Question: Hi doktor , anak laki sy dah umur 11th .tapi tinggi dia baru 132cm sangat rendah.Ade ape sy bleh buat? Sy ade 4 anak yg lain ok….tinggi takde masalah. (Ammychong)
Answer: HI Ammychong , 132 cm untuk 11 tahun adalah rendah. Sekiranya secara genetik, ahli keluarga tidak rendah, maka perhatian perlu diberikan kepada aspek aspek yang boleh menjejaskan pertumbuhan badan. Bagaimana berat badannya, adakah beratnya bersesuaian dengan umur. Masalah ketinggian boleh disebabkan oleh beberapa perkara: kurang nutrisi atau ada masalah kesihatan yang tidak dikenalpasti. Adakah pemakanannya bagus sejak kecil, ada masalah contohnya kerap batuk malam atau batuk-batuk (walaupun sikit sikit) waktu bermain atau minum air sejuk? adakah dia pucat? adakah ada masalah kerap kencing dan sebagainya? adakah kerap sakit? Banyak aspek perlu dilihat dan ini memerlukan perjumpaan dengan doktor agar doktor dapat bertanya dengan lanjut dan membuat pemeriksaan. Bawa berjumpa pakar. Boleh dapatkan rujukan ke klinik pakar di hospital dari klinik kesihatan atau klinik swasta.