Kerap selsema dan nafas anak saya berbunyi ketika tidur

hayfever

Q: “As-salam dan selamat pagi doktor. Saya ingin bertanya. Anak saya lelaki dan pengidap g6pd kekal. Sekarang anak saya berumur 1 tahun 7 bulan tetapi beratnya hanya 7.5kg (masa berumur 1 tahun 3 bulan). anak saya kerap selsema, sgt susah nak baik selsemanya… begitu alah dgn air sejuk… bila minum walaupun seteguk air sejuk, selsema terus jadi.

Lagi satu masalah, nafasnya ketika tidur akan berbunyi seperti org dewasa lelaki yg tidur berdengkur…mmg kuat kadang2.  ada ketika dadanya akan berombak kuat ketika dia bernafas semasa dia sedang tidur. bole tak doktor beri nasihat ubat apa yg sesuai dan apa yg perlu saya lakukan? saya pernah bertanya kepada doktor, perlukah dia diberikan bantuan gas, dan setelah check doktor tu ckp tak apa sbb paru2nya ok dan jgn dibiasakan utk diberi gas. ” ( Ruslinda )

A:  Waalaikumussalam dan Selamat Pagi. Setelah meneliti  soalan Puan, besar kemungkinan anak anda mengalami penyakit yang dikenali sebagai “laryngomalacia dan “Allergic Rhinitis

Puan ada memaklumkan yang anak Puan akan mengalami selesema yang berpanjangan dan makin teruk  selepas meminum air sejuk.  Penyakit allergic rhinitis ini adalah disebabkan kerana keradangan yang berlaku di dalam hidung dan menyebabkan pengeluaran histamine yang akan menyebabkan hidung tersumbat dengan lendiran yang banyak yang dikeluarkan.  Penyakit ini berlaku kerana pesakit adalah alah kepada sesuatu yang juga kita namakan sebagai ‘allergent‘. Antara allergen yang  telah diketahui boleh menyebabkan penyakit AR ini adalah sengkenit (house dust mite), bulu binatang peliharaan, debunga dan hama. Pesakit AR akan menunjukkan beberapa tanda sepeti kerap selesema, hidung tersumbat,kerap bersin dan kegatalan di hidung/tekak/mata/telinga.  

Bagi rawatan penyakit AR ini, ada beberapa tahap atau peringkat. Pertama; jika allergen diketahui, Puan mestilah memastikan anak puan tidak terdedah dengan allergent tersebut. Puan sebenarnya boleh mengenal pasti allergen yang bertanggungjawap menyebabkan penyakit AR dengan menjalani ujian ‘skin prick test‘ dimana anak puan akan diuji dengan contoh-contoh allergen yang biasa menyebabkan penyakit AR itu.

Kedua, penggunaan ubat antihistamine yang dapat membantu untuk mengurangkan selsema itu. Walaubagaimanapun, anak Puan berumur kurang dari 2 tahun dan penggunaan ubat anti-histamin adalah boleh membahayakan kesihatan pesakit. Selain dari antihistamine, anak puan juga boleh mengambil ubat “intranasal steroid” yang dapat mengurangkan keradangan didalam hidung dan saluran pernafasan. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat steroid yang berpanjangan adalah tidak digalakan kerana mempunya kesan sampingan yang manaboleh menyebabkan sakit kepala yang teruk, selesema yang teruk (rebound) dan jika terlalu lama boleh menyebabkan tumbesaran terencat dan penggunaan ubat adalah untuk budak yang berumur 2 tahun atau 6 tahun keatas sahaja. Atas sebab faktor umur, penyakit anak Puan boleh dirawat dengan cara yang pertama dimana Puan dapat melakukan beberapa perkara seperti menukar dan membasuh selimut dan cadar bilik anak dengan lebih kerap atapun jika punyai lebih wang boleh membeli cadar/selimut “anti-house dust mite”. 

sleeping child

Laryngomalacia adalah penyakit dimana saluran pernafasan di atas peti suara kekurangan tisu-tisu rawan dalam saluran pernafasan. Disebabkan kekurangan tisu rawan ini, saluran pernafasan ini menjadi lebih lembut dan akan membuatkan saluran pernafasan menjadi sempit dan akan mengeluarkan bunyi seperti orang berdengkur ketika pesakit itu tidur. Penyakit ini biasanya menjadi lebih ketara ketika bayi berumur 6-8 bulan dan akan sembuh sepenuhnya apabila pesakit menjangkau umur 2 tahun.

Dalam kes anak Puan, merisaukan saya sebab anak Puan adalah kelihatan dari segi berat badan itu mengalami kekurangan berat badan. Ini kerana dalam kes laryngomalacia yang teruk, pesakit juga akan mengalami kekurangan nutrisi dimana berat badan pesakit akan tidak bertambah seperti biasa.

Biasanya pesakit yang mengalami laryngomalacia yang teruk akan dirujuk kepada Pakar Telinga-Hidung-Mulut (ENT) untuk dibuat pemeriksaan “bronchoscope” bagi melihat secara terus pada  bahagian saluran pernafasan tersebut. Penyakit ini tidak boleh dirawat dengan mengambil gas dan memerlukan rujukan kepada pakar kanak-kanak dan pakar ENT.

Diharap jawapan saya dapat membantu Puan dalam menangani masalah anak Puan.

( answered by Dr Azhar Mahmud )

Comments

8 responses to “Kerap selsema dan nafas anak saya berbunyi ketika tidur”

  1. nawfal Avatar
    nawfal

    salam dr

    anak saya sejak seminggu lahir sehingga sekarang 2 bulan..mempunyai masalah lendir dalam tekak..pada usia 2 bulan telah berjumpa dr dan telah nebulizer tetapi sehingga sekarang masih sama juga..saya inginkan pendapat dr berkenaan lendir dalam tekak..tidur berbunyi seolah-olah berdengkur..apa yg dapat saya lakukan untuk membuang lendir dalam tekak..lendir tersebut warna putih..

  2. Puan ikin Avatar
    Puan ikin

    salam dr..ank sya bumo 3thn..setiap pg dia akn bersin bkali2 kdg2 tu smpai lbih dri 10x shingga matanya jdi mrah dan berair..slps tu kuar hingus jernih n dia ngadu hdung tsumbat dgn skit tlinga..sya buat chek up dkt RSAT dr.tu ckp nrmal ja..dr.ckp tu allergic..
    so sya mntk pndapat dr.bkenaan kes ank sya ni..tq

  3. Puan Nieyna Avatar
    Puan Nieyna

    Salam Dr

    Saya ingin penjelasan dari Dr..
    ank saya umur 6 tahun dan sering selsema,hidung tersumbat,gatal2 pada muka,mata & tekak dan bila teruk bleh menyebabkan dia susah utk bernafas & berdengkur bila tido.Saya telah merujuk pada beberapa pakar Pediatrik dan kata Dr dia megidap brokolitis / Childhood Asthma kerana paru2 nya tidak kuat..setiap kali dia sakit teruk Dr akan berikan dia nebulizer utk buka ruang penafasan hinggakan kadang2 dia perlu admit hanya utk frequent nebulizer..Dr juga nasihatkan supaya dia tidak minum air sejuk atau selalu berada dlm aircond. Untuk itu saya hanya beri dia minum air suam dan elakkan membawa dia ke tempat2 yg sejuk/beraircond.
    Adakah penyakit ank saya ini boleh sembuh sepenuhnya atau ini penyakit kekal..dan perlukah sy membawa dia berjumpa pakar ENT..terima kasih.

    1. doktorbudak Avatar

      Penyakit Asma ada peluang untuk menjadi lebih stabil dan semakin ringan apabila dewasa tetapi ada juga segelintir yang akan terus mengidap asma pada peringkat dewasa. Pakar ENT juga akan dapat memberi sumbangan dalam menangani allergic rhinitis ( resdung ) – hidung, tekak gatal/sumbat
      Untuk mengawal simptom asma, anak anda mungkin perlu inhaler yang digunakan tiap-tiap hari

  4. http://Paylessnetworks.com/?a=a+hrefhttppersonalizedpencilsdeals.comhow-personalized-pencils-pens-can-make-a-differencepersonalized+pencilsa Avatar

    Even a disposable camera is a great gift too give.
    These blocks can be stacked horizontally or vertically, or even attached
    to each other and hung from the ceiling like a giant string of
    block beads. Personalized pens use a broader uswes range than
    some other type of promo product.

  5. fooji Avatar
    fooji

    Anak anda perlu mendapatkan pemeriksaan secepat mungkin memandangkan anak mempunyai masalah pernafasan, gerakan dada yang berombak, dengan berat badannya yang kurang, ini menunjukkan ini bukan masalah kecil. Saya percaya doktor pediatrik yang melihat anda nanti akan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas, dan dapat membantu menyelesaikan keadaan ini.

    1. Ruslinda Md. Daud Avatar
      Ruslinda Md. Daud

      As-salam dan selamat petang…
      terima kasih di atas nasihat dan pandangan yg diberikan oleh doktor Azhar Mahmud dan En. Fooji.
      Saya akan terus memantau dan mengambil tindakan susulan utk kesihatan anak saya supaya lebih baik.
      Terima kasih sekali lagi.

    2. azura Avatar
      azura

      jike org dewasa mengalaminye jga,adkah ianye mrisaukn..n ap yg harus sye lakukn..sye ad simptom2 sprti mdah bersin apbila trkena bulu kcing,tmpat yg berhabuk dan tmpat yg bersawang..shga muke sye mdah gtal2..gtal di dalam tkak n hdung..hdung berair..ianye jga trjdi ktike cuace sjok..