[Q&A] Masalah pembelajaran anak saudara berumur 6 tahun

Question: Anak saudara saya telah berumur 6 tahun tetapi masih belum boleh kenal huruf dan nombor.bercakap pun masih pelat sebab dia hisap puting sampai umur 4 tahun.dia terlalu dimanjakan oleh datuknya.selalu menangis kalau disuruh belajar.suka tengok kartun dan menari. Adakah dia mempunyai masalah lembam? (Norzida)

Answer: Norzida, Masalah pembelajaran memerlukan penilaian terperinci. Sekiranya dia belum mengenal huruf , perlu dilihat samada dia pernah diajar atau tidak secara menyeluruh sebelum ini. Berdasarkan cerita singkat ini, anak saudara mungkin kerap didedahkan kepada tv . ini mungkin mengganggu pembelajarannya. Boleh bawa ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan jika perlu akan dirujuk ke pakar.


Posted

in

by

Tags: