SOALAN: Doktor, anak saya berusia 7 tahun dan kerap demam dan sakit tekak. Adakala berserta dengan batuk dan selsema. Setiap kali ke klinik, doktor mengatakan anak saya ada masalah jangkitan pada tonsil. Doktor biasanya memberikan antibiotik tapi anak saya kerap kena jangkitan yang sama. Bulan lepas, dia kena jangkitan tonsil lagi. Perlukah tonsil anak saya dibuang? Mohon pencerahan doktor sebab sanak saudara memberitahu saya bahawa pembedahan membuang tonsil perlu dibuat jadi saya risau tentang ini. (Rahimawati)
JAWAPAN: Yang dihormati Puan Rahimawati, sebelum saya menjawap soalan puan, adalah lebih baik saya cuba jelaskan tentang tonsil.
Tonsil adalah kelenjar tisu limfoid yang berfungsi sebagai markas pertahanan yang diperlukan oleh badan pada awal pembesaran kanak-kanak. Terdapat beberapa kelompok tisu limfoid di dalam rongga mulut, ini termasuk:
- Adenoids (Tonsil Pharyngeal) yang terletak di belakang hidung
- Palatine tonsil. Tonsil yang selalu dikaitkan dengan masalah sakit tonsil.
- Lingual Tonsil. Terletak dibahagian belakan lidah
- Tubal tonsil. Terletak pada keliling saluran(auditory) yang menyambungkan hidung dengan telinga tengah.


Kumpulan tisu tonsil ini dikenali Lingkaran tonsil Waldeyer (Waldeyerls tonsilar ring). Semasa awal pembesaran kanak-kanak, kesemua tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan. Ia akan melawan jangkitan kuman yang melalui saluran pernafasan dan mulut kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dijangkiti kuman, tisu tonsil akan menghasilan sel untuk melawan kuman dan ini menyebabkan tonsil menjadi radang dan membesar. Ini akan berterusan sehingga kanak-kanak berumur 2-3 tahun. Kemudian ia secara beransur-ansur akan diambil alih tugas oleh sistem pertahanan badan yang lebih menyeluruh dan matang. Apabila ini berlaku tisu tonsil akan mengecil dan kurang berfungsi.
Tetapi sesetengah individu tisu tonsil terus kekal besar dan akan menjadi tumpuan jangkitan kuman. Bagi individu ini mereka akan mendapat masalah sakit tonsil secara berulang-ulang. Individu ini akan mengalami sakit tonsil yang kerap (sekurang-kurangnya sekali sebulan). Antara symptom sakit tonsil ialah:
- Sakit tekak yang teruk menyebabkan sakit apabila menelan makanan.
- Demam dengan suhu melebihi 38 darjah selsius.
- Perubahan suara. Suara menjadi garau ataupun seperti suara apabila sedang makan makanan panas (Hot potato voice).
- Lenguh atau sakit badan.
- Sakit kepala.
- Berdengkur waktu tidur – Ini disebabkan tonsil yang bengkak.

(http://tonsillectomyrecovery.com/tonsillitis-pictures/)
Gambar 2: Tonsil yang bengkak, radang dan bernanah
(http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:WikiProject_Medicine/Translation_task_force/Strep_throat_bn)
Bagi kanak-kanak yang mengalami sakit tonsil mereka akan:
- Mengalami kesakitan dan demam yang lama (sekurang-kurangya 1 minggu)
- Perlu ke klinik untuk berjumpa dengan doktor untuk merawat sakit tonsil mereka.
- Perlu mengambil dan menghabiskan ubat antibiotik disamping ubatan lain untuk simptom mereka (contohnya ubat demam dan ubat sakit tekak)
- Terpaksa cuti sakit dari persekolahan dan ini akan menganggu pembelajaran mereka
- Tidur terganggu, ini disebabkan tonsil yang membengkak akan menyebabkan tidur berdengkur dan juga pada kes yang teruk mereka akan berhenti bernafas seketika semasa tidur – Sleep Apnea.
Oleh kerana itu, kebanyakan doktor akan menyarankan agar masalah tonsil dirujuk dan dirawat kepada pakar ENT.
