Question: Salam.
Dr,sy ada beberapa persoalan tentang anak saya yg berumur 3 bulan.
1. Bolehkah saya dudukkan bayi saya dengan bersandar pada badan atau paha? Atau lebih senang jika dr tunjukkan gambar sebenar cara bagaimana antara posisi yang betul utk bayi duduk. Sebabnya saya tahu bayi mmg belum boleh duduk kerana tulangnya masih lembut. Tapi selain biar bayi berbaring,adakah cara lain utk menjaga anak?
2. Bayi mengeluarkan bunyi seperti hidung tersumbat atau nafas kasar seawal umur seminggu. Tapi selepas jumpa doktor,doktor nasihatkan bayi tidak boleh mandi 3kali sehari dan kurgkan penggunaan air cond. Normal katanya bayi bernafas kasar sehingga 3bulan tetapi sehingga kini bayi sudah berumur 3 bulan,semasa tidur nafasnya kadang2 masih berbunyi dan masa jaga pun nafas kasar. Aktiviti menyusu & penghadaman semua normal. Boleh sy tahu bila akan bunyi2 itu tiada atau ada rawatan utk pulihkan?
3. Kulit bayi merah &kasar semenjak dari lahir. Tidak seperti bayi lain yg berkulit lembut. Semasa lahir hingga sebulan bayi memakai pureen & anakku utk mandian dan penjagaan harian hinggakan kulit muka bayi berkuping. Selepas sebulan tukar kepada sebamed,nampak perubahan sedikit,hilanh kuping tapi merah2 tetap ada. Dan baru2 ini tukar kepada pegion paraben free, celah paha bertambah okey tapi pada muka kembali seperti sebelum ini merah dan berkuping. Boleh dr beri penjelasan sedikit tentang anak sy? Bayi menyusu badan sepenuhnya. Adakah anak saya menghidap ekzema? Atau bayi saya tidak sesuai menggunakan apa2 jenis sabun mandian & penjagaan harian spt bedak lotion dan minyak rambut? Cukupkah sekadar menyapu minyak telon di perut?
Hehe. Maaf terlebih panjang. Harap dr beri penjelasan. Terima kasih =)
Answer: 1) Bayi hanya mula duduk pada usia 8 bulan. Tidak perlu dudukkan kerana secara semulajadi dia memang belum perlu melalu proses itu. Biarkan dia melalui perkembangannya secara semula jadi. Boleh tiarapkannya sekali sekala tapi dalam pemantauan kerana dia belum bersedia untuk pusing sendiri.
2) Berjumpa dengan doktor supaya punca tersebut boleh dikenalpasti. Ada pelbagai punca yang boleh menyebabkan bunyi tersebut. salah satu adalah laryngomalacia. Boleh guna search button dan baca artikel perenggan bawah DR Azhar. taip nafas berbunyi di search button.
3) kemungkinan besar adalah eczema. Elakkan sabun yang mengandungi pewangi dan alkohol. Gunakan krim pelembap dengan kerap. Ada artikel pasal eczema di homepage.
Comments
5 responses to “[Q&A] Masalah tentang bayi”
Assalam..
Dr,
Saya ingin bertanya..bolehkah bayi diletakkan dalam beberapa posisi,contohnya ketika utk photoshoot ketika bayi baru lahir dan ibu masih dalam tempoh berpntang.
Apakah kesan kpd tulang bayi jika kita meletakkan peralatan sokongan spt bantal untuk kedudukan bayi.tq
Saya bilang photoshoot adalah sementara sahaja dan bayi akan dalam perhatian. Tidak ada kesan buruk sekiranya sekejap sahaja. Yang penting harus pastikan posisi leher tidak overextended, atau flexed sehingga menyebabkan masalah bernafas. Bantal harus digunakan hanya dengan ada orang yang mengawasinya kerana bantal boleh menjadi benda yang melemaskan bayi.
hi doktor..sy sedang risau tentang anak sy..umurnya sudah masuk 1 tahun 4 bulan tapi masih tidak tumbuh gigi..pd gusinya nampak seperti gigi nk keluar tetapi sehingga hari ini masih tidak keluar..adakah anak sy mempunyai masalah?? tetapi perkembangan yg lain nmpk ok..
Zuraida, soalan ini telah pun dijawab sebelum ini.Boleh rujuk
http://www.doktorbudak.com/2013/11/11/anak-saya-setahun-masih-belum-tumbuh-gigi/
Pada masa akan datang puan boleh gunakan search button di sebelah kanan homepage untuk dapatkan maklumat tentang soalan soalan yang ingin ditanya. Jika tiada artikel berkenaan , soalan perlu ditanya di’ ask doktorbudak’
Taip gigi
Doktor ank sy brumur 3 bln.
Mengapa ye kdgkala bdnnye bgerak sprti trkejut kejut apabila nk tido.