Q: Siti, 9 tahun, tak mahu ke sekolah. Pada awal tahun, Siti sangat bersemangat untuk ke sekolah. Masuk minggu ketiga, Siti telah ditegur oleh guru kerana tidak membawa buku sekolah. Siti tak mahu ke sekolah pada keesokan hari, dan juga pada hari-hari selepas itu. Puas papa & mama memujuk, Siti tetap tak mahu ke sekolah. Siti mengadu sakit kepala, dan kadangkala sakit perut. Selalunya sakit bermula pada malam sebelum sekolah. Doktor telah mengesahkan Siti tidak mempunyai apa-apa masalah dengan perut, atau kepala. Di rumah, Siti akan menonton tv, atau bermain dengan komputer.
A: School refusal (tak mahu ke sekolah) sangat merisaukan ibubapa, dan juga guru. School refusal kerap berlaku terutamanya di awal tahun, atau di masa permulaan sekolah (tadika, darjah 1-2) atau di masa transisi (pertama kali ke sekolah; atau dari tadika ke sekolah rendah; atau dari sekolah rendah ke sekolah menengah)
Apa sebab-sebabnya?
Apakah maksud (meaning of the behaviour) di sebalik keengganan ke sekolah? Cuba fahami apa agaknya sebab dan meaning of the behaviour yang cuba disampaikan oleh anak?
Sekolah:
Dibuli di sekolah, kerja sekolah yang banyak, guru yang garang, atau kawan-kawan, dan lain-lain. Ibubapa boleh bertanya dan berbincang dengan cikgu atau kawan-kawan di sekolah untuk mengetahui tentang anak di sekolah.
Rumah:
Adakah terdapat apa-apa perubahan di rumah? Kadangkala anak nak duduk rumah kerana mahu ‘melindungi’ ahli keluarga (terutamanya ibu). Ia boleh berlaku jika ahli keluarga sakit, atau ada krisis di rumah. Contohnya pertengkaran kecil antara ibubapa, walaupun pertengkaran kecil, tetapi kanak-kanak boleh melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.
Ada 4 sebab utama kenapa anak tidak mahu ke sekolah: Kearney and Silverman (1999)
1. Untuk mengelakkan emosi tertentu (anxiety, takut, risau)
2. Untuk mengelakkan situasi tertentu (peperiksaan, dan sebagainya)
3. Untuk mendapatkan perhatian (terutamanya anak yang kecil, yang mempunyai separation anxiety)
4. Untuk melakukan aktiviti tertentu (menonton tv, bermain video games).
Ibubapa perlu cuba dapatkan pola/ pattern kelakuan tidak mahu ke sekolah. Ada hari-hari tertentu, atau masa-masa tertentu? Adakah subjek pelajaran atau seseorang yang anak cuba hindari?
Bagaimana membantu anak anda?
- Cari punca/ sebab. Cuba fahami apa yang merisaukan anak. Kanak-kanak selalu sukar bercerita secara lisan mengenai apa yang dirisaukan, terutama kalau ditanya ‘kenapa tak nak pergi sekolah?’. Tetapi ibubapa boleh memahami dengan mengajak anak bercerita, atau melukis mengenai sekolah atau rumah. Dari lukisan, kanak-kanak akan ‘bercerita’.
- Talk to your child. Berbual mengenai perasaan dan fear (ketakutan) beliau. Ini membantu.
- Tekankan aspek-aspek positif sekolah: boleh berjumpa & bermain dengan rakan-rakan, subjek kegemaran dan sebagainya.
- Berjumpa & berbincang dengan guru dan guru kauselor di sekolah. Bekerjasama dengan pihak sekolah. Work together, not against each other. Sekiranya masalah utama adalah buli, berbincanglah bersama dengan pihak sekolah bagaimana untuk menangani buli di sekolah.
- Tangani isu-isu keselamatan di sekolah melalui program antibuli dan anti keganasan, bersama-sama dengan pihak sekolah.
- Sekiranya anak murid mempunyai masalah pembelajaran yang menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah, pastikan mereka mendapat bantuan untuk masalah itu.
- Bersama-sama dengan pihak sekolah, jadikan sekolah satu persekitaran yang welcoming, engaging. Ini membantu pelajar merasa connected kepada sekolah dan guru.
- Kenalpasti satu tempat selamat safe place di sekolah (seperti di pusat sumber, di bilik kaunselor). Anak yang merasa sangat stressed atau overwhelmed boleh menggunakan safe place tersebut.
- Buat perancangan bersama guru untuk membenarkan anak ke sekolah secara berkala (progressive reentry).
10. Sekiranya anak di rumah sebab tidak mahu ke sekolah, pastikan dia tidak terlalu selesa di rumah. Anak perlu mengikuti rutin sekolah & jadual sekolah di rumah. Jangan biarkan dia menonton tv, tidur, bermain komputer. Masa Mathematik, buat latihan mathematik, masa English, buat latihan English, masa rehat, baru boleh rehat.
11. Mulakan ‘reward system’ seperti ‘Star Chart’. Setiap hari ke sekolah akan mendapat satu bintang. Cukup bilangan bintang (seperti yang dipersetujui oleh anak), akan dapat hadiah (reward). Reward tidak semestinya barang atau sesuatu yang mahal. Antara contoh reward yang tidak memerlukan wang adalah masa eksklusif bersama ibubapa, atau bermain bersama ibubapa.
12. Sekiranya masalah tidak mahu ke sekolah berlarutan dan anak mempunyai masalah psikologi seperti anxiety dan depression, dapatkan rawatan.
Selamat mencuba!
( by Dr Norharlina Bahar )
Comments
44 responses to “Anak tak nak pergi sekolah ?”
asklm Dr. saya mempunyaj masalah anak saya yang berumur 5 tahun. Guru tafika memberitahu dia terpaksa meletakkankan anak saya
Saya seorang pelajar di sekolah menengah. Saya memang tak ada pergi sekolah sebab kelas saya setiap hari hanya satu atau dua cikgu yang masuk . lagi satu saya dah kelas last dan saya seorang saja melayu .macam mana saya nak belajar?.semangat nak belajar tu ada..
Saya ada seorang anak yang degil sangat nak pergi sekolah . Bila cakap je sekolah mesti banyak alasan . Umur dia 12 tahun , tahun ni dia hadapi UPSR. Tolong bagi cadangan doktor.
Puan, sila rujuk artikel yang diatas untuk mencari sebab mengapa anak tidak mahu ke sekolah dan cadangan bagaimana untuk membantu anak.
Assalammualaikum doc…saya juga mempunyai masalah yang sama…anak tidak mahu ke sekolah…macam2 cara sudah digunakan…saya sudah bawa dia berjumpe dr di bahagian paed, masa saya bawa dia berjumpe dr di paed anak saya menangis n dr di situ ada bagi pendapat untuk refer ke dr psikologi tapi anak saya tidak mahu..dr boleh bagi advice…terima kasih
Aslm Dr.. sy juga mmpunyai ank yg sebrgini.. sblm ini sy sudah bawa ank ke hspital utk mbuat pengesahan bahawa ank sy ni xsame mcm bdk2 normal yg lain. tapi pihak spital ckp suruh dia brskolah biasa dulu.. skrg ni dia dh xmahu ke sklh setiap ari ibu dia paksa kesklh dn stiap ari 2 lh dia menangis sampai habis kelas. dh mcm2 cara dibuat hasilnya tetap same… bila jumpe dgn guru.. guru ckp suruh chek kt Dr.. bila prgi kt Dr.. Dr suruh dia sekolah dulu pening sy…
Buat appointment semula dengan doktor dan terangkan masalah anak. Perlu dipastikan sekiranya anak mempunyai masalah pembelajaran
Assalamualaikum Doktor, saya mempunyai masalah yang mana anak saya tidak mahu ke sekolah disebabkan mahu ke sekolah lamanya. Untuk pengetahuan, saya baru berpindah dari pantai timur ke Lembah Kelang. Bagaimanakah caranya sebab saya sudah berusaha untuk bercakap dengannya. Anak saya ini perempuan berumur 11 tahun dan anak kedua dari empat beradik.
Tuan boleh tambahkan rasa ‘sense of belonging’ anak disekolah baru dengan mengalakkan anak menyertai aktiviti2 sekolah, mendapat kawan baru, atau sekiranya guru bersetuju, lantik anak untuk apa-apa jawatan disekolah.
Terima kasih doktor. Akan cuba untuk lantikan sebab banyak jawatan dia hilang bila sekolah baru.
Salam puan.. saya ada anak berumur 9 tahun….anak saya bersekolah di sjkc.. dia mula tak ke sek di pertengahan dia tahun 1 dulu..hampir 2 minggu dia x sekolah.. selepas dipujuk dia nak ke sekolah tp saya tunggu…bila di tunggu br saya tau yg rupanya dia takut dgn guru english…jd sy pun berbincang dgn guru besar tuk cr jln penyelesaian… jd guru besar kata dia akan minta agar guru english akan lbh membantu anak saya dlm pelajaran dan tidak terlalu garang egn anak sy..selepas itu dia blh ke sek walau menangis..selepas 1 minggu dia kembali seperti biasa..tahun 2 dia sek seperti biasa.. namun tahun ini dia dah mula buat hal pada mnggu ke 3 sek… memberi 1001 alasan utk tidak ke sekolah… hr ini sy hantar ke kelas..tiba di kelas dia tiba2 menangis..sy tny kenapa.. dia kata kawan dia marah.. tp sy x merasa pun kwn dia marah td..sebolehnya dia nak sy tunggu di skolah.. bila sy kluar tuk blk dia ikut dr belakang.. guru besar memujuk tp x dilayan.
Akhirnya dia blk juga ikut sy..dlm perjalanan dia kata guru b.cina garang..sy kata tukar sekolah melayu tp dia beria x mahu dan berjanji yg esok akan kesekolah seperti biasa….. jd pada pendapat doktor apa yg terbaik penyelesaian masalah ini
Assalammuaalaikum. Doctr.. anaknsy berusia 5tahun. Bru masuk sekolah. Pada awal persekolahan dia ok.. suka pergi sekolah. Tapi sejak dia kena marah dgn cikgu..dia dh xberminat nk dtg sekolah. Mcm2 cara sy dh buat. Berbincang dgn guru kelas.tpi x berjaya.. nak aje sy tukarkan sekolah.tpi bila sy sebut je perkataan sekolah dia dh memberontak..
assalamualaikum doktor
anak perempuan saya sekarang darjah 2 (sek Pagi).ada hari2 yang dia taknak pergi sekolah. 2 kali tu paksa jugak sampai ke kelas tapi dalam keadaan meronta.saya tinggalkan bersama cikgu.Kawan2nya pun baik pujuk sekali.bila intai masa rehat elok dia main dengan kawan.anak saya ni ada masalh kesihatan. asthma dan tonsil .masa darjah 1 dulu kerap juga tak kesekolah tapi alhamdulillah dia boleh catchup dan dapat naik kelas pertama. Masalahnya naik darjah 2 ni awal2 dah buat perangai.masa mula2 naik darjah 1 tak pula.saya risau masalah ini akan berlarutan.Pada malam sebelum elok je kemas buku tak da pula merungut tak mahu ke sekolah.tapi bangun saja dari tidur dia meronta.kalau boleh saya tak mahu marah kasar padanya.kalau kasar sikit terus dia lelah.MEmang menguji kesabaran sungguh.bila ditanya mengapa dia tak mahu cakap…tolong saya doktor
Riana Anak say sama Sejak bulan 2 x sekolah. Bole dapat kan emai tuk contact since we are having the same prob
terima kasih doc utk cadangan..
Salam…Dr. sekali lagi masalah anak saya,setelah berbincang dgn cikgu anak saya masih menangis dan di tgglkan di bilik guru besar..saya pun blk..diarah oleh cikgu..apabila setelah habis persekolahan apabila blk utk mandikan anak kesan rotan pada badan telah wujud…di rotan oleh guru besar..apa tindakan yg perlu saya buat…!!
