Apa itu “Cucuk Air Tulang Belakang / Lumbar Puncture” ?

LP2

Pada 14/8/13, kami mengemukakan kepada anda soalan ini ” Adakah anda akan bersetuju untuk membuat prosedur ‘cucuk air tulang belakang’ sekiranya perlu”.  Setelah 2 minggu, ini adalah keputusan yang terbaru pada 10:55pm, 26/8/13

Screen Shot 2013-08-26 at 10.51.31 PM

Kami tahu masih terdapat banyak kemusykilan dan salah faham terhadap prosedur ini.

Artikel ini akan menerangkan mengenai Lumbar Puncture dan diharap dapat menolong anda membuat pertimbangan dan persediaan sekiranya timbul suatu keadaan di mana anak anda perlu menjalankan lumbar puncture. 

Apa itu cucuk air tulang belakang/lumbar puncture?

( * Lumbar bermaksud satu segmen di tulang belakang yang agak hujung sekali    * Puncture bermaksud tebuk atau cucuk.)

Secara ringkasnya, lumbar puncture adalah suatu prosedure yang dilakukan untuk mendapatkan sample air saraf ataupun cecair selaput otak ( cerebrospinal fluid ), ia juga sering dipanggil “air tulang belakang” kerana cecair ini diperolehi daripada kawasan tulang belakang )

Cecair ini menyelaputi otak dan saraf tunjang. Apabila lumbar puncture dilakukan, sebatang jarum halus digunakan untuk memperolehi cecair ini dengan mencucuk di hujung tulang belakang (kawasan tulang lumbar ) kerana di sini adalah tempat yang paling senang dan selamat.

lumbar_puncture

Bagaimana lumbar puncture dilakukan ?

Suatu jarum halus (lebih kurang sama seperti jarum yang digunakan untuk mengambil darah dari tangan/kaki bayi) dicucuk menembusi kulit di bahagian bawah tengah belakang badan ( di kawasan antara tulang lumbar ke-3 dan ke-4). Apabila jarum sampai ke kawasan yang mengandungi cecair saraf, maka titisan cecair ini akan keluar dan dikumpul dalam botol-botol untuk dihantar ke makmal.

Tidak banyak cecair diambil dan kehilangan sedikit cecair ini tidak akan membawa apa-apa kesan kepada anak, dan cecair ini akan digantikan balik oleh badan dalam masa kurang daripada dua hari.

Adakah lumbar puncture sesuatu yang membahayakan ?

Tidak, ia tidak bahaya kerana dilakukan mengikut tatacara oleh doktor. Doktor dan jururawat juga akan memastikan ia dilakukan dengan bersih supaya tidak menyebabkan jangkitan kuman.

Doktor akan memastikan anak tidak mempunyai masalah tekanan tinggi dalam otak dan masalah darah susah membeku supaya tiada komplikasi daripada lumbar puncture.

Ia tidak akan menyebabkan lumpuh

Ia tidak akan menyebabkan lumpuh kerana jarum yang dimasukkan langsung tidak kena pada saraf tunjang kerana jarum akan dimasukkan pada aras di bawah penghujung saraf tunjang ini.

Mengapa anak saya perlu buat lumbar puncture?

Ia secara umumnya dilakukan untuk salah satu sebab yang berikut:-

1)   Untuk mengesan bukti jangkitan kuman dalam cecair saraf/selaput otak

2)   Untuk mengesan tekanan dalam cecair saraf

3)   Untuk mengesan unsur-unsur kimia dalam cecair saraf – seperti protein, gula dan sebagainya.

Tujuan yang spesifik untuk anak anda akan diterangkan oleh doktor yang merawat anak.

Cecair ini adalah suatu bahan yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan otak kerana cecair menyelaputi otak, maka dengan mengkaji cecair ini, kita akan mendapat maklumat yang penting mengenai kesan pada otak akibat daripada penyakit yang dihadapi.

Apa yang perlu dilakukan sebelum prosedur ini ?

Anak anda perlu berpuasa dari makan/minum sebelum prosedur (biasanya 4 jam sebelum). Doktor akan menerangkan prosedur ini kepada anda, dan menjawab soalan daripada anda. Kemudian, anda akan diminta untuk menandatangani borang memberi izin.

Bergantung kepada umur anak anda, dia mungkin akan diberi ubat untuk menyebabkan dia rasa mengantuk. Kadang-kala ubat bius yang lebih kuat diperlukan. Krim bius juga boleh disapukan pada kawasan belakang badan yang akan dicucuk, supaya tidak merasa kesakitan cucuk jarum.

