[Q&A] Kepala anak saya nampak sedikit senget or berat sebelah pada usia 4 bulan.

Question: salam and good morning Dr.. Dr pls help me. mak dan mak cik saya mengata kan kepala anak saya nampak sedikit senget or berat sebelah pada usia 4 bulan. saya amat risau benda ini pada mulanya akan tetapi kawan saya cakap tulang baby masih lembut dan ia nya normal tapi sekarang usia anak sudah mencecah 7 bulan dan saya perhatikan selama ini memang kepala anak saya tidak straight. Apabila diletakkan straight kepala dia berat atau senget sedikit sebelah kanan. Dr tolong saya apakah rawatan yang perlu saya buat untuk anak saya. tolong Dr. anak saya sejak dari usia 2 bulan tidur meniarap ini kerana anak saya mengalami colic yg teru jadi apabila diletak meniarap, dia boleh tidur? adakah ini punca kepala anak saya menjadi begitu.

Answer: Kebanyakan masa masaalah bayi yang leper di bahagian kepala adalah tidak merbahaya dan adalah dipanggil “plagiocephaly”. “Plagiocephaly” adalah dari bahasa Greek -:“Plagio” bermaksud songsang dan “cephaly” bermaksud kepala – contohnya adalah seperti gambarajah di bawah.

Plagiocephaly adalah disebabkan posisi bayi semasa membesar di dalam rahim atau jikalau berlaku selepas lahir adalah disebabkan oleh bayi yang suka tidur lebih ke bahagian kiri atau kanan. Keadaan ini adalah untuk sementara sahaja dan kebanyakan masa akan semakin hilang bila bayi membesar. Ada segelintir bayi yang masih lagi ada kepala leper bila besar tetapi tidak ketara.

Untuk memahami dengan lebih lanjut – dibawah adalah gambar yang menunjukkan kepala bayi yang baru lahir terdiri dari beberapa tulang. Tulang bayi semasa lahir tidak bercantum dan adalah lembut. Ini menyebabkan tulang senang untuk mengikut bentuk tekanan dari luar dan kebiasaanya memberi bentuk kepala bayi leper di bahagian belakang. Kebanyakan ini adalah disebabkan oleh posisi tidur bayi yang disyorkan iaitu tidurkan bayi di bahagian belakang @ ‘back to sleep’ .

Adakalanya keadaan ini dikelirukan dengan “craniosynostosis” iaitu keadaan dimana tulang bayi bercantum terlalu awal. Keadaan ini merbahaya dan memerlukan pemeriksaan yang lebih teliti. Encik juga risau bahawa anak encik suka pandang kiri dan salah satu keadaan yang kerap di kalangan bayi adalah “sternocleidomastoid tumour” – dimana ianya disebabkan oleh otot di leher yang besar. “Sternocleidomastoid tumour” juga adalah keadaan yang tidak merbahaya tetapi memerlukan ultrasound scan dan juga fisioterapy

Plagiocephaly tidak akan menyebabkan perkembangan yang lambat dan tidak akan memberi apa-apa kesan ke otak.

Rawatan untuk plagiocephaly adalah fisioterapy. Ada cadangan untuk topi atau tilam khas untuk keadaan ini – tetapi Royal College of Paediatrics tidak menggalakkan kedua-dua kaedah ini.

Namun demikian saya mengesyorkan encik berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut untuk mengenal pasti jika masaalah lain yang lebih membimbangkan seperti sternocleidomastod tumour, craniosynostosis atau keadaan lain.


Posted

in

by

Tags:

Comments

8 responses to “[Q&A] Kepala anak saya nampak sedikit senget or berat sebelah pada usia 4 bulan.”