Salam Dr..anak saya masuk tahun 1…pada mggu pertama sungguh semangat dia bersekolah dan masuk mggu ke-2, dia mula takut utk ke sekolah setiap mlm dia murung dan menangis dan sentiasa kurung di dlm bilik.Bila di tya jawapannya nk tukar sekolah…mlm ni baru la.. dia menceritakan kena tarik telinga dan meminta buang air kecil pada pukul 4ptg cikgu tidak benarkan sehingga habis persekolahan pada pukul 6.20 ptg…apakah saya perlu buat…tq
Salam,
Saya cadangkan Puan bertemu dengan guru untuk adakan perbincangan (bukan sesi soal-selidik!) dengan guru untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Bantu guru untuk bantu anak anda.
Thank you for the info.
Waalaikumsalam Doc,bagaimana caranya? Sebenarnya saya tinggal di Sg Petani Kedah & kebetulan mengenali Doc di Glenegles Png.Kalau di Hospital Pulau Pinang agak jauh tapi tidak keberatan jika di situ ada DOctor yg boleh membantu.
Jika puan tinggal di Sg Petani, dapatkan surat rujukan dari mana-mana doktor kepada Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Sg Petani. Tak perlu ke Hospital P.Pinang. All the best!
As Salam Doc.Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 10thn (2015).Juga tidak mahu ke sekolah .Bermula dari darjah 1 lagi.Pergi ke sekolah on & off sahaja. tapi Alhamdulillah dia tergolong yg boleh mebaca,mengira cuma tulisan tidak berapa elok.Semasa di darjah 2 dia mula tidak mahu ke sekolah,kebetulan semas tu tangan dia dijangkiti kudis buta ..so Gurubesar tidak membenarkan dia bersekolah sehingga pulih..Jadi dia mengambil kesempatan itu utk tidak ke sekolah.Setelah pulih sepenuhnya dia kembali ke sekolah itupun sebab ada kawan yg baik & dia suka.Tapi di akhir penggal sekolah dia tak sekolah pulak.
Semasa darjah 3 dia hanya ke sekolah untuk ambil buku teks & beli buku aktiviti tetapi lansung tidak ke sekolah hingga terpaksa dipotong nama di sekolah tersebut.Pd awal tahhun darjah 3 saya ada membawa dia berjumpa child specialist di Glenegles Penang untuk kaunselling.Menurut Doc tersebut ank saya banyak menggunakan otak kanan , so saya faham sbb saya ada sedikit ilmu mengenainya.Dr tersebut masih mahu mendalami masalah ank saya cuma kos nya terlalu tinggi. tidak mampu pulak saya.Tahun ini 2015 dia hanya pergi kesekolah baru 4 hari..& rasanysetakat itu saja.Masih mencuba berbagai2 cara tapi adakalanya kena bersabar dengan qado & qadar ALLAH SWT.Bagi saya ank2 begini ISTIMEWA & ANUGERAH dari Allah SWT.Wallahualam
Salam Puan,
Puan boleh mendapat consultation yang sama dari Hospital Pulau Pinang, sekiranya Puan berminat untuk meneruskan rawatan.
Assalamualaikum doc. mcm mana saya nak buat appointment dengan doc. Saya mempunyai anak berumur 11 tahun yang tak nak kesekolah. Tak ke sekolah Dari darjah 4 bulan september hinggalah sekarang ni. Dah bermacam-macam saya buat, berjumpa guru sekolah, guru besar, guru kaunselor, kawan-kawannya, doktor, cuba perubatan islam, pakar psykologi kanak-2 UKM (sebelah dgn GH) pun sudah namun tidak berhasil. Sampai saya dah buntu. Masalah makin rumit bila dia kuncikan mulutnya dari bercakap (dari mula dia tak ke sekolah). Saya harap doc blh membantu saya..
Puan Anne,
Puan Anne boleh dapatkan rujukan ke hospital yang berdekatan dengan puan yang mempunyai kepakaran psikiatri kanak-kanak. Jika di Lembah Klang, hospital-hospital tersebut adalah Hospital Klang, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Kajang, Hospital Selayang, Hospital UKM Cheras dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. Beberapa hospital swasta juga mempunyai kepakaran yang sama. All the best!
