Q : ” Salam, my baby sekarang 11months. Masa dia 2bulan setengah, dia pernah amik vaksin pneumococcal. The next day tu die demam sehari then batuk berkahak lebih dr seminggu. Doc kata ade bunyi wheezing and tanda tanda bronkitis so kene buat neb and sedut kahak. So sy jadi phobia nk bg baby amik next dose. Skrg ni sy rasa nk amik balik vaksin tu sbb byk kes lung infection. My question is, adakah batuk berkahak tu kesan/effect drpd vaksin or adakah anak sy alergic dengan vaksin tu? Thank you “
( Nawal )
A : Salam takzim! Terima kasih kerana bertanya!
Pengambilan vaksin pneumococcal adalah amat digalakkan untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pnumococcus yg boleh menyebabkan jangkitan kuman peparu (pneumonia), darah dan selaput otak (meningitis). Setakat ini vaksin tersebut belum lagi termasuk dalam jadual imunisasi kebangsaan. Ada banyak jenis vaksin pneumococcal dan biasanya untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, “pneumococcal conjugated vaccine” digunakan. Ibu bapa perlu juga faham ada pelbagai brand atau syarikat pengeluar vaksin tersebut.
Berbalik pada kebimbangan tentang risiko bronchiolitis atau alergi setelah pengambilan vaksin, harus saya tekankan risikonya amat rendah. Tidak dinafikan ada kajian menunjukkan risiko bronchiolitis 0.9% setelah imunisasi. Dalam kes anak, ada juga kemungkinan serangan bronchiolitis itu berlaku hanya secara kebetulan dan tidak bersabit dengan imunisasi pneumococcal tersebut (akibat jangkitan virus pada peparu).
Kesan sampingan lain seperti merah pada tempat suntikan, demam, kurang selera boleh berlaku.
Namun begitu kebaikan dari imunisasi tersebut biasanya mengatasi risiko kecil kesan sampingan.
Saya cadangkan ibu bapa kembali ke pakar kanak di tempat pengambilan vaksin untuk berbincang dos dan kesan suntikan, serta tindakan yang patut diambil jika berlaku kesan sampingan.
Sekian, harap jawapan ini memberi penjelasan dan sedikit pemahaman tentang vaksin pneumococcal.
( answered by Dr Rashdan Zaki bin Mohamed )
Comments
4 responses to “Adakah anak saya “allergic” kepada vaksin?”
*comment notification*
salam satu malaysia,
saya nak tanya adakah suntikan mmr(suntikan 1 tahun) merbahaya?anak saya bakal disuntik lagi 1 bulan.saya nak minta pandangan doktor kerana ada sestengah orang mengatakan suntikan ini boleh menyebabkan anak menjadi autism.bila saya dengar ,saya pon jadi keliru.
Rash that appear soon after vaccination may be independent of the vaccine or it is an allergic reaction. While rashes, fever is relatively common, not really with seborrhoiec dermatitis. However, having seborrhoiec dermatitis may mean your child is of the more tend to be allergic to exposure. Currently eczema, dermatitis are not contraindication for vaccine, although you may want to discuss with your doctor regarding doing it under supervision if you’re worried.
The delay is should be as short as possible, however you do not need to restart the entire course, meaning just resume the subsequent dose that you miss after the first dose.
My son took pentaxim at age of 2 month old and developed seborheic dermatitis few days following that. I skipped and considered to stop until 2-3 months later, i felt i should resume the second dose. He is still having rashes and itchiness on his face. Should i? I fear he might have a severe one following second dose. Another question is how delay it can be from 1st dose to 2nd dose.