Question: Anak perempuan saya dah lama tak pakai pampers waktu siang. Bila tido je pakai. Biasanya jika nak kencing dia akan bagi tau. Tapi kebelakangan nie, dia mula kencing seluar semula (belakang pintu, atas carpet, etc). Kami kurang jelas samada dia malas nak cakap atau mungkin ada masalah lain.
So minta pencerahan dari doktor. Terima kasih. (Aizal)
Answer: Salam Puan, terlebih dahulu perlu untuk saya mengetahui berapa umur anak anda, kerana ada mungkin bahawa anak masih dalam umur yang tidak boleh mengawal kencing, bagi mereka yang kurang daripada 2 tahun. Apa maksud puan bahawa ‘sudah lama’ tidak pakai pampers? adakah ia sebulan, 6 bulan atau setahun? Adakah anak sentiasa asyik minum air sahaja kerana dahaga? Selain daripada masalah terkencing , ada tak masalah lain seperti susut berat badan, asyik minum air, kurang selera, sakit kepala, kurang aktif dan letih dan sebagainya, Sekiranya sudah berbulan-bulan dan jadi kembali, kita harus fikirkan sama ada ia masalah jangkitan air kencing, masalah pundi dan salur kencing, dan masalah saraf, sebelum kita boleh pasti bahawa sebenarnya ia normal. Untuk masa sekarang, saya tidak menggalakkan puan mengkritik atau marah anak setiap kali terkencing tetapi bagi sokongan. Saya nasihatkan dapatkan pemeriksaan doktor supaya boleh membuat siasatan air kencing dan pemeriksaan tubuh badan yang terperinci.