[Q&A] Cairkan susu formula elakkan sembelit

Question: Hi Doktor, Setiap kali jika anak saya mengalami kesukaran untuk membuang air besar, dimana dia meneran dengan amat teruk tetapi najis keras dan sedikit, setiap kali itu juga saya akan memberi susu yang sedikit cair kepada dia.
Sebagai contoh, setiap 2 jam waktu penyusuan, saya akan mencampurkan 3oz air dan 2 scoops susu. Arahan pada tin susu mengatakan 1 scoops untuk setiap Oz.

Anak saya berusia 3 bulan dan minum susu formula dan susu ibu juga. Tetapi lebih minum susu formula. Adakah dengan cara ini mampu mengurangkan masalah sembelit anak saya? terima kasih doktor.

Answer: Anida, susu hendaklah disediakan mengikut sukatan kerana ada sebab mengapa arahan diberikan sedemikian pada semua susu formula. Ini kerana jika ia dicairkan , ia akan mengganggu keseimbangan garam galian dalam darah bayi. Ia juga tidak membantu mengurangkan masalah sembelit. Masalah sembelit ada pelbagai punca. Dan selain susu, ia boleh disebabkan oleh masalah hormon atau masalah usus. Adakah anak membuang air besar dalam temph 24 jam selepas kelahirannya? Ini adalah antara soalan penting yang perlu kami ketahui dahulu kerana kelewatan selepas 24 jam selepas bayi lahir boleh menandakan masalah usus. Selain itu , adakah ada masalah muntah dan perut kembung ? Adakah pertumbuhan badannya dan perkembangannya sejajar dengan usianya? Saya galakkan untuk bertemu doktor kerana anak masih bayi lagi dan tanpa pemeriksaan saya agak keberatan untuk mengandaikan ia hanyalah disebabkan oleh susu.


Posted

in

by

Tags:

Comments

12 responses to “[Q&A] Cairkan susu formula elakkan sembelit”

  1. Hanis Aman Avatar

    Adakah anda mengalami:

    1)SEMBELIT?
    2)BUASIR?
    3)PERUT SEBU?
    4)PERUT BUNCIT?

    Jom Greenfit ! Greenfit dapat membuang Koprostasis (pengumpulan najis lama di dalam saluran usus).
    Berminat? SMS/Whatsapp 019-9210321 (Mohd Hanis Aman)

    Testimoni: https://www.facebook.com/greenfit4urhealth

  2. Nazirah Hashim Avatar
    Nazirah Hashim

    anak sye sembelit mase umur 2 thn lbh MIL aq marah knpa bb x berak utk seminggu
    dh tkr sampai 5-6 susu formula tp masih x dpt result plg baik utk bb
    aq tnye la kawan2 ape masalah mungkin makanan atau kekurangan air atau x ckp fibre jgk
    akhirnya aq try susu formula yg sesuai utk bb dn lepas seminggu sembelit dh tiada dn blh berak
    susu formula Mamil tdk mengandungi sukrosa
    klao x silap blh request utk sampel kt website Dumex blh try la email mrk

  3. Chocolate Avatar
    Chocolate

    anak sye juge ade masalah sembelit 5 bulan yg lalu, sye melihat ketidakselesaan anak sye , xblh najis benar2 membuat sye bimbang.
    Mase tu, sye mengurut perut die dgn minyak angin serta tukar susu fomula kanak2
    tp masalah tetap x dpt diselesaikan
    akhirnye, anak sye dah sembuh selepas hantar ke hospital
    sye pn tengah cari susu formula yg terbaik utk rawatan sembelit
    sbab sye risau masalah akan kembali lagi

  4. Suraya Avatar
    Suraya

    aq pnye bb jgk ade masalah macam ini
    sembelit utk 1 minggu npk lesu asyik nangis tp lps dgr sis in law kate makan pisang
    lps makan pisang baby trs berak sampai penuh 5 pampers dulu xde masalah lps dh bergigi bleh makan pepejal bru ade masalah begini

    1. nganngan Avatar
      nganngan

      aq pn tertanya2 klao baby tk suka prun mungkin bleh try pisang jgk
      cuz baby saya ade mood kadang kala ada dia minum ade x minum

  5. fatimahhhhh Avatar
    fatimahhhhh

    Dulu bby sy pon ade masalah sembelit mcm ni, sedih i tgk perut pon kembang semua. Masa tu, mak sy pon ajar bagi byk2 jus2 buahan kat botol susu tu. Lepas dua hari, dah takde masalah sembelit tu. Lega hati dah skrg sebab tau mcm mana nak rawat masalah sembelit bayi tu.

  6. nganngan Avatar
    nganngan

    Hi doctor,
    baby saya dah umur 9.5 bulan tp kadang kala dia tk buang air besar dn perutnnya jgk kembung dn ade sampai 1 minggu hnye berak sekali
    risau aq tp cousin kate try jus prune utk lbh senang membuang air besar
    tp nak tahu ape akibat klau tk kerap buang air besar

    1. honey Avatar
      honey

      mungkin cuaca panas…. bagi banyak air!

  7. alisa Avatar
    alisa

    hai doktor, my baby baru 14 hari mengalami kembung dan dan 1 hari x buang berak dan najis dia agak keras. selepas bawa ke hospital kena admited kat hospital 1 week kerana jangkitan kuman dekat usus. semasa di hospital dia tidak kembung dan boleh membuang najis 1 hari 4 kali. lepas blik rumah saya bagi minum anmum. dia x kembung but stil sembelit. n masih boleh membuang 1 hari sekali sahaja. susu ape yang sesuai dng dia.

  8. Amy Avatar
    Amy

    Hi Doctor,
    Ingin saya tanya pendapat di sini sekiranya adakah ianya normal bagi baby saya yg baru 3minggu kerana najisnya masih berwarna hijau. Saya telah ikuti link yang diberikan di atas dan rencana mengatakan najis sepatutnya berwarna kuning. Setiap kali selepas penyusuan susu badan, dia akan mengeluarkan najis berwarna hijau dan cair. Adakalanya hijau dan menyerupai algae.

  9. Siti Salbiah Avatar
    Siti Salbiah

    Hi Doctor,
    Anak saya berusia 5bulan..sejak lahir dia tiada masalah membuang air besar..tapi sejak masuk bulan ke4, kekerapan anak saya membuang air besar semakin berkurangan kepada 2x seminggu (maximum). Anak saya masih fully breastfeed. Walaupun begitu, perut anak saya tidaklah mengeras atau kembung. Dia kerap terkentut tanpa membuang air besar. Sekiranya dia membuang air besar, najisnya masih seperti biasa iaitu cair dan tidak keras. Apakah yang berlaku dan patut saya lakukan?