[Q&A] Saya mempunyai seorang bayi lelaki berumur 6 bulan 2 hari.sehingga kini dia masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mengiring & meniarap

Question: Salam doktor,
Saya mempunyai seorang bayi lelaki berumur 6 bulan 2 hari.sehingga kini dia masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mengiring & meniarap.dia seorang bayi yg aktif & dari segi perkembangan lainnya adalah normal.dia hanya akan meniarap sekiranya dibantu dgn memegang tangannya.dia tidak mahu meniarap sendiri.adakah saya perlu risau kerana bayi saya lambat meniarap doktor?apakah yang perlu saya lakukan untuk merangsang agar dia meniarap?sy telah cuba untuk meletakkan mainan untuk menarik minatnya utk meniarap tetapi tidak berjaya.harap doktor boleh memberikan pendapat.terima kasih

Answer: bayi 6 bulan seharusnya sudah dapat mengawal kepalanya (maksudnya leher dah kuat), , sekiranya ditiarapkan boleh angkat kepala dan bila didirikan boleh menampung beratnya sendiri. Ini adalah dari sudut pergerakan motor utama. Dari sudut lain , dia juga sepatutnya boleh mencapai barang dengan menggunakan kedua dua belah tangan. Bayi biasanya meniarap dalam umur 6 bulan . Sekiranya tanda tanda yang saya sebutkan juga dia belum boleh buat , maka dapatkan surat rujukan berjumpa doktor pakar kanak -kanak jika boleh berikan sedikit masa. Cuba letakkannya di atas perutnya (tiarapkan), adakah dia boleh pusing terlentang? sebelum meniarap, mereka selalunya boleh buat yang itu dahulu.


Posted

in

by

Tags:

Comments

5 responses to “[Q&A] Saya mempunyai seorang bayi lelaki berumur 6 bulan 2 hari.sehingga kini dia masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mengiring & meniarap”

  1. nurul Avatar
    nurul

    Dok, sy nurul td, nak tambah,anak sy lahir ckup buln n berat 2.26 kg,adakah dikalangn normal. Dan sekarang berat 9.4 kg.

  2. nurul Avatar
    nurul

    Dokte,sy risau sgt, anak sy 9 bulan 2 minggu, masih belum meniarap, merangkak, bangun dari baring pon masih belum..tapi boleh duduk jika didudukkan.dan kaki kuat untuk diri..semua perlu diangkat. Semalam sy ad jmpe pakar kanak2, die kate ank sy ok,cume jenis yg lambat, so sy tak perlu risau. Betol ke dokte?? Sbb sy terlalu risau.

  3. mamanaz Avatar
    mamanaz

    Dr,anak sy berusia 6bln,sudah pandai meniarap ttpi tidak mahu mengangkat dada atau tangan.akan lbih mengangkat buntut bila meniarap.dia juga tidak berminat mencapai objek.kurang brminat dengan barang mainan.ttpi nmpk teruja bila diberi buku/kertas/kad imbas.guru taska kategorikan ank sy sbgi kurang aktif.keadaan ini mbimbangkan sy.apakah tindakan y patut sy ambil doc?perlukh jmp paed?

  4. mamarisau Avatar
    mamarisau

    Salam Dr.
    Anak saya berusia 6 bulan juga dan belum meniarap. Kalo ditiarapkan tak sampai 1 minit dia akan berusaha untuk menelentang. Apa yang merisaukan saya ialah, tulang/sendinya (saya tak pasti) ada menghasilkan bunyi krek krek apabila dia aktif menendang atau menggerakkan kakinya. Apakah yang perlu saya lakukan dan mengapa tulang itu kerap berbunyi apabila digerakkan.

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Mamarisau, memandangkan sekarang dia sudah berusia 7 bulan , adakah dia sudah boleh meniarap. Biasanya baby mula meniarap pada 7 bulan dan boleh menelentang pada usia 6 bulan. Adakah tulangnya masih mengeluarkan bunyi yang dimaksudkan ?