Rawatan tonsillitis (jangkitan kuman pada tonsil) boleh dibahagikan kepada 2:
1. Rawatan perubatan:
- Antibiotik – Perlu diambil selama sekurang-kurangnya seminggu (Cth: Amoxicillin; digunakan pada peringkat pertama dan Augmentin digunakan apabila antibiotik biasa tidak berkesan)
- Ubat demam/tahan sakit
- Lezonges (ubat yang dihisap/kemam)
- Ubat kumur(Diflam atau Thymol gurgle) juga diberikan tetapi kurang berkesan kerana ia tidak membasahi tonsil.
2. Pembedahan
- Pembedahan tonsil dikenali sebagai Tonsillectomy.
Tonsillectomy ialah pembedahan untuk membuang tonsil. Ia dilakukan menggunakan bius penuh (General anaethesia).
Tonsillectomy ialah sebagai jalan terakhir untuk merawat penyakit tonsil yang berulang-ulang.
Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum doktor pakar ENT menasihati pesakit untuk tonsillectomy.
Kriteria asas untuk tonsillectomy ialah seperti berikut: (pesakit hanya perlu memenuhi salah satu dari kriteria di bawah):
- Masalah sakit tonsil yang berulang-ulang menyebabkan pesakit memerlukan rawatan doktor, ubatan antibiotic dan terpaksa mengambil cuti dari persekolahan atau dari bekerja.
Mengalami tonsillitis sebanyak 5 kali setahun atau 7 kali dalam 2 tahun yang berturut-turut. - Tonsil yang besar dan radang yang menyebabkan pesakit berdengkur dan mengalami apnea (berhenti bernafas) semasa tidur.
- Sakit tonsil yang menyebabkan kawasan disekeliling tonsil bernanah (Peritonsillitis atau Quincy).
- Sekiranya doktor pakar ENT syak pembesaran tonsil adalah disebabkan barah tonsil.
Untuk menjawab soalan Puan Rahimawati, sekiranya anak puan kerap mengalami tonsillitis dan ia mengganggu kualiti kehidupan anak puan dari sudut pembelajaran, aktiviti seharian dan juga kualiti tidur anak puan, saya sarankan supaya membawa anak puan berjumpa doktor pakar ENT untuk rawatan selanjutnya dan sekiranya kriteria asas dipenuhi maka doktor pakar ENT akan menasihati dan berbincang tentang pembedahan tonsillectomy untuk anak puan.
(oleh Dr. Ramiza Ramza Ramli)
Comments
38 responses to “Anak kerap sakit tonsil”
salam doktor. Saya mengalami demam beserta sakit tekak sebulan sekali. Terbaru saya mengalami demam dan tekak bernanah. Apa yang harus saya buat doktor?
salam doktor,
saya sering mengalami demam sebulan sekali beserta sakit tekak. Terbaru saya demam beserta dengan tekak bernanah. Apa perlu sy buat doktor?
Assalamualaikum doktor, saya telah menjalani pembedahan tonsil 2 tahun lepas. Selepas pembedahan tearsebut saya sering cepat letih seolah olah antibodi saya semakin lemah. Adakah itu kesan daripada pembedahan yang saya telah jalankan? Terima kasih.
Salam doc..anak saya berusia 7 thun..ini kali pertama kali kena tonsil bengkak..jadi perlu k berjumpa pkr ENT??
assalam doktor, anak sy telah pun menjalani pembedahan buang tonsil pada 31.1.2014 semasa beliau berusia 4thn. adakah normal jika sekarang beliau mudah dijangkiti demam, selsema dan batuk memandangkan sel sistem imunisasi beliau takde? sy risau dia mudah berjangkit dna lmbt sembuh. kalau ke kllinik gomen, dr ckp takde pape. ke swasta tak mampu, nak ke hospital kene referal letter, e.r tunggu berjam2..
doctor blh bagi tahu saya lebih terperici tengan penyakit tonsil..dan makanan yang bolah dan tak bolah di makan..lagi satu adakah sy kena had kan aktiviti harian anak saya.untuk alak dari penyakit tonsil ini beterusan.
aasalamualikum..doctor.. saya nak bertanya pasal tonsil..saya ada seorang ank yang memdapat penyakit tonsil dari umur 3bln..sehingga sekarang ank berumur 10 tahun..semasa umur dia 3bln doctor ckp yg tonsil ank saya akan mengecil..tetapi setelah ank sy meningkat usia sy tengok tonsil ank sy semakin mebesar sehingga lah skrg..ada kah rawantan lain selain pembedan…
salam doc..anak saya umur 7tahun.Kene tonsil dah seminggu.ubat antibiotic (CEDEX) sesuai untuk penyembuhan tonsil ke..?agak2 sehingga bila kene makan antibiotic ini ye.doc klinik suggest sehingga 4botol.melihat tonsil anak still ada putih2 lg skit..bengkak saya x pasti..perlu ke saya ruj ke pakar ENT?..
Salam Puan Sha, Antibiotic harus diambil mengikut aturanya. Sekiranya simptoms masih berlarutan ataupun kerap berlaku adalah wajarnya anak di bawa berjumpa doktor pakar.
Salam doc. Anak sy umur 2 tahun 8 bulan. Dah 3 hari demam. Bila malam suhu kadang-kadang mencecah 39. So tadi doktor di klinik cakap tonsil merah dan bengkak. Antibiotik curam & imexa pun tak jalan. So doktor kasi antibiotik lain, tapi bila suap jer dia muntah balik. Masuk dalam susu dia refuse nak minum. Masuk dalam air vitagen pun dia minum sikit sangat. Ada tak cara lain untuk kurangkan bengkak tonsil yang sesuai dengan usia anak saya. Terima kasih.
Salam Puan Azirah, Jangkitan tonsil selalunya mengambil masa 5-7hari sebelum sembuh sempurnanya. Antibiotic kadang2 perlu ditukar (oleh doktor) sekiranya jangkitan itu tidak menampakan kesan sembuh.
Ada pelbagai cara untuk memberikan ubat kepada kanak2, salah satunya ialah dengan memberikan ubat secara berkala iaitu contohya sekiranya 5mls ubat, bagikan sebanyak 1ml setiap 2-3minit dalam masa 10-15minit. Saya secara peribadi tidak menggalakan Puan mencampurkan ubat dengan susu atau makanan kerana kanak2 mungkin akan tidak minum atau makan kerana mereka kaitkan makanan/susu dengan ubat.
Bengkak tonsil disebabkan oleh jangkitan kuman mengambil masa untuk surut dengan bantuan antibiotik. Sekiranya tonsil itu masih bengkak dan anak selalu mengalami jangkitan tonsilitis, wajar beliau dirujuk kepada doktor pakar.
Maaf bertanya lg dr. jadi apekah rawatan yang sesuai untuk anak saya kerana apabila saya ke klinik dia akakn diberi antibiotik n ubat demam. Ape yg saya dapati sekarang apabila selepas tonsil n demam kurang anak saya akan batuk n pernafasannya akan sedikit berbunyi apabila dia aktif. Ini kerana anak saya terlalu aktiF walaupun dia tidak sihat
Kanak2 yang kerap mengalami jangkitan tonsilitis selalunya mempunyai tonsil yang besar dan mereka juga kadang2 ada masalah berdengkur. Sekiranya batuk dan pernafasan yang berbunyi berlarutan, sila bawa anak puan untuk berjumpa dengan pakar.
Puan Amalina, Adakah masalah tonsil yang dimaksudkan oleh Puan Amalina ialah jangkitan tonsil? Sekiranya benar adalah biasa bagi kanak2 yang berumur kurang dari setahun mempunyai tonsil yang besar berbanding dengan kanak2 lain. Selain dari tonsil yang benkak, kemungkinan adenoid juga bengkak. Adenoid yang bengkak akan menyebabkan hidung anak puan tersumbat. Apabila hidung anak puan tersumbat mereka akan bernafas melalui mulut. Bernafas melalui mulut akan menyebabkan mulut dan tekak mereka kering dan ini akan menjadi lebih teruk apabila bernafas dengan udara kering aircond.
Memeberi anak puan ais krim ketika mereka sakit tonsils akan memberi kelegaan yang sementara. Tetapi terlalu byk ais krin (sejuk) akan menyebabkan hidung mereka berhingus dan tersumbat dan ini akan menyebabkan mereka bernafas melalui mulut mereka.
Assalamualaikum dr. anak saya baru berumur 8 bulan tetapi dia mempunyai masalah tonsil sejak berumur 6 bulan. Adakah punca2 tonsil boleh disebabkan oleh habuk n dia tidak boleh terlalu sejuk seperti berada di tempat yang ber aircon. bolehkah saya beri anak saya ais krim vanila?
salam dr,ank pmpuan sy yg berumur 1 tahun selalu demam. dalam 1 bulan 2 kali.. apb pergi klinik doc bgtau tonsil bengkak..1 minggu slpas demam telinga akan bernanah..doc cuma bagi antibiotik shj.adakah pej ank sy ini serius?
Puan Malina, sekiranya anak puan kerap mengalami jangkitan tonsil adalah lebih baik sekiranya dirujuk kepada pakar ENT. Telinga bernanah juga boleh dikaitkan dengan jangkitan tonsil atau lebih tepat jangkitan pada adenoids yang berhampiran dengan saluran/tube eustachian yang menyambungkan telinga tengah dengan ruang pangkal hidung (nasoparynx). Saya sarankan agar puan membawa anak puan utk menerima nasihat dan rawatan dari pakar ENT.
Assalamualaikum Dr.,
Anak saya berumur 4 tahun dan sering mengalami masalah tonsil. Baru-baru ini anak saya mengalami batuk, selsema dan demam. Doktor yang merawat mengatakan tonsil anak saya bengkak dan doktor memberi antibiotik. selepas seminggu batuk dan selsema anak saya tidak sembuh dan kami membawanya semula ke klinik, kali ini doktor yang sama telah memberi antibiotik yang lebih kuat, dan menyatakan sekiranya anak saya tidak juga sembuh kami perlu merujuk kepada hospital. Terima kasih doktor.
Salam, Puan Normala
Sesetengah jankitan tonsil memerlukan ubatan antibiotik yang lebih kuat daripada biasa dan ada kala juga kanak-kanak perlu dirujuk ke hopital kerana disebabkan oleh berbagai perkara termasuk sakit ketika menelan makanan yang menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat makan dan minum. Rawatan di hospital termasuk memberikan ubatan antibiotik melalui intravenous.
Selalunya setelah anak sembuh daripada jangkita tersebut baru doktor akan mencadangkan supaya tonsil itu dibuang melalui pembedahan tonsil.
Doktor,anak saya sekarang berumur 6 thn. Waktu mlm bila tidur dia kuat berdengkur dan perkara ini saya perhatikan dr umurnya 1 thn lagi.pernah dimasuk kan ke wad sebab lebih sebulan batuk tak sembuh.seminggu ditahan dan selepas tu batuk berkurangan tetapi tiap kali kena batuk dan selsema dia sukar bernafas.Masalahnya disini.baru2 ni anak saya sakit tekak yg teruk sgt smpikan lepas batuk n kahaknya bercampur darah sedikit,mungkin luka dlm.keadaannye berlarutan smpikan sewaktu tidur dia hanya bernafas melalui mulut dan kadang2 seakan tak boleh bernafas.saya dah rujuk ke hospital padiatrik dan diminta untuk dtg semula pd bulan 3 nanti utk adakan ujian dengkur.Kemudia nanti baru rujukan susulan ke pakar ENT dibuat. Memandangkan keadaan anak saya yg sukar bernafas melalui hidung dan sekarang demam.perlu ke saya tunggu lagi appointment tersebut atau terus ke pakar ENT utk rawatan.
Puan Syuhada, memandangkan anak puan demam dan pada masa yang sama mengalami hidung tersumbat dan kesukaran bernafas, maka saya sarankan agar puan bawa anak untuk mendapatkan rawatan terus dari pakar ENT.Ini kerana puan sudah mendapat rujukan untuk bertemu dengan doktor pakar.
Kebiasaanya kanak-kanak yang mengalami masalah seperti anak puan akan mengalami jangkitan kuman yang kerap dan sehingga punca diketahui dan dirawat maka setiap kali anak puan demam dan mengalami jangiktan kuman akut, rawatan oleh doktor memang disarankan.
Doktor..anak saya baru berusia 8 bulan tp sudah 3 hari demam n tonsil sebelah kanan bengkak.bahayakah bayi demam n bengkak tonsil ni doktor.
Puan Nor Azima, apabila berlaku jangkitan kuman pada tonsil, ia akan radang dan selalunya bengkak. Selain dari itu kanak-kanak akan demam dan kurang makan/minum kerana sakit tekak. Rawatan yang kebiasanya ialah dengan memberikan antibiotik yang sesuai dan ubat demam.
Selalunya apabila kanak-kanak mengalami sakit tonsil, kedua-dua tonsil akan membengkak tetapi ada juga kes-kes tertentu yang hanya sebelah tonsil sahaja bengkak. Sekiranya hanya sebelah sahaja tonsil bengkak tanpa demam atau sakit tekak, kanak–kanak itu perlu juga dirujuk kepada pakar ENT.
Doctor, anak saya berusia 2 tahun 2 bulan. Sudah 3 minggu demam.minggu pertama demam.berhenti sehari demam lagi.minggu kedua demam.berhenti 3 hari .now demam lagi.pergi klinik doctor kate tekak die merah.makan antibiotic sudah masuk2 botol.persoalannya normal ke keadaan ini?
Puan Mummy Zaf, demam yang berlarutan adalah tidak normal, ia perlu disiasat akan punca dan dirawat dengan sempurna. Sila bawa anak puan ke klinik pakar kanak-kanak yang berdekatan.
Selain dari tonsil yang menjadi punca kekerapan anak puan demam tonsil, punca lain perlu disiasat dan sekiranya tonsil yang menyebabkan anak puan kerap demam maka saya sarankan bawa anak puan berjumpa pakar ENT.
Sambungan:Pada Nov yang lepas, anak saya menghadapi selesema dan seperti biasa masalah sukar untuk bernafas kerana hidung tersumbat.Dan doktor telah memberikan “oxy_nase” spray untuk melegakan saluran pernafasannya. Sometimes it works but sometimes it is not. Mohon nasihat doktor bagi masalah anak saya ini.Adakah saya patut membawa anak saya berjumpa pakar ENT?
Salam, Puan Mama_hm, dari apa yang puan terangkan di atas, kemungkinan anak puan mengalami simptom allergic rhinitis (Alahan rinitis). Ia selalunya disebabkan oleh alahan kepada debu. Apabila anak puan terdedah kepada debu, maka hidung anak puan akan mengalami simptoms seperti hidung berhingus, hidung tersumbat, bersin yang melampau dan juga gatal2 hidung, mata dan muka.
Kebiasaan juga kanak-kanak yang mengalami alahan rinitis, sekiranya mereka mengalami demam selsema biasa, simptoms mereka akan lebih teruk dan mengambil masa yang lama utuk sembuh berbanding dengan kanak-kanak lain yang mengalami demam selsema yang sama.
Untuk memastikan samada anak puan benar mengalami alahan rinitis, rujukan pakar ENT diperlukan. Bagi penggunaan Oxy-nase, ia berupa rawatan dengan kesan sementara dan tidak sesuai untuk merawat alahan rinitis yang memerlukan rawatan yang sesuai.
Salam Dr.Anak perempuan saya sekarang berusia 2 tahun 4bulan. Sejak berusia 1 1/2 tahun sekiranya anak saya demam terutamanya selsema pernafasannya akan berbunyi seperti hidung tersumbat.Apabila saya bawa berjumpa doktor, biasanya doktor akan memeriksa paru-paru sekiranya berkahak. Kebiasaannya doktor menyatakan paru-paru OK cuma tersumbat di bahagian hidung dan tekak sahaja. Dan antibiotik, ubat cair kahak dan batuk akan diberikan.Tempoh untuk pulih biasanya memakan masa sehingga 2 minggu untuk hilangkan pernafasan yang berbunyi tersebut.
Assalamualaikum Dr.. Anak saya mmg ada tonsilitis semenjak kecil lagi. Now umur dah 5 thn dan masih lagi mengalami tonsil bengkak bila dia demam suhu tinggi melebihi 39 .. saya perasan bila dia suka or makan bnyk mknn spt keropk lekor, keropok goreng or apa2 jenis kerepek secara bnyk dia akan demam n tonsil bengkak.. soalan saya adakah makanan2 keras spt keropok (especially ikan base) boleh menyebabkan tonsil akan membengkak??? Anak saya kurang minum air juga menjadi penyebabkan dia selalu kena jangkitan kuman pd tekak dia ke??
Salam, Puan Shasha, tonsil bengkak jarang dikaitkan dengan permakanan kecuali kecedaraan terus pada tisu tonsil itu disebabkan oleh contohnya tulang ikan. Kekurangan air juga bukan penyebab utuk jangkitan kuman pada tonsil atau tekak anak puan. Kekurangan air boleh menyebabkan masalah yang secara menyeluruh bukanya spesifik kepada tisu tonsil.
