[Q&A] Anak tidak mahu minum susu

Question: Hi Doctor,

Saya sangat memerlukan pendapat doktor. Saya amat susah hati pada ketika ini. Nak buat kerja di pejabat pun saya rasa resah gelisah.

Baby saya berumur 3 bulan. Sejak 4 hari yand lepas, dia menyusu tidak ikut masa. Selalunya dia akan menyusu setiap 2 jam tetapi sejak 4 hari lepas dia seperti tidak mahu minum susu. Bila cuba bagi minum susu dia akan mengamuk sehingga tertidur.

Untuk pengatahuan doktor, anak saya sekarang sedang mengalami selsema dan batuk. tetapi dia tidak demam dan active sahaja.

Sebagai contoh, dia minum 40z susu formula pada pukul 5.30am, pada kebiasan dia akan lapar semula pada pukul 7.30-8am. Tetapi sejak beberapa hari yg lepas, dia mampu tidak minum susu sehingga 6 jam lamanya.. saya sangat risau.. dia baru berusia 3 bulan dan tidak makan makanan lain selain susu 🙁

Bolehkah doktor beri pendapat mengenai apa sebenarnya yang mungkin menyebabkan kepada permasalahan ini? (Anida)

Answer: Anida, apabila anak mengalami masalah seperti batuk dan selsema , penyusuannya akan terjejas. Disebabkan kesihatan terganggu, selera juga boleh terganggu. Penyusuan sangat penting terutama bagi bayi kecil , pemeriksaan oleh doktor perlu sekiranya bayi nafas laju atau ada masalah pernafasan , kencing berkurangan , air mata sedikit ketika nangis kerana ini menandakan berlaku masalah dehidrasi atau kekeringan. Apatah lagi ia menyebabkan puan sangat risau , maka bawalah berjumpa doktor.


Posted

in

by

Tags: