[Q&A] Bolehkan saya melewatkan vaksin MMR sehingga dia 18 bulan?

Question: doktor, anak saya berumur 12 bulan. tetapi saya tidak membawanya mengambil vaksin semasa dia berumur 6 bulan iaitu bagi Hepatitis B dos ketiga. ini kerana kerap demam dan batuk selsema , jadi saya ambil keputusan tidak membawanya ke klinik utk vaksin tersebut….apa yg saya perlu buat. dan bolehkan saya melewatkan vaksin MMR sehingga dia 18 bulan kerana dia kerap demam.

Answer: Ada sebab mengapa vaksin diberi pada waktu tertentu. Ini adalah kerana waktu itu adalah masa yang dia paling mudah mendapat jangkitan . Adalah sesuatu yang pelik sekiranya demamnya berlanjutan sampai 6 bulan . Jika itu masalahnya , demam tersebut juga perlu diberi perhatian .


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “[Q&A] Bolehkan saya melewatkan vaksin MMR sehingga dia 18 bulan?”

  1. Noor Faizah Abdullah Avatar
    Noor Faizah Abdullah

    Doktor, anak saya berumur 10 bulan. Kali terakhir dia mengambil vaksin adalah semasa umur 2 bulan.Ini adalah kerana saya agak ragu2 dengan kandungan vaksin yang diberikan. Ini berdasarkan pengalaman kawan saya dimana anaknya menderita excema yang sangat teruk. Beliau mengatakan bahawa ia adalah kesan dari vaksin. Adakah anak saya boleh menyambung semula mengambil jadual vaksin terdahulu?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Puan, tahniah kerana telah memperbetulkan keputusan Puan. Ya, Puan boleh pergi ke klinik kesihatan terdekat atau berjumpa pakar pediatrik agar doktor boleh menyusun semula jadual imunisasi yang baru.