Question: Salam, ank sy berumur 2thn (boy) berat yg terbaru 10.2kg xde masalah kesihatan Alhamdulilah.. Seorg yg active.. Soalan sy
1) gigi die bahagian atas dh nmpak mcm rosak kecoklatan. Adakah ni berpunca dr susu atau rebena yg die minum? Air putih die minum tp skit sy kena tambah jgk rebena bg color lain baru die nk minum. Dia start tumbuh gigi seawal umo 4bulan. Mmg setiap hari berus gg. Apa yg perlu sy buat?
2) adakah berat badan ank sy x normal utk umur 2thn 10kg.. Dia langsung xnk makan cuma bergantung dgn susu yg saya tambah dgn nestum.. Makanan lain roti/biskut/buah mkn dlm kuantiti yg sedikit langsung x kenyang.? Walau bagaimana pun berat badan die bertambah (bulan lepas 9kg++) adakah dgn minum susu ank sy dpt khasiat yg secukupnya.??
Answer: berat 10 kg adalah berat ideal untuk kanak kanak 1 tahun . Susu tidak memberi khasiat secukupnya. Salah satu punca anak tidak mahu makan ialah kerana banyak susu yang dia minum menyebabkan dia rasa kenyang dan tidak mahu makanan lain . Ramai ibu yang memberikan susu apabila anak tidak mahu makan memikirkan nati dia kurang khasiat tetapi ini menggalakkan kanak kanak untuk tidak mahu makan kerana lebih mudah bergantung pada susu. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan susu secara berkala dan memberikan makan sebelum minum .