[Q&A] Perkembangan anak

Question: Assalamualaikum doc.. baby sy 2.5kg masa lahir dan skrg mcapai 6.5-7kg (10bln). Persoalan sy adakah pkembangan ank sy normal krn semua org kata anak sy kecil. Fyi, ank sy sgt aktif dan sudah bertatih dan makan bubur 3 kali sehari disamping direct breast feed 100%.poopoo normal 2 kali sehari..thanks doc

Answer: anak agak kecil untuk 10 bulan. Cara terbaik ialah melihat tumbesarannya melalui graf yg dicatatkan setiap kali ke klinik kesihatan . Tumbesaran dilihat bukan sahaja dr sudut berat tapi tinggi dan ukur lilit kepala.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “[Q&A] Perkembangan anak”

  1. Nur Rahayu Avatar
    Nur Rahayu

    Assalamualaikum,
    Anak perempuan saya kini berumur 1tahun.Drpd umurnya 3bln kepala & blkg badannya selalu berpeluh. Suasana pagi yang sejuk bagi kita,apabila ditutup kipas maka blkg n kepala nya akan terus lencun peluh.Sehingga 1tahap sekiranya tiada kipas dlm stgh jam..blkg badan iaitu bahu kemerahan seperti sunburn. Kemudian kulit jadi kering & ambil masa 1minggu utk kembali pulih kulit blkg bahunya itu.apa pandangan doktor?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Kemungkinan dia ada masalah eczema. Peluh adalah salah satu punca yang boleh mencetuskan eczema. Eczema ialah masalah alahan kulit dan memerlukan rawatan. Adakah pada kala ia tidak merah , kulit juga kering kering sedikit. perlu gunakan krim pelembap dan mengelak daripada menggunakan sabun/lotion yang mengandungi pewangi , pewarna yang boleh menyebabkan iritasi . Juga jangan dibiarkan badannya sentiasa terdedah pada peluh lama. Jika begitu sekali dia berpeluh , kemungkinan juga anak mempunyai masalah hiperhidrosis. Berjumpalah dengan doktor kulit untuk kepastian,

      ** Di masa akan datang sila letakkan soalan di bahagian yang disediakan ‘ ask doktorbudak’ . TQ