Question: Assalammualaikum & Salam Sejahtera Doc, Saya ingin bertanya, tentang anak saya yg berumur 20bulan dan masih menyusu badan. Waktu siang terutama di taska, anak sy kurang menyusu..kdg2 tak sampai 10oz di sianghari..alhamdulillah selera makan bagus dan aktif 🙂 tapi malam hari, sgt lama menyusu dgn saya. adakah ini normal doc?
Answer: Adalah normal untuk kanak-kanak kurang menyusu apabila pemakanan mereka bertambah. Memandangkan saya tidak mendapat gambaran penuh tentang pemakanan dan penyusuan susunya, maka sukar untuk saya katakan samada ini satu keadaan yang normal atau tidak. Paling mudah , selera makannya baik dan jika berat /tingginya meningkat mengikut graf ( boleh rujuk graf di buku klinik kesihatan (berat dan tinggi di ambil mengikut jadual bukan) atau buku baby jika pemantauan di buat di klinik/hospital swasta.) maka ia adalah satu keadaan yang memuaskan. Berat badan dan ketinggian yang bertambah sejajar dengan umur adalah ukuran yang lebih objektif samada pemakanan/penyusuannya memuaskan atau tidak.
Comments
One response to “[Q&A] Kurang minum susu”
Saya mengalami situasi yg lebih kurang sama, anak saya 10 bulan , mnum susu siang ebm saya sebanyak 10 oz or 8oz sahaja. Die makan sebyk 3 x sehari. Pagi 3oz cereal, tgh hari 3/4cup baby puree and ptg 3/4cup baby puree.sy juga ada tambah 1 sudu teh olive oil atau butter dlm bubur anak saya..growth agak slow dr 6 bln 8.4 kg 69cm, 7 bln 8.5 kg 70cm, 8bln..8.6kg 70cm , 9bln 8.8kg and 70cm , should i supplement him with formula?