Question: Assamualaikum wbt dan salam sejahtera. Saya mempunyai anak berusia 1 tahun 10 bulan. Anak saya mempunyai masalah membuang air besar tetapi bukan selalu, dalam 2 minggu sekali. Masa keadaan tersebut anak saya macam dah trauma untuk meneran kerana najis agak keras. kadang-kadang sampai lemah satu badan sebab mengerahkan tenaga untuk meneran. lagi satu anak saya tak nak makan sangat, bila ada masalah ni, saya bagi buah, yakult and sayur untuk makan tapi kadang2 dia tak nak. dalam satu hari memang sikit sangat makan. tapi minum susu ok.dia jugak seorang budak yang aktif. Diharap doctor dapat menjawab soalan saya. terima kasih
Answer: Anak puan mengalami sembelit yang kronik , ini bermakna masalah itu sudah berpanjangan . Adakah dia memang hanya mengalami sembelit hanya 2 minggu sekali? ada kemungkinan masalah sembelit dihadapi pada hari hari lain , tetapi tidak begitu teruk dan najis mungkin sedikit yang dikeluarkan setiap hari. Tabiat makan yang tidak berapa baik juga , boleh berlaku sekiranya anak banyak sangat minum susu pada usia ini. Ini kerana mereka kenyang susu dan tidak mahu makan , tetapi ramai ibu bapa tidak mengetahui bahawa memberi minum susu yang banyak menyebabkan anak mereka sentiasa kenyang dan kurang makan . Untuk membuang air yang baik, serat perlu diperbanyakkan. tetapi sekiranya sampai begitu sekali kepayahan membuang air, bawalah berjumpa doktor pakar di hospital /klinik untuk rawatan . jangan dilengahkan kerana masalah ini akan terus berpanjangan .