Apa akan berlaku kepada anak saya semasa prosedur ini?

Lumbar puncture biasanya dilakukan di dalam bilik rawatan di wad kanak-kanak. Dia akan baring atas katil dengan mengiring ke kiri, dengan lutut kakinya dirapatkan ke dada supaya ruang antara tulang belakang lebih terbuka. Seorang jururawat atau doktor akan membantu untuk mengekalkan kedudukan ini.

lumbar puncture

Doktor yang melakukan prosedur ini akan mencuci tangan, dan memakai sarung tangan yang bersih, dan mencuci kulit di kawasan yang akan dicucuk, dan ditutup oleh suatu kain yang bersih. Jarum dimasukkan diantara ruang tulang lumbar ke-3 dan ke-4, dan titisan cecair yang keluar akan dikumpul dalam beberapa botol. Botol ini akan dihantar ke makmal untuk dikaji.

Apa masalah yang boleh berlaku dalam prosedur ini ?

Sebenarnya agak jarang untuk berlaku masalah dalam lumbar puncture. Namun, ada beberapa keadaan yang mungkin berlaku :-

– Tidak dapat memastikan pesakit berada dalam kedudukan kerana tidak tidur, dan cuba melawan. Sekiranya ini berlaku, prosedur ini perlu ditunda atau dirancang untuk membuat dibuat di dewan bedah dengan bius penuh.

– Kadang-kadang, ia adalah susah untuk doktor mengenalpasti tempat untuk dicucuk, dan perlu mendapatkan bantuan seorang doktor yang lain. Ini boleh mengambil lebih banyak masa, dan juga mungkin perlu ditunda.

– Ada juga mungkin berlaku pendarahan sedikit yang boleh menyebabkan cecair selaput otak yang dikumpul itu bercampuran dengan darah yang akan menyukarkan analisa yang tepat.

– Kawasan yang dicucuk mungkin akan mengalami sedikit lebam daripada pendarahan atau sedikit cecair selaput otak yang berkumpul di bawah kulit. Ini tidak bahaya dan boleh dielakkan dengan baring atas katil untuk sejam.

– Sesetengah pesakit boleh mendapat sakit kepala akibat prosedur ini kerana sedikit penurunan dalam tekanan dalam otak, sakit ini akan reda  secara spontan dalam masa 24 hingga 48 jam. Sekiranya perlu, pesakit boleh diberikan ubat paracetamol.

Apa akan berlaku selepas prosedur ini?

Tempat yang dicucuk akan ditampal, dan anak digalakkan untuk baring atas katil selama satu jam. Dia boleh minum/makan apabila sedar sepenuhnya. Plaster yang ditampal boleh ditanggalkan selepas 24 jam. Sebahagian daripada keputusan makmal boleh diperolehi dalam masa beberapa jam dan laporan kajikuman biasanya ambil masa beberapa hari.

Akhir kata, saya sangat berharap artikel ini dapat menjawab soalan-soalan anda mengenai prosedur ini, dan boleh membantu anda dalam membuat keputusan. Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa prosedur ini tidak akan menyebabkan lumpuh, tetapi sebaliknya adalah suatu ujian yang penting dalam rawatan jangkitan selaput otak supaya rawatan yang terbaik dan paling tepat boleh diberikan kepada pesakit.

( written by Dr Foo Chee Hoe )

http://www.gosh.nhs.uk/medical-conditions/procedures-and-treatments/lumbar-puncture/

http://sekadarrujukan.blogspot.com/2011/05/cucuk-air-tulang-belakang-lumbar.html

http://www.nhs.uk/conditions/lumbar-puncture/Pages/Introduction.aspx

Yes or No to Lumbar Puncture? Apa Pendapat Anda ? – Doktorbudak.com

Comments

14 responses to “Apa itu “Cucuk Air Tulang Belakang / Lumbar Puncture” ?”

  1. marlina said Avatar
    marlina said

    Dokter…Ank Saya demam da banyak hari…ubat antibiotik yg kuat pun tak boleh buat ank saya sihat dari demam.. sekarang dokter nak ambil air sumsum…ank saya suda tidak aktif dari biasa selepas demam ni…ank saya suda tidak mahu berjalan dan cuma boleh berduduk saja… ini yang merisaukan saya…

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Memang masalah demam berterusan dengan keadaan yang lemah, harus pastikan tiada jangkitan teruk seperti meningitis. Kami menyokong dan ingin menasihatkan puan supaya membenarkan ujian ini dibuat.
      Doktor akan memastikan keadaan anak adalah stabil dan tiada kontradiksi untuk menjalakan ujian ini.

  2. Dr Foo Avatar
    Dr Foo

    comment notification system

  3. rozell Avatar
    rozell

    anak saya usia 3 tahun,mengalami bengkak pada buku lali belah kiri.X-ray yg dilakukan didapati tulang kaki(betis) terhakis.Apakah yang menyebabkan tulang tersebut terhakis dan apa rawatannya.

    1. Admin doktorbudak Avatar
      Admin doktorbudak

      Rozell, artikel ini adalah mengenai cucuk air tulang belakang . Perlu tinggalkan soalan di bahagian yang disediakan ‘Ask doktorbudak’ agar doktor boleh dimaklumkan mengenai soalan anda. Terima kasih.

  4. aca Avatar
    aca

    nak tanye…ape 6 jenis specimen yg diambil??

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Culture for bacteria, full examination under microscope, biochemical test checking for protein,sugar level, viral culture,Indian ink, gram stain,

  5. rabiatul Avatar
    rabiatul

    assalam dr, sy mempunyai ank kembar lelaki b’umur 3thn stgh, tp smpi sekarang dia masih xboleh b’ckp, lbh merunsing kn sy diorg kerap dmm, br2 ni si adik mengadu blkg tengkuk dia sakit..si abg plk arini dmm lg, 3mggu lps br baik dmm, yg adik ada tonsil, saiz kepala dorg plk besar, saiz kepala org dewasa 55cm, yg sy risau sekarang, adakah sy perlu buat lumbar puncture ni tuk mengesan penyakit ln ank sy, dlm tempoh 3thn da 2x ank sy membuat MRI test. tp doc xjmpa penyakit ln…ank2 sy aktif spt kanak2 lain, cuma kerap demam, adakah melalui blood test penyakit meningitis boleh di kesan..

  6. hani Avatar
    hani

    hi dr. anak saya selalu demam dan selalu dimasukkan ke wad kerana demam panas sehingga sawan. anak saya sawan pada kali pertama pada hujung bulan ogos 2013 dan sawan kali kedua pada bulan awal oktober 2013. anak saya telah mengambil antibiotic berulang kali iaitu sebanyak 5 jenis dari September hingga bulan oktober 2013 , namun demam kerap berulang. semasa dalm tempoh antibiotic diambil anak saya tidak demam, namun selepas antibiotic dihabiskan maka anak saya akan demam semula. perkara ini berlarutn sehingga 5 jenis antibiotic .namun masih tiada perubahan. pada luaranya anak saya sihat dan aktif, walaupun dia selalu demam, selera makan juga sama seperti biasa. untuk makluman dr juga anak saya ini mempunyai masalah jantung iaitu aotic stenosis dan dr dihospital telah melakukan pemeriksaan menyeluruh bahawa tiada kuman di jantung mahupun di paru. dr mencadangkan supaya air tulang belakang diambil kerana untuk melihat samada anak saya mendapat jangkitan meningitis? apakah pendapat dr dalam hal ini.,.adakah kemungkinan anak saya menghidapi jangkitan meningitis?

  7. nisa Avatar

    Salam dr..ibu saya berusia 51 tahun dan sekarang.ni mengalami bisa tulang kaki kanan dari punggung hingga ke tapak kaki.sakit hingga tidak boleh berdiri. Jika duduk pun sakit seolah2 tiada isi, seperti duduk di atas tulang. Sudah bertemu dr dan dr kata cecair tulang berkurang n akan menghidap sakit ini smpai bila2..cecair tulang kurang tu macamana?memang tiada tawatan ke dr? Tolong bantu..keadaan ibu saya semakin teruk..

    1. doktorbudak Avatar

      Puan, maaf kami tak dapat membantu kerana kami pakar kanak kanak. Saya sarankan berjumpa doktor.

  8. Ummi NRA Avatar
    Ummi NRA

    Salam / Hi doctor.. Adakah ia sama dgn Bone Marrow Test.. Terima kasih..

    1. doktorbudak Avatar

      Hi Ummi, tidak sama. Bone Marrow bermaksud sumsum tulang, di mana sampel darah diambil dari sumsum tulang. Untuk lumbar puncture, ia tidak langsung cucuk tulang tetapi ruang di antara tulang untuk mendapatkan cecair selaput otak. Sila baca artikel di atas dengan teliti.

      1. Ummi NRA Avatar
        Ummi NRA

        TQ doctor.. Boleh tak doctor share info mengenai bone marrow test ini in future. Terima kasih…