  1. Nisya Avatar
    Nisya

    assalamualaikum doktor
    anak saya akan berubat 4 bulan minggu depan dan saya baru perasan yg kepala nya sedikit memberat ke kanan. sblm ni tak nampak sangat. bila saya luruskan dia macam sangat kan semula. adalah perkara ini terjadi kerana anak saya suka mengundi sblh kanan salam?
    terima kasih

    1. Nisya Avatar
      Nisya

      typo byk di atas.

      assalamualaikum doktor
      anak saya akan berumur 4 bulan minggu depan dan saya baru perasan yg kepala nya sedikit memberat ke kanan. sblm ni tak nampak sangat. bila saya luruskan dia macam senget kan semula. adakah perkara ini terjadi kerana anak saya suka menyusu sblh kanan sahaja ?
      terima kasih

  2. Ummie Avatar

    ass dok ?.. tolong bantu sy ,,anak sy sudah umur 4 bulan lebih..sy perhatikan kepala dia macam senget sebelah kiri ,,dr umur 2 bulan sy hnya menyusui dia dg sebelah payudara kanan ,,sbb paydra sebelah lagi..mcam kering xda susu ,,smpai saat ini sy susui sebelah saja..adakah esok kelak kepala dia jadi senget dok ,,mohon jawaban ny dok

  3. anies Avatar
    anies

    Salam doktor..anak sy berumur 6 thun..satu hari die bermain kejar2 dgn adik nye..kemudian berlaku pelanggaran sesama sndiri..dimana ank sy yg sulung terantuk mata kanannye di dahi adik nye.
    mula2..die ada ngadu skit pd kelopak mata..setelah 3 4 hari baru sy perasan yg kepala ank sy spt teleng skit..bgaimana ini blh terjadi..adakah blh pulih..

  4. wawa Avatar
    wawa

    salam dr.

    anak sy sewaktu lahir docktor mengatakan tempurung kepalanya sudah bercantum dan keras dan ubun-ubun kepala juga hanya sedikit lembut..sekarang anak sy berusia 2 bulan dan masih menjalani pemeriksaan dan akan berjumpa pakar..saya ingin mngetahui apakah masalah anak..juga lelangit mulut anak sy tinggi berbanding bayi biasa..boleh doktor terangkan apakah masalah anak saya..terima kasih..

  5. doktorbudak Avatar
    doktorbudak

    Rina, ada beberapa sebab bayi mengiring kepala ke satu arah . Antaranya, masalah leper kepala (plagiocephaly) yang tidak ada komplikasi dan tidak merbahaya. http://www.doktorbudak.com/2013/07/26/mengapa-kepala-anak-tidak-bulat-dan-leper-di-bahagian-belakang/
    Keadaan lain ialah di mana ada benjolan pada otot sternocleidomastoid di leher yang menyebabkan bayi akan teleng ke satu arah.
    namun dalam kedua dua keadaan , ia tidak sakit dan bayi tidak menangis.

    Namun dalam keadaan anak Rina, bayi menangis meraung , maka sebaiknya dia dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan . Kami tidak dapat memberi diagnosis dengan tepat melalui online tanpa pemeriksaan.

  6. rina Avatar
    rina

    Salam Dr.

    Anak saya berusia 2 bulan setengah. Sejak dari lahir sehingga hari ini anak saya sangat suka mengiring kepalanya ke sebelah kiri. Sehinggakan bentuk kepalanya kelihatan tinggi dan leper di sebelah kiri. Saya risaukan takut2 kepala jadi senget apabila dia besar nanti. Menyusu dan tidur mesti kepala pusing ke kiri. Apa perlu saya buat Dr. kerana apabila saya cuba menyuruhnya menyusu dan tidur ke kanan dia akan menangis meraung2..Sila bantu saya Dr.

    Terima kasih.

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Rina, ada beberapa sebab bayi mengiring kepala ke satu arah . Antaranya, masalah leper kepala (plagiocephaly) yang tidak ada komplikasi dan tidak merbahaya. http://www.doktorbudak.com/2013/07/26/mengapa-kepala-anak-tidak-bulat-dan-leper-di-bahagian-belakang/
      Keadaan lain ialah di mana ada benjolan pada otot sternocleidomastoid di leher yang menyebabkan bayi akan teleng ke satu arah.
      namun dalam kedua dua keadaan , ia tidak sakit dan bayi tidak menangis.

      Namun dalam keadaan anak Rina, bayi menangis meraung , maka sebaiknya dia dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan . Kami tidak dapat memberi diagnosis dengan tepat melalui online tanpa pemeriksaan.