Assalam dr..anak sy 3 thn 4 bln..br 3 hr ke PASTI..1st day papa tggu.bila ok main dgn kwn,papa blk.dlm tempoh 1jam papa ambik n menangis smpai comot n bengkak mata..2nd day sy hntr n tggu dlm 15 mnt sy blk.cikgu kata menangis dr pkl 8-11.3rd day, sy hntr n tinggalkn trus.dia meraung xnk sekolah tp cikgunya dukung.lps sejam sy call,cikgunye kata alhmdulillah dh ok.bila papanye ambik,dh x nangis,n papanye tnye hws school,dia ckp good..tp esok xnk skolah.kami brbincang mama n papa,papa decide nk brhntikn skolah kerana ank masih kecil n x sesuai ke skolah.
assalamualaikum..anak sy juga x suka ke sekolah. Waktu di prasekolah lg dia begitu. sy ingat dia akan berubah bila berada di tahun satu ttapi sikapnya sama. Bila ditanya dia kata lama sangat di sekolah. Guru pra pun ada beritahu kalau di kelas riak muka macam org bermasalah x happy..tapi kalau bab balik dan aktiviti outdoor terus berubah ceria..Sy selalu nasihat dan bagi semangat kat dia tapi tetap macam tu jgk. Sy harap dr dpt membantu. Terima kasih.
Salam,
Mungkin Ina boleh berbincang dengan guru untuk memberi anak ‘task’ tertentu seperti membantu guru, librarian atau apa sahaja jawatan. Libatkan diri didalam aktiviti sekolah untuk memberikan anak ada ‘sense of belonging’ disekolah.
Assalamu’alaikum,
Maaf lambat memberikan respon. Ya, ia adalah sementara.
Saya telah cuba pelbagai cara, seperti minta ibu nya call setiap pagi untuk bercakap dengan dia sebelum ke sekolah. Dia angguk tanda setuju. Tetapi sampai sahaja di sekolah, dia akan menangis dan memegang saya. Di rumah, saya buat chart. Satu bintang untuk satu hari ke sekolah. Saya pesan, apabila sampai 10 bintang, kita semua akan berpindah. Setiap malam juga saya buat bedtime stories dan pelbagai lagi dengan harapan dia mudah dan gembira untuk bangun.
Pada hujung minggu juga, saya membawa anak saya berjumpa, dan bercuti dengan ibu dan kami sekeluarga.
Pagi tadi, sepatutnya dia hadir untuk rehearsal majlis persembahan. Sampai di dewan, dia okay. Bercakap-cakap dengan saya. Apabila rakan-rakannya tiba, dan bermain dalam dewan yang besar, dia terus pegang saya dan menangis. Kawan dia ada mengajak dia untuk bermain, tetapi dia terus memegang saya.
Adakah ini ada masalah dengan keyakinan kendiri? Adakah ada usaha lain selain dari perkara di atas menurut kepakaran doktor?
Terima kasih
Doktor berkhidmat di hospital mana ye? Saya berminat untuk membawa anak saya berjumpa.
Salam En. Shah,
Ketiadaan ibu mungkin hanya ‘triggering factor’, mungkin ada perkara lain yang menyebabkan anak ‘anxious’ ke sekolah seperti kena marah, buli etc. Apa pendapat guru?
comment notification
Sy mengalamai masalah yg sama..sy sgt perlukan bantuan tentang anak lelaki berusia 8 thn ini..sudah 3 bln dia tak ke sekolah..dan ini kali kedua berlaku lepas sy tukarkan ke dua sekolah berlainan..rasa seperti tiada harapan lagi…tolonglah sy…
Puan/ Tuan Blackrose,
Sila rujuk artikel yang diatas, pastikan sebabnya dan bantu dari itu (work from there). Puan/ tuan boleh mendapat bantuan professional jika gagal.
