Question: Hi doc, saya mempunyai bayi berusia 2bulan, bayi saya tidak suka menyusu susu formula, tetapi sangat suka minum air masak. Sblm ini tiada masalah, selepas usianya sebulan dia meluahkan susu dan refuse utk menyusu, sy sudah mencuba menukar susu tapi tetap sama. Mulanya Nan Pro, kemudian Snow ( bdnnya naik ruam) , bertukar Mamex Cherish. Semuanya gagal, baby tetap menolak dgn lidahnya ketika cuba memberikan susu. Sy ingtkn lidahnya sakit, jadi sy mencuba dgn memberi air masak, dgn lajunya dia menghisap air masak tersebut. Saya jadi buntu, haruskah sy menukar susu lagi sehingga berjumpa dgn susu yg baby saya mahu minum?
Answer: Hi Puan, air masak bukan minuman yang sesuai untuk bayi kurang daripada 6 bulan walaupun dia Nampak macam suka sangat. Jangan putus asa bagi susu, mungkin ada teknik penyusuan dan cara untuk menarik perhatiannya. Perlu periksa sama ada masalah dalam mulut, masalah botol, rasa susu, puting botol, suhu susu, dan kepekatan susu. Harus bancuh susu ikut arahan. Sekiranya asyik minum air masak sahaja, perut akan penuh dengan air dan maka timbulkan rasa kenyang dan tidak akan rasa lapar susu. Tambahan pula, bayi akan susut berat badan dan kekurangan zat kerana air masak tidak ada khasiat. Akan juga berlaku kekurangan garam dalam badan yang bahaya. Saya nasihatkan puan bawa bayi jumpa doctor secepat mungkin untuk pemeriksaan dan perbincangan seterusnya.