[Q&A] Apakah perbezaan “hemopati” dan “vaksin” ?

Question: Assalamualaikum doktor,
boleh saya tanya,apakah perbezaan “hemopati” dan “vaksin” ?
dan adakah pengambilan hemopati masih perlukan vaksin?

Answer: homeopathy adalah satu kaedah menggunakan bahan yang telah dilarutkan untuk menggalakkan pemulihan badan. walaupun ia mungkin digunakan dengan berkesan dalam sesetengah masalah kesihatan , namunia tidak pernah terbukti dapat mengelakkan penyakit berjangkit seperti yang dapat dibuat oleh vaksin malah tiada kajian klinikal yang memberangsangkan . Saya tidak boleh komen lebih mengenai homeopathy kerana ia bukan bidang kami dan kami tidak menyokong homeopathy sebagai langkah pencegahan atau rawatan penyakit. Ada beberapa artikel mengenai vaksin di homepage kami yang harapnya dapat membantu pemahaman syaza mengenai vaksin.


Posted

in

by

Tags: