Anak saya kurang hormon tiroid ?

thyroid

Q: Hi doktor,  mohon penerangan tentang masalah Congenital Hypothyroidism. Anak saya telah disahkan menghidap penyakit tersebut oleh doktor pakar dan perlu bergantung dengan hormon sepanjang hayatnya. Saya berasa kecewa kerana anak perlu bergantung dengan ubat hormon ini dan telah membaca di Google bahawa ubat ini boleh diberhentikan penggunaannya dalam sesetengah kanak-kanak. Harap doktor boleh terangkan masalah ini dengan terperinci ya.  (Masni)

A:

Salam sejahtera, Puan Masni

Apakah itu Hipotiroidisme Kongenita?

Hipotiroidisme Kongenita (Congenital Hypothyroidism) adalah penyakit kelenjar tiroid yang melibatkan bayi yang baru dilahirkan. Penyakit ini mengakibatkan kekurangan penghasilan hormon “Thyroxine”. Hormon “Thyroxine” adalah sangat penting untuk tumbesaran serta perkembangan otak kanak-kanak.

Kelenjar tiroid biasanya terletak di bahagian leher. Sekiranya, kelenjar tiroid kurang penghasilan hormone “Thyroxine”, maka ia boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme (Hypothyroidism). Jika penyakit ini dikesan pada bayi yang baru dilahirkan, ia digelarkan sebagai Hipotiroidisme Kongenita (Congenital Hypothyroidism).

Di Malaysia, seramai 180 orang bayi didapati mengidapi penyakiti ini daripada setiap 550,000 bayi yang dilahirkan setiap tahun.

Kenapa pengesanan penyakit ini begitu penting?

Hipotiroidisme Kongenita merupakan salah satu penyebab terencat akal dan masalah pembelajaran yang boleh dielakan jika dikesan serta dirawat seawal mungkin selepas kelahiran.

Kanak-kanak yang mengidapi penyakit ini boleh mempunyai tumbesaran serta perkembangan otak yang normal sekiranya bayi menerima rawatan hormon “Thyroxine” dalam masa yang seawalnya (rawatan sebaik-baiknya dimulakan sebelum bayi berumur 2 minggu) serta perlu diambil sepanjang hayat*.

Apakah gejala-gejala penyakit ini?

Pada masa kelahiran, kebanyakan bayi tidak akan menunjukkan sebarang tanda atau gejala penyakit ini.

Tanda / gejala pada permulaan adalah tidak ketara. Antaranya:

  • Penyakit kuning yang berpanjangan (prolonged jaundice). Penyakit kuning yang lebih 2 minggu selepas kelahiran bagi bayi yang matang; lebih 3 minggu bagi bayi pra-matang. Oleh itu, doktor akan mejalankan ujian darah dan kencing bayi, yang melibatkan ujian fungsi tiroid.
  • Sembelit
  • Bayi yang “senyap”. Bayi yang selalu tidur, jarang menangis serta tidak aktif berbandingkan dengan bayi yang lain
  • Masalah penyusuan

Sekiranya bayi tidak menerima rawatan, tanda / gejala lazimnya muncul ketika bayi berumur 3-6 bulan:

  • Raut muka yang kasar (Coarse facies)
  • Tangisan yang garau (Hoarse cry)
  • Kulit yang kering dan kasar
  • Perut buncit
  • Tumbesaran yang terbantut
  • Tindak balas yang lambat, tidak aktif

Tanpa tanda / gejala, bagaimana penyakit ini dikesan?

Di Malaysia, sampel darah daripada tali pusat diambil untuk ujian saringan “cord TSH” (Thyroid Stimulating Hormone) semasa bayi dilahirkan. Sekiranya keputusan menunjukan bayi kemungkinan mengidapi Hipotiroidisme Kongenita, maka bayi akan menjalani ujian darah tambahan untuk mengesahkan diagnosanya.

Selain daripada ujian darah, doktor bayi anda mungkin akan mengesyorkan bayi anda untuk menjalankan “scan” leher untuk mengesan kelenjar tiroid serta kedudukannya.

Terdapat segolongan kecil bayi yang mengidapi Hipotiroidism Kongenita juga mengalami masalah pendengaran. Jadi doktor bayi anda mungkin akan mencadangkan bayi anda untuk menjalankan ujian pendengaran.

Apakan penyebab penyakit ini?

Pembentukan kelenjar tiroid berlaku pada waktu permulaan penghamilan. Penyakit ini boleh terjadi sekiranya:

  • Kelenjar tiroid tidak terbentuk
  • Mempunyai sebahagian kelenjar tiroid sahaja
  • Kelenjar tiroid tidak berfungsi
  • Kelenjar tiroid berada di luar daripada kedudukannya yang biasa

Penyakit ini boleh disebabkan oleh masalah genetik, oleh itu sila bincang dengan doktor bayi anda tentang kebarangkalian untuk bayi seterusnya mengidapinya.

Apakah rawatan yang diperlukan?

Rawatan terdiri daripada ubat biji L-Thyroxine sekali sehari pada dos yang ditetapkan oleh doktor bayi anda. Ubat biji perlu dihancurkan dan campur dengan susu ibu, susu formula atau air. Campuran dengan susu soya perlu dielakkan sebab ia boleh mengganggu penyerapan ubat ini.

Kanak-kanak yang mengidapi Hipotiroidisme Kongenita memerlukan rawatan susulan serta ujian darah yang agak kerap pada beberapa tahun yang pertama. Rawatan susulan dan ujian darah ini diperlukan untuk memastikan paras hormon “Thyroxine” adalah mencukupi untuk perkembangan dan tumbesaran yang normal.

Seperti yang disebutkan di atas, rawatannya kebiasaan adalah untuk sepanjang hayat*.

*hanya segelintir kanak-kanak yang disyaki mengidapi penyakit sementara (transient) di mana fungsi kelenjar tiroid kembali normal. Golongan ini hanya dinilai semula pada umur 3 tahun, apabila perkembangan otak kanak-kanak yang bergantung kepada hormon tiroid sudah matang.

Penilaian untuk pesakit “Transient Hypothyroidism”:

  • Dilakukan pada umur 3 tahun
  • Ubat dihentikan selama 4 minggu. Selepas itu, ujian darah dijalani
  • “scan” kelenjar tiroid
  • Sekiranya disahkan mengidapi penyakit ini tetap, maka pesakit perlu mengambil ubat L-Thyroxine untuk sepanjang umur.

Saya berharap saya telah menjawab soalan puan. Puan perlu membawa bayi anda untuk memeriksaan selanjutnya. Sila bincang / hubungi doktor bayi anda sekiranya masih ada sebarang kemusykilan.

( answered by Dr Yap Hsiao Ling )

Source:

  1. Malaysian Pediatric Protocol 3rd Edition
  2. http://www.gosh.nhs.uk/medical-conditions/search-for-medical-conditions/congenital-hypothyroidism/congenital-hypothyroidism-information/

Posted

in

by

Comments

47 responses to “Anak saya kurang hormon tiroid ?”

  1. chinta Avatar
    chinta

    Yes saya pun saya mcm ibu juna, since working so ill give around 5pm everyday and tak bagi kat pengasuh utk pastikan ubat diberi ikut jadual. Hope doc can advise on this.Thanks.

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Chinta, jawapan ada seperti di atas.

  2. Ibu Juna Avatar
    Ibu Juna

    Assalamualaikum chinta,
    terima kasih atas pendapat & sokongan, sy juga mengalami situasi yg sama setiap kali memberi ubat pada anak saya, selepas beberapa ketika cairan air bercampur susu dimuntahkan, sy jga risau ubat yang terkeluar.
    seperkara lagi saya ingin mendapat cadangan doktor. bilakah masa yg paling bagus bayi diberikan ubat L-thyroxine ini, disebabkan saya ibu yang berkerja, oleh kerana rutin harian d sebelah pagi agak sibuk saya memilih untuk memberi ubat tersebut pada sebelah ptg selepas balik dari kerja, (tidak memberikan ubat kepada pengasuh) untuk memastikan ubat diberikan mengikut jadual.

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Ibu Juna, tiada masa yang paling bagus. Asalkan puan memberi ubat pada masa yang sama setiap hari (tidak kira pagi / malam.

  3. Chinta Avatar
    Chinta

    Ibu Juna, jangan risau anak saya hipotiroidisme juga and die pun meniarap semasa 5 bulan lebih. Dont worry, babies are different kan doctor. Bukan semua meniarap awal, certain babies lambat. Like doc said as long within 6 months okay kot. correct me if im wrong Doc.

    Doc, nak tanya sikit and sorry for bugging you again.Sekrg nie lepas bagi ubat anak saya suka masukkan jari kedlm mulut and sometimes after 1/2 hour or 1 hour terkeluar balik cecair mcm susu+air. Saya risau sgt adakah ubat yg terkeluar, perlukah saya beri lagi? adakah akan overdose? How to know doc? and is there any solution for this?

    saya selalu bagi ubat crushed and mix with little water and bagi thru Syringe. please advise doc.thank you in advance.

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Chinta, sekiranya anak anda muntah lebih dari setengah jam selepas pengambilan ubat, jangan ulangi dos ubat. Biasanya ubat ini akan mengalir dari perut ke usus kecil dalam masa lebih kurang setengah jam sekiranya anak hanya diberi air dengan ubat.
      Cara pemberian ubat puan adalah betul, jadi tidak perlu bimbang.

  4. Yap Hsiao Ling Avatar
    Yap Hsiao Ling

    Hi Ibu Juna, agak terlalu awal untuk membuat keputusan bahawa bayi anda lambat dari segi perkembangannya. Kebiasaanya, bayi akan mula belajar meniarap dari umur 3 bulan, tetapi bukan semua bayi akan mengikuti jadual perkembangan. Bayi diberi masa sehingga umur 6 bulan untuk belajar meniarap sebelum doktor perlu buat pemeriksaan teliti tentang perkembangannya.

    Umur untuk menilai semula fungsi tiroid adalah disyorkan selepas 3 tahun (bukannya 2 tahun).

  5. Ibu Juna Avatar
    Ibu Juna

    doc, anak saya disahkan hipotiroidisme kongenita, setelah melalui ujian darah kali ke3. Doc mendapati keputusan ujian TSH dan T4 agak rendah, dan memulakan rawatan L – thyroxine sehari sebiji pil yang dilarutkan, ketika ini anak saya telah berusia 4bulan, adakah dia di kira lewat mendapatkan rawatan yang mana akan menyebabkan perkembangan anak saya akan lembab? doc juga mencadangkan untuk makan ubat tersebut sehingga usia 2tahun dan ujian darah berjadual bagi memantau keadaan dia. Di usia dia 4 bulan dia cukup sihat dan berat badan bertambah mengikut carta, cuma apa yang merisaukan saya sehingga saat ini dia masih belum meniarap, adakah ianya disebabkan oleh penyakit ini?

  6. ros Avatar
    ros

    hi doctor, anak saya sekarang sudh berumur 5 tahun, dia hypothyroid, kami baru tahu ketika dia berumur 8 bulan, sejak 8 buln dia mulai menjalani pengobatan, test darah dan meminum thyrax secara rutin, di usia skrg, dia masih belum bisa berjalan normal, bicara pun masih sangat terbatas, hanya kata-kata mama, papa, mam unt makan, num unt minum, apa yang bisa kami lakukan untuk membuat keadaan anak kami lebih baik, karena dokter hanya memberikan obat saja, tidak ada tindakan lain.

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Ros, I turut bersimpati terhadap kelewatan tumbesaran anak anda disebabkan hipotiroidisme kongenita. Selain daripada rawatan makan ubat L-thyroxine, terapi pemulihan yang diperlukan seperti terapi fisio, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan lain-lain.

  7. chinta Avatar
    chinta

    Another thing doc, kenapa baby kena cong hypo ini ye? adakah genetik? sbb saya mmg xde pun. and my baby lahir 37 weeks 2 days, awal sbb air ketumban saya suddenly kurang and berat baby tak naik masa tue. adakah sbb awal delivery sbb tu baby’s tyhroid was not functioning well?

    TQVM

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Chinta, happy to hear that your baby is doing well. Side effects of the medication is very uncommon, including vomiting, loose stools, not gaining weight / weight loss, or sleep problems. If your baby, who is 5 months old, does not have any ill effects by now, the effects would not suddenly appear. some of the effects might be more of dosing effect (over or underdosing.

