[Q&A] Masalah berat badan

Question: Assalamualaikum Doctor,
Saya mempunyai seorang bayi lelaki yg kini berusia 6 bulan. Tetapi berat bayi saya sekarang hanya 4.7kg, tinggi 59cm (bmi sudah masuk graf merah).
Berat bayi saya hanya meningkat 100g sahaja setiap bulan bermula pada usianya 4 bulan. Masa 4 bulan berat beliau 4.5kg, ketika 5 bulan berat 4.6kg, dan seterusnya 6 bulan berat 4.7kg.
Adakah ini sesuatu yang normal? Apa yang perlu saya lakukan untuk meningkatkan berat badan anak saya.
Berikut adalah sedikit maklumat tentang bayi saya;
– Dilahirkan pada usia kandungan 36 minggu, vacuum delivery, dengan berat hanya 1.84kg.
– Bayi saya mempunyai hanya satu buah pinggang.
– sehingga usianya 6 bulan, bayi saya hanya minum susu badan (tidak campur dengan susu formula lagi) tetapi bayi minum melalui botol. Bayi saya tidak mahu langsung menyusu secara direct.
– Bayi minum sikit-sikit (hanya 2oz sekali minum tetapi kerap dalam setiap 1-2 jam)

Answer: bayi anda adalah bayi low birth weight ( walaupun lahir 36 minggu, sepatutnya sudah mencecah 2kg) maka seharusnya di bawah follow-up di klinik pakar pediatrik
Sebab -sebab yang menyebabkan kekurangan berat badan adalah :-
1) Masalah kurang zat
2) Kadar tambah berat kurang kerana berat lahir yang kurang, harus pastikan tiada masalah jangkitan kuman dalam kandungan, masalah genetik
3) Masalah metabolik/Syndromic
Untuk memastikan tiada masalah yang tertulis di atas, doktor pediatrik akan memeriksa dan menjalankan ujian darah untuk kepastian.
Sekiranya bayi adalah aktif, selera menyusu yang baik, perkembangan dari segi keupayaan otot badan, pendengaran, sosial, penglihatan adalah normal, itu adalah tanda yang baik.
Harus ingat juga bahawa sekarang bayi harus diberi makanan lain daripada susu sahaja kerana sudah 6 bulanPuan,
berat bayi yang kurang naik, sedikit sebanyak berkaitan dengan berat lahir anak yang kecil iaitu 1.84 kg sahaja.
Kita perlu pastikan tiada masalah kesihatan, masalah genetik,metabolik yang menjejaskan pertambahan berat. Ini akan dianalisa semasa rawatan susulan. Bayi yang lahir kurang berat sepatutnya dalam follow-up dengan klinik pakar pediatrik.
Bayi perlu juga mula makanan lain selain daripada susu ibu sahaja kerana sudah 6 bulan. Fungsi buah pinggang uga harus dipantau.


Posted

in

by

Tags: