[Q&A] Masalah suntikan

Question: Doktor, anak saya dilahirkan di luar negara (US) dan kini umur 18 bulan. Di sini saya mengikut jadual imunisasi yang diberikan oleh doktor. Saya akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Dari buku rekod kesihatan yang saya dapat lihat, perbezaan vaksin di sini dan Malaysia ialah BCG dan Hepatitis A. Anak saya diberi suntikan Hepatitis A tetapi tidak BCG. Cuma yang menjadi kemusykilan saya ialah, apabila di Malaysia nanti perlu ke anak saya diberi suntikan BCG di mana di Malaysia semua bayi baru lahir mendapat suntikan BCG. Apabila saya menghubungi travel klinik di sini mereka tidak dapat memberikan jawapan selain memberitahu anak saya mungkin perlu mengambil ‘yellow fever vaccine’. Diharap doktor dapat membantu. Terima kasih.

Answer: memandangkan Tuberculosis adalah satu masalah di negara kita , maka saranan saya adalah untuk mendapatkan BCG apabila pulang ke Malaysia nanti. Memang di sesetengah negara, vaksin ini tidak diberikan kerana ia bukan satu masalah yang serius di sana .


Posted

in

by

Tags: