Question: Doctor,
Anak saya berusia 2 bulan setengah, bila saya habis tempoh berpantang dan kembali berkerja susu badan saya semakin berkurang. saya membuat keputusan memberi susu formula untuk menambah susu badan saya yang semakin berkurang. saya membeli susu formula lembu untuknya, babysitter hanya bg 2oz tetapi malangnya anak saya muntah teruk hingga lemah dan muntahnya kekuningan. Anak saya muntah sehingga keesokan paginya. saya membawa anak sy berjumpa doc dan doc memberi tahu kemungkinan cara penyediaan susu formula tu tidak betul. saya terus tukar susu formula lain dan selang seminggu selepas itu saya sendiri memberi susu formula lembu + soya dan sekali lagi anak saya muntah dengan teruknya sampi ke esokan harinya..lagi sekali saya membawa anak ke hospital dan doc memberitahu anak saya berkemungkinan allergic susu lembu dan doktor sarankan sy memberi susu soya 100% dan sy cuba akan tetapi anak muntah dan tidak mahu..sy jdi trauma utk menukar susu lagi..setelah berbincang dengan suami sy mencari ibu susuan utknya dan alhamdulilah ank sy tidak mengalami sebarng masalah..soalan saya adakah ank sy benar2 allergic dengan susu formula dan soya atau sebenarya anak sy ada mengalami masalah lain doc?
Answer: Bayi yang alah pada susu lembu, 40% daripada mereka juga alah pada susu soya. Maksudnya , ada kemungkinan besar seseorang bayi itu boleh alah pada kedua duanya. Sekiranya dalam keluarga ada sejarah alah ( samada dalam bentuk makanan, resdung , kulit atau asma) , ada kemungkinan bayi mengalami alahan pada susu lembu. Simptom alahan antara lain termasuk muntah muntah, berak berdarah, kulit kering , merah dan gatal. Mereka tidak semestinya mempunyai semua simptom tersebut. Masalah ini biasanya hilang bila kanak kanak membesar , tetapi ada juga orang dewasa yang masih ada masalah ini sejak kecil. Sekiranya dia mempunyai masalah lain , kemungkinan masalah tersebut berterusan walaupun sudah minum susu ibu.