Question: Salam Dr,
Anak sy berumur 8 bulan.Setiap hari akakn menangis bila hantar ke rumah pengasuh.Anak sy juga tidak mahu kepada semua org termasuk ayahnya kecuali sy.Adakah disebabkan susu ibu anak tersangat rapat dgn sy dan tidak mahu sesiapa?Anak sy juga tidak mahu susu botol,di rumah pengasuh pun dia minum xbanyak terutama hari isnin.Patutkah sy berhenti bagi susu badan?Beratnya still sama dlm tempoh 3bulan iaitu 6.8kg..
Answer: Susu badan boleh diteruskan tetapi tidak boleh bergantung kepada susu sebagai sumber nutrisi yang ‘the one and only’. Harus perkenalkan makanan lembut seperti puree, cerelac, bubur, dsb.
Anak mula ada stranger anxiety, mungkin kerana bonding dengan ibu yang rapat.