Q: Doktor, anak saya baru menjangkau usia 2 bulan. Sejak 2 minggu ini, bayi saya jarang buang air besar. Sebelum ini, sejak lahir dia buang najis 4-5 kali sehari tetapi sekarang hanya sekali dalam 3 hari. Saya telah membawa berjumpa doktor dan doktor telah memberikan ubat bontot namun masalah tersebut berulang semula. Saya menyusu badan sepenuhnya dan anak saya tidak pula meragam tapi saya risau. Saya juga tidak mahu anak saya bergantung pada pada ubat tersebut. Apa yang saya perlu lakukan? (Shafinah)
A:
Shafinah,
Tahniah di atas kelahiran bayi Puan. Apabila sesuatu yang menjadi kebiasaan pada bayi berubah, semestinya ibu bapa menjadi risau kerana merasakan ia sesuatu yang tidak normal.
Untuk pengetahuan semua, najis bayi berubah mengikut usianya dan juga bergantung samada dia diberikan susu badan atau susu formula.
Pada awal kelahiran, bayi akan mengeluarkan najis yang berwarna hitam kehijauan atau ‘meconium’. ‘Meconium’ melekit seperti bahan tar dan sebenarnya adalah hasil daripada campuran air ketuban, sel dari dinding usus, hempedu, mukus dan rerambut. Pengeluaran ‘meconium’ adalah tanda bahawa usus bayi anda berfungsi dan secaranya normalnya dikeluarkan dalam tempoh 24 jam untuk bayi yang mencapai tempoh matang dalam kandungan dan 48 jam untuk bayi pramatang. Sekiranya ‘meconium’ dikeluarkan hanya selepas tempoh ini, ia adalah petanda bahawa kemungkinan terdapat masalah yang berkaitan dengan usus.

Selepas beberapa hari, najis bayi akan berubah setelah semua ‘meconium’ telah dikeluarkan oleh usus bayi. Warna kehijauan pada najis makin berkurang dan najis bayi mula berubah ke warna kekuningan, teksturnya berbiji-biji pada hari ke 3-4 kebiasaannya sekiranya penyusuan bayi mencukupi. Ini dipanggil ‘ transitional stool’. Bayi akan lambat menghasilkan ‘ transitional stool’ sekiranya penyusuannya tidak mencukupi.
Bayi yang menyusu badan sepenuhnya membuang najis 2-5 kali sehari, malah membuang najis setiap kali selepas penyusuan juga adalah normal dan satu perkara biasa. Ini adakala mencecah sehingga 10 kali sehari pada minggu-minggu yang awal. Najisnya kekuningan dan lembut. Kekerapan najis mungkin berkurangan selepas 6 minggu dalam sesetengah bayi. Ada yang hanya menghasilkan najis sekali dalam beberapa hari. Ada sesetengah bayi yang hanya membuang najisnya sekali seminggu. Selalunya, walaupun jarang , najisnya agak banyak. Jika najisnya lembut , ini bukanlah sembelit. Jika berat badannya naik, bayi sihat dan tidak meragam, kencing dengan banyak dan tiada symptom-simptom yang merisaukan, maka ini bukanlah sesuatu yang merisaukan. Dia tidak memerlukan sebarang ubat untuk pelancaran usus.
Untuk pengetahuan pembaca-pembaca lain yang memberikan susu formula pula pada anak, najis bayi anda mungkin lebih pejal berbanding dengan najis bayi yang diberikan susu badan. Ini adalah kerana proses pencernaan susu formula berbeza dengan susu badan, oleh itu najis bayi yang diberikan susu formula adalah lebih besar , berwarna kuning coklat dan baunya juga agak kuat.
Perubahan pada tekstur dan kekerapan najis akan berlaku lagi apabila bayi diberikan makanan permulaan pada usianya 6 bulan.
Adalah diingatkan bahawa sekiranya bayi anda jarang membuang najis, meneran serta najisnya keras, maka ini barulah dikatakan sembelit. Selain itu, sekiranya terdapat symptom-simptom lain seperti perut yang semakin mengembung , muntah-muntah ( dan muntah berwarna hijau), tidak membuang angin, najis berdarah – tanda-tanda bahaya ini memerlukan perhatian segera di hospital. Masalah usus tersumbat seringkali menjadi punca dalam keadaan sebegini.
(answered by Dr Zahilah Filzah)
Comments
86 responses to “Adakah najis bayi saya normal ?”
Bayi saya baru masuk 7 minggu..saya bagi susu Lactogen Langkah 1.Bila dia nuang air besar najis dia sangat berbau dan banyak.3-4 kali sehari. Setiap kali dia buang air besar seakan akan bunyi meletus dari punggung dia.Adakah itu normal? Perlukah saya menukar susu dia?
Hai Doc.. Bayi saya baru 2 masuk 3 minggu. BF+FM. Sejak kebelakangan ini bayi saya hanya membuang air besar 2 kali sehari sedangkan sebelum ini bayi saya membuang air besar lebih dari 5 kali sehari. Kencing dan membuang angin masih normal spt sblmnya. Adakah normal keadaan tsbt kerana bayi saya kuat menyusu setiap 2 jam.
Salam doc..
Anak sy bru berumur 20hr tp sy ada bg susu formule selepas brest feed..
Tapi sekarang najis die keras ape yg perlu sy lakukan???
salam doc..anak saya sekarang 1 tahun 2 bulan…full susu formula anmum..seblm ni najis nye normal..bulan lepas anak sy mengalami cirit birit..dan sekrng dah masuk 1 bulan najis anak sy cair je..strt dari cirit birit tu..dah tiada berak keras..normal ke tu??
Salam doc. Umur bayi sy skrg 1 bulan 7 hari. Masalah anak sy dia xberak dah 10 hari. Sblm nie pnh jgk terjadi 3 4 hari xberak dan sy bwk pegi sepital & klinik mereka kata normal. Dan ada bg ubt bontot. Baby sy bf+fm tp more pd bf, bg fm pun skli 2 kali je sehari & kdg2 xbg lgsg. Baby xkembung, berat bdn naik, ceria, cume kdg2 meragam ble nak kentut. Meneran mcm nak berak pun ade, tp najisnye xde pun. Sy risau sgt. Ubat bontot pun sudah 2 kali bg dan klu blh sy dah xnk bg. Adakah normal klu keadaan mcm nie? Blh doc jelaskan? Tq
Slm doc. Bayi saya 9bulan full susu formula dutch baby tp bayi saya membuang [email protected] sehari ada itu normal? Dan jga najis warna kekuningan cair ada itu normal??? Tq
salam doc…anak sy 9 bln lebih sejak bebrap ari lps smpai smlm dia sering berak brcampur darah…najis dia bewana kuning cair…sy sngt risau n pegi brjumpa doc,tp doc ckp mybe pns dlm..doc ada chek semua tp xada masalah apa2 pon…lagi satu baby sy ni bf jgk…susu fm dia minum time sy antq kt pengasuh ja…adakah punca dia dr susu fm atau bf…perkara ini sering trtnya2 dlm fikiran sy…blh doc bg taw apa masalah ank sy…
Doc , bby sy bru 22 ary , masalah bby sy , najis dy berwarna hijau+kuning2 ckit , tp sblm ney , dy mengalami cirit berwarna hijau pd ary 15-18 , hal ney merisaukn sy , bole doc jelaskn masalah bby sy
Dr. anak sy skarang berumur 5 bulan..najis dia warna hijau gelap dan lembik mcm tanah liat a.k.a plastesin..adakah ia normal?anak sy start umur 3 bulan sampai skarang mnum susu FM..susu jenama nan HA.sebelum ni mnum susu lactogen najis dia cair skit..tp warna hijau pekat jugak.
Hai. Dr, anak saya berumur 5 bulan lebih. Dia cuma minum susu tepung je. Sekarang dia tgh demam panas. Tambahan pula, dia asyik cirit birit. Sampaikn 3 – 4 kali sehari. Najis dia berbiji biji kecil kekuningan. Apa masalahnya Dr?
Assalam Dr. anak saya baru 4 bulan, fully bf dan campur solid food sikit. da 5 ari tak berak, pergi klinik dan dokter bg ubat sembelit. adakah punce die susah berak disebabkan solid food tu. tahi baby pon agak pekat.
Asalam doc. Baby sy br 3bulan.napa najis berbau ye
Salam.baby saya baru berusia 32hari.masalah sekarang anak saya kurang buang air besar dan kerap menangis.kencing banyak dan kuat kentut.tp busuk la,mcm kentut org tua kata neneknya. Anak sy fm+bf sbb kdg2 ank sy xmau direct bf dan akan start menangis.lepas 3hari xbuang air besar,dia berak 2x dan masuk ari ni dh 2hari dia xberak.sy risau sbb dia menangis mcm kesakitan.sy ad bwk jmp doc n doc bg ubt smbelit.tp najis dia xkeras..ape perlu sy buat ye
Salam doc..saya baru shj melahirkn baby girl 14 hari yg lalu..anak saya xnk direct bf..saya hnya EBM n letak dlm botol utk anak saya..tp production susu sgt sedikit..xsmp 1oz pn sehari..saya cmpurkn dgn susu kambing formula(brand karihome)..sebelum ni najis anak saya ok berketul2 bau masam susu n wrna kuning..2hari yg lepas dia berak najis yg keras smp ade bercampur adakah ini petanda usus dia luka? Or dia xsesuai dgn susu frmla yg saya bg?hari ni dia berak lancar tetapi [email protected] xmeragam bila berak cair tp meragam semasa berak keras..dia x tolak susu yg d beri..dan baby saya sgt ssh utk sendawa selepas menyusu..tp senang kentut..kencing pn kerap..sharibaby saya berak 1-2 kali shja..normal kah semua ni..ini anak pertama saya..
Salam.doc.anak berusia 29 hari.bf dgn susu fm karihome.sy perhatikn najis anak ad lendir merah.sedikit 1 2 lendir.adakah itu normal?
Kadang2 anak seperti meneran smpai merah muka n xselesa.adakah itu sembelit.trime kaseh
Anak saya pn meneran dgn payahnya smp merah muka n menangis..trpksa d bantu utk meneran dgn menekan sedikit perut n bukak kn bontot dia..kesian sgt dkt baby..adakah ni sebab susu or sistem penghadaman brmasalah..