      Only about 15% of permanent type of Congenital hypothyroidism is hereditary (keturunan). Thyroid gland is formed during early pregnancy during formation of all organs, sometimes things go wrong during the formation without a known cause.

      Then, there are the cases of transient (non-permanent) causes.

      Please discuss with the doctor in-charge of your baby for more personalised care.

  8. chinta Avatar
    chinta

    Doc, just after monthly checkup my baby’s tsh and t4 is good – 18 and 2.1 now. So now kena pegi checkup every 2 months. Doc kata baby’s perkembangan is good and normal like other babies 🙂 happy and bersyukur sgt. Doc is there any side effect by taking this L – thyroxine for long term?

    Thanks

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Ros, saya turut bersimpati bahawa anak puan mempunyai kelewatan dalam tumbesarannya disebabkan hipotiroidisme kongenita. Rawatan yang diperlukannya selain ubat L-thyroxine adalah program pemulihan seperti fisioterapi, terapi pertuturan dan terapi cara kerja.

  9. Chinta Avatar
    Chinta

    Doc, anak saya dikesan cong hypo masa lahir, mengambil ubat L – thyroxine sampai sekarang ( 5months plus) sekrg. bacaan tsh and t4 adalah normal and disarankan ambil 25mg setiap hari. Setiap bulan kami akan bawa dia untuk ambil darah and revise on it. So far bacaan tsh and t4 adalah normal doctor. Apa yg membimbangkan saya, walaupun normal adakah perkembangan iq/pembelajaran anak sy akan terganggu or lambat dari bayi lain? Saya cukup bimbang and harap anak saya akan membesar seperti bayi biasa.

    ps: bayi saya aktif and sihat seperti bayi lain so far and reached all her milestones.

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Chinta, sekiranya kanak-kanak yang mengidapi hipotiroidisme kongenita dikesan serta dimulakan rawatan dengan secepat yang mungkin, mereka kebiasaanya mempunyai tumbesaran serta perkembangan otak yang normal. Kanak-kanak yang mengalami hipotiroidisme memerlukan pemeriksakan perkembangan dan tumbesaran anak pada setiap rawatan susulan serta diberi nasihat dan rawatan yang berpatutan mengikut keputusan ujian darah hormon tiroid.

      Saya pun tumpang gembira bayi anda mempunyai perkembangan yang normal sampai sekarang. Semoga bayi anda terus mempunyai tumbesaran yang normal.

  10. fawwaz Avatar
    fawwaz

    Darah thyriod tinggi

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Puan Fawwaz, agak sukar untuk saya memberi komen. Adakah paras hormon tiroid bayi puan sebenarnya tinggi atau rendah? Puan kena mendapatkan keterangan lanjut daripada doktor yang merawati bayi puan.

  11. fawwaz Avatar
    fawwaz

    Hi doctor
    saya hendak bertanya kepada doctor.anak saya baru lahir dalam dua minggu..doctor mengatakan bahawa anak saya darah thyriod dia kurang .. bolehkah doctor memberitahu masalah ini serious dak

  12. Ros Avatar
    Ros

    Dr,adakah bacaan TSH pd hari 33 150 manakala T4 4 adalah membimbangkan dan tinggi??tq

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Pn Ros, setiap makmal mungkin menggunakan mesin dan kaedah yang berbeza, maka setiap ujian hormone tiroid mempunyai rujukan bacaan normal yang berbeza. Jadi, Puan perlu bincang dengan doktor yang merawati agak puan tentang keputusan ujian tersebut.

  13. wana nasir Avatar
    wana nasir

    Bagaimana pula jika bacaan keputusan ujian darah tsh anak saya rendah, adakah boleh di diagnos kn juga yer doc?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      TSH perlu dilihat sekali dengan keputusan T4 sebelum diagnosis diberikan.

      1. wana nasir Avatar
        wana nasir

        Bayi saya berusia 2bulan ujian TSH menunjuk bacaan serendah 0.768 dan ujian darah dibuat sekali lagi selepas 14 hari, dan keputusan Ujian TSH 132 manakala ujian free T4 pula 11.62
        doc tidak memberi apa-apa ubat setakat ini, cuma mencadangkan ujian darah dibuat sekali lagi 6minggu akan dtg. Situasi ini membimbangkan saya, adakah bayi saya berisiko mendapat penyakit ini?

        1. wana nasir Avatar
          wana nasir

          Maaf uijan kedua bacaan TSH 1.32

          1. Yap Hsiao Ling Avatar
            Yap Hsiao Ling

            Puan Wana, agak sukar untuk saya memberi komen tentang keputusan ujian darah hormon tiroid anak anda sebab setiap makmal mungkin menggunakan mesin dan kaedah yang berbeza, maka setiap ujian hormone tiroid mempunyai rujukan bacaan normal yang berbeza. Jadi, Puan perlu bincang dengan doktor yang menjaga anak puan tentang keputusan ujian tersebut.

  14. soh meng Avatar
    soh meng

    doktor, boleh saya tahu berapa bacaan tsh baru dikira tinggi?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Soh Meng , bacaan tersebut bergantung pada umur bayi/ kanak -kanak .

  15. ros Avatar
    ros

    Doktor,
    Baby saya ms lahir bacaan Tsh tinggi..namun selepas 33 hari baru keputusan kedua diperolehi dam diberi ubat..adakah risiko peratusan anak saya akan keterbelakangan pembelajaran tinggi??sy sgt risau..tp buat masa ini baby sy aktif spt bayi yg normal..

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Puan Ros, saya nasihatkan supaya teruskan ubat anak anda. Doktor yang memrawat kanak-kanak yang mengalami hipotiroidisme akan memeriksakan perkembangan dan tumbesaran anak setiap rawatan susulan untuk mengesan sebarang tanda akibat penyakit ini dan memberi nasihat dan rawatan yang berpatutan.

  16. mamamien Avatar
    mamamien

    Dr..adakah ubt ni ada memberikan kesan kepada pengambilnya?ank saya berumur 2 tahun 3 bulan..di berikan ubat ini setelah result darah yang di ambil makin bekurangan.

    tq

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Telah dijawab dalam komen diatas

  17. mamamien Avatar
    mamamien

    Dr..adakah ubt ni ada memberikan kesan kepada pengambilnya?ank saya berumur 2 tahun 3 bulan..di berikan ubat ini setelah result darah yang di ambil makin bekurangan.

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Puan Mamamien, soalan puan tidak jelas. Ubat thyroxine diambil supaya hormon TSH direndahkan ke paras yang normal ďan hormon T4 naik ke paras normal.

  18. Nurul Hizza Avatar
    Nurul Hizza

    Terima kasih tuan doktor. Melalui ujian darah terbaru, selepas mengambil pil tyroxine 25mg, bacaan level tsh anak saya menjadi 0.01. Tetapi doktor belum mengambil keputusan untuk menghentikan ubat tersebut dan perlu menunggu beberapa keputusan darah untuk kepastian. Ada kemungkinan atau tidak jika dia mengalami hyperthyrodism pula selepas mengambil ubat tyroxine?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Nurul Hizaa, sekiranya anak mengalami cong hypothyroid, thyroxine yang diberi akan dipantau setiap 3 bulan agar dose boleh ditukar jika perlu. Ini kebiasaaannya tidak akan menyebabkan hyperthyroidism jika pemantauan dibuat dan dose yang diberikan adalah betul.

  19. Dr Yap Avatar
    Dr Yap

    *comment notification ON*

  20. Ida Avatar
    Ida

    Doktor anak saya menghidap prolonged jaundice. Semasa 2 minggu lahir ujian darah di ambil. TSH tinggi. Doktor di klinik kesihatan diagnos TRO congenital hypothyroidism dan refer pada paed. Tetapi ketika lahir ujian cord tsh dia normal. Ada kemungkinan ke anak saya mendapat penyakit tersebut? Harap dapat memberi sedikit penerangan. Saya teramat risau…. Tq

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Saya harap Dr yang merawat anak telah pun menerangkan kepada Puan berdasarkan keputusan ujian darah yang terbaru . Tanpa mengetahui keputusan darah , kami tidak dapat menasihati .

  21. Nurul Hizza Avatar
    Nurul Hizza

    Selain itu juga, apa yang saya perasan adalah anak saya kerap berjaga dan tidur yang tidak lena. Dia juga kerap membuang air besar yang banyak purata 5-6 kali sehari.Anak saya juga kelihatan kurus walaupun dia minum susu mengikut keperluan (menggunakan ryles tube).Adakah ini kesan sampingan daripada ubat tyroxine tersebut?

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Telah dijawab dalam perbincangan di atas

  22. Nurul Hizza Avatar
    Nurul Hizza

    Doktor, anak saya didiagnosis mempunyai primary hypothyroidism semasa berumur sebulan ketika dimasukkan ke wad akibat tersedak susu. Untuk makluman, anak saya mempunyai cleft palate dan menyebabkan dia tidak dapat menyusu dengan baik. walaubagaimanapun, ujian tsh semasa lahir adalah normal.Buat masa ini, anak saya dibekalkan dengan ubat tyroxine 25mg. Apakah penyebab keadaan ini boleh berlaku dan adalah masalah ini bersifat sementara dan pengambilan ubat boleh dihentikan?

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Hi Nurul Hizza, I turut bersimpati kepada puan sebab bayi puan mempunyai beberapa masalah kesihatan. Kekadang untuk beberapa masalah kesihatan tertentu yang mempunyai kemungkinan tinggi untuk seseorang menghidapi hipotiroidisme, ujian ulangan akan dibuat untuk mengesannya dengan lebih awal.

      Ubat “thyroxine” perlu diambil sehingga 3 tahun sebelum doktor anak anda akan membuat keputusan samada ia boleh diberhentikan atau tidak.

      Sekiranya anak anda mempunyai simptom selepas pengambilan ubat, sila bincang dengan doktor bayi anda (sebab bayi anda bukan sahaja menghidap hipotiroidisme sahaja).

  23. nurul Avatar
    nurul

    doktor,ank sy skrg berusia 2buln 3mgu..ms baru lahir,dktor mengesahkan dia mengidap Hipotiroidisme Kongenita,selepas ujian darah yg 3,bacaan TSH dia menunjukkan dia normal dan bebas dr Hipotiroidisme Kongenita dan doktor mencadangkan darah dia diambil sekali lg untuk mengesahkan keputusan dan temujanji untuk itu pada 20.1.2014 nnt. Soalan sy,doktor still saran sy untuk keep give him ubat L-Thyroxine yg dia ambil semasa keputusan darah yg kedua,adakah ubat ini xmengganggu keputusan darah yg dia akan ambil bulan depan? bilangan ubat yg diberi jgk tidak mencukupi,jd sy jgk selang selikan pengambilan ubat tu ke 3hari sekali

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Pn Nurul, keputusan ujian yang normal setelah mengambil ubat adalah keputusan yang dijangkakan dan adalah perkara yang bagus (maksudnya, ujian darah membuktikan bahawa rawatannya mencukupi untuk perkembangan bayi anda). Keputusan ujian yang puan sebutkan tidak bermaksud bayi anda bebas dari hipotiroidisme kongenita. Adalah sangat penting untuk puan teruskan rawatan ubat bayi anda (selepas umur 3 tahun, doktor bayi anda menilai anak untuk membuat keputusan Samada memberhentikan ubat). Sekiranya ubat tidak cukup, puan perlu kembali ke klinik untuk mendapatkan ubat tambahan serta memberi anak ubat mengikut dos setiap hari yang disyorkan oleh doktor.

  24. g2-0455fb01741931eefce8a431a481ed15 Avatar
    g2-0455fb01741931eefce8a431a481ed15

    Doctor, bayi sy baru 2 minggu. Melalui ujian cord blood, didapati TSH tinggi. Adakah bermaksud anak sy mengalami hypoythyroidisme?

    1. Yap Hsiao Ling Avatar
      Yap Hsiao Ling

      Sekiranya cord TSH tinggi, doktor akan mengulangi ujian darah hormon tiroid (Thyroid Function Test) serta memulakan ubat L – thyroxine sambil menunggu keputusan ujian darah. Jika keputusan ujian ulangan masih menunjukkan hipotiroidisme, maka, jawapannya ya.