[Q&A] Masalah berat badan

Question: salam sejahtera doc, ank perampuan sy lahir 3 minggu awl dan ketika lahir beratnya x sampai pon 2kg. sekarang dia berusia 7 bln dan beratnya baru mencecah 5 kilo. saya tahu yg beratnya tidak bersesuaian dgn usianya dan doktor tlh menyarankan sy agar memberi mkn dgn lebih kerap. menjadi masalah bg sy adalah anak saya tidak makan dengan banyak,sy bimbang jika dia tidak mendapat zat dan nutirisi yang mencukupi.
apakah yang perlu saya lakukan untuk
meningkatkan berat badannya agar supaya
sesuai dengan umurnya?

Answer: Perlu dipastikan anak tiada masalah kesihatan. Sekiranya baby memang sihat, teliti semula dietnya. Berdasarkan maklumat Puan , baby memang kurang makan . Ada artikel di homepage kami tentang makanan permulaan untuk baby oleh Dr Pravin dan cara menangani anak yang taknak makan oleh DR Foo. Harap dapat pencerahan . Selain itu, dapatkan multivitamin untuk sebagai sumber zat tambahan namun apa yang lebih penting pemakanannya perlu diperbaiki.


Posted

in

by

Tags: