[Q&A] Masalah tentang imunisasi bayi

Question: Salam doctor,
Saya ibu kepada bayi perempuan yang berumur 2 bulan. Saya kini menetap di Hong Kong. Saya ingin bertanya mengenai imunisasi bayi. Anak saya telah mengambil vaksin yg berikut:
1. BCG & HEP B(1st dose) -semasa lahir
2. HEP B -1 bulan
3. DTaP-IPV , Pneumococcal & Rotavirus – 2 bulan
Soalan saya = perlukah anak sy mengambil vaksin HIB. Ini kerana vaksin tersebut adalah vaksin pilihan disini tetapi di Malaysia ia adalah vaksin wajib.
Terima kasih sy ucapkan atas pertolongan doctor.

Answer: Suntikan vaksin Hib sangat sangat digalakkan. Ambil suntikan tersebut untuk bayi anda kerana ia melindungi dari jangkitan paru-paru, jangkitan selaput otak dan tekak yang merbahaya serta jangkitan lain.


Posted

in

by

Tags: