Perlukah risau kalau kelenjar limfa bengkak ?

source: intranet.tdmu.edu.ua
source: intranet.tdmu.edu.ua

Q: Salam doktor,

Anak saya berumur 10 bulan. Saya perasan di kepalanya ada dua benjolan (lumps). Satu di belakang telinga, hampir dengan leher, dan satu lagi di tengah-tengah kepala, selari dengan telinga. Kadang-kadangan benjolannya ketara, kadang-kadang macam mengecut.

Saya ada terbaca mungkin ia disebabkan kelenjar (lymph nodes) membengkak. Saya nak minta pendapat doktor, perlukah saya bawa anak saya ke hospital untuk pemeriksaan dengan segera? Atau ini adalah normal bagi bayi. Terima kasih. (Mama Imran)

A: Wa’alaikumusalam wrt wbt

Terima kasih di atas soalan tersebut. Daripada apa yang puan ceritakan berkemungkinan anak puan mengalami pembengkakan kelenjar atau bahasa perubatannya ‘lymphadenopathy’.

Terdapat beberapa gugusan kelenjar yang boleh kita rasa di bawah kulit. Gugusan tersebut ada di leher, belakang kepala, ketiak dan di celah kelangkang. Gugusan kelenjar ini bersambung ke suatu sistem badan yang dinamakan sistem limfa. Pada masa normal kelenjar tersebut tidak dapat dirasa. Namun oleh sebab-sebab tertentu kelenjar tersebut boleh membengkak dan menjadi besar. Pembengkakan ini boleh menjadi sakit atau tidak, bergantung kepada sebabnya.

Tugas kelenjar-kelenjar ini terutamanya ialah sebagai ‘penapis’ untuk menapis bakteria atau virus yang boleh menyebabkan jangkitan kuman, terutamanya di kawasan dan organ yang berhampiran dengan gugusan kelenjar tersebut. Sebagai contoh, jika anak puan mengalami jangkitan kuman di telinga dan tekak, kelenjar di bahagian leher atau belakang kepala akan membengkak.

Selain daripada jangkitan kuman, terdapat lagi beberapa sebab kenapa kelenjar tersebut boleh membengkak.  Sebab-sebab tersebut adalah Penyakit Kawasaki, Penyakit ‘infectious mononucleosis’ , dan lymphoma – sejenis barah kelenjar.

Pada kebanyakan masa,  kelenjar- kelenjar limfa ini akan membesar semasa kanak-kanak mengalami jangkitan kuman dan demam. Apabila mereka sembuh dari demam dan jangkitan kuman tersebut, kelenjar limfa itu akan kembali mengecut ke saiz normal. Proses in akan berlaku dalam 1- 2 minggu. Namun, jika pembengkakan berterusan atau semakin membesar, siasatan lanjut perlu dijalankan untuk memastikan sebab mengapa kelenjar tersebut berkeadaan demikian.

Oleh yang demikian puan tidak perlu terlalu risau tentang pembengkakan kelenjar limfa ini. Puan boleh memerhatikan secara teliti dan memastikan bahawa pembengakan kelenjar ini surut dalam 2 minggu selepas anak puan sembuh dari demam. Namun, jika kelenjar ini masih lagi bengkak, atau semakin membesar puan perlu membawa anak puan untuk berjumpa doktor.

Ini untuk memastikan doktor dapat membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan punca pembengkakan kelenjar limfa tersebut dan sama ada ujian-ujian tertentu perlu dilakukan atau tidak.

(answered by Dr Aznor Fadly)


Posted

in

by

Comments

40 responses to “Perlukah risau kalau kelenjar limfa bengkak ?”

  1. faizah Avatar
    faizah

    assalam doktor,

    anak saya umur 4 thn, 3 thn dan 6 bulan, semua ada benjolan kelenjar di belakang kepala dan disertai dengan kudis2 di atas kepala. saya juga mengalami yang sama. kepala saya juga naik kudis. badan anak2 saya juga terkena kudis. dalam masa sama, kelenjar di belakang kepala juga masih ada lagi. saya dah bagi antibiotik pd anak2 saya. kudis tu makin baik tp bbrapa hari kemudian naik balik. adakah kudis2 tu jgk disebabkan oleh kelenjar yang bengkak tu??

  2. Shahrul Avatar
    Shahrul

    Assalam doc…
    Anak saya berumur 3 tahun perempuan.Dia mengalami gatal dikulit termasuk di kulit kepala..2-3 hari ni ada bonjolan di belakang kepala selari dengan telinga.sehingga menyebabkan beliau demam.Bonjolan tersebut mmbuat dia terganggu dan merasa sakit dibonjolan tersebut sehinggakan menyebabkan tidurnya pun tidak lena dan asyik meragam dia mengadu sakit dikepala.apa yg merisaukan saya bonjolan tersebut semakin membesar.adakah ini sama dengan lymphadenopathy

  3. nor amiera binti mohd arif Avatar
    nor amiera binti mohd arif

    Asslmualaikum doc,sy seorg mma yg tgh rnsng.. ank sy pmpuan umr 1 y 8m (nk msuk lngkgn 2y) sy mndpti ad 1 bjik bnjolan di bwh tinge kiri ank sy n di dlm tinge kiri ank sy tu ad nnah.. sy da bwk ank g clnc mwr n hosp krjan.. clnc ckp kalo ad nnah tntu mleleh je nnah tu,yg bgkak klenjar lk doc ckp akn hlng sndri.. tp sy kne keep bg ank antibiotik… slps 2 or 3 ari tu ngsuh sy ckp dlm tinge ank sy ad nnah.. sy bwk g hosp krjan,doc cek tgk dlm tinge ank sy bgkak ari isnin sy kne g jmp doc pkr tinge (ENT),tp sy nk tnya doc adkh srius pnykit yg ank sy alami,stiap kali ea ngis ksktn,sy pn trt mntis kn air mte..

  4. Siti Nadiah Bt Zamri Avatar
    Siti Nadiah Bt Zamri

    Salam doktor,saya mahasiswi berumur 20 tahun.Saya mengalami masalah bengkak hujung pipi kanan dan tidak merasa sakit.saya tidak perasan sehinggalah kawan menegur saya dan saya akui dulu saya pernah mengalami masalah penyakit kikuchi dan tambah merisaukan saya apabila membaca komen dan artikel di internet.adakah merbahaya dan rawatan awal untul menyurutkan bengkak ini

  5. hafis Avatar
    hafis

    Salam , saya ada bonjolan kecil dibawah cuping telinga . adakah itu satu penyakit ? tq

  6. DEWI RISCA ROZANNA Avatar
    DEWI RISCA ROZANNA

    Assalammualaikum doctor .anak saya berumur 1tahun 1 bln dan baru baik demam.selepas menghantar anak ke pusat asuhan saya terperasan di kepalnya ada benjelon merah,,adakan ini bahaya?saya amat risau..

  7. hidayah Avatar
    hidayah

    Salam dr, mcm mana pula kalau orang dewasa yang mengalami bengkak limfa ni?

  8. eanaazis Avatar
    eanaazis

    Assalammuaalaikum doc…sy nk tanya.hr ni sy baru perasan macam kelenjar di bahagian tetek baby sy..aadakah sy perlu jumpe doc? ….

  9. Fathiah Avatar
    Fathiah

    Assalamualaikum doc.
    Sy brumur 21 thn dan mempunyai mslh benjolan di ketiak.sy agak risau kerana benjolan skrg membesar dan kemerahan.sebelum ini benjolan trsebut mengecut sendiri tp ada masa dia akan mmbengkak tiba2.skrg brtmbh lagi satu benjolan kecil d bhgian bawahnya pula.mohon nasihat doc apa yg perlu sy lakukan?jika ada cara tradisional utk merawat lebih elok.trma Ksh

  10. Mohd Zaidi Mahmud Avatar
    Mohd Zaidi Mahmud

    Name: Mohd Zaidi Mahmud
    Email: [email protected]

    Assalamualaikum Dr. Saya Mohd zaidi. Saya mempunyai pertanyaan mengenai penyakit ini (bengkak di bawah telinga). Dr. adakah seseorang yang berumur 30 tahun mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini.

    Dua minggu lepas, saya dapat melihat perubahan di bawah telinga saya. ia seperti bengkak. tetapi saya tidak pasti samaada ia penyakit kelenjar limfa atau tidak. bagaimana untuk saya pastikan bahawa bengkak di bawah telinga saya adalah disebabkan penyakit ini atau tidak.

    berapa lama masa yang diperlukan untuk mengetahui samaada ia penyakit kelenjar limfa atau tidak. mohon penjelasan daripada Dr.

    Terima Kasih.

  11. Nur Sakinah Avatar
    Nur Sakinah

    Salam doktor, saya mempunyai anak kembar perempuan yang kini berusia 3 bulan. Baru baru ini semasa sedang memandikan anak kembar saya yang kedua, saya terperasan ada benjolan sebesar biji guli di sebelah ketiak kiri anak saya. Begitu juga pada anak kembar pertama saya cuma ia kecil sedikit berbanding adiknya. Persoalannya apakah benjolan tersebut? Adakah ia merbahaya? Perlukah mereka dibedah? Adakah ia disebabkan oleh kesan suntikan BCG mereka dahulu? Mohon penjelasan doktor kerana saya sangat risau jika ia menyakitkan mereka. Sekian, terima kasih.

  12. ila Avatar
    ila

    As Salam doc, ank sy 5bln ada benjolan di kepala brhampiran belakang telinga di sblh kanan sy perasan dr usia dia 2bln. Baru2 ni anak sy mengidap eczema dan sy perasan 1 lg benjolan angin di sblh kiri. Apakah anak sy mengidap apa2 mslh dan adakah benjolan angin ni normal atau sy perlu brjumpa doc. Tq

  13. nurul shafiza ishak Avatar
    nurul shafiza ishak

    As salam dok,sy mngalami bengkak d bawah ketiak, ktulanya besar jgk..dlu nya tak sakit,tpi bla sy mlahirkn ank yg prtma , ia skit pulak…adakah ini kenser?

  14. khairol Avatar
    khairol

    Salam doc anak sy usia 1 bln sebelah kanan leher ada bijik besar dan keras.sblm ni kuning agak panjang jejak sbln.

  15. Siti eja Avatar
    Siti eja

    Salam doc,harap doc menjawab pertanyaan sya.ank sya 6bln terjadi bengkak dihujung pipi nya iaitu ditepi telinga..adakah ITU bengkak kelenjar?kebiasaan pd pengetahuan sya bengkak tersebut akn terjadi PD blkg telinga.sya sdah berjumpa doc Dan soc mengesahkan ITU kelenjar Dan diberi ubat paracetamol 250 utk dimakan katanya blh hilang kan bengkak tersebut.namun sya masih x puas hati sya risau..perlu ke sya bwa ke pakar ent?tambahan..2ari sblm tu ank sya telah demam. Tolong jawab pertanyaan sya..adakah normal kelenjar tu timbul dihujung pipi/tepi telinga bayo saya?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Puan, memang ada kemungkinan yang dirasa bengkok itu adalah kelenjar limfa. Memang kawasan pre auricular (hadapan telinga) juga mempunyai kelenjar. Namun, kawasan itu juga terletaknya kelenjar air liur parotid. Oleh itu sekiranya bengkak itu semakin membesar, kurang bebas bergerak, seharusnya diperiksa oleh doktor ENT.

  16. hazalina Avatar
    hazalina

    Dr,saya ingin bertanya.sekarang anak saya berumur 3buln. selepas 2 minggu di lahir kn, saya perasan ada satu benjolan di belakang kepala anak saya, benjolan tu keras, kadang2 bengkak, kadang2 surut.adakah benjolan ini merbahaya?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Kemungkinan besar yang dirasa itu adalah occipital lymph nodes. Tetapi jikalau semakin besar, ada rasa sakit dan perubahan pada kulit, perlu diperiksa doktor.

  17. amynorsamsirah Avatar
    amynorsamsirah

    Salam doktor ..,,anak saya skrg berumur 7 bulan ,,,pada suatu malam itu ank saya tiba2x d tempat lehernya bengkak ..tp sya sdh membawany ke hospital ..tp beberapa hri tue ank saya jga tumbuh gigi dlm masa umurny 7bulan ini …bengkak tk mc hilang seminggu da berllu ..soalan saya adakah bengkak leher ank saya itu …di sebabkn ketumbuhan gigi nya …bengkak dkt pergusian hmpir2x leher

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Bengkak kelenjar di leher boleh disebabkan oleh jangkitan pada struktur yang berdekatan dan ia boleh disebabkan oleh jangkitan di tekak , hidung , telinga mahupun mulut dan gusi. Ia mungkin adalah punca kepada masalah anak Puan namun saya tidak boleh memberikan kepastian tersebut tanpa pemeriksaan.

  18. fauziah Avatar
    fauziah

    Salam dr.,saya baru perasan anak saya ada benjolan kecil di belakang kepala sebelah kiri bawah. Benjolan itu boleh digerakkan. anak saya baru pulih dari demam 4 hari lepas dan sejak dari demam,anak saya tiada selera makan dan kurang menyusu. Adakah ia ada kaitan dengan benjolan tersebut dan perlukah berjumpa dr.? Untuk makluman dr. anak saya g6pd+. Tqvm dr.

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Saya harap anak Puan sudah sembuh dan benjolan tersebut semakin mengecil. Sekiranya ia semakin membesar dan anak tidak pulih sperti biasa, bawalah berjumpa doktor.

  19. fatni Avatar
    fatni

    Dok,anak sy brumur 3,5thn ada bnjolan dbawah telinga dket bwh rahang Dan kondisi demam,apa ada hubungannya dgn kbnyakan teriak Dan main,thx

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Fatni , maaf saya tidak faham dengan soalan anda. Hubungan benjolan dengan teriak dan main?

  20. Dr Aznor Avatar
    Dr Aznor

    Comment notification

  21. Mummy_Eida Avatar
    Mummy_Eida

    Askum doktor,sye nk tnye klu bayi brusia 1thun dpt detect limpa bengkak kt perut kirinye mcm mana nk atasi ye?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Mummy Eida, perlu diketahui punca bengkak limpa tersebut . Ada pelbagai sebab dan bergantuk kepada diagnosis. berbincang dengan doktor yang merawat tentang diagnosis anak. Dan sebesar mana limpa tersebut membengkak. Kami tidak dapat memberikan diagnosis tanpa lebih maklumat dan memeriksa sistem badan yang lain

  22. safira fahry Avatar
    safira fahry

    Salam doc,anak lelaki saya berusia 2 thn..dia juga mengalami masalah yg sma.sya pernah bwa anak sya berjumpa paed dan buat ujian darah utk memastikan tiada leukimia atau kanser limphoma..ujian darah menunjukan anak sya bebas dr penyakit itu..tp apa yg merisaukan sya,kelenjar itu sentiasa ada tp ia tidak membesar..kdg2 ia mengecil tp tdk pernah hilang..kenapa yer?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      bertanya pada doktor tentang punca bengkak kelenjar limfa tersebut . Jika reactive lymphadenopathy , ia biasanya akan mengambil masa beberapa bulan untuk pulih. sekiranya ia makin kecil, ini adalah tanda baik. sekiranya membesar dan merah serta sakit , ia memerlukan rawatan.

  23. mohd nizam suhaimi Avatar
    mohd nizam suhaimi

    Doc.. Saya merasa risau sebab anak lelaki saya berumur 8 tahun terdapat benjolan kecil di bahagian hadapan tulang leher bawah dagu. Doktor yang telah saya jumpa menyatakan ianya tidak berbahaya dan jika tidak selesa boleh berjumpa dengan pakar pembedahan until dibuang. Beliau juga menyatakan ia bukan berpunca Dari jangkitan tidak memerlukan sebarang antibiotik. Ianya berpunca Dari lebihan air diantara sendi yang menyebabkan ia membengkak. Merayu mohon pencerahan Dari doctor..saya amat running.. Terima kasih

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Nizam, memandangkan doktor yang memeriksa telah membuat pemeriksaan adalah baik jika perancangan tentang rawatan selanjutnya dibincang dengan doktor tersebut. Adalah penting untuk anda mendapatkan diagnosis dari doktor yang telah memeriksa kerana tanpa pemeriksaan terhadap benjolan tersebut kami tidak dapat menasihati dengan lebih lanjut.

  24. shahirah Avatar
    shahirah

    assalam doc , saya 13 tahun … harituh saya dapati kenapalah sakit leher saya…saya cubalah rasa lepastuh saya terasa ada biji di kelenjar saya pun tekanlah .. biji itu bergerak saya risau … saya sapu minyak panas tapi x hilang jugak … saya rasa kelenjar sebelah Kiri saya lebih kecil berbanding kanan. sudah 4 hari tapi tak hilang. dlm 2 hari rasa tak sakit tapi harini tiba² sakit dan x selesa .. doc,perlukah saya prgi ke klinik kerana saya suruh ibu saya rasa tapi dia ckp itu kelenjar angin? saya ragu² perlukah saya pergi klinik?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Shahirah, semestinya jika ia menyebabkan simptom sakit , pergilah berjumpa doktor ya.

  25. Annuar Baharuddin Avatar
    Annuar Baharuddin

    Salam doc. Baru2 ni sy perasan terdapat benjolan pada belakang telinga anak sy yg berumur 1thn 3bln. Sebelum ini dia kerap selsema tetapi tidak demam. Apakah punca pembengkakan ini? Tk

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Annuar, artikel di atas menerangkan tentang punca limfa bengkak. Boleh rujuk pada artikel di atas. Kami tidak menasihati lebih dari itu tanpa pemeriksaan.

  26. Sue Avatar
    Sue

    Salam, Doc. Saya mengalami masalah yang sama seperti Puan di atas. Benjolan di leher anak saya semaikn membesar biar pun setelah demam sudah reda. Kini anak saya berusia 2 tahun, anak saya sering mengadu bahawa benjolan itu terasa sakit. Perlukah saya rujuk pakar kerana benjolan tersebut membesar dan bertambah banyak bilanganya di sekitar leher anak saya. Terima kasih kiranya Doktor dapat memberikan sedkikit info dan maklumat untuk permasalahan ini. Terima Kasih.

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Ya Puan , memandangkan semakin besar dan sakit pula, harus rujuk pakar seawal yang mungkin untuk pemeriksaan lanjut.

  27. Rosliana bte Abd. Razak ( Ahmad Zakuan Ismail ) Avatar
    Rosliana bte Abd. Razak ( Ahmad Zakuan Ismail )

    Salam Dr. saya nak tanya, bayi saya berumur 1 tahun 4 bln…dan bayi lelaki. Baru2 ni saya perasan terdapat bunjulan seperti guli kecil terdapat di belakang kepala dan di kiri kanan lehernya…yg paling merisaukan saya…sewaktu saya hamil saya telah menghidap tairoid dari 2006…adakah itu gejala tairoid?? buat pengetahuan Dr. anak saya kelihatan sangat cergas,aktif dn ceria…jarang demam walaupun dia tumbuh gigi dgn. bnyak…soalan saya lgi adakah bayi lelaki boleh menghidap tairoid??
    Sewaktu selepas bersalin anak saya juga mengalami kuning yg lama…Terima kasih.

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Kelenjar tiroid terletak di bahagian handapan leher. Masalah tiroid boleh puan baca secara terperinci bawah tajuk tersebut dengan menaip ‘ tiroid’ di search button di website ini ( atas , kanan )