakukan doktor.

    1. Mudahtakaful Avatar

      Pn Raihan, Tahun lepas saya juga menghantar anak saya yang berusia tiga tahun ke sekolah. Namun ia ditemani oleh kakaknya (anak sulung saya) yang berusia 5 tahun. Hari pertama dia seronok dan teruja, tetapi kakaknya pula yang menangis. Hari kedua dia mula mengatakan taknak ke sekolah. Si Kakak pula mula serasi. Ianya berlanjutan hingga hari keempat. Selepas itu alhamdulillah…tiada lagi rungutan. Cuma sesekali sahaja dia merungut. Itu pun merungut kerana nak duduk rumah sebab nak bermain dengan saya.

      Nasihat saya, penting untuk pn mengetahui latar belakang sekolah, siapa gurunya, dan apa pengisiannya. Anak pun sudah berusia tiga tahun, saya yakin dia sudah boleh bercakap dan memahami percakapan. Maka, bertanyalah pada dia apa yang berlaku disekolah, apa yang dia belajar, apa yang dia makan, dan adakah dia dimarahi?sebab dia dimarahi?ada tak kawan-kawan memukul atau memarahi dia?

      Semua ini puan mesti ambil tahu. Situasi anak puan perlu segera puan selesaikan, kerana ianya akan memberi kesan psikologi padanya. Minatnya untuk ke sekolah akan hilang, bahkan dia boleh cenderung mendiamkan diri atau mungkin memberontak.

      Bila dia mengadu tak nak sekolah, jangan dimarahinya ye..Dia baru sahaja tiga tahun..Zaman kita dahulu, usia tiga tahun masih lagi diriba ibu…

      Banyakkan berkomunikasi dan menyelami hatinya..Dekati cikgunya untuk mengetahui perkembangannya di sekolah

      Anak adalah anugerah, juga tanggungjawab…

  16. Fairuz Sulaiman Avatar

    Assalamualaikum.. Ingin saya kongsikan sedikit ayat Quran. Surah Yusuff ayat ke 4. Bacakan sebanyak 3 kali semasa anak dalam tidur minda separa sedar. Katakan pada telinga dengan nada yang perlahan bahawa ayah dan ibu sayangkan dia. Insyallah.

    إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
    (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.

  17. Puan intan Avatar
    Puan intan

    Salam doc, saya mempunyai anak perempuan berumur 4 tahun lebih masuk 5 tahun. Saya juga telah menghantarnya ke tadika. Anak saya juga adalah anak tunggal. Anak saya juga menghadapi masalah tantrums, saya juga adalah org yg cepat marah dan kurang sabar dengan anak bila dia buat perangai terkadang saya memukul dia dan bila keadaan kembali tenang saya akan menyesal dan menangis. Sekarang dia mula menunjukkan sikap negatif dengan memukul atau menendang serta menjerit kpd saya jika dia marah. Saya sedar semua itu adalah kesan dari didikan saya yang salah. Masalah sekarang bila di tadika dia mula tidak mahu mendengar arahan guru dan melakukan aktiviti sendiri, serta tidak berapa suka bergaul dengan rakan sebaya. Apakah yg perlu saya lakukan sekarang? Dan adakah cara yg lebih baik untuk saya memperbetulkan keadaan ini? Tq doc..

    1. Mudahtakaful Avatar

      Salam Pn Intan. Ketika anak kita berumur dibawah 7 tahun ini adalah saat untuk mereka bermanja dan dimanjakan. Mereka inginkan perhatian ibubapa. Jangan dipukul atau dimarah hanya kerana anda MARAH. Pn perlu tahu kenapa nak marah, dimana nak marah dan bagaimana cara nak marah. Elakkan memukul mereka. Anak puan kini berusia 4 tahun, dia sudah pandai bercakap dan memahami percakapan orang lain. Bahkan dia sudah tahu tentang sedih, gembira, sayang dan takut. Anak pn sedang berada pada peringkat penting untuk membina jati diri mereka dan inilah peringkat yang akan mencorakkan bentuk hubungan antara dia dan puan. Pn masih ada peluanga untuk membentuknya. Terjemahkan kasih sayang pn pada nya dengan cara yang betul (bukan dengan cara membelikan itu dan ini), tetapi dengan cara memeluk dan mencium dia. Banyakkan berkomunikasi dengan dia dengan cara yang mesra. Luangkan masa untuk bertanya apa yang dia buat disekolah.Luangkan masa hujung minggu untuk bersama-sama. INGAT jangan dipukul atau dimarah tanpa alasan kukuh atau dengan cara yang salah…kerana bila dia besar, perkara yang sama dia boleh lakukan pada kita….Berdoalah pada Allah, moga dipermudahkan proses membesarkan zuriat..

      Anak adalah anugerah, juga tanggungjawab kepada setiap ibu bapa..

    2. Dr. Norharlina Bahar Avatar
      Dr. Norharlina Bahar

      Salam Puan Intan,

      Saya amat bersetuju dengan jawapan Mudahtakaful.

      Anak-anak akan belajar dan mengikuti apa yang ibubapa lakukan (modelling). Sekiranya ibubapa memukul dan menjerit semasa marah, mereka akan belajar bahawa sekiranya marah, mereka boleh menjerit dan memukul orang lain, sama seperti apa yang ibubapa lakukan kepada mereka.

      Puan boleh belajar cara-cara mengawal kemarahan dengan positif supaya boleh membaiki hubungan yang lebih baik dengan anak puan.

      Puan juga boleh ke link http://doktorbudak.com/2013/11/20/582/

      Diharapkan jawapan ini boleh membantu