Question: Salam sejahtera.
Doc, anak saya baru berusia 9 bulan. Masih menyusu badan. Saya baru dapat tahu yang saya hamil 2 bulan. Saya nak tanya boleh tak saya teroskan penyusuan saya pada anak saya. Sebab ada pelbagai pendapat yang saya dapat. Dah semuanya tak berapa menggalakkan saya teruskan penyusuan. Tapi pendapat yang saya perolehi bukanlah dari yang pakar. Cuma dari pendapat persendirian. Boleh doc beri pendapat doc. Thank you.
Answer: Secara amnya, boleh teruskan penyusuan . Namun jika ada masalah dengan kandungan , adalah baik untuk berhenti menyusu. Boleh berbincang dengan doktor yang merawat dan memantau kandungan