Salam doktor..ank sy berusia 29 hari..ank sy minum susu formula sepenuh nye(ducth baby)..ank sy buang air besar 1 ari sekli.kdg2 tiada langsung..ank sy kencing banyak..tapi ari ni ank sy berak najis nye bercampur lendir tp tiada darah..2 pun selepas masukkn ubt bontot..adakah normal?ada ape2 kesan x bile masuk ubt bontot?
Salam, Doc sye nk tny, anak sye da masuk 6 bln blm bg mkn lagi,then saya tukar susu dalam 2 minggu, daripada dumex bebelac kpd dumex dulac. ade perubahan warna pada tahi drp kuning kpd kuning kehijauan then warna kelabu gelap. adkah sya kne refer kpd doc @ mgkin disebabkan penukaran susu
Maaf nk tmbh lg 1..bdn bby pun sdikt dedar..BCG die bru lpas baik..
Salam dktor..sy nk brtnye bby sy berumur sbln lbih..full BF..n cmpur susu FM pun 2 3x shja..lebih kpd susu ibu..bby sy last poo poo 7hb smpy skrg..prut pun slalu kmbg n ade jgk kentut..kdg2 die slalu meneran mcm nk berak tp xde..ade bwk g klnik tp dktor xsyorkn bg ubt bontot sbb msih kcil..die cume bg ubt utk angin shj..pg td msa nk mndikn bby ade poo poo ckit tp xbyk..wrna najis kuning..bby aktif n kerp mnyusu..sy rsau sgt..hrp dktor leh bantu sy..tima kasih..
Salam doktor,,anak saya berumur 9 bulan setengah….. fully bf +solid food, permasalahannya dia selalu mengalami sembelit.adakah normal sekiranya baby 3 hari baru membuang najis? Berapa harikah baby sepatutnye membuang?
AtiQah
Assalamualaikum Doc,
Baby saya akan berusia 8bln pada 13hb Jan 2015.. Baby BF & minum susu formula selain itu makan bubur nasi yg diblend.. Yg merisaukan saya sejak 2hari lepas 9hb Jan dia kerap buang air besar terutamanya selepas menyusu.. Warna najis kekuningan dan tekstur berketul ketul lembut.. Adakah normal kerana ingin bertukar bulan?
Assalamualaiku Doc,
Baby saya akan berusia 8bln pada 13hb Jan 2015.. Baby BF & minum susu formula selain itu makan bubur nasi yg diblend.. Yg merisaukan saya sejak 2hari lepas 9hb Jan dia kerap buang air besar terutamanya selepas menyusu.. Warna najis kekuningan dan tekstur berketul ketul lembut.. Adakah normal kerana ingin bertukar bulan?
Salam…bayi saya berusia 3 bln..minum susu fm+bf…najis byi sy trus brtukr kpd wrn kuning+klabu..stlh sy bertukar kpd susu lactogen…sblm ini dia minum susu frisocomfort…njisnya wrn kuning..adakh perubh njis ini disbbkn prtukaran susu..?
As salam, bb sy berusia 2bulan lebih….minum susu formula sepenuhnya,najis berwarna hijau pekat. Bb aktif dan berat bdn ok…perlukah dirisaukan dengan warna najis nya
AsSalam..sy nk tanya, ank sy skrg da 5bln dn fully bf..setiap kali lps menyusu dia akn berak..lam sehari sampai 6-7x..adkh tu normal bg bby seusia dia?
Salam doctor
Soalan saya
1. Usia anak sy skrg 3thn3bln pd usia 3thn sy ada menukar susu 3-6 thn(dugro) 6 ari selepas tu najis spt bubur nasi x seperti bias a adalah dlm 5 ari mcm tu lepas tu ok ..(start susu dugro 3-6 26/10/14…najis mcm berubah 31/10-4/11/14 ..)
2. 10/12/14 najis anak color coklat cmpur spt kuning telur skit (kelihatan warna ketulan kuning2 telur)walau najis color kuning ada cmpur putih/kuning telur sdikit. ( dlm 3 ari tempo mcm tu… sehari sekali berak)
3. 30/12 najis spt no 2, ada ketulan kuning2 sdikit najis warns kuning cuma bercampur sdikit ketulan mcmtu..30/12-3/01/2015 …najis Kali mula2 najis normal keluar dsertai najis yg lembek +ketulan kuning spt kuning telur
..
4. 04/01-05/01 -sy terus menukar susu dugro 1-3 thn najisnya kali ini lembek juga . tak lama anak terberak lg kali ni lebih cair x byk la..( warna kuning + putih2 susu ketul2 sedikit )
Condition anak aktif , makan susu ok..cuma risau mengapa mcmtu tekstur najis….usia 3 thn adakah najis seperti org dewasa najis spt pi sang/lembek bias a bukan cair…
Mohon sgt2doc bole bg pencerahan ttg ini
Salam doc. Bayi saya berusia 2 bulan 19 hari dan minum full susu fm. Dia sekarang cirit birit hampir seminggu. Sehari maksimum 5 kali dia membuang. Saya telah je klinik GP dan doktor kaya Tiada ubat utk bayi bawah 3 bln dan menara nk an saya menukar susu soya base . Setelah tukar, keadaan bayi saya masih sama. Bagai mana utk hilangkan cirit birit bayi saya? Setakat ini bayi saya masih aktif. Cuma nampak susut sedikit badan nya.
Wsalam Zaidah, menukar kepada susu soya bukanlah jawapan kepada permasalahan yang dilalui oleh anak Puan . ini adalah kerana masalah yg dihadapi adalah jangkitan perut dan usus / gastroenteritis dan bukanlah masalah dengan susu (kerana dia sudah dua bulan minum susu formula). dalam mengani masalah ini , puan harus memerhatikan beberapa perkara.
1. Dehidrasi adalah komplikasi yang kerap berlaku dalam masalah cirit birit dan ini merbahaya apatah lagi dalam bayi yang seusia anak puan.
Jika keadaan tidak bertambah baik dan cirit kerap dan banyak, perlu bawa kepada doktor untuk pemeriksaan. Saya faham puan telah membawa berjumpa doktor tapi keadaan yang sama berterusan , penilaian perlu dilakukan sekali melainkan anak sudah bertambah baik.
tanda tanda dehidrasi ialah kurang kencing , kurang air mata bila nangis, bibir dan lidah yang kering , tangan kaki yang sejuk, ubun ubun yang melengkung kedalam, kurang aktif.
Selain dari itu , apabila cirit birit berlaku , bayi kehilangan air dan garam galian dan perlu diganti . Ini dilakukan dengan menggunakan Oral rehydration salt yang dibancuh mengikut sukatan. Sesetengah bayi memerlukan antibiotik.
2. Jika demam berserta cirit birit atau ada darah dalam najis, atau muntah perlu terus ke hospital.
3. Pastikan anak menyusu seperti biasa.
Pengalaman kami, dehidrasi adalah salah satu perkara yang sering ibubapa terlepas pandang.
Memandangkan dalam sebarang keadaan , lebih maklumat diperlukan dan pemeriksaan sangat penting , saya menyarankan puan berjumpa semula dengan doktor. Cadangan terhadap rawatan semestinya tidak boleh diberikan tanpa maklumat lengkap terutama dalam kes acute (simptom baru) seperti ini
Dalam keadaan lain , ia boleh dikurangkan dengan memberi lactose free formula jika disahkan oleh doktor bahawa anak mengalami komplikasi masalah terhadap laktosa disebabkan jangkitan tersebut.
salam doktor..
Dr, anak saya baru berusia sebulan..dia full minum susu formula..sudah dua hari anak saya berak bercampur lendir darah..dia berak pn kerap..pas susu berak..adakah ianya berbahaya pd bayi saya..
Ckin, semestinya perlu bawa berjumpa doktor dalam keadaan seperti ini. Adalah tidak normal untuk bayi mahupun orang dewasa berak darah.
Bawa berjumpa doktor di hospital segera ya.
Dr, anak saya hari ini berumur 5bln 11hari. Semalam bby demam pns.. tp masi aktif n kuat bpeluh… lps mkn antibiotik n ubat dmam, dmamnya bkurang.. tp menjelang pg, pns bdn menyerang balik.. lps mkn ubat dmam, antibiotik n multivitamin, dmam pns hilang.. tp diganti dgn bdn sejuk n kuat berpeluh… tp bby masi aktif… sya x tau sm ada itu perkara biasa atau ada perkara yg plu dirisaukn… pls help me.. bby jg jrg buang air bsr..
Brenda, saya sarankan untuk membaca artikel tentang demam . Taip demam di search button di website kerana dalam sebarang keadaan apabila anak demam , yang penting ialah mengetahui punca pada demam. Saya tiada maklumat tentang punca tersebut kerana tidak dinyatakan samada anak ada atau tiada batuk, selsema, muntah dan sebagainya. Cara berhadapan dengan demam telah dinyatakan di artikel tersebut untuk pendidikan ibubapa agar boleh membuat pemantauan dirumah.
baby jarang buang air besar . saya menganggap ini masalah yang berlaku baru baru ini sahaja kerana tidak dinyatakan. Jika tiada kembung perut , mutah muntah dan boleh mengeluarkan angkin , ini kemungkinan masalah sementara yang berlaku semasa anak tidak sihat.
sekiranya masih demam, tetapi berkurangan, anak aktif , menyusu dan kencing seperti biasa dan tiada masalah lain teruskan pemberian ubat demam. Jangan tuam dengan airsejuk kerana ini kerap menyebabkan badan bayi menjadi sejuk. pakaikan baju yang nipis. Jika tidak perlu bawa berjumpa doktor.
Salam doktor.. anak sy berumur 8 bulan nak masuk 9 bulan tapi kenapa ya najis dia berlendir dan berbiji2 sejak 1 minggu lebih. Sekali dia berak sikit sgt tak byk mcm selalu tetapi kerap. Punggung ank saya luka, setiap kali kencing dan berak mesti menangis sebab pedih. Adakah itu penyebab punggung ank sy jd begitu? Sy ada beritahu nurse kk dan nurse kata najis dia berbisa sbb itu menyebabkan punggung nya jd begitu.
Rohani, kemungkinan besar berlaku jangkitan gastroenteritis atau jangkitan pada perut dan usus. Pastikan tiada komplikasi dehidrasi seperti kurang kencing , kulit , bibir dan lidah kering , air mata berkurangan dan tiada demam dan muntah kerana ini memerlukan rawatan di hospital.
ika masalah najis berkurangan , boleh minum seperti biasa dan masih aktif , masalah punggung tersebut perlu di rawat dengan memberi krim zinc oxide.
