[Q&A] Bayi saya berusia 1y 4m susu badan sepenuhnya dah menolak susu formula. bagaimana cara mengatasi masalah ini?

Question: Hi Dr
Bayi saya berusia 1y 4m susu badan sepenuhnya dah menolak susu formula. bagaimana cara mengatasi masalah ini? pelbagai jenama, perisa & cara telah dicuba tetapi masih sama. Boleh dr. beri cadangan?

Answer: Sekiranya tiada rintangan , elok diberikan susu badan sehingga umur 2 tahun . Namun begitu , sekiranya puan perlu menukar kepada susu formula, ini akan mengambil masa dan banyak kesabaran.
Kebanyakan masa, percubaan gagal kerana apabila anak menolak susu formula dan menangis, si ibu cepat2 memberikan susu badan. Antara langkah2 yang boleh di ambil ialah mendapatkan si ayah untuk memberikan susu (dan ibu tidak berada dalam bilik yang sama ketika itu). Apabila anak memang lapar , dia akan minum juga susu tersebut . Namun harus di ingat , ia akan mengambil masa dan sekiranya gagal harus cuba lagi selepas beberapa hari.


Posted

in

by

Tags: