Question: Dr, anak sy d sahkan congenital hypothrodism dan kini dia b’usia 1 tahun 1 bln. Masih mengambil tyroxin dgn dos .25mg 3 kali seminggu.masih ada peluang x utk anak sy hdup normal tanpa pengambilan tyroxin? adakah kes seperti ini normal d malaysia? Adakah terdapat kesan sampingan pengambilan ubat berkenaan dlm tempoh yang lama?
Answer: levothyroxine secara amnya adalah ubat yang selamat . Kesan sampingan berlaku sekiranya dos melebihi yang sepatutnya ( cirit birit , hilang berat badan , berpeluh , degupan nadi yg laju yg sangat jarang berlaku) tapi saya percaya anak Mizah diperiksa oleh pakar di hospital . Adalah sangat penting untuk memastikan bahawa dos diambil mengikut yang ditetapkan oleh pakar kerana kekurangan thyroid akan mengganggu perkembangan otak . Ini kerana otak kanak kanak sedang berkembang pada peringkat ini. Selalunya ubat levothyroxine diambil sepanjang hidup kanak kanak yang menhidapi cong hypothyroid namun ada segelintir kanak kanak yang hanya menghidap hypothyroid sementara . Sekiranya keputusan darah bagus dan kanak kanak tersebut hanya makan dos yang renadah , percubaan untuk menghentikan ubat pada umur 3 tahun boleh dilakukan oleh pakar . Harus diingatkantidak semua kanak kanak boleh diberi percubaan ini , ia hanya segelintir sahaja dan atas keputusan pakar yang memeriksa.
Comments
2 responses to “[Q&A] Masalah congenital hypothyroidism”
Hi doc..
Anak sulung sy disahkan congenital hypothyroidism dan sekarang mengambil ubat levothyroxine 25mcg selang sehari.
Kira2 10 tahun lalu, sy pernah menjalani pembedahan membuang sebahagian dari thyroid gland sy atas sebab gland thyroid sy membesar dengan cepat lebih dari saiz sepatutnya. Doktor ada memberitahu sy reason pembedahan tersebut lebih kepada cosmetic reason. Selepas pembedahan, sy ada membuat ujian darah untuk thyroid function test (TFT) dan mendapati keputusan adalah normal dan sy tidak perlu mengambil ubat.
Persoalan sy sekarang
1)adakah anak sy mengalami congenital hypothyrodism disebabkan sy.
2)sekiranya sy ingin hamil buat kali kedua,apakah langkah yang perlu sy lakukan untuk mengelakkan anak sy yang seterusnya mengalami masalah yang sama
*selepas mengetahui anak sulung sy congenital hypothyrodism,sy ada melakukan ujian TFT dan keputusannya adalah normal
HI Ummi,
1. Faktor genetik juga memainkan peranan dalam congenital hypothyroid. Namun , ada juga di kalangan bayi yang mengidap masalah ini tidak mempunyai sejarah keluarga penyakit tersebut.
2. Tiada cara untuk mengelakkan risiko ini. Namun seperti yang dikatakan tadi, tidak semua bayi mengalami masalah ini walaupun ada sejarah keluarga. Ini kerana salah satu punca masalah cong hypothyroid ialah disebabkan oleh masalah perkembangan kelenjar thyroid. Ada juga keadaan di mana tiada masalah perkembangan kelenjar thyroid tetapi masalah penghasilan hormon thyroid.
Apa yang perlu dibuat apabila mengandung anak seterusnya. Beritahu kepada doktor bahawa Ummi mempunyai sejarah pembedahan thyroid dan anak sulung ada cong. hypothyroidism. Mereka akan memeriksa TFT Ummi dan doktor akan memantau darah TFT anak apabila lahir kelak.
http://www.doktorbudak.com/2013/10/22/congenital-hypothyroidism-hipotiroidisme-kongenita/