Saya harap puan sudah berjumpa doktor.
Dr.. Anak sy baru berusia 14 hari. Pada awal kelahiran haritu dia kerap membuang air besar 3-4 kali sehari. Tetapi selepas seminggu kelahiran dia hanya membuang 1kali sehari, dan hari ini dia langsung tidak membuang air besar. Bayi sy juga kerap meneran seperti sakit perut dan ketika meneran dia akan membuang angin dan menangis sperti terlalu sakit. Adakah itu normal?
Elly,
adakah masalah ini masih berlarutan? Adakah perutnya kembung ? bolehkah dia menyusu seperti biasa?
sekiranya menangis seperti terlalu sakit , bawalah berjumpa doktor. dalam keadaan begini semestinya ada limitasi bagi kami memberikan nasihat memandangkan kami tidak dapat memeriksa anak untuk menentukan punca permasalahan tersebut.
Sekiranya anak aktif, menyusu dengan baik, berat badan naik dan tidak lagi menagis seperti yang disebutkan , membuang sehari sekali bukan satu masalah . namun jika sebaliknya, pemeriksaan doktor sangat penting.
Assalam doc,anak sy umur 7bln ++ dan minum susu lactogen..sy nak tanye normal ke najis anak sy berwarna hijau seakan2 kelabu..sebelum ni anak sy minum susu soya (disebabkan masalah exzema) dan najisnya berwarna kuning..tapi bila berumur 6 bulan masalah exzema dah berkurangan dan sy tukar ke susu lactogen..adakah disebabkan susu ? terima kasih.
Jika tiada permasalah lain , saya pasti anak puan sudah pun dimulakn dengan pemakanan?
Maka najisnya akan bertukar warna.
Namun sekiranya ada kembung perut , pertumbuhan badan yang tidak brp baik, masalah dengan pemakanan dan simptom lain , maka ini memerlukan penyiasatan dan pemeriksaan lanjut oleh doktor.
Assalam doktor…nak tanya bayi saya dlm 2bln lebih…dlm 4 ari baby saya tak buang air besar..adakah normal..saya bg bf sepenuhnyer…masuk ubat ikut bontot tak ader effect ker…tima kasih…
Laila, jawapan telah diterangkan pada artikel di atas.
tidak perlu ubat. Sila baca
Salam sejahtera doc,ank sya bru 4 bln.sya brikn susu formula spenuhnya sejak lahir..sbb krja..semuanya ok,tpi bla bayi sya brumur 3 bln adalh kembung perut..jumpa doktor dh bgi ubat ok..tpi skrng umur 4 bln blik lgi..najis dia pula brwarna kuning putih..jdi risau plaa doc..
Bawa berjumpa doktor. saya tidak menasihati tanpa pemeriksaan dan melihat najis. Apatah lagi kembung perut . Saya tidak pasti warna sebenar melalui deskripsi puan , kerana najis yang bewarna pucat adalah sesuatu yang merisaukan namun saya tidak pasti jika ini adalah permasalahannya tanpa melihat najis tersebut. Bawa berjumpa doktor ya,
Salam doc nak tnya anak dah 3 thn 2 bln …td pagi najis berwarna kuning bcmpur seakan sedikit ketulan kecil color (spt telur kuning & putih sikit) ada lendir sedikit …lepas tu ptg ini hari yg sama berak seakan berbuih sedikit berwarna coklat bercampur sedikit ketulan Kecil Putih& kuning lbih sedikit dr pagi TD Dan berbuih skit..
Anak aktif susu OK/makan OK/ sihat cuma tekstur najisnya dgn ketulan tu apa ya? G jumpa doktor Katanya susu …semalam anak minum Milo dgn pagi TD hampir segelas Dan memakan karipap …1 st mkn karipap yg pedas skit
Mohon pencerahan tq
Assalam doc…anak sy dah 3 bln 2 mnggu.ekslusif breastfeed..dah masuk hari ketiga najis baby wrna hijau..sy dah try bg baby sebelah payudara shja,utk
pastikan baby dpt hindmilk n foremilk..tp najis baby stil
wrna hijau..baby sihat..xde
demam..membuang dlam 1-2 kali sehari..menyusu mcm
biasa…perlu bw ke klinik x?
Sekiranya masalah ini masih berlaku dan teknik penyusuan bukan masalahnya , perhatikan pemakanan puan . kurangkan produk tenusu dan makanan pedas.
Slm doc..ank syskrg dh 3bln..membuang najis pn skrg 3 4hari skali dan skrg sudah smggu xbuang najis..tp dia selalu buang angin dan hanya mengeluarkn sdkt saja najisnya itupun slps smggu..adakah itu normal?mohon pencerahan..
Mira, adakah masalah ini masih berlaku dan adakah setiap kali dia membuang selepas seminggu , memang sedikit sahaja najisnya. Pada artikel di atas telah diterangkan tentang masalah ini . Namun saya tidak dapat menasihati tanpa mengetahui lebih maklumat samada dia menyusu badan atau susu formula. , najisnya lembut atau keras seperti yang telah diterangkan pada artikel di atas.
assalam Dr.
Anak sy 2 bulan setengah. Sy beri minum susu badan+susu fm(susu lactogen). Sblm ni najis anak sy biasa warna kuning & poop sehari sekali.
Tapi sejak 2 minggu lepas anak sy dh mula minum susu fm lebih dr susu badan sbb susu badan dh mula berkurang & najis mula bercampur warna. Kadang2 normal warna kuning tapi kadang2 dh mula poop warna kuning+hijau+kelabu sedikit2… Anak sy kadang2 mudah poop, kadang2 tepaksa pakai Pam ubat utk poop. Adakah keadaan mcm ni normal atau tidak.
Puan , sudahkah puan membaca artikel di atas yang menerangkan tentang kekerapan najis berkurangan selepas 6 minggu kebiasaanya. Juga diterangkan bila rawatan diperlukan dan apakah maksud sembelit pada bayi.
sekiranya najis adakala berwarna hijau tetapi adakalanya kuning normal, perlu juga diberi perhatian tentang pemakanan puan memandangkan anak juga menyusu badan . Makanan pedas, sayur berlebihan dan produk tenusu adakala boleh memberikan masalah ini.
As salaam Dr. Anak saya berumur 15 bulan dan minum susu formula Dumex Dupro. Sudah seminggu lebih dia BAB bercampur mucus / lendir sehingga 4-5 kali sehari. Tetapi dia tetap aktif dan makan minum serta BAK seperti biasa. Adakah ini normal atau perlu di bawa ke hospital? Terima kasih Dr.
Kemungkinan anak mengalami masalah jangkitan pada usus. Sekiranya najisnya tidak cair dan anak masih boleh menyusu dan makan seperti biasa, tidak demam, tiada darah pada najis, aktif , rawatan boleh dilakukan di rumah asalkan tiada simptom dehidrasi spt kurang kencing , kurang air matanangis, kering bibir dan lidah. dapatkan smecta/ oral rehidration salt untuk rawatan rumah . jika keadaan semakin teruk , bawa jumpa doktor
Doktor ank sy dh 5buln..mnum susu fm dulac dumex…sy peratikan najis warna kuning cmpur kelabu..baby biase poo poo 2hari sekali tp tidk sembelit.
Memandangkan saya tidak dapat melihat najis anak ataupun memeriksanya, saya galakkan anda bawa berjumpa doktor kerana warna kelabu pucat terutamanya adalah tidak normal.
ASALAM DR ANAK SY BERUSIA 4 BULAN.. DIA MINUM SUSU FRISOLAC TP BERAT BDN HNYA NAIK SEDIKIT SY MULA MENUKAR SUSU ANAK SY KEPADA SUSU SNOW, SEMENJAK DIA MNM SUSU SNOW NAJIS BABY SY BETUKAR WARNA KELABU. ADAKAH BILA NAJIS BAYI BEWARNA KELABU NORMAL? SY RISAU SBB BC KAT BLOG APABILA WARNA TAHI BAYI BETUKAR KELABU MENANDAKAN AD MSLH USUS HATI @ HEMPEDU. SEMALAM SY BW DIA BEJUMPA DGN DR KLINIK KANAK2 DR TU CM CKP ITI ADALAH KEJADIAN BIASA. TP HR INI ANAK SY BERAK WARNA KELABU LAGI MEMBUAT KN SY BERTAMBAH RISAU ADAKAH PERLU SY PERGI MENDAPATKN PEMERIKSAAN DR SEMULA?
Bawa berjumpa pakar untuk kepastian kerana najis warna kelabu adalah tidak normal.
Assalam Dr…anak saya berusia 3 bulan 15hri.Anak sya minum susu badan + susu formula…Akhir² ni (3 hri) ank sya berak stp kali lps minum susu formula dan yg pliknya susu formula tu dah nak hbis pun..Patut ke sya tukar yg lain @pun tak akn menjejaskan ksihatan ank sya…
Tidak perlu jika najis tidak cair dan normal, serta pertumbuhan badannya baik.
Doc.. Anak sy baru berusia 3 bulan 25 ari… Dia minum susu badan + susu formula… Baru2x ni sy ad bg dia mkn skit biskut milna sbb dia slalu memberi riaksi seolah-olah mahu mkn.. Persoalannya… Slps mkn tu anak sy dh x berak2x slma 4 ari… Adakah perkara ni merbahaya… Sy sgt risaukn kesihatan anak sy… Adkh mkn mknan pepejal blh menyebabkan sembelit???
Myra, bayi hanya boleh diberikan makanan pada usia 6 bulan.
Sila baca artikel ini
http://www.doktorbudak.com/2013/10/01/makanan-permulaan-untuk-bayi/
Pada artikel di atas telah diterangkan tentang simptom2 yang perlu diawasi dan apa maksud sembelit pada bayi.
Salam Dr, anak perempuan saya berumur 1thnn 9 bulan. Beberapa bulan yg lalu saya perhati dia sering menekan perutnya menggunakan bantal atau badan abah dia dan hanya pada waktu malam. Saya ada bawa anak saya utk diperiksa ole doc pead anak saya tapi tiada apa2 masalah kata doc pead tu. Tapi today she been passed motion will small amount of number and its up to 6 times diaper changing. The last diaper I notice ada fresh blood on her stool and am worry. This is her first time having blood on her stool. She still bf dan tak campur susu formula..only sometimes sh did consume air susu kotak. She have no problem eating vege and fruits. Ada masa dia buang najis sekali sehari with huge amount. Pls let me know is it consider normal ada blood dlm najis dia. Tq.