Sekiranya masalah tonsilitis (jangkitan kuman pada tonsils) maka saya sarankan agar anak puan diperiksa oleh doktor pakar ENT.
Doktor,ank saya juga mengalami masalah yg sama pada tonsilnye,tpi anak saya sudah pun berjumpa dengan doktor pakar,doktor tu cakap,tonsil tu sudah 80% menutup saluran penafasannye,temujanji yang akan dtg pada bln 1 ni,doktor tu bagitau kalau masih sama,ank saya akan terus jalani pembedahan buang tonsel belakang hidung dan dlm mulut,soalan saya tidak kah merbahaya bagi ank saya yang baru berusia 7 tahun itu,dan adakah ada risiko efek selepas pembedahan itu
Puan Azita, bagi pembedahan tonsilectomy, umur anak puan tidak menjadi masalah. Dari pengalaman saya, kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk sembuh awal berbanding dengan orang dewasa. Selalunya pada 24jam pertama selepas pembedahan sakit akan semakin berkurangan. Sebaik sahaja pesakit sedar dari bius (3-4jam selepas pembedahan), saya benarkan pesakit saya untuk minum dan makan makanan yang lembut dan sejuk (Cthnya ais krim)
Setiap pembedahan mempunyai risiko dan komplikasi tersendiri, doktor pakar tersebut akan berbincang dengan puan akan risiko tersebut. Bagi pembedahan tonsillectomy, komplikasi boleh dibahagikan kepada semasa pembedahan dan selepas pembedahan.
Pada umur 7 tahun fungsi tonsil sebagai pertahanan badan sudah susut dan sudah diambil alih oleh pertahanan badan yang lebih superior.
Untuk maklumat yang lanjut berkenaan dengan komplikasi pembedahan tonsilektomi saya sarankan puan berbincang dengan doktor pakar yang akan melakukan pembedahan tersebut
*comment notification ON*
Assalamualaikum Doktor,
Saya ada pertanyaan. Anak sy berusia 11 bulan, dan sejak lahir mmg ade penyakit haemangioma serta sentiasa regular check up dgn pakar pediatrik setiap 3-6 bulan. Pg tadi, sy bwk anak sy utk ultrasound d bhg kepala, abdomen, buah pinggang…semua nya normal. tp, tiba-tiba2 dok maklumkan limpanya bengkak. Bile sy bertanya lanjut, die kate rujuk dgn pakar kanak2 yg mmg temujanji nya dlm tempoh 1 mggu lagi.
Doktor, sy sgt risau dan hrp doktor dpt maklumkan pada sy…apakah limpa bengkak ini bahaya? dan ape kesan nya pada anak sy?
Terima kasih byk2 doktor…
Boleh rujuk pada artikel ini
http://www.doktorbudak.com/2013/12/23/perlukah-risau-kalau-kelenjar-limfa-bengkak/
Wani, harap maklum bahawa segala soalan baru yang tidak berkaitan dengan artikel di atas boleh diajukuan di ‘ask a question’ .
Maaf. Adakah maksud wani , limpa di abdomennya bengkak ? atau limfa? Sekiranya limpa di abdomen- ia boleh disebabkan beberapa perkara seperti jangkitan kuman, masalah darah dan sebagainya. Namun , adalah sukar untuk menasihati tanpa mendapat lebih maklumat dan pemeriksaan fizikal. Bahaya atau tidak bergantung pada punca pembengkakan organ limpa. Doktor yang memeriksa boleh menasihati dengan lebih lanjut.
Ya, limpa di abdomennya. Masa buat ultrasound tue, doktor ada bertanya pd sy samada anak saya ni kerap dema atau tidak. Sejak lahir hingga umurnya skrg hampir 11 bulan, die hanya demam lebih kurang 4-5 kali sahaja. Anak saya tiada masalah mkn, tiada masalah buang air bsr atau kecil. Saya takut ianya ada efek dari hemangioma yg terletak di bahagian atas, rusuk kirinya.
Ini semestinya perlu dibincang dengan pakar pediatrik yang melihat anak kerana tanpa pemeriksaan dan maklumat lengkap tentang kesihatannya kami tidak menasihati. Juga perlu diketahui sebesar mana limpanya bengkak maka eloklah perbincangan dibuat bersama doktor anak