[…] Anda pernah mengalamai masalah ini? Anak tidak mahu ke sekolah. Telah pelbagai cara dipujuk dan dibuat, namun semuanya gagal? Di sini dikongsikan artikel dan tips anak tidak mahu ke sekolah. Kredit kepada DoktorBudak. […]
Assalamu’alaikum Dr.
Saya ada mempunyai anak lelaki, 3 tahun. Dari awal tahun, saya menghantarnya ke play school dan dia gembira dengan sekolah tersebut.
Cuma, isteri saya (si ibu) kerana tugasan, perlu berjauhan dengan si anak lelaki. Semenjak itu, setiap kali ke sekolah, anak lelaki saya akan menangis dan meronta-ronta. Semalam, dikhabarkan oleh guru, beliau menangis sampai dari pagi ke petang, sehingga bengkak mata.
Pagi tadi, anak lelaki telah bersetuju untuk ke sekolah. Tetapi sampai di sekolah beliau menangis lagi.
Apakah tindakan terbaik? Adakah perlu saya menukar sekolah agar lebih hampir dengan ibunya?
Terima kasih dr.
Salam En Shah,
Adakah berjauhan dengan ibunya sementara atau untuk longterm?
Cuba berbual dengan anak mengenai ibu berkerja jauh – ini untuk encik & isteri memahami emosi dan fikiran anak. And work from there. Perlu dibuat ‘preparation’ sebelum ibu pergi jauh , eg beritau anak mengenainya eg berapa lama, bagaimana nak contact, ibu akan call 2 kali sehari, bila ibu nak call, jika rindu ibu, apa yang anak boleh buat etc.
Pastikan anak tidak mempunyai persepsi yang ibu tinggalkan dia sebab direject kerana kelakuan buruk atau apa sahaja sebabnya.
Salam Awin,
Jika Awin telah cuba cara-cara seperti artikel yang diatas, mungkin Awin perlu membawa anak untuk berjumpa dengan professional.
Salam Dr,saya mempunyai masalah yg sama anak saya berumur 6 tahun tidak mahu ke sekolah, semasa umurnya 5 tahun saya telah menghantarnya ke tadika islam tetapi setiap hari dia akan menangis hingga akhirnya saya terpaksa memberhentikan nya. Apabila usianya 6 tahun saya menghantarnya ke prasekolah dengan harapan dia akan rajin ke sekolah kerana ada kakaknya bersekolah sama..namun dia tetap tidak mahu ke sekolah setiap pagi akan menangis saya perlu memujuknya barulah dia mahu pergi dan ada masanya pujukan tidak berkesan dah sampai sekolah dia boleh menangis meraung-raung mahu balik saya bermacam2 cara lembut kasar malah ada masa hingga memukul sebabkn trlalu geram..pelajarannya jugak agak teruk tidak mengenal lagi abc dan 123, saya pernah dipanggil guri besar dan berbincang mencari jalan untuk anak minat ke sekolah pelbagai usaha dibuat trmasuk memberi ganjaran, memberi makanan coklat minda tp tiada perubahan dia tetap menangis setiap pagi. Tahun hadapan dia akan memasuki darjah satu saya amat risau sekali kerana dia tidak tahu apa-apa dan tidak minat belajar…tolong dr apa yg perlu saya buat..
Salam Puan Mariah,
Saya cadangkan puan cuba memahami ‘the meaning of the behaviour’ (apa yang anak cuba sampaikan dengan perlakuan tersebut), seperti yang tertulis diartikel di atas.
Sekiranya masih menemui kesukaran, cuba dapatkan bantuan professional seperti counselor atau psychologist atau psychiatrist.
saya juga mempunyai anak yg tidak mahu kesekolah. yg merisaukan saya anak saya akan menduduki upsr tahun hadapan, bermacam2 cara lembut , keras dan saya sendiri pernah menangis depan nya dengah harapan dia akan berubah. setiap kali kesekolah dia akan menangis walaupun saya tidak marah atau pukulnya. pernah saya memaksa dia menjawap kenapa dia tidak mahu kesekolah jawapan yang saya dapat takut serta menangis, pernah saya berjumpa denga cikgu sekolah dan memujuk nya kesekolah tetapi tidak lama perkara yang sama berulang. tahun ni sahaja saya berjumpa denngan cikgu hampir 4 kali dan bermacam2 alasan yang saya beri tetapi seperti yang saya beritahu tidak lama hanya sekejap sahaja dia kesekolah. saya sudah putus asa dengan perbuatan anak saya. dia bukan x pandai tetapi saya tidak tahu kenapa bila sebut sekolah sahaja dengan outoimatic dia akan menangis seolah saya memukulnya. saya amat bermohon jasa baik doktor bagaimana saya hendak mengatasi masalah anak saya ni kerana dibawah dia masih lagi mempunyai adik berusia 5 tahun dan saya takut adik nya akan terikut perbuatan abang dia.
sekiranya puan telah melakukan seperti apa yang disarankan, saya cadangkan puan membawa anak berjumpa kaunselor atau pakar psikologi atau pakar kanak-kanak yang berdekatan
saya menghadapi keadaan yang sama, anak saya tak mau ke sekolah. noktah. cakaplah apa pun, pujuk tak jadi, pukul tak berganjak, cara baik dah buat, cara halus dah buat tapi Allah belum buka pintu hatinya untuk ke sekolah. saya rasa sesiapa /seseorang kene buat kajian tentang perkara ini sbb semakin ramai anak2 yang jadi begini…
Ahhhh… memori silam. Sekolah- adalah neraka di dunia.
Kenapa anak anda tidak suka pergi kesekolah?
1.Sikap sambil lewa ibu bapa
Ibu bapa mengambil sikap sambil lewa dan tiada tindakan tegas terhadap anak yang ponteng sekolah kerana alasan anak “tak siap kerja sekolah, tak larat nak berdiri di perhimpunan pagi etc… Biasanya ibu bapa yang tiada pengalaman akan berkata “alaa, xpa, sekali sekala dia tak nak pergi kesekolah, biarkan saja”. Ini menyebabkan tabiat ini berlarutan dan akhir sekali menjadi parah. Apa yang parahnya? Anak anda akan dipulau disekolah.
2. Anak dipulau disekolah
Disebabkan sikap suka ponteng kesekolah. Contohnya dalam 1 minggu 2-3 kali anak tidak pergi kesekolah, . Ini akan menyebabkan anak mereka dipulau oleh rakan sebaya( rakan-rakan dalam kelas). Anak mereka akan rasa diasingkan yang mana akan mengeruhkan lagi keadaan.
3. Tidak siap kerja sekolah kerana sudah banyak tertingal dalam pelajaran
Apabila homework yang diberi oleh guru tidak dapat disiapkan oleh pelajar kerana selalu ponteng ke sekolah( mereka dimarah oleh guru ) dan mereka akan terus kebelakang dalam pelajaran. Rasa malas ke sekolah akan menjadi semakin teruk kerana pelajar akan takut di marah oleh guru. (Nak pinjam buku kawan2, kawan taknak bagi sebab dah kena pulau kan?). Pelajar tidak rasa apa yang menarik lagi baginya disekolah.
cara penyelesain:
>Ibu bapa seboleh-bolehnya jangan manjakan anak jika mereka tidak pergi kesekolah.
>Jika mereka sudah tiada lagi minat kesekolah, sebabnya takut cikgu marah. . ibu bapa seharusnya terus berhubung dengan cikgu tersebut dan bincangkan jalan penyelesain. CIkgu pula jangan lah menyindir pelajar tersebut apabila datang kesekolah (secara terbuka spt. dihadapan rakan sekelas atau secara persendirian). Ini akan kembali mengeruhkan lagi keadaan.
>Nasihat anak dengan lemah lembut dan beri kesedaran kepada mereka. Ingat “air yang lembut mampu menghancurkan batu yang keras”. Bila sampai satu tahap kesedaran akan timbul dalam diri pelajar tersebut.
p/s: Ini cerita sebenar dan pengalaman saya sendiri sebagai pelajar yang suka ponteng sekolah sehingga dibuang dari sekolah. Harap dapat membantu ibu bapa diluar sana mencari penyelesaian. 🙂