[Q&A] Susu untuk kanak-kanak

Question: Doktor,
Anak perempuan saya hampir berumur 4 tahun. Selera makan ok, berat badan ok, malah agak tinggi dan montel berbanding rakan sebaya. Menyusu susu ibu hingga 2 tahun setengah.

Soalan saya – kita didedahkan dengan iklan yang kanak-kanak sangat perlu minum susu yang diformulasi untuk kanak-kanak, sejauh mana benarnya keadaan ini?

Setelah anak berusia 2 tahun dan pemakanan serta tumbesaran normal, saya memilih untuk memberi susu cecair untuk orang dewasa yang perlu disejukkan dan tarikh luput singkat (susu HL) kerana saya lebih yakin kepada kesegaran dan khasiatnya berbanding susu yang diproses menjadi tepung. Juga jauh lebih ekonomik. Diberi minum 5oz 2 kali sehari setiap pagi dan petang. Adakah pilihan yang lebih baik dari ini? (Izahani Abdul Hadi)

Answer: Tahniah kepada Puan kerana memberi susu kepada anak anda. Adalah tidak menjadi masalah untuk memberi susu HL kepada anak kerana dari segi kandungannya adalah tidak jauh berbeza daripada susu tepung. Hanya, susu tepung adalah lebih senang untuk dibawa ke mana-mana. Jika Puan berminat, Puan boleh membandingkan kandungannya yang tertulis di label kotak. Jika anak anda makan dengan sihat setiap hari, adalah memadai jika mengambil susu itu 2 kali sehari. Saya yakin bahawa Puan telah memberi yang terbaik kepada anak anda.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “[Q&A] Susu untuk kanak-kanak”

  1. ummusiddiq Avatar
    ummusiddiq

    salam dr sy ingign bertanya
    anak saya berusia 2 tahun,lelaki
    berat sekarang 12kg
    dia sangat suka minum susu formula (dupro) sekali minum 90z,7-8x sehari (sebelum ni exclusive breast feeding up to 8monyh,then started on formula milk till now,initially dia xsuka susu formula hanya minum 3-4oz ~5x per day ,tapi lepas tukar susu dia sangat selera).
    saya risau akan berat badannya yang naik serta giginya yang semakin buruk (suka minum susu ketika tidur.
    soalan:
    1.Bagaimanakah saya perlu mengawal kekerapan minuman susu formulanya supaya beratnya naik dengain baik
    (adakah boleh menurangkan kepekatan susu eg:sepatutnya 1ox 1 scoop,sy kurangkn bil scoopnya..)

    2.apakah cara terbaik untuk membantu penjagaan giginya?

    terima kasih