Anis, semestinya tidak normal bukan untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa untuk mengalami najis yang berdarah?
Adakah najisnya keras kebiasaannya? Adakah kebiasaannya hanya buang najis dengan jumlah yang sedikit?
adakah dia meneran ketika membuang air besar atau mengadu sakit .
Jika ya, dia mengalami sembelit dan perlu diperiksa dan diberi rawatan. Sembelit boleh menyebabkannya sakit perut dan boleh menyebabkan darah jika masalah dibiarkan berlarutan . kerap berlaku pada kanak kanak yang banyak minum susu formula dan kurang makan pejal.
Punca lain boleh disebabkan oleh jangkitan usus. terutamanya sekiranya dia tidak sihat dan demam.
Apa pun bawa berjumpa doktor sekali lagi kerana kami tidak dapat nak memeriksa untuk menentukan apa masalahnya yang sebenar.
salam doc anak sy pramatng skg masuk 3buln sda bby sy full susu formula apa yg buat sy risau najis dia wrna hitam seblm ne bby sy ok mnum anmum dlm 2-3 hari ni najis wrna hitam+hijau2 tua dan bila sja dia mnyusu mesti mngis n mnolak utk mnum..apa masalh tu doc..
Bibie, tanpa maklumat lengkap dan pemeriksaan lanjut saya tidak dapat menasihati tentang masalah anak. Bawa berjumpa doktor agar pemeriksaan boleh dilakukan . Anak yang menangis tidak mahu menyusu adalah simptom yang perlu diberi perhatian . Adakah dia demam, muntah dan tidak aktif, Adakah najisnya cair. Jumpa doktor.
salam doc..baru2 ne sya ada jumpa doktr utk brtnyakn tntng najis bayi yg wrna hitam+hijau tua..doktr ckp bayi ada tu colic..n bayi sy pn ada demam tp tidak truk sgt..
Salam Dr, anak saya 5 baru minggu . Dia minum susu badan sepenuhnya. Since 1 week ago , najis baby kadang hijau + kuning , hijau Saja , kuning Saja . Ada kah itu normal ?
Lim, najis yang adakala hijau mungkin disebabkan oleh anak yang dapat susu permulaan yang cair semamsa penyusuan badan . Susu awal adalah lebih cair dan susu yang lebih lengkap selalunya dihujung penyusuan . Jika penyusuannya tidak baik dan hanya mendapat susu awalan sahaja maka ini boleh menyebabkan najisnya hijau kadangkala.
Perkara lain yang perlu diberi perhatian ia pemakanan ibu. Elakkan terlalu banyak makan produk tenusu atau makanan pedas.
Jika anak sihat , aktif , berat badan naik, dan najis hijau tidak berterusan ia tidak perlu dirisaukan.
Salam Dr. Anak saya 2 bulan..susu badan sepenuhnya…buang air besar sekali ke dua kali sehari tetapi najisnya berbuih n berlendir. Sihatkah agaknya?
HI Naini.
Sedikit lendir adalah normal dalam najis bayi. Kebanyakan masa ia disebabkan oleh perubahan pada susu badan sendiri. Dalam masa lain alahan makanan juga boleh menjadi punca. Memandangkan anak susu badan spenuhnya, perhatian juga perlu diberikan tentang diet ibu. Kurangkan makanan pedas dan produk tenusu. Teruskan menyusu dan pantau jika masalah ini masih berlaku setelah mengambil langkah untuk menjaga pemakanan anda.
Persoalan lain yg perlu diambil kira ialah – adakah ini suatu perkara yg berlaku dari dulu atau hanya berlaku beberapa hari lepas. Adakah anak sihat dan pertumbuhannya berat badan bagus. Adakah berlaku muntah dan adakah anak aktif? Jika tidak dan ada masalah lain , sebaiknya berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Kerana berbuih dan berlendir juga boleh disebabkan masalah lain yang tidak boleh dipandang ringan seperti masalah toleransi pada laktosa (lactose intolerance) serta jangkitan pada usus terutama jika anak tidak sihat.
Maka jika masalah ini berterusan bawalah berjumpa doktor untuk pemeriksaan ya.
Salam doc.baby sy baru 37 hari.baby sy minum susu badan dan susu fm similec sebab dia xmahu direct breastfeed.najis baby kadang2 warna kuning,kadang2 hijau..adakah itu normal?
Najis yang adakala hijau mungkin disebabkan oleh anak yang dapat susu permulaan yang cair semasa penyusuan badan . Susu awal adalah lebih cair dan susu yang lebih lengkap selalunya dihujung penyusuan . Jika penyusuannya tidak baik dan hanya mendapat susu awalan sahaja maka ini boleh menyebabkan najisnya hijau kadangkala.
Perkara lain yang perlu diberi perhatian ia pemakanan ibu. Elakkan terlalu banyak makan produk tenusu atau makanan pedas.
Jika anak sihat , aktif , berat badan naik, dan najis hijau tidak berterusan ia tidak perlu dirisaukan.
Salam doc.baby sy baru 37 hari.baby sy minum susu badan dan susu fm similec sebab dia cmahu direct breastfeed.najis baby kadang2 warna kuning,kadang2 hijau..adakah itu normal?
comment notification system*
Salam puan..anak sy dh berumur 1bln lbh..sy masih lg fully bf..tp kbelakangan ni ank berak berbuih dan blendir..ank sy juga sll muntah susu dgn byk..sekurg2 sehari sekali..sejak smlm anak sy berak berbau busuk dan sy perasn najis bayi sy arini berlendir dan bercampur darah..adakah situasi ank sy bhy puan?
Hidayah, semestinya ini bukan simptom yang normal dan semestinya memerlukan penilaian dan pemeriksaan doktor dengan segera.
slm..doc baby saya 2bln 3minggu,susu formula full sbb air susu saya tk ckup lgpn dia tk nak sda..skg dia mnum susu anmum,najis dia keras tp klu dia buang air tk kesakitan pula n lg berat bdn dia naik..jd apa perlu saya lakukn adakah perlu saya tukar susu?
Mama aqim, pastikan susu dibancuh mengikut sukatan yang disarankan pada label susu. Menukar susu secara asasnya tiada perbezaan namun ada ibubapa yang merasakan anak mereka lebih senang buang air besar dengan sesetengah susu lain . Sembelit ada pelbagai punca dan tidak semestinya disebabkan oleh susu contonya masalah usus, masalah hormon dan sebagainya. Sebaiknya berjumpa doktor kerana saya tidak memastikan bahawa ini adalah masalah susu sahaja. Antara yang perlu diberi perhatian – adakah dia buang air besar dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan , adakah ini masalah baru dan sebelum ini boleh membuang air besar dengan baik (najis lembut), adakah TSH (hormon tiroid) masa lahir normal dan tiada masalah lain seperti muntah dan kembung perut . Jika ada masalah lain , perlu berjumpa doktor agar boleh diberi rawatan.
Salam doc. Baby 9bln. Fully bf+solid food. Dh 2hari najis berwarna cerah/kuning putih dan dikuti demam dan muntah. Perlu ke bawa jumpa doc or just normal fever.
Apa yang lebih penting apabila anak muntah dan demam ialah memastikan ia tidak megalami dehidrasi atau kekeringan . Sekiranya dia muntah tetapi boleh minum seperti biasa , aktif , kencing banyak seperti biasa, maka rawatan dirumah boleh diberikan dengan memastikan anak terus makan dan minum serta memberi oral rehydration salt ( boleh didapati di klinik/ farmasi ) yang dibancuh dengan air dan diberikan sedikit demi sedikit kepada anak untuk menggantikan galian yang hilang dari muntahnya dan cirit. Jika kehilangan ( cirit dan muntah) lebih dari apa yang dia boleh minum , itu adalah tanda tanda yang perlu diberi perhatian dan dibawa berjumpa doktor.
Namun , jika demam tinggi dan berlarutan selepas 3 hari ( memandangkan denggi adalah satu masalah di negara kita maka elok diperiksa oleh doktor) atau keadaan anak tidak seperti yang telah saya terangkan tadi, perlu berjumpa doktor.
salam.anak saya baru 5bulan 20 hari.hanya menyusu badan dan belum diberikan solid food.baru2 ni anak saya demam 5hari denagn suhu y tinggi dlm 38-39 celcius dan diberikan antibiotik. dua tiga hari lepas dia sudah sihat dan tidak makan ubat lg.persoalannya, najis anak saya hari ini berwarna kuning dan berbintik-bintik hitamseperti bintik2 bijan).bahayakah?anak saya tidak pernah najis berbintik hitam.
Sekiranya anak aktif , tidak lagi demam, minum seperti biasa, kencing banyak seperti biasa dan najisnya sudah normal , maka ini tidak merisaukan . Namun jika najis masih begitu, mesti bawa berjumpa doktoragar pemeriksaan boleh dilakukan .
Salam doc…saya ada sedikit pertanyaan berkaitan bayi saya.
Bayi saya berumur 5bulan.. Susu badan sepenuhnya..tapi dari minggu lepas, bayi saya jarang buang air besar. Dalam [email protected] hari sekali. Sekarang pun masalah yang sama. Adakah normal keadaan ini doc bagi bayi saya?
Puan Liza, jawapan pada soalan Puan ada pada artikel di atas. TQ
Maaf puan kerana terlepas pandang soalan puan . sekarang umurnya 6 bulan bukan dan memandangkan dia lahir awal 2 bulan , maka umur sebenarnya adalah (6-2 bulan) = 4 bulan.Najis yang kadangkala hijau bukanlah sesuatu yang tidak normal namun jika keadaan ini berterusan perlulah dapatkan perhatian doktor. Apa yang penting ialah najisnya lembut dan tidak keras , membung 2 kali sehari atau sekali sehari adalah normal
Salam..bby sy pramatang,lahir time 31weeks..skg da 2bln..sy bg susu fm..najis bby warna mcm hijau pekat..tak berketul2 pun..dan dia membuang 2hari sekali je..normal ke?
Maaf puan kerana terlepas pandang soalan puan . sekarang umurnya 6 bulan bukan dan memandangkan dia lahir awal 2 bulan , maka umur sebenarnya adalah (6-2 bulan) = 4 bulan.Najis yang kadangkala hijau bukanlah sesuatu yang tidak normal namun jika keadaan ini berterusan perlulah dapatkan perhatian doktor. Apa yang penting ialah najisnya lembut dan tidak keras , membung 2 kali sehari atau sekali sehari adalah normal