Anak saya suka kunyah makanan ‘keras’

baby-food-01-pg-full

Q: Doktor, anak saya berusia 1 tahun. Dia suka makan biskut milna rusk dalam 6 keping sehari. Dia kuat makan. nasi pun dia suka.tapi dia tak suka benda lembik macam bubur dan sebagainya. Dia sangat suka makan benda yang memerlukan dia mengunyah dengan gigih. apa yang membimbangkan saya, ok ke makan benda keras dengan banyak? Risaukan pertumbuhan gigi dia sebab gigi dia nampak jarang. Tapi dah ada 5 batang gigi sekarang. (Munirah)

A:

Puan Munirah,

Kanak-kanak yang telah mula tumbuh gigi susu memang gemar berkunyah. Perbuatan ini dipanggil ‘teething’ dan dengan mengunyah ‘rusk’ yang keras, ia akan melegakan gusi yang lembut dan disamping itu menggalakkan pertumbuhan gigi yang selesa bagi bayi. Rusk mempunyai permukaan yang keras dan ini menyediakan latihan bagi gusi dan rahang, sambil memenuhi kegemaran menggigit bayi. Sekiranya, tumbesaran bayi adalah normal, puan tidak perlu bimbang dengan tabiat keinginan bayi untuk mengunyah rusk.

Pertumbuhan gigi yang jarang pada usia satu tahun adalah normal. Setelah semua gigi susu tumbuh (erupsi) pada usia 2½ tahun, gigi-gigi susu akan kelihatan lebih teratur dan rapi.

( answerd by Dr Kalaiarasu Peariasamy )


Posted

in

,

by

Tags: